Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, September 30, 2012

Nak pergi Madame Tussauds lagi

Kami pernah ke sini a few years back. Semalam Coan bagi tahu, Ummi.. Masa Oan 11 years old, boleh tak kita pergi London? Ummi kata, kita kan dah pergi. Dia kata Oan nak pergi Madame Tussauds. Oan nak masuk tempat yang scary tu.
 
Masa kami ke sana, Coan belum cukup umur untuk masuk tempat scary tu. Coan ni penakut jugak orangnya tapi dia still nak masuk tempat scary tu.
 

Ummi bagi tahu, banyak lagi kat lain ada tempat scary macam tu. Mungkin lepas ni kita boleh pergi Madame Tussauds Hong Kong pulak? *wink* Doa banyak-banyak agar rezeki kita murah dan Allah izinkan kita pergi...

Saturday, September 29, 2012

like minded people in WAYN

Almost everyday Neeza dapat notification di email pasal orang tu nak berkenalan, orang ni mungkin Neeza kenal. Kata WAYN ni. Yang Neeza tak pasti dan tak sure, bila pulak Neeza subscribe to WAYN ni ya?
 
Yang tak bestnya bila selalu dapat notification, si polan si polan would like to meet you. Semuanya lelaki pulak tu. Siap gambar lagi. Kalau lah anak-anak ternampak, apa lah yang diorang fikir. Dah lah email Neeza memang selalu on je kat computer ni. Haishhhh...
 
Oooo.. baru perasan ada button unsubscribe kat bawah sekali tapi sangat blur sekali. Dah unsubscribe. Puas hatiku!

Homestay di Indera Mahkota 15 Kuantan








Iklan free oleh tuan tanah hehee...

  • Lokasi: Astana View, Indera Mahkota 15 Kuantan
  • Berdekatan: Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Universiti Shahputra, UIA, Kolej Polytech MARA, Kolej Islam Pahang, Politeknik, UMP dan pejabat kerajaan
  • Semi D, Corner lot - ruang bermain yang luas
  • Menghadap laluan exit Kuantan Lebuhraya Pantai Timur
  • Kelengkapan: 3 bilik dengan pendingin hawa (aircond), washing machine, dapur untuk memasak, peti ais, pinggan mangkuk, microware, tv.
  • Ruang tamu yang luas.
  • Bilik tidur lengkap dengan katil yang selesa
  • Harga RM220. Diskaun untuk penginapan 3 hari ke atas. Deposit RM150

Sesiapa yang berminat, boleh email ke neeza_ramli@yahoo.com


Wednesday, September 26, 2012

Walls Fruit Salad

Sebelum ni, Neeza baca je orang cerita pasal ice cream walls fruit salad. Semalam, masa shopping grocery, nampaklah ice cream Walls ni. Sophea mintak Walls cookies cream. Sekali, Neeza terpandang jenis fruit salad. Kami grab dua-dua.
 
Hari ni baru rasa. Emmm.. rasa dia, boleh lah! hehee..
 
 
gambar pinjam google
 

Tuesday, September 25, 2012

Beryani mahal

Semalam kami makan nasi beryani di J* Beryani House di Te3co. Abang kata senang. One stop centre. Lepas makan, terus shopping grocery.
 
Masuk je dalam tu, kami tengok satu persatu kedai makan. Perut lapar kan. Then Neeza nampak beryani! Abang pun rupanya nak makan situ jugak. Anak-anak at first opt for KFsee. Abah kata, okaylah beli KFsee then makan kat situ. Neeza takut diorang tak bagi sebenarnya. Neeza pujuk anak-anak, tak payah lah. Makan nasi je lah. Then kami duduk.
 
Masa order tu dah nampak price. Boleh tahan! Tanya waitress tu serving untuk berapa orang. Dia kata seorang. Okay... looks expensive. Tapi takpelah. Kami order. 2 beryani dengan lauk, 1 mee rebus, 5 drinks.

Order datang, kami makan. Biasa je rasa dia. Takde lah sedap sesangat. Rasa macam nasi beryani yang biasa tu je. Kambing kuzi dia pun biasa je. Neeza order air roselle. Rasa pelik tapi agaknya memang macam tu rasa dia hehee... Sophea order air bandung. Dia kata rasa pelik. Entahlah kenapa. Dia tak habis at first tapi habis jugak at last sebab air tu tumpah hahahaa!!
 
Selesai makan, dapat bill. RM60 something. Memang mahal!!!


gambar pinjam gugel

Monday, September 24, 2012

Pucuk betik Petai rebus

Dah lama Neeza tak makan sedap. Untuk Neeza, makan sedap bukanlah makan di hotel 5 bintang dan bukan juga makan western yang rasanya selalu tak consistent sebab ianya bergantung pada orang yang masak.
 
Makan sedap ialah makan nasi dengan ulam-ulaman dicicah pula dengan sambal belacan. MasyaAllah... semalam kami balik rumah mertua Neeza di BL. I really have to admit, Neeza sangat admire dengan masakan mertua Neeza. Tapi semalam bukan mertua yang masak tapi adik ipar Neeza yang masak. Adik ipar masak ikan kembung masak tumis pekat yang sangat sedap, MasyaAllah! Sayurnya pucuk meranti masak bening. Dan.... pucuk betik rebus dan petai rebus bersama sambal belacan!!
 
Kami tiba di kampung dekat jam 2.30 petang. Mereka baru siap masak dan menunggu untuk makan. Memang langkah kanan betul. Alhamdulillah. Punyalah banyak Neeza makan. Sedap betul rasanya. Kekenyangan sampai tak selera nak makan bubur kacang durian ;).
 
Pada malamnya ada sambal belacan baru yang ditumbuk (siangnya sambal belacan di blender). Sebenarnya Neeza tak lah lapar sangat. Tapi bila tengok ada lagi ulam pucuk betik rebus dan sambal belacan tumbuk, waaahhh!! Terus lapar jadinya perut ni ;).
 


Itulah perut Neeza. Suka ulam-ulam macam tu. Mungkin sebab Neeza dah diajar makan ulam-ulam macam tu sejak kecil oleh arwah Mok (my granny). Pucuk ketereh, daun silum, daun pegaga, ulam raja, petai, jering and the list goes on and on.... yummmsss!!!

Friday, September 21, 2012

Air dicincang takkan putus

Alhamdulillah.. setelah bertahun menghilang, kini menjelma. Sudah puas Neeza mencari seseorang yang ada pertalian darah dengan Neeza. Nampaknya sinar untuk bertemu kembali semakin menyerlah. Syukur pada Mu Ya Allah. Ada banyak cerita disebalik sebuah perpisahan itu. Terlalu private untuk diceritakan. Bimbang akan ada hati yang terluka.
 
Neeza cuma ingin memanjatkan kesyukuran yang Maha Besar kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang Neeza dan orang-orang yang berkenaan untuk bertemu kembali dengan seseorang ini. Semoga hubungan ini takkan putus lagi. Aameen....

Thursday, September 20, 2012

Career woman?

Assalamualaikum semua..
 
sebelum dan selepas kami balik ke Malaysia, ada yang bertanya, Neeza tak nak kerja semula ke? Memang ada terlintas soalan tu sebelum Neeza balik ke Malaysia. Neeza dan Abang ada berbincang sikit pasal tu. Abang kata, tak payah lah kerja. Shahmey dan Sumeyyah kecil lagi. Kalau Neeza kerja, sangat lah messy jadual harian nanti.
 
Dulu, masa kerja sebelum ke Saudi, agak rumit sebenarnya. Kadang-kadang Neeza kena bawa Kakak dan Coan ke tempat kerja especially kalau ada program waktu malam. Masa tu di Kuantan. Okay lah lagi. Kalau di sini, hmmmm.. entahlah. Rasa macam tak sanggup. In a way, syukur jugak Abang kata Neeza tak payah kerja. Sebenarnya Neeza dah sangat selesa dengan keadaan tidak bekerja ni. Tak boleh nak imagine kena bangun awal, siap diri sendiri, siap anak-anak, balik kerja settle kan kerja rumah. Itu belum campur stress kat tempat kerja. Biarlah stress dengan perangai anak-anak je buat masa ni.
 
Well.. well.. itu perancangan sekarang sebab anak-anak kecil lagi. Bila anak dah besar nanti tak tahu lah kan. Tapi masa tu umur Neeza pun dah banyak. Siapa lah agaknya nak ambik makcik ni kerja... hahaha!!!

Tuesday, September 18, 2012

Sirih Pulang ke Gagang..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Berbulan (bertahun??) sudah blog ini kesepian. Takde update dan tiada balasan comment tuan tanah. Sudah tutup kah? Mungkin itu soalan yang keluar dari minda kawan-kawan. Tidak.... Saya tak berniat nak menutup blog ni walaupun saya sangat jarang update. Saya masih suka menulis and of course tulisan yang bukan mengikut skema ;).

Alhamdulillah. Sudah 2 bulan lebih Neeza dan keluarga kembali ke tanah air. Tiada lagi kisah bumi anbiya. Tiada lagi cerita ribut pasir. Tiada lagi coretan tentang susahnya Neeza nak bergerak kerana perempuan di Saudi tidak dibenarkan memandu. *smile*

Perasaan meninggalkan bumi Jubail? Mixed feelings.. ada suka dan ada juga duka. Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan. Dimana saja kita berada, kita perlu menyesuaikan diri dengan tempat itu. Never and never expect tempat itu mesti sesuai dengan kita. Neeza tak nafikan, bukan senang nak adjust keadaan disini setelah hampir 5 tahun di luar negara. Tapi Alhamdulillah, kami dapat menyesuaikan diri. Yang kesian ialah anak-anak Neeza yang bersekolah. Di Saudi, mereka sekolah international. Cikgu guna American / British accent. Disini, walaupun sekolah mereka menggunakan english medium, cikgu campur bahasa melayu juga. Coan selalu confuse dan tak faham. Tapi Neeza percaya, sekejap je tu. InsyaAllah, tak lama lagi dia akan selesa dan mungkin akan lebih selesa dari dulu :).

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin