Nampaknya lama betul takde post yang betul betul punya post dalam blog ni. Malam ni, tuan tanah rasa macam nak menulis. Sebenarnya takde idea nak tulis apa pun. Banyak benda boleh ditulis tapi since tuan tanah asyik sibuk dengan FB, maka blog ini terbiar. Kesiaaannnn....
Sekarang ni tuan tanah berada agak jauh dari negara kelahiran. Anak-anak nak berada dekat dengan abah tersayang. Maka, disini lah kami sementara cuti Sekolah ni. Bukan lama pun. Tak sampai 3 minggu. Lagipun sebelum ni kami dah ke Perth. Seminggu di Perth, banyak pengalaman baru yang kami dapat. Kangaroo, koala dan penguin jadi santapan mata kami disana. Alhamdulillah...
Baru-baru ni ada kejadian taufan di Filipina ni. Khabarnya taufan ini lebih teruk daripada taufan yang pernah berlaku sebelum ini. Itu ramalan. Allah adalah segala perancang. Alhamdulillah Allah lindungi kami di Manila ni. Walau bagaimana pun, kerajaan Filipina telah bersedia untuk menghadapi Taufan Hagupit tersebut. Rakyat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Banner banner besar Di bill board di gulung dengan baik dan macam macam persiapan lagi yang saya sendiri pun tak ambik tahu. Sabor je laaaaa...
Semasa hari yang diberitakan Taufan Hagupit akan melanda Manila, saya sangat takut (macam ayat Sumeyyah lah pulak π). Doa tak pernah putus kepada Allah agar Allah lindungi kami dan selamat kan kami daripada bencana. Malam tu angin kuat betul. Bunyi angin memukul tingkap cermin memang agak mengerikan. Esoknya dari pagi lagi hujan. Sehinggalah ke petang. Anak anak tak dapat turun mandi di swimming pool. Yeay!!!! Ummi suka sebenarnya sebab Ummi sangatlah malas nak turun untuk teman anak anak mandi. 2 hari berturut-turut hujan. Hari ke3 baru lah nampak Sinar mentari. Alhamdulillah. Mungkin taufan dah pergi ke kutub Utara agaknya. Memandai aje hakuuuu...
Dan pagi tadi, bersambung episod mandi di swimming pool untuk anak-anak. Adoiiiii... Tak jemu jemu mandi swimming pool. Alasan nak datang sini pun adalah sebab nak mandi swimming pool. Macam lah kat Malaysia takde swimming pool. Takpelah anak anak. Kita mohon doa dengan Allah agar Allah bagi kita rumah yang lengkap dengan swimming pool nanti ya. Ψ’Ω
ِّΩΩَ.
Mata pun dah agak mengantuk. Sebelum tidur, nak melawat FB kejap. Manalah tahu ada info berguna kan... Okay. Babai... Tata... Titi... Tutu...