Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, May 27, 2010

Kita cuma pinjam mereka...

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang menakjubkan. Mereka penyeri hidup sebuah keluarga. Orang kata, mereka lah racun, mereka lah penawar. Neeza juga setuju tu. Kalau silap didikan, mereka akan menjadi racun dan merosakkan keluarga itu sendiri.

Sebaliknya pula, anak-anak juga menjadi penawar ketika duka dan sakit, terutamanya anak-anak kecil. Bila saja terpandang wajah anak-anak yang masih kecil, hilang rasa duka. Anak-anak yang besar pula, jika dididik dengan baik, akan mendoakan ibu bapa mereka. InsyaALlah.

Walau apa sekalipun, anak-anak diberi oleh Allah sebagai pinjaman. Tiada yang kekal didunia ini. Kematian datang without alarm. Kalau nak bangun, kita boleh pasang alarm clock (itu pun tak tentu kita boleh jaga..), kematian takde alarm clock. Ada orang yang sakit bertahun-tahun tapi umurnya masih panjang. Ada orang, hari ni sihat walafiat. Tiba-tiba kita dengar, dia pergi menghadap Penciptanya tanpa memberi notis.

Kalau orang yang pergi tu kita tak kenal, tak lah kita terasa sangat. Kalau kita kenal orang tu, perasaan sedih yang mendalam pasti ada. Apa lagi kalau yang pergi itu ialah anak kandung sendiri.

Beberapa hari lepas, sahabat Neeza kehilangan anak sulungnya yang berusia 5 tahun. Neeza kenal arwah sejak berusia beberapa hari. Aishah sangat comel. MasyaAllah. Walau bagaimanapun, Allah memanggilnya terlebih dahulu. Allah sayangkan dia. Dia menanti kedua ibu bapanya di syurga. Pemergiannya bukan sia-sia. Dia pergi sebagai insan suci, tanpa setitik dosa. MasyaAllah! Semua orang mengharapkan begitu sebenarnya.

Memang tak dinafikan, mereka yang tinggal tertutamanya kedua ibu bapanya sangatlah hiba. Ibu kehilangan anak! Memikirkannya pun boleh buat Neeza menangis. Ini pulak sahabat Neeza yang terpaksa menghadapinya. Sabarlah Mai dan Razif. Redhalah. Allah menyediakan tempat istimewa untuk Mai dan Razif di sana kelak. InsyaAllah.

Mengingatkan apa yang terjadi, Neeza terlalu sensitif sekarang. Setiap kali Neeza pandang wajah anak-anak Neeza, Neeza mohon pada Allah, izinkahlah aku pinjam anak ini untuk tempoh lebih lama lagi Ya Allah. Sekiranya engkau perlu mengambil kami, ambil lah nyawaku dulu sebab rasanya tak sanggup untukku menghadapi saat duka itu. Neeza juga selalu mengingatkan diri, mereka ini adalah pinjaman. Bila-bila masa, mereka akan diambil olehNya sekiranya Dia mahu.

Neeza kagum dengan dua sahabat Neeza itu sebab nampaknya mereka tabah menghadapi dugaan berat itu. Subhanallah!! Kalau Neeza ditempat mereka, tak tahu lah nak kata. Kita hanya merancang dan memohon tapi Allah lah penentu segalanya....

7 comments:

Abang Long said...

Seorang Ulamak memberikan pesan dan sering mengingatkan:

"Kita dihidupan diatas muka bumi ini ialah untuk BER-IBADAH kepada Allah."


Kita mesti menyediakan bekal yang cukup.


Perbanyakkan ISTIGHFAR.

Kujie said...

Anak-anak - bercakap ttg anak2 pun airmata boleh meleleh...sebenarnya bukan cerita apa2 pun...

sensitif sungguh...skrg ni anak2 dah besar, lagi terasa

nak kena biasakan diri pada fasa lain dlm hidup

nj said...

neeza...
tak tahu macamana nak hadapi dugaan sebegitu...semoga ALLAH kuatkan hati dan tabahkan hati kita...

Dr Ezura said...

semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini...

en_me said...

insaffnyerr..

Mulan said...

al-fatihah... moga mereka sabar & redha..

Wanpetunjuk said...

Salam Akak....
Semoga terus sejahtera....:)

Hakikatnya, setiap perkara yang mendatangi kita adalah pinjamanNYA tapi itu yang menjadi kepada alpaan kita...

Semoga doa dalam sujud2 kita diterima Allah Ta'ala...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin