Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, August 2, 2010

Tonsil operation on me

Perhaps I'm too old for that. Ramai kata, tonsil operation is done mainly for kids. Tapi, takpelah.. dah buat pun. Alhamdulillah.

It all began with one fine day at Mouwasat Hospital. Neeza pergi hospital sebab nak check benda lain sebenarnya. Tapi, since result untuk 'check benda lain' tu lama lah bebeno, Neeza pun divert lah ke ENT clinic yang memang selalunya tak ramai orang pun. Masa tu tengah ada sore throat sikit. Tujuan utama ke ENT is nak check sinus and plan dalam kepala nak buat operation buang sinus lah konon. Bila doctor check, dia kata Neeza ada tonsil and dah agak teruk. Dia suggest buang tonsil tu. Tapi, I didn't give any agreement at that moment.

Lepas buat MRI (for sinus), doctor kata my sinus is good. Maknanya tak teruk lah. So, there's no need for operation. Instead, ada something macam tak berapa balance inside the nose. Tapi, doctor suggest buat tonsil operation dulu. Okay, I said.

Frankly, I was pretty excited about it since doctor kata, it was easy. You'll be admitted today and you'll be discharged tomorrow. Something like that.

A day before the operation day, Neeza g00gle pasal tonsil operation ni. To my surprise, the first line of the search showed me that a teenager died after tonsil operation! That girl tertelan banyak darah yang keluar dari dalam mulut dia. Hati dah cuak dan takut. Will I survive? Appointment dah buat. Jadi, Neeza tawakkal to Allah. Ajal maut ditanganNya. Semoga Neeza dilindungi Allah.

The day came. Dari pagi hati tak tenang. Risau dan macam-macam perasaan lagi. Dah lah takleh makan. Anyway, memang takde selera nak makan pun bila risau. Sampai di hospital, check in ward, tukar baju, solat zohor dengan tangan dah dipasang IV (sangatlah tak suka benda ni) and ready for operation.

Tunggu... tunggu... barulah nurse datang bawak stretcher. Sampai kat OT, relax je. Abang dah tunggu kat luar, takleh masuk OT. Lupa pulak nak mintak Abang doakan Neeza. Takpe.. Abang mesti doakan Neeza tu, hati berkata-kata.

Nurse parking Neeza kat tepi. Nampak Dr. Yousef. Dia tegur. Ceria dia sebab nak operate orang. Neeza ni yang dok risau and takut. Masa ni memang lah dalam hati tak henti berdoa. Ironic kan. Manusia selalu ingat Allah dimasa dia susah. Astaghfirullah. Lepas tu nurse datang inject one kind of liquid pada IV di tangan Neeza. I suspected it was anaesthetic. Memang betul pun. Memula inject tu rasa cam kebas-kebas. Lepas tu Neeza ingat, mereka tolak masuk OT room. Neeza ingat Neeza tengok lampu-lampu kat atas. Lepas tu Neeza tak ingat apa dah. Dah pengsan lah tu.

Tak lama lepas tu, Neeza dengar orang bercakap-cakap. Dah siap lah kot operation. Nurse tepuk-tepuk pipi. Doctor tepuk-tepuk pipi suruh buka mata. Neeza buka mata sikit dan doctor pun kata okay. Mereka tolak Neeza masuk bilik. Alhamdulillah, selesai. Masa ni tak rasa sakit sangat kat tekak ni. Pain killer kuat kot. Lama Neeza dalam ward, baru abang datang bawak all the askar and bibik. Neeza cuba bercakap, suara lain macam. Macam ada kahak je kat tekak ni.

Petang, nurse bagi makan ice cream and jelly. Tak lalu pun nak makan. Badan dah kuat tapi takde selera. Sepanjang masa di ward, memang rasa sihat, Alhamdulillah. Bila sakit, nurse inject pain killer. Tapi makan, masih tak selera.

Balik rumah je, Neeza rasa sihat the 2nd and 3rd day tu. Tapi, bila 5th day, rasa tak sihat. Sakit sangat dalam mulut bila nak telan. Makan memang kurang sangat. Nak makan pun tak lalu bila makan rasa pedih dalam mulut.

Hari ke 7, Neeza terasa macam ada cecair dalam mulut. Neeza telan. Ada lagi, telan lagi. Then Neeza masuk toilet. Ludahkan cecair tu. Darah!!!! Kepala dah ingat nak mati je. Neeza kejut Abang. Nak nangis pun ada masa tu. Abang ambik ice suruh kemam. I did. Nampak kurang sikit. Lepas subuh, kami ke hospital, emergency department. Doctor check, dia kata darah tu datang dari kerongkong, bukan tempat operation tu. Dia bagi injection untuk tahan sakit. The whole day, Neeza was alive. Tapi once pain killer tu habis effect, nak nangis bila makan.

The next day, Neeza pergi lagi jumpa doctor sebab tak tahan sakit bila makan. Doctor kata, Neeza kena makan. In fact, dia bagi tahu tekak berdarah semalam tu sebab Neeza tak makan. Sedih rasanya. Macam mana nak makan kalau sakit? Tapi, lepas tu Neeza mintak Abang beli yogurt and ice cream. Nak makan benda alah tu banyak-banyak :D.

Day by day, sakit beransur kurang, Alhamdulillah. Hari ni, Neeza cuba untuk tak makan pain killer. Lama tu Neeza telan pain killer. Yes, I know it's not good for me. Nampaknya tekak ni macam okay sikit. Cumanya, at the moment, bila makan still takde rasa. Frustrated! Makan apa pun, rasa sama je. Tak enjoy the food. Ada hikmah sebenarnya. I've been eating a lot all these while. So, Allah nak suruh Neeza kurangkan makan.

To those yang nak advice pasal operation ni, I would recommend if you're strong. Otherwise, don't. Neeza tak strong. Sikit-sikit nak nangis. Sakit je nak nangis. Orang lain tak gi tu kot ;).

9 comments:

en_me said...

"Abang mesti doakan Neeza tu" - saperlar tak sayang bini..

tapi ader kannns.. uhuhu

Ibu Sayang said...

Salam Neeza,

Alhamdulillah Neeza dah selamat, patutlah terliur duku. Kesiannya..

Baru ibu tahu mengapa Neeza menyepi selama ini, rupanya berehat selepas operation. Lepas ni ikut nasihat tuan doc ya..makan ubat ikut jadual insyaAllah cepat sihat.

Neeza Shahril said...

En Me,

dia sayang kot.. he he he... :D

===================================

Ibu,

InsyaAllah.. ibu doakan Neeza cepat sembuh ya... terima kasih ibu.. :)

Anonymous said...

Salam Neeza,

Terharu kak tie baca kisah Neeza ni. Kak tie pulak yang rasa sakitnya, aduh...

Alhamdulillah, dah semakin sembuh, kan ? Cuma satu je kak tie hairan.. kenapa lak makan aiskerim ekk ? Sebab ia sejuk ke ?

Neeza Shahril said...

Salam Kak Tie,

mungkin kot.. operation tu guna laser. Jadi banyak urat kembang. Mungkin untuk kecutkan urat2 tu, ice cream bagus. Kalau kena tonsil biasa pun doctor advise makan ice cream... sampai tak larat neeza makan ice cream kak.. hehe..

maza said...

aduhaii.. tidakkk.. maza tak suka tonsil.. makan apa2 pun rasa pedih dan sakit! huhuhuu

alhamdulilah neeza sudah semakin pulih.. mudah2an kembali dapat menikmati juadan yg sedap2.. terutama tak lama lagi mau raya lorr...

hehehhee

Neeza Shahril said...

Maza,

kalau kena tonsil pun pedih kan.. ini pulak kena buang tonsil tu.. kesan operation tu sangatlah sakitnya.. ALhamdulillah, semua sakit hampir berakhir.. cuma makan je belum berasa sangat...

nak raya? puasa pun belum... hehee...

Raihah Rosli said...

alhamdulillah...
semoga kk neeza cpt sembuh...
jge kshtn baik2 kak, da nk buln pose :)


emmm... sodapnye makan ice cream... nyummy2...

NURAZZAH8 said...

Salam Neeza, ni Kak Azzah...Neeza dah balik Saudi semula ya? ingatkan sambut Raya kat Malaysia...
anyway akak nak bagitau derma Neeza dah selamat akak serahkan kepada Sek Men Islam & MTAQ Hira' ... semoga Neeza mendapat pahala yg berlipat kali ganda dgn amal jariah Neeza itu, terutama di bulan Rmadhan yg mulia ini, InsyaAllah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin