Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, February 22, 2009

Misi selesai


Bila sebut misi, teringat pulak, masa dulu-dulu, orang panggil nurse tu misi. Kenapa yek? Sekarang pun ada lagi orang tua-tua panggil Misi. Apa maksud Misi sebenarnya? Ada sesapa tau?


Misi kami telah selesai - errr.. bukan nurse, walaupun memang ada kakak nurse di Jubail ni dan kakak nurse di Singapore tu :). Kami ke Riyadh hari Jumaat yang lepas untuk menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia. Hahahhaa!!! macam besar aje bunyinya tugas tu. Tapi kan, kalau tak buat tugas tu, baby Sumeyyah tak boleh jadi warganegara lah... huhuuu.. kesian dia... arab saudi memang tak boleh dah walaupun lahir disini. Memang itulah syaratnya.. tak macam di Malaysia kan, senang aje orang luar boleh jadi warganegara hehehh...







Tiba di Riyadh lebih kurang jam 5 petang dan cari tempat sesuai untuk tidur. Dah dapat tu, berehat sekejap dan keluar lagi untuk isi perut. Dekat aje tempat makan tu (bak kata staff hotel tu - boleh jalan kaki aje..). Tapi kami tak lah jalan kaki sebab dengan anak 4 orang tu... adoiii... dah la cuaca tak berapa bagus - saki baki sand storm ada sikit-sikit lagi. Kenyang perut, suka hati. Balik semula ke hotel dan tidur! Budak-budak tak lah tidur cepat. Biasalah diorang mesti bersuka ria dulu. 2 anak dara siap sound "tak selera lah nak tidur" heheee.. tidur pun kena ada selera ke??.







Esoknya, lepas breakfast, kami tinggalkan 3 anak dengan pengasuh mereka di hotel. Kami berdua bawak puteri yang nak register kelahiran dan buat pasport tu ke Embassy Malaysia. Since Abang dah g00gle dulu tempatnya senang sikit nak cari. Errr.. kami takde gps, jadi takleh nak berangan nak guna gps hehehh..


Tiba di Embassy, kami register nama. Pak guard tu tak mintak ID pun. Dia cuma tanya nationality kami. Bila kami kata Malaysia, dia cuma suruh tulis kat buku masuk pelawat dan bagi masuk. Dalam hati Neeza berkata-kata jugak, kalau kami sebenarnya ada niat tak elok dan kami kata aje Malaysian citizen, tak ke naya. Tapi mungkin dia tengok kami bawa baby jadi pukul rata, kami bukanlah pengganas hehehehh...







Tunggu encik yang sepatutnya kami jumpa tu lama jugak. Mungkin silap kami juga. Abang cakap kat encik tu nak jumpa before 2pm. Agaknya dia memang expect kami tiba lebih kurang masa tu lah kot. Dia keluar atas urusan errrr.. tak boleh cakap sini tak pasal-pasal aje kalau dia baca blog ni atau sedara-mara dia yang baca sebab itu hal kerja dia lah kan ;). Anyway, kami tak lah kena tunggu sehari semalam pun di office embassy tu. Jadi kira okaylah tu. Lepas isi borang, borak-borak sikit, bayar then khalas. Selesai kerja kami. Dia kata kena tunggu dalam 1-3 bulan. Surat beranak siap cepat tapi pasport lambat sikit sebab kena hantar ke Malaysia. Dan dokumen yang dihantar ke Malaysia cuma sebulan sekali.


Selesai misi tu, kami pulang ke hotel. Beli food sebab anak-anak dah mengadu lapar. Breakfast di hotel tak kenyang bagi diorang. Lagipun budak-budak kalau terperap dalam bilik memanglah selalu lapar kan. Kalau kat rumah, boleh je geledah dapur tu.






Bila dah settle payment di hotel counter, kami bertolak balik, lebih kurang jam 2.30 petang. Non-stop except untuk isi minyak. Pecut betul tapi tak terasa langsung sebab orang-orang belah kiri bawak lagi laju - dalam 160-200 agaknya laaa.. Kami tukar haluan - lalu ikut Dammam airport, rasa lebih dekat (driver lah cakap dekat..). Tiba di Jubail jam 6.30 pm. Singgah restoran siam dan makan tomyam. Budak-budak (orang tua pun sama) dah mengadu pening kepala, nak muntah jadi kena lah cari food yang masam-masam sikit.


Tiba di rumah jam 7.30 pm - seronoknya sampai rumah.. home sweet home. Biarlah rumah kami tak selesa macam istana menanti bilik hotel yang mencekik darah tu, tapi tetap best bila sampai rumah.


Jadi, Sumeyyah kena tunggu lah paling lama 3 bulan untuk dapatkan pasport. Kalau tidak, ada orang yang kena extend ticket balik kampung nanti hehee..

18 comments:

Kak Elle said...

Oh jalan jauh si kecik tu ye?best dpt tinggal kat hotel:)

padang pasir habis rupa nya dlm perjalan ke Riyadh.

cikMilah said...

Nanti dah besar tentu Sumeyyah bangga dilahirkan di bumi anbiya'.
Take care ya Ja. Lama tak singgah hari ni marathon baca..

nj said...

neeza...
riyadh tu jauh gak dr Jubail ke? Kalau jalan-jalan pergi sehari je sempat tak?
sori le tanya banyak pulak..maklumlah norma ni bakal jadi 'juru perancang aktiviti' sampai jubail nanti!

:: Leeza Joe :: said...

huhu..laju sunnguh ummi cumi ni msk n3 br...kikiki...slmt pulang...2 3 bln jg erk..ooo..smpt la utk blk mesia tgh thn ni....:)

drNO said...

jauh bjalan. bdk2 tu mesti seronok dok hotel.

Zahraa George said...

wah,cozy betul hotel mencekik darah tu yer :)

akak,nnti kalau rajin boleh tak buat entry khas chewahhh,untuk procedure registration new baby(Malaysian) kat saudi nih..
boleh tahu sikit-sikit,interm of documentation,translation ker apa ker..and benda yang perlu untuk registration..eg:sijil nikah ker apa ker :)
coz.leh buat guide..hehe...kalau rajin yer..kalau malas,pejam mata jer :P (tapi as tau akak mesti rajin,kan kan kan )

Mak Teh said...

Kisah travel dengan anak-anak kecil ni mak teh tau sangatlah. Kat mana pergipun depa nak buat macam rumah sendiri. Tapi tak pe, selalu sukakan kalau bawa anak-anak berjalan sebab depa yang enjoy sangat. Orang tua komplen letih or penat je. Hehehe!

Shima said...

harap2 cepat la proses buat pasport sumeyyah siap..klu tk..lmbt lg la nk tnggu kakok n family balik..huhuhu..

noniey said...

cepatnya baby sumeyyah jalan jauh. dah kenal dunia luar. hehehehe. tapi kan, yang paling best bab2 makanan lah. hehehe. sedap plak tengok.

Cat Cat said...

Neeza,
Besar jugak hotel kat sana ya...
Kalau urusan embassy ni, memang leceh sikit bagi Cath... Kena drive all the way to DC. Tak leh jauh sangat, but bab-bab nak tunggu tu yang leceh eh..??

elisataufik said...

ho ho... tak tahu lah boleh dapat dalam 3 bulan ke tidak..
Izani haritu, buat in April, end of September baru dapat :P
bersiap sedia lah untuk extend ticket.. hee hee..

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

memang kuning dan oren aje sepanjang perjalanan kak Elle.. tu yang cepat bosan dan orang senang terbabas kalau mengantuk..

***********************************

Kak Cik,

kalau dia dapat tinggal disini terus mesti lagi suka kan kakcik.. tapi nanti dia tak kenal pulak tanah air Ummi dan Abah kan.. :)

***********************************

Norma,

kalau bawak dalam 120-150 boleh sampai dalam 4 hours.. non stop lah tu. Tapi, to be safe, bawak ikut speed limit and ada rehat kejap especially kalau nak balik hari.. dalam 5-6 hours.
Penat kot norma.. dah la kat sini ladies takleh drive..

***********************************

Liza,

hopefully sempat la siap.. taknak extend balik mesia.. huhuuuu...

***********************************

Drno,

budak2 bila sebut hotel, memang suka sesangat.. walaupun hotel biasa aje..

***********************************

As,

hotel tu yang akak duduk dulu tapi dah upgrade rupanya..

Insyaallah.. nanti tengok esok.. kot ada entry pasal tu ye as hehehhh...

***********************************

Mak Teh,

memang penat kan mak teh bawak budak2 jalan-jalan.. yang peningnya, apa benda dibeli, semua dia nak bawak naik hotel untuk main...

***********************************

Dik,

doakan lah supaya cepat dapat ya.. esok ke.. hahaha!! tu mimpi dia tengoh hari la.. hehe..

***********************************

Noniey,

sebenarnya kan, lepas makan malam tu, kami semua tak selesa nak tidur. tak tahulah kenapa. pelik sikit kot indian cuisine tu.. tapi akhirnya tido juga.. hehee..

***********************************

Cath,

haah besar juga room dia.. padan dengan price yang mencekik darah tu hehee..

tu la kan.. napelah diorang tak buat embassy 2 or 3 tempat.. senang sikit hehee..

***********************************

Elisa,

seriously??? adoiii.. sabar aje. Semalam, masa tanya dia, dia kata maximum 3 bulan..
taknak extend balik... huhuuu...

zino said...

jalan raya nya tentu straight je kot pasal tu boleh pecut... hehe

kuIna said...

jauh ker riyad dgn jubail... kena rentas padang pasir ker?

betul la neeza.. rmh kita walu mcm tongkang pecah tetap seronok... mgkin byk nostalgia kot.

pB said...

salam Ja ..


syukur semua urusan selesai dengan mudah .....

hidayah said...

bestnya tgk gmbr food tu... eh... menarik betul kuda yg shahmey naik tu.. si fatihah ni tgh tgk gmbr kuda tu, terus tnjuk2 nak... mana nak carik pulak.. hehehh

l i e y n said...

ada rocking horse ke kt dlm bilik hotel tu? seronok tgk syahmey main!!!

sumeyyah yg comel...dah jlan jauh ekkk?

Neeza Shahril said...

Zino,

betul sangat.. straight aje jalan dia.. sampai orang boleh tertidur :D

***********************************

Kuina,

psstt.. kat sini kan, nak kemana-mana, memang rentas padang pasir hehee..

rumahku syurgaku kan :)

***********************************

Kak Pb,

Alhamdulillah...

***********************************

Hida,

kuda tu beli on the way nak pergi Riyadh..

jom fatihah main sesama ngan shahmey..

***********************************

Lieyn,

takde mananya hotel nak provide kuda tu.. beli on the way nak pergi Riyadh..

sumeyyah tak suka jalan jauh.. masuk angin perut dia..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin