Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, May 10, 2009

Lari dari rumah




Teringat dulu di masa kecil (sekolah rendah), tiap kali kena marah dengan Ma, dalam hati selalu terdetik Ja nak lari dari rumah. Tak tahu lah dari mana datang idea tu. Takde sape pun bagi tahu. Ada sekali tu, Ja siap bagi tahu pada Bada, "Dik, jom kita lari nak!". Sabar je lah kan. Nasib baik lah Bada kata "kita nak pergi mana?". Tak jadi lah nak lari.. hehee.. Lawak sungguh lah.

Kalau lah betul Ja lari dari rumah, tentu Ja akan menyesal sampai sekarang. Sekarang, Ja punya 4 cahayamata. Anak sulung Ja telah pun sebaya umur Ja semasa Ja pernah terfikir nak lari dari rumah dulu. Sekarang ni, setiap kali Ja marah anak Ja itu, Ja terfikir, agak-agaknya ada tak dia terfikir nak lari dari rumah macam Ja dulu.. takut pulak bila terfikir macam tu. Semoga dia tak lah buat benda-benda terlebih creative tu. Ameen...

Ma, hari ni ialah Hari Ibu. Ja tak aware sangat benda ni sampailah Ja baca sana-sini tentang Hari Ibu ni. Siapa yang invent Hari Ibu ni pun Ja tak tahu. Tapi Ja tahu, jasa dan kasih ibu tiada galang ganti. Tak dapat ditukar dengan apa jua pun. Happy Moter's Day Ma. I love you with all my heart.




Edited to post:

Anak-anak balik sekolah.

Ummi!!! Happy Mother's Day!! (sambil bagi perfume dia yang Auntie Nor bagi as a gift sebab dia janji tak makan chips lagi)

Thank you... (smile) Aik!! ini kan perfume Kakak.

Takpe.. Kakak bagi Ummi...

Coan lari masuk bilik dia.

Happy Mother's Day Ummi!! (sambil hulur kad)

Thank you..

(Ummi sangatlah happy...).

Coan selalu buat kad and creative items dalam kelas. So, dia bolehlah bagi kad. Kakak, tak bagi sebab tak buat pun. Diorang tak tahu pun apa Mother's Day tu tapi since ramai orang dok cakap Happy Mother's Day, diorang pun wish sama lah.

Ummi... Mother's Day tu apa? Kakak pelik lah, mana diorang dapat hadiah-hadiah semua tu ya?

(Ummi speechless tak tahu nak kata apa. Cuma, Ummi tahu yang Ummi love all my kids equally).






16 comments:

Kak Elle said...

Happy mother's day Neeza:)

:: Leeza Joe :: said...

selamat hari ibu...
oooo...ade hati nak lari dr rumah yerrr..hahahha

Anonymous said...

Selamat hari ibu..... :)

Sally said...

Selamat Hari Ibu!!!!!!

^aNgRiAni^ said...

Happy Mother's Day kak neeza
:D
semoga bahagia selalu

www.angrianiworld.com

zino said...

neeza
selamat hari ibu...jangan sesekali fikir nak lari lagi.. kalau lari kat padang ke taman ke silakan hehe

silversarina said...

Happy Mother's Day !!

Sekarang ni camne, ada rasa nak lari dari rumah lagi ke....hehehe.

Zahraa George said...

Happy Mother's day!!
Wah,anak-anak sekarang pandai kan..
Kalau kita dulu-dulu,tak tau pun bila mother's day..hehe
Yang tau bila merajuk nak lari rumah jer..sapa la tu yer ?? :P

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

Thank you Kak.. :)

***********************************

Liza,

Selamat Hari Ibu juga..
hahaha!!! zaman kecik ku yang kuat merajuk.. ;)

***********************************

KAk Tie,

Selamat Hari Ibu kak.. :)

***********************************

Sally,

Selamat Hari Ibu Sally..

***********************************

Riani,

Happy Mother's Day to you too dear...

***********************************

Zino,

thank you..
hehee.. kat padang tak thrill la zino..

***********************************

Kak Rina,

Happy Mother's Day Kak Rina..

sekarang rasa cam nak dok dalam rumah aje.. nak tido hehe..

***********************************

As,

Happy Mother's Day As..

hahahahah!!! entahlah kan.. sape lah tu.. merajuk aje nak lari dari rumah.. nak kena babap tu.. kahkahkahh!!

Mak Teh said...

Happy Mothers Day Neeza !

Sebenarnya ni budaya mat salleh. Dia orang nak commercialisedkan semua benda. Kata sahabat saya seorang American, perkara ini mula di reka-reka dan dicommercialisedkan oleh pengeluar kad Hallmark. Percaya tak sekarang Happy Pets Day pun ada!

Bagi kita orang Islam Mothers day is everyday! Setiap hari kita sayang ibu dan bapa kita dan setiap hari selepas solat kita doakan kesejahteraan ibubapa kita begitu juga ibubapa kepada anak-anaknya.

Anonymous said...

Salam Neeza,
Selamat Hari Ibu.....
Kekadang tu tanpa kita sedari mungkin doa kita termakbul.
Sekarang berada jauh di negeri orang tu, mungkin macam lari dari rumah juga tak...oops..mengusik je...hehe..

Anonymous said...

kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnyerr.. salam hari ibu wat akak neeza tewww

Anonymous said...

kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnyerr.. salam hari ibu wat akak neeza tewww

Ainur68 said...

Selamat Hari Ibu....jangan jadi ibu yang lari dari rumah sudahlah...hehehe...just kidding!

noniey said...

bestnya bila dapat dgr anak sendiri cakap happy mothers day...

bilalah anak saya plak leh sebut tu..huhuhu..
nway happy mothers day kak neeza..

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

macam tau tau aje Neeza curious heheh.. Tadi baru Neeza tanya kawan, sape yang invent Mother's Day ni... dia pun tak tahu..

Pandaikan orang2 berkenaan tu buat something macam ni. Kad diorang laku sebab orang suka lah hantar-hantar kad ni.. macam la neeza jugak hehe..

***********************************

Pak Zabs,

eh! betul la kan.. menyesal pulak.. nape lah Neeza tak mintak nak pergi Australia kecik2 dulu.. tempat idaman tu tau Pak Zabs.. nak pergi Tasmanian Island, petik buah-buahan.. hehehee..

***********************************

En Me,

time kasih... time kasih...
hari bapa lambat lagi kan.. ye la.. kasih untuk bapa sikit dah leeeee hehee..

***********************************

Kak Nik,

tak best lari.. sakit kaki.. kita naik jet la.. laju sikit hahahaha!!!

***********************************

Noniey,

tak lama lagi Aqil Syahmi besar, dia akan wish Noniey.. masa tu sure rasa nak nangis je.. :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin