Rajin-rajin lah click ya :)

Showing posts with label rare moment. Show all posts
Showing posts with label rare moment. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Musafir dan Taufan Hagupit

Nampaknya lama betul takde post yang betul betul punya post dalam blog ni. Malam ni, tuan tanah rasa macam nak menulis. Sebenarnya takde idea nak tulis apa pun. Banyak benda boleh ditulis tapi since tuan tanah asyik sibuk dengan FB, maka blog ini terbiar. Kesiaaannnn....

Sekarang ni tuan tanah berada agak jauh dari negara kelahiran. Anak-anak nak berada dekat dengan abah tersayang. Maka, disini lah kami sementara cuti Sekolah ni. Bukan lama pun. Tak sampai 3 minggu. Lagipun sebelum ni kami dah ke Perth. Seminggu di Perth, banyak pengalaman baru yang kami dapat. Kangaroo, koala dan penguin jadi santapan mata kami disana. Alhamdulillah...

Baru-baru ni ada kejadian taufan di Filipina ni. Khabarnya taufan ini lebih teruk daripada taufan yang pernah berlaku sebelum ini. Itu ramalan. Allah adalah segala perancang. Alhamdulillah Allah lindungi kami di Manila ni. Walau bagaimana pun, kerajaan Filipina telah bersedia untuk menghadapi Taufan Hagupit tersebut. Rakyat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Banner banner besar Di bill board di gulung dengan baik dan macam macam persiapan lagi yang saya sendiri pun tak ambik tahu. Sabor je laaaaa...

Semasa hari yang diberitakan Taufan Hagupit akan melanda Manila, saya sangat takut (macam ayat Sumeyyah lah pulak 😝). Doa tak pernah putus kepada Allah agar Allah lindungi kami dan selamat kan kami daripada bencana. Malam tu angin kuat betul. Bunyi angin memukul tingkap cermin memang agak mengerikan. Esoknya dari pagi lagi hujan. Sehinggalah ke petang. Anak anak tak dapat turun mandi di swimming pool. Yeay!!!! Ummi suka sebenarnya sebab Ummi sangatlah malas nak turun untuk teman anak anak mandi. 2 hari berturut-turut hujan. Hari ke3 baru lah nampak Sinar mentari. Alhamdulillah. Mungkin taufan dah pergi ke kutub Utara agaknya. Memandai aje hakuuuu...

Dan pagi tadi, bersambung episod mandi di swimming pool untuk anak-anak. Adoiiiii... Tak jemu jemu mandi swimming pool. Alasan nak datang sini pun adalah sebab nak mandi swimming pool. Macam lah kat Malaysia takde swimming pool. Takpelah anak anak. Kita mohon doa dengan Allah agar Allah bagi kita rumah yang lengkap dengan swimming pool nanti ya.  آمِّينَ. 

Mata pun dah agak mengantuk. Sebelum tidur, nak melawat FB kejap. Manalah tahu ada info berguna kan... Okay. Babai... Tata... Titi... Tutu...


Monday, September 24, 2012

Pucuk betik Petai rebus

Dah lama Neeza tak makan sedap. Untuk Neeza, makan sedap bukanlah makan di hotel 5 bintang dan bukan juga makan western yang rasanya selalu tak consistent sebab ianya bergantung pada orang yang masak.
 
Makan sedap ialah makan nasi dengan ulam-ulaman dicicah pula dengan sambal belacan. MasyaAllah... semalam kami balik rumah mertua Neeza di BL. I really have to admit, Neeza sangat admire dengan masakan mertua Neeza. Tapi semalam bukan mertua yang masak tapi adik ipar Neeza yang masak. Adik ipar masak ikan kembung masak tumis pekat yang sangat sedap, MasyaAllah! Sayurnya pucuk meranti masak bening. Dan.... pucuk betik rebus dan petai rebus bersama sambal belacan!!
 
Kami tiba di kampung dekat jam 2.30 petang. Mereka baru siap masak dan menunggu untuk makan. Memang langkah kanan betul. Alhamdulillah. Punyalah banyak Neeza makan. Sedap betul rasanya. Kekenyangan sampai tak selera nak makan bubur kacang durian ;).
 
Pada malamnya ada sambal belacan baru yang ditumbuk (siangnya sambal belacan di blender). Sebenarnya Neeza tak lah lapar sangat. Tapi bila tengok ada lagi ulam pucuk betik rebus dan sambal belacan tumbuk, waaahhh!! Terus lapar jadinya perut ni ;).
 


Itulah perut Neeza. Suka ulam-ulam macam tu. Mungkin sebab Neeza dah diajar makan ulam-ulam macam tu sejak kecil oleh arwah Mok (my granny). Pucuk ketereh, daun silum, daun pegaga, ulam raja, petai, jering and the list goes on and on.... yummmsss!!!

Saturday, July 25, 2009

Mereka yang istimewa


Seperti yang ada Neeza cerita dalam entry yang lepas, salah satu acara makan ialah meraikan anak-anak OKU. Ma memang selalu buat makan-makan untuk mereka ni. Cuma Neeza yang tak berkesempatan nak join sebab Neeza takde di kampung. Hari tu memang Neeza teruja sangat tengok kawan-kawan adik Neeza di sekolah istimewa tu. Macam-macam telatah mereka. Yang kesiannya, ada yang tak boleh berjalan. Ada yang tak boleh bercakap. Yang down syndrome paling ramai dan perangai mereka sama lah macam adik Neeza. Cuma satu saja, mereka jujur dan hati mereka ikhlas. Bahagianya mereka dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat kan...

Mereka penuh dengan kasih sayang. Keesokan harinya, adik Neeza dan kawan-kawan mereka ada jamuan harijadi dekat swimming pool Bukit Mentok (Kak Rina mesti tahu tempat ni heheh..). Neeza dan Ma pergi ke sana untuk jemput adik Neeza balik. Ada 2 orang antara mereka yang dah agak berumur (dalam linkungan 30an) bagi belon pada anak-anak Neeza walaupun anak-anak Neeza tak mintak pun. Langsung tak tahu erti kedekut mereka ni.

Bila tengok mereka yang berhati tulus ni, Neeza rasa sedih sebab ramai antara kita yang berakal dan boleh berfikir dengan waras tapi mempunyai hati yang tak baik dan busuk macam bangkai. Bagus juga kan kalau kita boleh jadi macam mereka. Sentiasa bahagia sebab takde masalah yang perlu difikirkan...








Monday, April 13, 2009

Hujan batu di negeri orang...


Aik?? Sudah tukar kaaa?? Bukan hujan emas di negeri orang ke? Ish.. kalau betul lah hujan emas, memang kaya raya lah kami sebab lately, selalu pulak hujan kat sini..

Semalam, masa kami sedang bersantai-santai dalam bilik dengan anak-anak kecik, dengar bunyi kletang! kletung! kletang! kletung! pada tingkap bilik. Nak kata hujan, pelik sangat bunyinya. Tapi, sesekali, bunyi macam hujan betul. Abang buka tingkap, memang hujan pun.

"Hujan batu lah! besar-besar batu dia.."

Dengan minda yang sangat curiousnya, minah tu menjengah,

"mana? mana?"

Bukak aje tingkap, berpuluh-puluh biji ais masuk rumah. Nasib la tak besar. Kalau besar, mahu benjol kepala. Dah lah masa tu Shahmey pun interested sama nak tengok. Sibuk suruh Abah dia buka tingkap,

"Lebat... lebat..."

Ingatkan apa lah yang dia nak. Bila orang kata hujan lebat, dia pun lebat jugak. Since tingkap terbuka sedikit, hujan batu tu masuk lah dalam bilik. Kalau tidak, mungkin air aje jadi tak lah ketara sangat. Ini berketul-ketul ais. Ada orang tu suruh buat milo ais lagi (buat lawak la tuuuu...). Mentang-mentang lah dia baru minum milo ais masa dinner before that.

Neeza kata kat Abang, rupanya tak pelik lah fenomena hujan batu ni. Semuanya terjadi kat awan tu. Mungkin dari panas terik pada siangnya dah hujan pada petangnya, itu yang jadi macam tu. Neeza tak lah reti nak explain scientific findings ni. Biar orang lain aje lah buat entry pasal tu hehehh..

Abang kata, masa dia belajar dulu (kat mana lah tu yek?), lagi lah besar ketulan batu tu. Kletung kletang kena muka. Sakit betul... kata dia lah. Mana lah Neeza tahu betul ke tak. Tempat dia belajar dulu dekat dengan tasik tapi tasik air masin. Mungkin betul lah apa dia cakap tu..

Since benda ni first time Neeza tengok dalam hidup ni, Neeza pun terus lah mencapai camera (maklumlah.. sejak jadi blogger ni, setiap saat itu penting untuk dirakamkan hahahaha!!!). Snap! Snap! dapatlah tengok ais batu yang bertaburan di tingkap dan lantai bilik kami. Nasib baik Shahmey tak kutip masuk mulut. Kotor tu. Banyak chemical. Kat sini kan industrial city yang rata-ratanya chemical industry..





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin