Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, March 10, 2009

Tabah bila di tegur



Dah lama Neeza tak menulis something yang agak berat disini. Hari ni rasa macam nak tulis tentang sesuatu yang dah lama Neeza perasan tapi baru lah kini nak catat di blog sendiri. Tapi, apa yang Neeza tulis ni cuma dari pemerhatian diri sendiri sajalah.


Ramai yang tahu Neeza sekarang belajar part time (2 jam sehari). Dalam kelas, banyak benda yang Neeza belajar. Bukan setakat pelajaran yang diajar saja sebenarnya. Ianya lebih dari tu. Hari ni, sambil-sambil mendengar orang lain mengaji Quran (masa nak baca, ustazah suruh sorang-sorang), Neeza ambil iktibar dari apa yang Neeza dengar dan lihat.


Ustazah kami memang akan tegur bila dengar kesilapan bacaan - sama ada tak kena tajweed ataupun sebutan huruf. Neeza akui, ramai yang malu bila ditegur. Neeza pun sama jugak. Maklumlah, umur dah banyak tapi masih lagi tak betul bacaan. Kalau boleh kita nak bacaan kita perfect, takde salah. Maknanya ustazah tak akan tegur kita.


Tapi, kalau kita analyze balik, apa sebab ustazah tegur? Sebabnya ialah ustazah nak kita baca dengan betul. Bila baca betul, barulah bacaan kita ada makna yang betul. Kalau salah baca, makna jadi lain nanti. Bila salah makna, dibimbangi daripada dapat pahala, kita dapat dosa pulak. Sia-sia saja kita mengaji. Kalau dirumah pun macam tu. Kalau kita salah baca, makna akan jadi lain.


Neeza belajar mengaji seawal umur 6 tahun (tak awal kot bagi sesetengah orang). Neeza mengaji dirumah dulu. Lepas tu, dengan guru agama. Masa dulu, cikgu mengaji tak kisah sangat hukum-hakam ni. Mungkin masa tu, asal kenal huruf sudah. Sebutan huruf pun ada yang tak betul. Bila umur meningkat, Neeza belajar cara sebutan secara formal. Bertambah lagi ilmu walaupun tak banyak. Tapi Neeza takde pun pergi kelas mengaji yang betul-betul. Setakat belajar hukum aje disekolah. Lepas tu.... lupa!


Sekarang ni, dapat belajar balik. Alhamdulillah. Tapi, tahu aje lah kan. Umur dah banyak. Momentum pun agak kureng sikit. Jadi, selalu je kena tegur hehehh.. Baca A'uzubillah pun tak betul. Berkali-kali kena ulang. Malu jugak seposen. Tapi takpelah kan. Daripada bacaan tak betul sampai bila-bila, takpelah kena tegur kan.. ;).


19 comments:

Tie said...

Betul tu Neeza.....

Kalau kita nak pandai, kena buang perasaan malu tu....tebalkan muka je, he he....

Abang Long said...

Bak kata seorang Ustaz.

"Keputusan terakhir adalah, kita mahukan KEREDHAAN Allah, dan kita mahu sangat - sangat akan Syurga Allah."

Yummy Yum said...

Saya salu cakap kat student saya, kalau kena marah atau kena tegur tu maksudnya saya nak bg awak pandai, bukannya nak melingkup..hehe

Shima said...

kan berdosa kalau kita tau pkara yg betul tapi kita tk betulkan smula..... "buat sampai jaya" hehehehe....

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

rasanya muka neeza ni dah 6 inci tebal kot hehee..

***********************************

Abang long,

setuju tu abang long.. kalau kita buat something tapi tak dapat keredhaan tak guna kan..

***********************************

Yam,

cikgu sayang tu.. sebab tu tegur. kalau tak sayang.. lantak engkau le.. betul tak cikgu pensyarah? ;)

***********************************

Dik,

yes!! minum milo.. besar bagai johan!!

chekgu Bani Hassim said...

biase la tu kak...
belajar kan proses spjg hayat...

"tolabal ilmu minal lahdi ilal Lahdi"..

happy learning kak...

Kak Elle said...

saya sokong apa yg Tie tulis:)

:: Leeza Joe :: said...

mula2 tgk tajuk igtkan ...org tu namenye "tabah"...rupanya sinonim ngn sabar///betul la..."org" ni bila la nk p kelas tajweed...asyik mengelat je kan....^_~

Anonymous said...

Salam Neeza,
Selamat maju jaya. Ketabahan untuk belajar itu adalah satu ibadah. Apatah lagi ia bahasa Al-Quran. Semoga anda diberi kemudahan untuk belajar berterusan. InsyaAllah.

aNIe said...

Untuk mencari ilmu kita tak perlu malu...kerana kalau malu kita yang rugi...

Akak dulu belajar mengaji dengan bapak...bapak begitu garang kalau mengajar...siaplah kalau silap...memang rotan hinggap kat peha....

Insyaallah...berkat kesabaran Neeza...akan dpt keberkatannya...

MommYaLif said...

Me lagilah worst..but i dont care i want to learn jugak..kesian yg lain kena tunggu lama ..but anyway Neeza reads so beautifully lah..ohwell..iwish i can read like u do.

Zahraa George said...

hheheh..
ingat sem lepas..as asyik kena tegur..baca bismillah pun salah!!
tapi memang kena tebal kan muka..kalau kita asyik nak malu jer,sampai ke sudah sama ja..tak der perubahan..
bersyukur kerana dapat belajar tajweed walau di usia tua :)
InsyaAllah,next sem kalau ada lagi nak pergi semula kelas :)

noniey said...

bestnye dapat belajar mengaji.. bukan senang nak ada peluang tu.. even bila ada peluang pun, tak semua orang akan dibukak kan hati untuk belajar.. mintak2 saya pun akan jadi cam kak neeza. tapi tak tau lah bila nak belajar tu. huhuhuhu

ckLah @xiiinam said...

Masa kecik dulu...kalau salah baca, bapak tak pernah tegur...dia cuma libas rotan dia ke lantai...lalu kelam kabut kami cari siapa yang silap!!!

Neeza Shahril said...

Chekgu,

apa cikgu cakap tu? Maafi maklum ya anta...

***********************************

Kak Elle,

hehehh...

***********************************

Liza,

jomla.. takpe, cikgu tu makan orang hehee..

***********************************

Pak Zabs,

Insyaallah.. semoga Neeza istiqamah dan ikhlas..

***********************************

Kak Anie,

takutnya Neeza kena rotan.. kalau lah sekarang belajar kena rotan lagi, mesti ramai yang tak nak pergi (maklumlah kami ni pelajar dewasa hehee..)

***********************************

Kak Siti,

actually kan Neeza salute sangat dengan akak. Not many people like you sanggup masuk kelas macam ni. Thanks to you too. Dengan menunggu macam tu, kami dapat pahala tau, Insyaallah...
the compliment - thanks but I think, that's way too much lah..

***********************************

As,

memula segan kan As.. tapi kalau nak segan aje, sampai bila tak pandai.. lantaklah kan. orang lain pun tak kata apa sebab kita sesama belajar..

***********************************

Noniey,

mungkin KPTM boleh anjurkan kelas mengaji untuk warga dewasa.. masa tu boleh lah join..

***********************************

CkLah,

alamak! bagus kan anak2 dulu takut rotan.. anak2 sekarang, tunjuk rotan aje, dia report kat parents.. huhuuu...

maza said...

adakalanya ego menjadi penghalang utk kita tekun...

kekadang sombong itu memancarkan rasa bongkak di dlm diri!

maza selalu berdoa kepada Allah SWT,

"Ya Allah Kau, perbaikikanlah akhlak ku, sebagaimana Engkau perbaii wajah ku...

Bersihkanlah aku seumpama kain yang putih, dan sucikanlah aku sebagaimana embun yg pagi"

erk! masalahya mcm nak tau sesuci embun pagi, kalau selalu bangkit dah nampak matahari perit....wakakakak

Rasyidah Abd. Aziz said...

kita ni makin usia meningkat makin susah menerima teguran, saya suka cara sorang ustazah kat melaka ni mengajar, cara teguran dia sungguh berkesan dan kita tak terasa malu pun bila ditegur

Jie said...

neeza...kak jie pergi mengaji hari2...selasa sampai jumaat...pergi tu bukan sebab dah pandai..sebab tak pandailah yg pergi ngaji..tapi syukur alhamdulillah....bila kita dlm pengajian..org pandai ke org tak pandai tak ada beza...masing2 saling tegur menegur..itulah untungnya dlam pengajian.

Baca kitab..dia kata sekali pergi pengajian ( menuntut ilmu yg berfaedah ) pahala spt 3 bulan puasa.

Neeza Shahril said...

Maza,

Neeza belajar kan.. sombong dan bongkak tu salah satu syirik kecil.. semoga kita dijauhkan dari sifat2 tak elok tu...

embun tu malam ada gak.. ambik embun malam boleh kot heheh..

***********************************

Syidah,

hanya orang yang rasa dia perfect saja tak boleh terima teguran yang betul.. tapi ada gak orang yang memang suka cari salah orang.. hehee.. itu bukan tegur kot.. itu cari pasal hahaa!!

***********************************

Kak Jie,

dalam kelas neeza pun macam tu kak. Ada yang pandai dan ada yang tak pandai. Masing-masing berkongsi ilmu.. dan yang selalu mendengar, neeza la.. hehehhh..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin