Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, August 10, 2009

Derma darah boleh gemuk ke?


Tak pernah seumur hidup Neeza menderma darah. Derma darah kat nyamuk tu biasa dah la. Tapi, derma darah yang betul-betul darah mengalir keluar masuk dalam bag tu tak pernah. Takut? takut jugak. Ada yang kata, kalau kita selalu derma darah badan senang naik. Body conscious macam Neeza ni (tak sedor diri tu memang gedebab) memang lah tak berani dengan benda-benda yang boleh menaikkan badan. Tapi makan tak pernah control pulak. Laju je masuk. Pergi makan rumah orang, tak reti-reti nak berenti hahaha!!!

Hari ni Neeza terbaca berita ni kat Metro. Seorang pakcik ni menderma sebanyak 357 kali dalam masa 3 tahun. Wow!!! tabik spring lah kat pakcik ni. Tak sabar Neeza nak tengok rupa pakcik ni. Neeza dok bayangkan, betul lah orang yang selalu derma darah ni berisi (gemuk). Ternyata tidak. Dia kurus je. At least okaylah badan dia. Umur dah 70 tahun tapi nampak sihat lagi. Macam baru 50 tahun je.

Lepas baca berita tu, agak-agaknya lepas ni berani tak Neeza nak derma darah? hehehe.. kita tengok nanti. Kat Saudi ni takde pulak dengar hospital mintak derma darah. Dah banyak sangat kot darah kat tabung darah diorang ;). Ke ada tapi Neeza je yang tak tahu yek? Kena tanya Kak Aishah (nurse di RCH) or Ummi Aishah yang pernah jadi nurse di NBH.

15 comments:

noniey said...

saya pun tak pernah.. tapi act bagus kan derma darah ni.. saya takut lah nak bayangkan jarum dicucuk.. n darah mengalir.. tapi teringin gak..

kuIna said...

sy takut....

Kak Elle said...

neeza jgn lepas menderma darah tu kena duduk hospital 2 pulak bab pengsan...haha

Nurul Nadiah said...

nadia penah derma darah sekali. 2 tahun lepas. tu la first time derma. time tu die amek 450ml darah. lepas habis. nadia bangun-bangun je. jalan sikit ke depan. bedebuk jatuh pengsan. haha

lembik betul nadia

sejak tu nadia tak derma darah dah, bukan taknak. tapi x jumpa program derma darah. huhu

tapi x sakit pon. kebas2 je tangan tu. huhu.

ckLah @xiiinam said...

...ckLah sempat menderma 3 kali......




Sebelum tidak dibenarkan....




Kerana ckLah pun kekadang memerlukan tambahan darah....




DARAHHHH....




...errr..dah macam drakula pulak dah ckLah ni...

cm said...

CM pun tak pernah,
bukan takut... tetapi tak terbuat!!

Neeza Shahril said...

Noniey,

memang bagus tapi akak tak berani lagi laa.. hari tu pernah ada kat KPTM kan.. time tu akak pregnant pulak..

***********************************

Kuina,

samalah kita :D

***********************************

Kak Elle,

neeza pun takut gak tengok darah sebenarnya.. rasa nak mual2 je.. hehe..

***********************************

Nadia,

hehehe.. tak cukup zat kot nadia ni.. orang kata, kena makan dulu sebelum derma darah supaya tak pengsan.. entahlah betul ke tak..

***********************************

Kak Lah,

aik.. hmmm ada something wrong dengan akak ya..
InsyaAllah.. tak lama lagi akak sihat.. Ameen...

***********************************

CM,

tu la kan.. neeza ni rasanya takut campur tak sempat.. takde kesempatan.. amboi.. banyaknya alasan neeza hehe..

zino said...

bila dah derma sekali nanti rasa nak derma lagi.. last dapat atasi rekod pakcik tu hehe

Rasyidah Abd. Aziz said...

ada org kata boleh gemuk, tapi tgk org2 yg biasa derma ok je, tapi nurse akan kata kena derma regular kalau kita dah pernah sekali derma

:: Leeza Joe :: said...

ngeeeeeeeeeeee..ngak pernah jugak derma darah....takut woooo....

pB said...

kak pB ,


at least 2 kali setahun derma daroh...

gemuk kor kak pB?

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man tak pernah derma darah. Tak tahulah kenapa. Mungkin takut agaknya.

Neeza Shahril said...

Zino,

pakcik tu terlalu banyak kali derma tu.. orang hospital pun dah kenal dia kot hehe..

***********************************

Syidah,

gitu ke.. maknanya, kalau tak pernah menderma, tak payahlah kan hahaha!! alasan semata nih.. ;)

***********************************

Leez,

jom kita try nak huhuu..

***********************************

Kak Pb,

tok gemuk la maknonyo.. buleh la gi dermo.. ;)

***********************************

Pak Man,

takut jarum kot.. neeza pun takut jarum.. sakittttt.. huhuuu...

Abang Long said...

Kalau tak derma darahpun, rasanya darah yang diambil setahun lalu sudah sebaldi ...

zahryanie said...

yanie dah 5 kali derma darah..part paling mendebarkan, time nak check darah tu je..time dah baring atas katil tu, okey aje..rasa bersemangat... :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin