Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, October 24, 2012

Restoran Zam Zam Seksyen 9

Petang tadi masa dalam kereta lepas ambik Kakak and Coan, Kakak bercerita dia ikut Ustazah cari souvenir. Then mereka nampak satu restoran ni. Mereka plan nak buat dinner grade 6 kat situ. Dia bagi tahu nama restoran tu... Zam Zam. Ada makanan arab. Ting!!!! Idea sudah datang..
 
Hari ni kan hari spesel Ummi dan Abah. Tahun ke 13 selepas Abah melafazkan 'Aku terima nikahnya Nor dot dot dot dengan mas kahwin nya sekian sekian sekian..'. Alhamdulillah. Pelbagai suka duka masam pahit manis telah kami tempuhi. Semuanya untuk mematangkan kami, InsyaAllah.. Semoga kami hidup bahagia hingga ke syurga. Aameen...
 
Besar jugak restoran ni. Di bangunan dah tulis Zam Zam. Bila masuk, sebahagian je rupanya restoran tu. Selebihnya ada kedai ice cream, kedai jubah dan abaya. Tak sure pulak kalau ada kedai lain. Tak habis survey sebab teruja nak tahu apa lah yang ada dalam menu ;).
 
Kami duduk di meja 6 kerusi. Sesuai lah dengan kami 6 beranak. Ada juga meja yang banyak kerusi lagi :). Duduk situ, waitress datang bagi menu. Bila tengok menu tu in English, Neeza pun order in english. Dok terasa macam kat Saudi sebenarnya :P. Bila waitress tu balas in english dengan fasihnya, tak lah rasa berlagak bersalah sangat. Rupanya ramai waiter arab daaa.. Neeza tak nampak sebab duduk membelakangkan audience.
 
Kami order lahm mandhi, lahm kabsah, grilled chicken and fries, fries itself, humus, mushroom soup, warak inab, watermelon juice, barbican strawberry dan mint tea. Tak lama lepas tu, sorang waiter arab datang tanya betul ke kami order warak inab. Neeza iya kan lah. Dia kata warak inab habis. Hmmm.. ya ke habis?? ke tak buat sebab takde peminat? Takpe, next time kalau datang lagi, nak order lagi.. nak tengok habis ke tak heheee..
 
Food sampai kami makan.. Alhamdulillah. Nak kata sesedap kat Jubail, tak lah sangat tapi boleh la... Boleh la untuk hilangkan rindu pada Jubail.. sob! sob! Tapi mint tea Rabea memang sedap.. sama rasa dengan kat Jubail. Cuma kurang mint.. lain kali kena mintak extra mint lah kot ;)
 
Harga? Dalam seratus lebih.. berbaloi2 rasanya.. Alhamdulillah..
 
 
 
 
Membelek menu sebelum order :)
 
 
 
hmmmm.. pilih jangan tak pilih...
 

 
haaaa... main course ;)
 

 
the place!
 



Eh! ada hadiah laaa... jazakallah khair Abang... :)
 
 
 

 
Lahm Kabsah - saya punya! saya punya!
 
 

 
Grilled chicken - Kakak dan Coan share tapi tak habis pun.. sayang nya laaa...
 
 



Hummus and khubus - tak habis jugak.. hmmm...
 
 
 

 
Mint tea! Neeza sorang yang belasah..
 
 

 
Mushroom soup untuk Sumeyyah
 
 

 
Lahm Mandhi Abang punya. Daging lagi banyak dari nasi..
 
 

 
Watermelon juice and barbican strawberry.. Sedap!!
 
 

 
Banyak kan lemak daging ni.. ish ish ish...
 
 
 
 
 
 

8 comments:

wakgelas said...

wak nak ucap slmat ariraya qurban ye akak neeza tuuuhh .. maaf zahir batin jugakk

Neeza Shahril said...

Salam Wak Gelas,

selamat hari raya korban wak jugak ya.. kita belum kenal.. takde salah kot... :)

Wanpetunjuk said...

Selamat hari raya Qurban akak sekeluarga....

NURAZZAH8 said...

Assalamu'alaikum Neeza dan keluarga,
First, akak nak ucapkan tahniah di atas Ulangtahun Perkahwinan Neeza yang ke- ?? ..terlupa pulak ...walaupun berapa bilangan tahunnya, yang penting adalah kesinambungan kehidupan kita semua suami isteri sehingga lah sampai ke garisan penamatnya ..Semoga Neeza dan suami serta anak-anak akan terus dan sentiasa di Berkati dan di Rahmati Allah SWT dan diPermudahkan dalam semua urusan ...

Kedua... Restoran Zam-Zam ni akak dah pernah makan di situ, 3 kali. 1 kali kerana hendak meraikan rakan sekerja hendak pencen ..kali kedua ada orang belanja (berkaitan research juga) .. dan kali ke-3 barulah kami sekeluarga makan di sini ... tapi belanjanya agak besar lah juga ..sebab restorennya agak lebih cantik, bersih dan teratur berbanding restoren nasi Arab lain yang akak pernah makan ... walau bgmn pun akak lebih suka D'Arab Cafe....

Kak Azzah

zino said...

sekarang ni dah jarang la ke Shah alam.. kalau tak tu setiap hujung minggu ke sana.. hehe

maza said...

hohoho...
laham mandhi tu memang maza minat lagi-lagi dgn air barbican. perkhhh..

dah macam arab satu kali.. ahaks!

Mulan said...

happy anniversary...

Neeza Shahril said...

Salam Dayat,

selamat hari raya Qurban untuk Dayat juga.. :)

-----------------------------------

Salam Kak Azzah,

yang ke 13 kak.. sekejap je masa berlalu.. Alhamdulillah. Aameen.. semoga makbul semua doa akak tu..

ooo.. ada D'Arab Cafe ya? Kat mana tu. Nanti neeza google. Boleh lah pergi nanti hehe..

-----------------------------------

Salam Zino,

Kakak dah jauh.. Nampaknya Zino kena ke negara shah rukh khan lah pulak ;)

-----------------------------------

Salam Maza,

hahahha!!! masa duduk Jubail, kami suka sangat air ni. bukan barbican saja. Macam2 brand lagi.. jom kita ke Jubail.. hehee..

-----------------------------------

Salam Mulan,

jazakillah khair dear friend... :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin