Hehehe.. macam celebrity masuk kedai bundle - no picture please!!!. Ye la kan, jatuh lah standard babe.. ;). Nanti tak pasal-pasal masuk muka dia kat mukabuku, frenster, ruangsaya, giveme5, ohbulanterajutigo dan macam-macam lagi. Artis XYZ pakai jeans terpakai heheh... walaupun takde lah salah pun sebenarnya..
Ehemm!!! Balik pada cerita sebenar. Nak cerita yang hari ni Neeza tersangatlah frustnya dengan majlis graduasi sekolah part time Neeza tu. Gambar memang tak ambik pun sebab camera pun nak bawak. Nak ambik pakai apa? Handphone cap ayam yang memori tak sampai 1MG tu? Dah penuh dah pun. Sorry la ye. Tadi pun hp tu dah buat hal. Tetiba padam dengan sendirinya. Tu mesti nak mintak ganti tu. Memang dah lama sangat pun hp tu. Dekat 4 tahun kot. Ke lebih? Tak ingat dah. Beli kat KB Mall dulu tu (ooo.. kena cakap rupanya beli kat mana :P).
Majlis tadi sangatlah tak bestnya sebab masa perjalanan ke situ saja dah lah lama. Sampai-sampai saja, semuanya macam tak terurus je. Semua orang duduk bersantai je. Macam tak formal langsung. Hmm.. malas nak cerita. Time makan, sangatlah terkocoh-kocoh. Tak sempat nak
Jadi, kepada sesiapa yang nak tengok gambar majlis tadi, minta maaf lah bebanyak. Takde gambar pun. Lagipun kan, kebanyakannya without head cover, so faham-fahamlah kan... Rasanya the only gambar (yang diambil administrator kami) ialah gambar makanan yang banyak tapi
Itu sahaja laporan untuk berita jam 2.27 petang ini.
Che Tom ke hulu naik buaya
Ingin memetik rambutan lebat
Neeza undur diri dulu lah ya
sebab mata dah mengantuk sangat
Salam... Adios! Ilal Liqa'!
13 comments:
..aduhai...memang xpuas makan..2short time!
Kiranya sudah menjadi majlis graduasi yang paling santai dalam dunia.
hmm
boleh digantung di dinding astaka, sebagai memori graduasi paling 'senggang lenggang' heheheh
tak pe, maza pun pernah rasa pilu menghadapi situasi seperti itu.. hari berbahagia di hari graduasi bertukar menjadi hambar dek sbb sesuatu yg amat2 hampehnyer......huhuhu
erk! tertanya2 gak, kenapa neeza tergocoh gacah ek? meh ler story sikit!
hehehhe
Larr...macam kecewa sangat dengan majlis graduation tu aje...takpelah nieeza...janji neeza dah grad...
congrats pd kak neeza. sbb jd one of the best student arabic!!!!!
full mark tuuu...cayalahhh..
haah laaa...x leh nak posing td kan..uuhuk..uhuk...;)
hmm apa2 pun tahniah sebab da dapat graduate dr kelas tu...memory dlm hati macam cerita winter sonata ek?...hehe
takpe lah, yang penting dah grad.. hehehehe..
uihhh!!! ada pantun plak kali ni...
takde gambar takpe, janji memorinya melekat dalam kepala
MommyAlif,
I wish I could tapau all the food.. tapi tak best gak sebab bila sampai rumah dah takde feel nak makan...
***********************************
Abang Long,
ya.. sangatlah santainya sampai kami tak rasa pun yang itu majlis graduasi.. :)
***********************************
Maza,
bosan kan kalau kita expect benda tu gilang gemilang tapi yang jadinya senggang lenggang.. hehe.. pinjam words maza...
sebabnya kan.. perjalanan ke sana dah 1 jam. waktu balik macam biasa. Bas akan sampai sharp 10.30am. Kami mula makan dah dekat 10.30. So, paham2 je lah kan.. baru duduk sekejap nak makan, bas dah sampai.. sedih... tak sempat makan banyak hehehe..
***********************************
Kak Anie,
majlis tu neeza tak lah anggap macam graduation sangat.. tapi yang frustnya director pun tak datang.. :(
***********************************
Leeza,
hehehe.. Alhamdulillah..
kalau ada camera, tak lah bosan sangat kan.. view laut tu cantik kan..
***********************************
Kak Elle,
memori dalam hati lebih berkekalan kan kak Elle.. tapi neeza akan ingat memori tu sebagai memori tak best.. :D
***********************************
Noniey,
hahaha!!! tak grad pun takpe.. akak nak makan.. huhuuu..
***********************************
Lieyn,
memang akan sentiasa ingat dalam kepala dan perut sebab tak dapat makan banyak huhuuu..
tahniah sebab dah grad...:)
kenang yang manis2 aje...yang masam buang jauh2 eh..
balik sini nanti datang rumah akak ye..
Hmm.. teringat masa kak tie grad dulu.. bayangkan, hidup kak tie susah, sampai tak pergi pun masa grad... tak de gambor langsung, ambil dip kat kaunter pejabat je... sedih betul.
kak neeza,
patutnya akak berpantun jugak depan mereka2 tu..hiksss
kite yang bace pun dah dapat rase x bestnya. cemana la akak yg merase ek. isk laa depa ni
Post a Comment