Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, December 11, 2014

Musafir dan Taufan Hagupit

Nampaknya lama betul takde post yang betul betul punya post dalam blog ni. Malam ni, tuan tanah rasa macam nak menulis. Sebenarnya takde idea nak tulis apa pun. Banyak benda boleh ditulis tapi since tuan tanah asyik sibuk dengan FB, maka blog ini terbiar. Kesiaaannnn....

Sekarang ni tuan tanah berada agak jauh dari negara kelahiran. Anak-anak nak berada dekat dengan abah tersayang. Maka, disini lah kami sementara cuti Sekolah ni. Bukan lama pun. Tak sampai 3 minggu. Lagipun sebelum ni kami dah ke Perth. Seminggu di Perth, banyak pengalaman baru yang kami dapat. Kangaroo, koala dan penguin jadi santapan mata kami disana. Alhamdulillah...

Baru-baru ni ada kejadian taufan di Filipina ni. Khabarnya taufan ini lebih teruk daripada taufan yang pernah berlaku sebelum ini. Itu ramalan. Allah adalah segala perancang. Alhamdulillah Allah lindungi kami di Manila ni. Walau bagaimana pun, kerajaan Filipina telah bersedia untuk menghadapi Taufan Hagupit tersebut. Rakyat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Banner banner besar Di bill board di gulung dengan baik dan macam macam persiapan lagi yang saya sendiri pun tak ambik tahu. Sabor je laaaaa...

Semasa hari yang diberitakan Taufan Hagupit akan melanda Manila, saya sangat takut (macam ayat Sumeyyah lah pulak 😝). Doa tak pernah putus kepada Allah agar Allah lindungi kami dan selamat kan kami daripada bencana. Malam tu angin kuat betul. Bunyi angin memukul tingkap cermin memang agak mengerikan. Esoknya dari pagi lagi hujan. Sehinggalah ke petang. Anak anak tak dapat turun mandi di swimming pool. Yeay!!!! Ummi suka sebenarnya sebab Ummi sangatlah malas nak turun untuk teman anak anak mandi. 2 hari berturut-turut hujan. Hari ke3 baru lah nampak Sinar mentari. Alhamdulillah. Mungkin taufan dah pergi ke kutub Utara agaknya. Memandai aje hakuuuu...

Dan pagi tadi, bersambung episod mandi di swimming pool untuk anak-anak. Adoiiiii... Tak jemu jemu mandi swimming pool. Alasan nak datang sini pun adalah sebab nak mandi swimming pool. Macam lah kat Malaysia takde swimming pool. Takpelah anak anak. Kita mohon doa dengan Allah agar Allah bagi kita rumah yang lengkap dengan swimming pool nanti ya.  آمِّينَ. 

Mata pun dah agak mengantuk. Sebelum tidur, nak melawat FB kejap. Manalah tahu ada info berguna kan... Okay. Babai... Tata... Titi... Tutu...


Wednesday, November 5, 2014

Homestay Sumeyyah Al Jubail di Indera Mahkota Kuantan

Kami mempunyai sebuah homestay di Indera Mahkota 15 yang sangat sesuai untuk dijadikan penginapan ketika bercuti, majlis kahwin ataupun perkumpulan keluarga. Sila lihat details dibawah ya...
  • Rumah Semi D single storey corner lot sesuai untuk 6-18 ahli keluarga bercuti
  • Berdekatan dengan:
    • Tunas Manja - 1 minit
    • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) - 1 minit
    • Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - 5 minit
    • Kolej Universiti Shahputra - 5 minit
    • Kolej Komuniti - 5 minit
    • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah - 10 minit
    • Bukit Gambang Waterpark Resort - 15-20 minit
    • Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 15-20 minit
    • Kolej Poly Tech MARA - 10 minit
    • Kolej Islam Pahang - 10 minit 
    • Kolej IKIP - 15 minit
    • Pejabat Kerajaan - 2-3 minit
    • Bandar Kuantan - 5 minit
  • Terdapat banyak kedai makan segera dan restoran di sekitar
  • Berhadapan dengan susur keluar ke Lebuh Raya Pantai Timur (Kuantan Exit)
  • Terdapat 3 bilik tidur: 2 berhawa dingin, 1 berkipas dan 2 bilik air
  • Pemanas air elektrik ada di dalam bilik air utama
  • Bilik tidur dilengkapi dengan 2 katil queen size, almari pakaian yang luas, 1 baby cot, rak tuala, sejadah, tilam lantai (toto) dan seterika.
  • Ruang tamu disediakan dengan 2 set sofa yang selesa
  • Meja makan set 6 kerusi dan set 4 kerusi juga disediakan
  • Disediakan sebuah mesin basuh automatic yang besar beserta sabun
  • Ruang dapur disediakan dapur untuk memasak, peti ais, microwave, toaster oven, rice cooker, cerek elektrik dan pinggan mangkuk
  • Halaman yang luas untuk parking kereta, motor, kanak-kanak bermain ataupun aktiviti BBQ 

Sewaan sehari - RM200
Sewaan 2 hari - RM380
Sewaan 3 hari ke atas - RM180 sehari
Sewaan seminggu ke atas - RM170 sehari
Sewaan sebulan ke atas - atas rundingan

Kami memerlukan deposit sebagai jaminan untuk mengesahkan tarikh. Jumlah deposit minimum ialah RM100. Ia juga bergantung kepada jumlah hari penginapan mengikut budi bicara kami.

Untuk booking dan pertanyaan, sila email ke neeza_ramli@yahoo.com atau telefon / whatsapp / telegram 013 3490433 atau lawati FB fanpage kami di Indera Mahkota Kuantan Homestay Sumeyyah Al Jubail



Ruang Tamu dan ruang makan



Ruang Dapur






Bilik Tidur Utama



Bilik Tidur Kedua dan Ketiga



Luar



Dapur yang lengkap



Bilik Tidur Utama beserta bilik air dengan water heater



Bilik Tidur Kedua 



Bilik Tidur Kedua



Halaman yang luas


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin