Rajin-rajin lah click ya :)

Showing posts with label bad habit. Show all posts
Showing posts with label bad habit. Show all posts

Monday, September 7, 2009

Jadi petani lah pulakk..



Hampir 4 hari Neeza tak update blog. Neeza berhibernasi di satu kampung yang sunyi dan terpencil tetapi meriah dengan bunyi-bunyian binatang ternakan. Suasana kampung yang damai dan kehijauan dengan pokok-pokok yang tumbuh segar memang menyamankan setiap mata yang memandang. Dimana tu?

Di Farmville!!!

Heheee...

Seronok pulak dapat bercucuk tanam dengan click click saja ;). Ada hasil tanaman yang dah boleh dikutip hasilnya dalam masa 2 jam saja. Pokok labunya pulak membuahkan hasil yang sangatlah digemari - besar sungguh labunya, kuning menyerlah lagi tu. Strawberrynya merah menyala, besar-besar. Kalau beli kat kedai, mahal tuuuuu...

Tapi kan, kalau lah betul benda tu terjadi di alam realiti, mahu tak tidur pakcik makcik petani. Bayangkanlah, nak kena kutip hasil tanaman setiap 2 jam. Kalau tak kutip, maka akan buruklah hasil tanaman berkenaan. Jadi, sia-sialah modal yang digunakan untuk menggembur tanah dan menyemai biji benih.. huhuuu...

Tak faham ke entry ni? Kalau tak faham tu maknanya anda bukan berada di horizon yang sama dengan Neeza. Takpelah. Tak masuk exam pun...

Tuesday, April 28, 2009

Ketagih dahhh!!

gambar pinjam pakcik g00gle

Oooppsss!!! bukan ketagih macam gambor kat atas tu ya. Ni lain punya ketagih. Mungkin lagi teruk kot ;).

Lepas Kakak ni cerita pasal "Little Nyonya" , Neeza menjadi sangatlah ketagih. Baru sehari saja tapi rasanya muka macam dah kena gam pada monitor laptop tu. Adehhh!! Sangat bahaya. Dah lah masa tak banyak mana sampaikan nak visit blog kawan-kawan pun tak complete banyak kerja tertangguh (wonder pulak, kerja apa lah tu yek.. hmmm..).

Dulu, Neeza memang sangat suka dengan telenovela cina, korean, hong kong, venezuela, mexico dan yang sewaktu dengannya. Kalau balik kerja, pukul 6.00 petang, orang lain tak leh pegang remote tv. Lepas ada astro, lagi lah pulak. Jam 9.00 malam, jam 11 malam.. eh banyak la. Kalau tak kerja, memang menghadap tv je lah kerja.. hehee.. ehemm.. sesambil masak, susukan anak, membasuh la ye. Bukan lah tak buat semua tu (nak kena cerita jugak ke hahahha!!!).

Hari ni nak cari lagi sambungan cerita semalam. Semalam start dengan episod 26 sampai 29.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin