Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, July 28, 2009

Kota Tinggi Waterfall Resort


Kalau bab mandi-manda di luar, Neeza pilih waterfall atau sungai. Neeza tak suka pantai sebab airnya masin, melekit bila kering. Lepas tu, bila naik dari laut tu, kaki pijak pasir, penuh lah kaki berpasir. Kalau ada air nak cuci senang. Kalau takde, haru jugak.

Baru-baru ni, semasa Neeza ke Kota Tinggi, kami berpicnic di Kota Tinggi Waterfall Resort. First time datang situ. sebelum masuk ke area waterfall, kami menikmati suasana kehijauan pokok-pokok getah dan kelapa sawit. Ada jugak pokok-pokok buah rambutan. Mak oii!!! banyaknya buah. Kalau pokok sendiri, dah lama dah Neeza panjat. Since itu pokok orang, tengok aje lah..

Memula, acara makan. Ma masak mee goreng sebagai bekal. Then Lin, adik ipar Neeza ada bawak roti krim. Kalau kat rumah tak laku pun. Tapi bila picnic, semuanya laku. Ada jugak lemang and rendang yang kami bawa dari Kemaman, hari sebelumnya. Kami makan kenyang sebelum berendam. Cantik waterfall ni. Ada jugak di touch up sikit untuk kemudahan pengunjung. Nak masuk kena bayar. Kalau tak kena bayar, sure sarat waterfall tu rasanya. Ada juga chalet bagi yang nak menginap. Overall, memang puas hati lahh kami. Sapaikan Sumeyyah yang kecik tu pun mandi sama. Tak nangis langsung walaupun air tu sejuk jugak rasaya.

Kami bergegas untuk balik sebab ada orang tunggu di rumah adik Neeza. Malangnya, bila kami dah siap nak balik, orang yang tunggu kat rumah dah pun pergi. Nak sambung mandi dah takde feel sebab float semua dah return. Baju pun dah tukar. Malas lah nak tukar semula. Anyway, we enjoyed the time there. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, kami akan kesana lagi.






















15 comments:

nurie said...

Memang best pegi sana...tapi jalan ke sana mcm bahaya skit...kena hati2...

Anonymous said...

Uwaaa..... kak tie masih ingat lagi mandi kat situ, sejuk ketar sampai biru bibir, ekekeke....

Yummy Yum said...

best la tengok waterfall kat situ..rasa cam nak pegi la pulak..

zura aini said...

bestnya, pernah ke sana 2002 dulu, memang cantik.
Tapikan neeza, kalau ke waterfall ramai org ni paling benci bila jumpa sampah sarap bagai, pampers kotor pun ada.
Baru-baru ni ke kaki Gng Kinabalu, air terjun terpencil,jauh kena menapak, memang bersih, tak adalah semua sampah macam tu.

noniey said...

comelnya sumeyyah dalam tu.. dia tak nangis ke takut? kalau aqil syahmi tu, meraung dah.. shahmey nangis tak?

Sally said...

seronoknyaaa..bila berpicnic dgn family..bila dah menggigil2 sejuk, dah tak kira bekal apa pun dijamin licin..

Neeza Shahril said...

Nurie,

dari bandar Kota Tinggi jalan dia nampak okay Nurie.. dekat pulak tu..

***********************************

Kak Tie,

best sangat kan mandi kat situ. orang pun tak ramai. Tu yang syok tu..

***********************************

Yam,

silalah pergi Yam. Kalau Yam pergi, mesti kena ambik chalet sebab tak puas duduk kejap..

***********************************

Kak Zany,

so far, kami tak jumpa sampah kak sebab masing2 berdisiplin. Buang sampah dalam tong.
tapi memang bosan pun kalau kita picnic kat tempat yang penuh sampah. macam tak reti nak buang aje diorang tu kan..

***********************************

Noniey,

Sumeyyah excited betul.. tak nangis langsung. DIa cool aje. Shahmey pun suka. Memula tu dia macam cuak tapi lepas tengok semua orang masuk, dia okay.. :)

***********************************

Sally,

memang pun. Lepas mandi, masing-masing kelaparan tapi food semua dah simpan. Makan je roti sampai licin hehehe..

Kak Elle said...

dah dekat dgn singapore tu...hehe

Anonymous said...

kita last pegi sana...
tahun 80 an dulu...
hehehehe....time belum akil baligh lagi...

Zul Abdullah said...

best nya leh main waterfall.. kalau berkesempatan kang leh bawak Athirah dan Anieq gi jalan-jalan tgk.. tapi bahu ni masih lenguh-lenguh dan sengal2 lagi jatuh ngan Athirah kat sungai ari tu..

lidey lim said...

waaa.. besnya. tingin lah nak p tapi jauh sangat... kena kumpul duit dulu nih sebelum nk p :D

Cat Cat said...

Bestnya mandi waterfall... Tak sejuk ke..??

Abang Long said...

Bayangkan kalu kita berendam di bulan puasa ... alahaiiiii

l i e y n said...

relax je meyyah dok dalam pelampung...

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

memang teringat Kak Elle pun time tu.. tapi masa suntuk sesangat..

***********************************

Ibusinga,

mesti syokkan mandi manda pakai seluar kecik hehehe..

***********************************

Zul,

alamak! jatuh sungai bawak anak ke? mesti sakit bila kena batu-batu dalam sungai tu kan.. tunggu sembuh baru pergi lagi ya :)

***********************************

Makcik Lidey,

kalau tak sebab akak pergi visit adik, mungkin tak sampai lagi kat situ pun.. heheh..

***********************************

Cath,

sejuk tapi since masa tu almost noon, best sangat :)

***********************************

Abang Long,

ada yang nak duduk sampai waktu berbuka heheee..

***********************************

Lieyn,

surprisingly, dia suka sangat. Tak berbunyi2.. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin