Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, February 18, 2009

Mana pergi baunya?

Kami makan laham mandhi 2 hari lepas - biasa lah tu, bila chef malas masak, order aje.. Mat'am (restoran) bersepah. Abang beli Laham Mandhi di Al-Widad. Ramai warga Jubail dah tahu restoran ni rasanya. Yang lain sikit pasal Laham Mandhi Al Widad ialah ianya bersekali dengan sup. Kiranya berkuah la sikit bila makan tu.


Kenapalah kami errr.. bukan kami sebenarnya tapi sorang tu aje tapi since dia suka, orang lain pun kena suka lah jugak sekali sekala hehehe.. haaa.. kenapa suka makan kambing? Kalau di Malaysia, jarang sebenarnya makan kambing. Kalau makan pun mungkin lamb chop black pepper ataupun mutton curry. Itupun sebab rasa hamis tu dah tak terasa sangat. Kalau tidak, tak boleh telan.


Ada a few friends here yang memang tak makan kambing langsung sebab baunya. Tapi, bila mereka try makan sekali, eh! boleh lah pulak makan. Takde bau! No smell of hamis yang selalu ada pada kambing tu.


Question: Kenapa kambing arab tak berbau?
Answer: Sebab ia mandi pagi? hehehe..


Ada orang kata, disini, kambing disembelih semasa umurnya muda (dah cukup umur tapi muda lagi). Kalau di Malaysia, kambing tu dah tua sikit baru disembelih (betul ke?). Disebabkan umur muda, kambing ni tak hamis lagi. Tak tahu lah betul ke tidak. Tapi unta yang dijual di market pun muda jugak. Diorang panggil apa lah namanya - hanshi ke? rasa macam tak betul aje. Takpelah, nanti ada lah orang tolong bagi tahu tu hehehh.. Daging unta muda ni rasa macam daging lembu lebih kurang (Neeza tak pernah makan tapi terbaca somewhere).


Mungkin juga cara masak kambing yang membuatkan bau hamis tu hilang. Tak tahulah apa diorang letak sebab tak pernah pulak pergi tanya tukang masak tu. Pendek kata, memang lah boleh makan. Cuma.. cuma.. berhati-hati lah bagi yang selalu sangat makan kambing sebab walaupun bau takde, hamis takde, kolestrolnya tetap ada. Tak lari kemana. Itu lah pasal bila banyak makan kambing, kepala pun pening. Tapi kan, arab yang selalu makan kambing tu kenapa tak pening pulak? Ke pening jugak?




Kedua-dua gambar di ambil di sini. Seronok tengok mereka bela kambing :)

14 comments:

Kak Elle said...

neeza mungkin anak kambing tak bau lagi dan udara tak panas sgt...hehe

Andak Ali said...

Dia depends pada tukang sembelih.. kalau tukang sembelih tu mandi sebelum sembelih kambing, daging kambing tu berbau... sebaliknya kalau x mandi, dgg kambing x berbau... sebab tu kat Malaysia dgg kambing ada bau, kan orang Malaysia suka mandi...

x percaya? tanya saya kalau x percaya... mesti sya jawab yang sama gak... hehehe

zura aini said...

sedapnya nasi mandhi, kalau makan tak payah mandi lagi ke, he, he....

aqiqah anak akak dulu, kami sembelih kambing biri2, memang tukang masaknya pandai, tak berbau lauk kambing, tapi masa tu pantang, kenapalah aku tak boleh makan, hu, hu.....

Zahraa George said...

memang kambing kat sini tak bau..maybe tak makan benda pelik2 kot..hahha

mandhi laham al-widad memang best..hehe.
tiap hari pun boleh layannnn......bahaya,bahaya :)

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

ye la kan.. anak2 bau mesti wangi hehehe..

***********************************

Ali,

hahaah!!! betul ke tu? maknanya bau tukang sembelih kat sini tersangatlah busuknya sebab tak mandi ye.. patutlah diorang sembelih kat tempat khas.. takut ada orang pengsan! hehehee...

***********************************

Kak Zany,

betul tu kak. Tak payah mandi dah sebab dah 'mandhi' kan hehehee...

ala kesiannya.. napelah kat sini orang dalam pantang boleh je makan hehehe..

***********************************

As,

haah kan As.. kambing malaysia sampah pun makan.. (tengok kat tepi jalan tu)

first time akak rasa laham al widad ni..tapi tak tahan lepas makan kepala pening.. toing! toing!

:: Leeza Joe :: said...

haah la...ade org tu x mkn kambing...tp tup2 suatu hr tu kan ...die mkn laham smpai x nmpak org ln...hishhhh...teruk btl...ckp x srp bikin...;)~

nj said...

neeza...kambing ni satu cerita lagi ni. Norma nak mentally prepared nak makan mandhi-laham kat sana tu...sebenarnya tak suka kambing tapi nak cuba makan juga sampai sana nanti....

aNIe said...

Neeza...abang akak pun suka makan kambing masa kat sana...tapi kat sini apa kurangnya...akak anak beranak kalau makan nasi beriyani ...mesti order beriyani kambing....kalau ada bau lagi best!! hehehhehe...baru le ada rasa makan kambing... :P

Jie said...

neeza, kat surau tmpt kak jie, menu top mmg kambing
org tak suka skrg dah suka
mgkn cara masak kot...

tulipurple said...

sy mmg tak suka mkn kambing gara2 masa kecik mkn dg kambing yg hamis...eeee,sampai skrang terasa kat tekak rasa wekk tu..hehe.mutton ni ada rasa-after taste dia kan.
tp,busuk2 sikambing itew pun rege dia mahal!

l i e y n said...

kalau makan kambing takde baunya, tak kick le!!!

nadinezuharra said...

still boleh telan yg hamis skit2 tu,tp selalunye kalau dibakar mmg berselera nk makan ..msk kari2 je kureng skit..hihi
*kalau p arab teringinla nk merasa laham mandhi tu,namenye pun dah sedap.. :D

Neeza Shahril said...

Liza,

betul la kan.. orang tu kata tak makan, sekali hadap ish ish... sape lah tu kan.. hehehh..

***********************************

Norma,

don't worry.. ada orang tu macam norma jugak hehehh.. memula dia kata, memang tak makan kambing langsung. sekali makan, hehehh bertambah tambah hehee..

***********************************

Kak Anie,

ada orang pandai masak takde bau sangat. TApi kalau yang ada bau tu, lemah lutut nak makan hehe..

***********************************

Kak Jie,

cara masak pun ye juga.. buatkan daging tu tak hamis.. wah wah.. kat surau makan kambing kak Jie.. mewah jugak kan..

***********************************

Tulip,

yupp.. mutton memang ada after taste yang muak sikit. kat sini diorang makan kambing dengan Laban (susu masam) untuk buang after taste kot..
haah.. busuk tapi mahal hehe..

***********************************

Lieyn,

hehehe.. pandai yeeee... :)

***********************************

Nadine,

kat sini kalau kambing orang makan mandhi ataupun beryani.. tapi ramai suka mandhi.. tak tahu lah kenapa..

Pootz in Boots said...

Salaam,
I've been following your blog for a while now! Any "mothering blog" is always a good reference.
I love to eat lamb/kambing but more so when I was abroad. Bau kambing tu depends on cara melapah. Bangsa Pakistan/Arab memang pandai melapah kambing. jangan terluka certain glands yang trigger the smell.
Kalau ikut medical/ saintifik/ sunnah, daging kambing lebih baik daripada daging merah lain. Bab pening lepas makan kambing tu mainly psychological jer.... tapi pastikan jangan minum cold drinks selepas/sewaktu makan kambing. take hot tea/plain hot water instead.
Sudi2kan jengok blog saya!!! We can exchange ideas....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin