Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, May 28, 2011

Ku pasrah walaupun berat..


Tajuk boleh tahan tapi sebenarnya takde menda langsung pun. Hari ni exam hafazan. Sekarang nih, Dakwah Centre dah start buat exam hujung tahun saja. Maknanya setahun cuma ada 1 exam. Kalau dulu, exam tiap-tiap semester. Berat sikit lah bila exam hujung tahun ni sebab banyaaakkkk yang nak kena di revise.

Nak kata tak hafal langsung, tak jugak. Hafal lah jugak walaupun ada tersekat di satu dua tempat heheh... Masalah problem yang besar ialah sebutan huruf. ح jadi ه. Ustazah sangat particular sekarang. Mungkin sebab kami dah level 3.

Ustazah announce result tadi. Memang tak puas hati. Kalau ikutkan, dah elok dah tu tapi disebabkan myself yang teramat 'bijak' dan 'pandai' ni nak banding dengan result last year, gini lah jadinya. Padahal manalah sama. Last year surahnya agak mudah dan pendek. This year dah masuk juz 29. Tak sama lah mek weii..

Sekarang ni takde mood. Tadi dah makan banyak sebab stress.. Lawak betul lah. Padahal bukan exam apa pun. Adakah diriku terikir bahawa siDia yang di Atas tu nak bagi tahu bahawa, belajar bukan untuk exam Neeza... belajar untuk bekalan di sana..

6 comments:

Anonymous said...

Ish.. kak tie dengar je 'exam' dah seram sejuk. Tak kiralah exam apa pun, rasa stress jugak, dan lebih-lebih lagi bila tunggu result.

Tak pe Neeza, boleh perbaiki, sekurang-kurangnya tahu tahap mana ilmu kita, kan....

l i e y n said...

SMTI...

Mulan said...

kitorang pi kelas kat surau pon ustaz dok tanya balik tazkirah lama2... siap semua pon berdebar2 takot kena jawab... dah tua2 ni kalo kena soal dgn ustaz, lain dari zaman sekolah dulu... hahahaa why kan.?? padahal bukan exam besar pon..

en_me said...

gudluck tewwww.. aminn

Kaktiny said...

.. tapi, walau apapun, bila belajar dan ada exam, meskipun bukan utk apa2 ijazah dan anugerah, tetap nak keputusan yang baik kan kak kan..

...tgh stress skit jugak ni, sebab bulan depan ada exam jugak.. exam fekah dan aqidah.. hihihihi... utk sijil asas fardhu ain je pon... kuikuikui...

Wanpetunjuk said...

Yesss akak!.
Belajar utk bekalan di sana (sy ni tak tahu lah mcm mana). Sekalipun tahu tapi kalau tak mengamalkan sama jea tak pernah belajar kan....takootnya....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin