Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, May 3, 2009

Cacamerba

gambar pinjam dari simply-june dan takde kena mengena dengan entry :P


Neeza ingat lagi ada sorang blogger (dia tahu siapa dia) pernah tulis kat blog dia, undang-undang separa kejam blogger ialah "kalau kita tak visit blog orang, jangan harap lah orang nak visit blog kita". Atau lebih kurang macam tu lah rasanya. Betul lah kot undang-undang tu tapi tak tahu lah separa kejam, betul-betul kejam ataupun tak kejam pun sebenarnya. Ianya bergantung kepada individu lah.

Dah 3 hari Neeza sangat kurang visit blog kawan-kawan. Bukan setakat visit. Update blog pun macam tak berapa mau saja. Sebabnya ialah Neeza telah caught up dengan satu drama bersiri..errr.. hahaha!! tak nak cakap lah tajuk apa. Ada Neeza tulis di beberapa entry yang lepas. Hari ni, baru lah ini Neeza buka blog sendiri. Memula rasa malas update sebab nak tengok drama tu tapi tak best pulak tengok blog dengan entry lama.

Hari ni Neeza dah mula kelas semula selepas seminggu sekolah cuti. Okay aje. Takde apa yang menarik sangat. Yang menarik ialah, exam yang sepatutnya dibuat this Monday di postpone ke Saturday depan. yahooo!!!! Hahaha!! Macam lah banyak sangat nak dibaca. 2 chapters saja tapi since ianya exam Al Loghatul Arabiah (bahasa arab). Faham-faham je lah kan.

Mulai hari ni juga, ustazah kami dan mak dia (guru Al Quran), naik bas kami untuk balik. Masa pergi abang dia hantar. Malu lah pulak naik bas sesama cikgu. Maklumlah, murid tua kan.. heheh..

Cuaca di Jubail mulai berbahang dan panas. Kalau keluar malam pun, masih terasa berbahang. Itu maknanya.... summer is coming lah! Putik-putik tamar dah nampak keluar. Dalam bulan 7 @ 8, masak ranumlah buah-buah tamar tu. Tapi since Neeza balik (Insyaallah) Malaysia lebih awal dari tu, tak sempat lah nak bawak balik tamar segar dari ladang :P.

The kids (Sophea and Sobhan) start kelas mengaji hari ni. Kelas mengaji ni khas untuk anak-anak Malaysia di Jubail. Terima kasih kepada KRMJ diatas usaha gigih sehingga materialize kelas mengaji ni. Disebabkan kelas tak boleh muat ramai sangat, cuma 20 pelajar diterima untuk sesi pertama. Tamat sesi pertama, pelajar lain pulak boleh enrol. Nak bagi fair to all, setiap pelajar perlu bayar yuran (ayah dia lah yang kena bayar sebenornyeee..). Duit kelab tak digunakan. Fair lah tu sebab tak semua orang ada anak yang nak belajar ni.

Title entry All in one tu sebab segalanya Neeza nak tulis. Malas nak fikir-fikir sebab dalam kepala ni asyik ingat "Juxiang", "Yueniang" dan "Xi er" aje.. hahaha!!! (habislah kena marah dengan orang tu..). You're a mother for 4 kids and a wife to a husband!! Ouccchhh!!!! pediiissssssss....

20 comments:

nj said...

neeza...
norma gi jugak hantar Luthfil tadi...nampakla 'bos' awak tu...hantar 2 org anak dara tu ke? Semangat bukan main 'ustaz'nya mengajar norma tengok tadi...tapi tak dapat dengar sebab tak masuk pun hall tu...tengok melalui pintu kaca je...

:: Leeza Joe :: said...

cacamerba boleh tahan lagi...yg saye ni dah nak jadi mak nenek hantu dah semnejak dua nie....;)~

Zahraa George said...

sedapnyer bubur cacamerba tueeee :P

Kak Elle said...

hahaha dah jangkit little nyonya....kalau tak jumpa neeza key title dan episode yg neeza cari tu...insya'allah ada...saya beli je cd dia senang walaupun mahal sebab nak tau akhir nya....

misz_A said...

i'm paying u a visit,.. hehe

Neeza Shahril said...

Norma,

haah.. shahril ada cakap, ramai yang bawak 'orang rumah' memasing.. neeza tak pergi sebab layan chinese drama hahaha!! balik kelas tadi, the kids buat homework.. bagus betul.. hehe...

***********************************

Liza,

alamak!! hantu ada mak dengan nenek ke liza? hehee.. bahaya tu.. cool down ya..

***********************************

As,

haah kan.. nampak sedap sungguh laa.. nak kena buat ni hehee..

***********************************

Kak Elle,

ooo.. kak elle beli CD ke.. neeza cuba cari dulu sampai dapat. Kalau tak dapat jugak, kena balik malaysia cari CD gak la.. heheh..

***********************************

Misz A,

hahaha!! Then I'll pay back.. hehee..

Nurul Nadiah said...

ohoh. kakak nak balik dah? best. best. nanti leh pi jumpa akak eah?

huhu

bulan 7 8

nadia konvo bulan 8. lepas konvo ah. nak raya dah time tu. terbang pi umah kakak. heheh

=)

Nurul Nadiah said...

lupa nak cakap.

terliur.

tengok bubuq tu..

semakin sihatlah cik nadia ni =p

aNIe said...

Wah!! neeza dah berjangkit penyakit kak elle ke? Hehehehe...

Akak masih kuat lagi antivirusnya...tak jangkit lagik...

Mengenai kenyataan separuh kejam tu...hmmm...kadang ada betulnya...sebab kita kalau tak lawat blog diorang...camaner diorang nak tau url kita kan? Tapi akak kalau dah kenal sorang2 blogger tu dia tak lawat blog akak pun akak lawat blog mereka...sebab kadang mereka sibuk kan? Akak kalau sibuk pulak cuma sempat klik pada mereka yang tinggal komen aje...senang klik kat situ...hehehe

Anonymous said...

Kak tie baru je lepas buat spring cleaning (walaupun kat Malaysia ni hanya ada 2 musim panas dan hujan...)
Adoi....macam nak patah pinggang ni. Baru sedar diri dah tua...he he..

Bila bukak blog, dah pun berderet tetamu datang tanpa diraikan...kesian gak. Tak tahu pulak ada undang2 separuh kejam tu, kih kih..

Kak tie ni memang suka merayau ke blog orang. Kekadang terus komen, tapi biasanya akan jelajah dulu ke tempat lain.

Tapi, kerana umor dah lanjut , selalu je lupa nak gi komen . Bila check, belum komen padahal ingat separuh mati dah komen... dah nyanyok agaknya, haha...(sampai beritahu kat tuan rumah komen kak tie ilang....ekekekee....)

jane said...

neeza,

oh...kemaruk citer little nyonya ya...

x apa...saya kemaruk nak pindah!!! rumah kalah tongkang nak pecah! sana sini ada kotak!

Sally said...

ting! tong! Assalamualaikum..Sally datang nih...nak melawat...harap2 semua isi rumah sihat2.. :)

cm said...

biasalah neeza...
CM dulu tak minat sangat, tp bila anak dah remaja, they all bawa pulang cd-cd tu..CM pun terlekat sama..esp citer korea..

Abahnajwa said...

Neeza..

Abah memang hooked dengan blog neeza ni..sapa tak nak tahu khabar besan ye tak..mesti kena ambik tahu..

Ish..ish..ish..

sedapnya bubur tuuuu

Neeza Shahril said...

Nadia,

tengah bulan 7 akak dah ke saudi semula..

jom la terbang ke sini ;)

***********************************

Kak Anie,

penyakit dah sangat teruk berjangkit ni.. hehehe..

ooo.. neeza pun cam tu jugak Kak Anie. Click kat nama yang masuk comment je kengkadang heheh..

***********************************

Kak Tie,

neeza tak kisah sangat orang tak comment dan tak baca blog neeza Kak Tie sebab Neeza pun lately jarang visit blog orang.. hehe..

tapi nak jugak tahu cerita kawan kawan..

***********************************

Kak Jane,

nak pindah ya.. Selamat pindah rumah ya..

***********************************

Sally,

Alhamdulillah.. kami semua sihat.. :)

***********************************

CM,

bahaya kan bila dah hooked up ni hehehe..

***********************************

Abah,

Salam besan... hehehh..
Neeza malas sikit lah lately Abah..

gambar bubur tu pinjam je dari g00gle je hehee..

Mother of Two said...

kak neeza,
ingatkan cacamerba tu nama masakan..bukan yer,,:)

v said...

Eh eh first time here. Apa kabar?

Anonymous said...

sodapppnyerr..

Neeza Shahril said...

Shiela,

cacamerba tu maknanya bercampur aduk.. ;)

***********************************

lili11,

salam.. baik.. :)

***********************************

En Me,

tapi takleh makan.. heheh..

Ainur68 said...

Balik M'sia nanti jgn lupa singgah Seberang Balok...hehehe..see ya...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin