Rajin-rajin lah click ya :)

Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Musafir dan Taufan Hagupit

Nampaknya lama betul takde post yang betul betul punya post dalam blog ni. Malam ni, tuan tanah rasa macam nak menulis. Sebenarnya takde idea nak tulis apa pun. Banyak benda boleh ditulis tapi since tuan tanah asyik sibuk dengan FB, maka blog ini terbiar. Kesiaaannnn....

Sekarang ni tuan tanah berada agak jauh dari negara kelahiran. Anak-anak nak berada dekat dengan abah tersayang. Maka, disini lah kami sementara cuti Sekolah ni. Bukan lama pun. Tak sampai 3 minggu. Lagipun sebelum ni kami dah ke Perth. Seminggu di Perth, banyak pengalaman baru yang kami dapat. Kangaroo, koala dan penguin jadi santapan mata kami disana. Alhamdulillah...

Baru-baru ni ada kejadian taufan di Filipina ni. Khabarnya taufan ini lebih teruk daripada taufan yang pernah berlaku sebelum ini. Itu ramalan. Allah adalah segala perancang. Alhamdulillah Allah lindungi kami di Manila ni. Walau bagaimana pun, kerajaan Filipina telah bersedia untuk menghadapi Taufan Hagupit tersebut. Rakyat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Banner banner besar Di bill board di gulung dengan baik dan macam macam persiapan lagi yang saya sendiri pun tak ambik tahu. Sabor je laaaaa...

Semasa hari yang diberitakan Taufan Hagupit akan melanda Manila, saya sangat takut (macam ayat Sumeyyah lah pulak 😝). Doa tak pernah putus kepada Allah agar Allah lindungi kami dan selamat kan kami daripada bencana. Malam tu angin kuat betul. Bunyi angin memukul tingkap cermin memang agak mengerikan. Esoknya dari pagi lagi hujan. Sehinggalah ke petang. Anak anak tak dapat turun mandi di swimming pool. Yeay!!!! Ummi suka sebenarnya sebab Ummi sangatlah malas nak turun untuk teman anak anak mandi. 2 hari berturut-turut hujan. Hari ke3 baru lah nampak Sinar mentari. Alhamdulillah. Mungkin taufan dah pergi ke kutub Utara agaknya. Memandai aje hakuuuu...

Dan pagi tadi, bersambung episod mandi di swimming pool untuk anak-anak. Adoiiiii... Tak jemu jemu mandi swimming pool. Alasan nak datang sini pun adalah sebab nak mandi swimming pool. Macam lah kat Malaysia takde swimming pool. Takpelah anak anak. Kita mohon doa dengan Allah agar Allah bagi kita rumah yang lengkap dengan swimming pool nanti ya.  آمِّينَ. 

Mata pun dah agak mengantuk. Sebelum tidur, nak melawat FB kejap. Manalah tahu ada info berguna kan... Okay. Babai... Tata... Titi... Tutu...


Friday, February 15, 2013

February muncul kembali...

Rasa macam tajuk lagu. Ye ke? Entahlah. Kalau bukan pun biar je lah. Takde sape nak marah. Sebenarnya nak update blog tapi tak tahu nak tulis pasal apa. Bukan sebab takde idea tapi sebab banyak sangat idea. Sebulan lebih blog ni ditinggalkan, macam macam cerita ada.

Entry yang lepas berkenaan our vacation plan. Ya.... Kami pergi universal studio tu. Anak anak lah yang paling enjoy. Diorang suka rides. Kakak and Coan yang paling enjoy sebab almost every ride diorang get to try. Shahmey dan Sumeyyah banyak menunggu sebab mereka tak cukup heights. Ummi pulak walaupun cukup height, penakut. Naik rides yang laju sikit pun dah gayat. Jangan kan roller coaster yang tunggang terbalik tu. Rasa macam nak tercabut urat perut. Penakut betul.

Kami spent 2 hari di USS. Walaupun ianya tak sebesar universal studio hollywood, letih lah jugak berjalan. Memang puas.... Puas berjalan kaki hehehee... Sumeyyah pulak asyik nak berdukung aje. Bergilir gilir lah antara Ummi dan Abah. Tempat macam ni memang kena bawak duit banyak. Macam macam yang bebudak ni nak beli. Botol air macam macam shape tu jadi kegemaran diorang. Bukannya murah. 1 Botol more than 15 SD!!! Semuanya nak. Itu pun tak cukup lagi. Macam-macam souvenir lain yang diorang mintak. Tapi we had to put a stop on them. Kalau tidak, every kind of souvenir diorang nak beli. Sangat-sangat membazir.

Makan kat dalam USS okay lah. Reasonable price. Of course lah mahal sikit dari luar. Nama pun theme park. So,in conclusion, kena spare duit lebih sikit kalau nak betul-betul enjoy dalam tu. Ramai orang bergambar dengan cartoon characters kat dalam tu. Kami pilih pilih aje. Cari yang tak ramai orang beratur. My kids tak kisah sangat sebab takde favorite character diorang pun. Kalau ada, harus diorang nak tunggu agaknya...

Oh ya, one more thing.. cable car. Quite interesting to view Sentosa and Faber Island from the sky. Six of us costs us SD100 over. Kami nampak ada satu rumah lama dalam hutan. It's a white bungalow, Tingkap semua terbuka. Nampak ada asap keluar dari situ macam orang masak. No access road. Ada tangga je kat luar untuk masuk situ. We called it rumah hantu... sebab macam takde orang duduk situ. hahahaa!!! suka hati mak nenek kami je panggil rumah hantu.


We are family!!

pumpkin, angel, jewel and pearl (suka hati ummi jeee....)


Okay lah that's about it pasal USS. Kalau ada soalan, boleh call 012 344 4299. Tolong jangan call nombor tu sebab tak tahu lah nombor sape tu... :P


Breakdance show..





Pizza gergasi... memang tak habis. Membazir!

Sunday, September 30, 2012

Nak pergi Madame Tussauds lagi

Kami pernah ke sini a few years back. Semalam Coan bagi tahu, Ummi.. Masa Oan 11 years old, boleh tak kita pergi London? Ummi kata, kita kan dah pergi. Dia kata Oan nak pergi Madame Tussauds. Oan nak masuk tempat yang scary tu.
 
Masa kami ke sana, Coan belum cukup umur untuk masuk tempat scary tu. Coan ni penakut jugak orangnya tapi dia still nak masuk tempat scary tu.
 

Ummi bagi tahu, banyak lagi kat lain ada tempat scary macam tu. Mungkin lepas ni kita boleh pergi Madame Tussauds Hong Kong pulak? *wink* Doa banyak-banyak agar rezeki kita murah dan Allah izinkan kita pergi...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin