Rajin-rajin lah click ya :)

Showing posts with label Farmville. Show all posts
Showing posts with label Farmville. Show all posts

Monday, September 7, 2009

Jadi petani lah pulakk..



Hampir 4 hari Neeza tak update blog. Neeza berhibernasi di satu kampung yang sunyi dan terpencil tetapi meriah dengan bunyi-bunyian binatang ternakan. Suasana kampung yang damai dan kehijauan dengan pokok-pokok yang tumbuh segar memang menyamankan setiap mata yang memandang. Dimana tu?

Di Farmville!!!

Heheee...

Seronok pulak dapat bercucuk tanam dengan click click saja ;). Ada hasil tanaman yang dah boleh dikutip hasilnya dalam masa 2 jam saja. Pokok labunya pulak membuahkan hasil yang sangatlah digemari - besar sungguh labunya, kuning menyerlah lagi tu. Strawberrynya merah menyala, besar-besar. Kalau beli kat kedai, mahal tuuuuu...

Tapi kan, kalau lah betul benda tu terjadi di alam realiti, mahu tak tidur pakcik makcik petani. Bayangkanlah, nak kena kutip hasil tanaman setiap 2 jam. Kalau tak kutip, maka akan buruklah hasil tanaman berkenaan. Jadi, sia-sialah modal yang digunakan untuk menggembur tanah dan menyemai biji benih.. huhuuu...

Tak faham ke entry ni? Kalau tak faham tu maknanya anda bukan berada di horizon yang sama dengan Neeza. Takpelah. Tak masuk exam pun...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin