Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, February 16, 2009

Sahabat sejati



zwani.com myspace graphic comments



Sahabat sejati (bukan best friend ya..) ialah seseorang yang:

  1. Ikhlas didalam bersahabat - tiada niat terselindung
    contoh: saya nak buat baik dengan dia sebab saya nak mintak tolong dia untuk mintak tolong kepada bapak sedara dia untuk luluskan pinjaman bank untuk beli Hummer (besarnya nafsu hehee..).

  2. Sanggup menolong dikala susah dan ceria tatkala sahabatnya bergembira
    - tak semestinya kena bagi duit atau jadi superman untuk selesaikan masalah dia - jadi pendengar setia dah cukup. Bila sahabat bergembira, kongsi kegembiraan itu dan bukannya merasa meluat sebab dia gembira sedangkan anda tidak (eleh! suka sangatlah tu dapat save duit gaji dia. Macam lah aku tak boleh. Aku ada juta juta tau dalam bank) - tu dengki namanya weiii..

  3. Tidak ada perasaan syak wasangka terhadap sahabatnya
    - Bila mana sahabat berbicara atau buat sesuatu, ada terdetik didalam hati, kenapalah dia bagi kuih pulut panggang ni ya. Mesti dia nak ngorat laki aku (apa apa perasaan syak yang sewaktu dengannya)

  4. Tiasa perasaan cemburu terhadap apa yang dimiliki oleh sahabatnya
    contoh - oooo.. dia beli tv besar ya. Aku mesti beli yang 20 kali ganda besar dari tu... (20 kali ganda?? itu tv ke gergasi??? hehehe..)

  5. Mengambil tahu mengenai sahabatnya walaupun tidak selalu berhubung terus melalui telefon, email, surat atau telegram hehee..
    - sahabat sejati akan risau jika sesuatu tidak elok berlaku kepada sahabatnya. Jadi, kalau dia tahu sahabatnya sihat walafiat, dia senang hati. Memang sukat untuk tiap2 saat bertanya khabar kan.

  6. Kunjung mengunjung jika ada kesempatan dan kelapangan
    - kadang-kadang, suara tidak menggambarkan keadaan sebenar. Sahabat kita mungkin sakit tapi tiada siapa yang tahu. Bila kita dapat melihat sendiri wajahnya, kita tahu keadaan sebenar.

  7. Tidak menyalahtafsir apa yang diperkatakan sahabatnya
    - lain yang disebut, lain pula yang kita tafsir. Kalau tak faham, elok lah bertanya (kita cakap nak pergi pasar nak beli ikan, dia kata kita cakap kat pasar tu ikan mahal, janganlah beli). Lebih mulia jika kita malu sebab bertanya daripada malu sebab menyalahtafsir apa yang sahabat kita maksudkan.

  8. Tidak menyampaikan perkara yang tidak betul mengenai sahabat kita
    contoh: sahabat kita pergi ke Thailand sebab urusan kerja. Kita cerita pada orang, sahabat kita pergi ke Thailand sebab nak berseronok di Phuket. Betul ke gitu? Kita pulak pandai-pandai jadi pengurus peribadi tak bertauliah sahabat kita...

  9. Sentiasa nasihat-menasihati demi kebaikan bersama
    - manusia tak sempurna. Kita perlukan seseorang untuk mengingatkan kita.

  10. Berkata benar walau ianya pahit - Pujian tak membantu
    - sahabat kita masak tapi tak sedap. Kita cakap, hmmm.. sedapnya hingga menjilat jari. Kalau jual di restoran ni, mesti laku - 2 saat je habis terus. Lebih baik kita diam saja daripada cakap mengarut tak tentu pasal.

  11. Peka dengan perubahan sahabat itu
    - Mungkin ada perkara yang akan membuatkan sahabat kita terasa. Kita perlu peka sebab sangatlah tidak elok membuatkan sahabat kita bersedih. Jadi, kalau boleh cepat-cepatlah mohon maaf dan perbetulkan kesilapan. Tentunya sahabat kita lebih menghargai kesungguhan kita itu. Jangan pula kita berharap, nanti dia fahamlah tu.. no way..!

  12. Elakkan berbincang perkara yang tidak digemari sahabat
    - Ada benda yang memang sahabat tidak suka. Contohnya, dia pro kepada parti harimau. Kita suka sangat bercerita mengenai parti gajah. Siap kutuk lagi tu parti harimau tu garang, hari hari mau.. hehehe.. Tak elok lah macam tu. Lebih baik cari topic lain seperti memancing ikan ke, mencedok berudu di kolam ke ataupun topic main batu seremban.. ;).

  13. Menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh sahabat kita
    - Kita duduk dalam kumpulan dan ada seorang sahabat berbangsa Jepun. Kita bantai guna bahasa melayu dengan banyak sekali sehinggakan sahabat kita rasa kita mengata dia sebab masa kita bercakap tu, kita siap gelak-gelak dan memandang kepadanya. Macam mana kalau kita diperlakukan begitu? Best tak?

  14. Cuba memahami budaya setempat sahabat kita
    - Berasal dari 2 negara yang berbeza tidak menghalang kita daripada menjadi sahabat sejati. Jikalau sahabat kita makan menggunakan sudu garpu, janganlah kita paksa dia makan guna tangan. Nanti bersepah, kita jugak yang geram tengok. Jadi, bagi lah dia sudu garpu. Kalau takde sangat, beli lah. Kita mesti dah plan untuk sahabat kita datang rumah kan.. :)

  15. Fikirkan, kalau kita tak suka orang buat kita macam tu, janganlah kita buat sahabat kita begitu

Itu lah saja rasanya. Neeza tulis ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan di mana-mana sahaja. Bukan senang untuk jadi sahabat sejati. Neeza pun tak terbuat kesemua kriteria tu. Susah tau sebab Neeza juga manusia biasa. Tak lepas daripada kesilapan. Neeza sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari hari ke hari. Kita perlu lah menjadi lebih baik dari semalam. Esok, lebih baik dari hari ini, hendaknya. Insyaallah...



6 comments:

Kak Elle said...

Neeza I agree dgn semua tu berkawan ni mesti ada tolak ansur nya kan?

ckLah @xiiinam said...

Kita boleh bersahabat dengan semua orang....kecuali pendengki. Pendengki itu ibarat seekor ular hitam yang sentiasa menunggu masa untuk memuntahkan bisanya kepada orang yang didengkinya...

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

betul tu kak elle.. neeza pun masih belajar menjadi sahabat sejati ni...

***********************************

CkLah,

takut sangat kalau jumpa pendengki ni.. sebab dia bukan nak bersahabat tapi nak jatuhkan kita kan..

Zahraa George said...

rajinnyerrrr pakar psychology nih buat reserch :)
susah nak dapat sahabat sejati yang betul-betul memahami :)

Abang Long said...

Nabi pernah bersabda kepada sahabat Baginda "kamu adalah sahabatku, tetapi umatku yang hidup sesudah kematianku dan tidak pernah melihat wajahku adalah SAUDARAKU"

Neeza Shahril said...

As,

tak buat research pun.. cedok idea dari orang lain dan baca2 blog hehehh..
betul as.. payah sesangat unless orang tu ikhlas kan..

***********************************

Abang Long,

wow!! maknanya umat lagi rapatlah kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin