Rajin-rajin lah click ya :)

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Friday, December 4, 2009

5 tahun penuh makna


Danish Qawiem Bin Azman dilahirkan pada 4 Disember 2004. Qawiem ialah cucu sulung lelaki Ayah dan Ma. Hari ini umur Qawiem genap 5 tahun mengikut calendar Masehi. Qawiem panggil Neeza, Ummi - sama macam anak-anak Neeza panggil Neeza.

My dear Qawiem, doa Ummi agar hidup Qawiem sentiasa berada dibawah keberkatan Allah s.w.t. Ummi doakan juga Qawiem menjadi anak soleh yang sentiasa menggembirakan Ibu dan Daddy, juga Ummi dan Abah, Atok dan Opah. Semoga cerah masa depan Qawiem dan semoga Qawiem selalu bahagia didunia dan akhirat...

Thursday, November 19, 2009

A new member of Ramli's


Alhamdulillah, Neeza baru dapat message dari Fairuz (adik lelaki number 2) yang isterinya selamat melahirkan seorang baby girl pada jam 10.52 pagi tadi. Mabruk Ya Fairuz dan Lin.

Ini bermakna, bertambah seorang lagi cucu En Ramli Musa :). Ini merupakan cucu ke 8 dan cucu perempuan ke 6 untuk En Ramli dan Puan Normah. Alhamdulillah... ramai perempuan bermakna ramailah tukang masak Opah! hehehee...

Ini juga bermakna bertambahlah sorang lagi ahli keluarga kami yang lahir pada bulan November (perasan tak entry November Neeza? penuh dengan birthday wish ajeeee :D).

Eh! kejap.. hari ni kan birthday someone juga. Birthday sape ek? errrrr..... eh! birthday Neeza la (hahahaha!!! buat-buat lupa la kononnnn.. :P).

Baby girl of Lin and Fairuz share the same birthday dengan Neeza... 19 November! Seronottttt rasanya :). Alhamdulillah..

Doa Neeza - Ya Allah, selamatkan kami selalu. Tempatkanlah kami didalam syurgaMu. Jauhilah kami dari azab kubur dan azab api neraku. Jauhilah kami daripada fitnah manusia. Jauhilah kami daripada fitnah dajjal. Permudahkanlah segala pekerjaan kami Ya Allah. Bahagiakanlah hidup kami dan murahkanlah rezeki kami. Lindungilah kami dan masukkanlah kami didalam golongan orang-orang yang engkau cintai... Ameen....


Monday, November 16, 2009

Kakok, nak kek!

Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you..

Kakokkkkkk.... balik shini...

Afir lah datang sini..

eh.. tak boleh.. arab jauh..


Neeza tahu dia malu lah tu bila Neeza nyanyi Happy Birthday untuk dia di telefon tadi. Terus tukar topic. Tak habis-habis dia mintak Neeza balik sana. Bila suruh dia datang, tau pulak dia arab ni jauh.. Macamlah kalau Neeza balik, jadi dekat. Afir... Afir..

Kakok sibuk lah Afir. Balik sekolah baru sempat nak buat entry ni. Tapi takpe. Afir tak marah kan :).

Hari ni genap umur Afir (Mohd Firdauz) 23 tahun. Kalau remaja lain, tentu dah kemana-mana dah. Mungkin ada yang dah kerja dan tinggal sendiri. Tapi since Afir ni anak istimewa dan adik istimewa Neeza dan adik-adik, dia masih tinggal dengan Ma.

Setiap kali birthday Adik (Afir) - well, tak birthday pun sama jugak... Afir mesti mintak cake. Dia suka cake especially cake yang ada chocolate rice. Kadang-kadang, kalau order cake, kami purposely suruh letak chocolate rice lebih-lebih sikit kat tepi, kat atas. Selalu jugak Afir akan makan bahagian yang ada chocolate rice tu saja.. hehe.. ngelat kan. Tapi takpelah. Anything will do for you Afir :).

Kakak doakan hidup Afir selalu bahagia disamping orang-orang yang menyayangi Afir. Kakak juga berharap agar tiada lagi orang yang suka mempersendakan dan main-mainkan Afir. Kalau mereka tu sengaja, semoga mereka mendapat petunjuk dari Allah. Yang pasti, Kakak harap Afir akan sentiasa menjadi penghibur untuk Ayah, Ma, Kakak dan semua...



Thursday, November 12, 2009

Your life has just begun?? ;)


If life begins at 40, then, you're just born ;). Selamat lahir ke dunia yang penuh dugaan ini my dear :).

Doa Neeza untuk Abang:

Ya Allah yang Maha pengasih yang Maha penyayang, yang Maha pemurah

cahayailah hidup Abang dengan keberkatanMu setiap waktu, setiap masa dan di mana saja Abang berada. Semoga Abang menjadi seorang suami yang soleh dan bapa yang beriman serta bertanggungjawab untuk Neeza dan anak-anak. Tak lupa juga, semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik Abang, dunia dan akhirat...

Semoga hari-hari mendatang yang bakal Abang tempuhi akan dapat Abang lalui dengan tabah dan penuh ketenangan dari Allah s.w.t...



Tuesday, November 3, 2009

Ya Allah, lindungilah dan kasihilah dia selalu...


Hari ni umur Ma genap 58 tahun. Tapi itu tak lah penting sangat. Apa lah ada pada umur. Yang penting ialah macam mana kita menggunakan umur tersebut. Tapi bagi kami semua, hari ni ialah hari istimewa sebab tanpa Ma, tiadalah kami semua. Memang 3 November menjadi tarikh yang selalu kami ingati. Walaupun anak sulung Ma ni berada jauh dimata, di hati Ja Ma selalu bertahta.

Doa Ja untuk Ma, semoga Allah berkati hidup Ma selalu. Semoga Ma sentiasa bahagia dan semoga Allah jauhkan duka walaupun sedikit untuk Ma. Ya Allah, panjanglah umur Ma supaya Ma dapat menyiapkan diri dengan lebih sempurna untuk hidup yang lebih bahagia disana. Ameen....

Kami semua sayang Ma....



Ja letak gambar Ma pegang Ja masa kecil sebab Ja nak Ma selalu rasa muda sebab Ma memang sentiasa muda dihati Ja. Dan Ja pun nak selalu rasa macam your little baby girl yang selalu dimanja ;).



Monday, August 17, 2009

33 ke Pak Ngah?


17 August 1976 ialah hari bersejarah buat Ma dan Ayah sebab hari itu telah lahir anak lelaki sulung Ma dan Ayah. Fuad (Mohd Nazri Fuad Bin Ramli) ialah anak kedua tetapi anak lelaki sulung adik beradik kami.

Hari ini genap 33 tahun umur Ad. Kakak doakan Ad akan berbahagia selalu disamping isteri tercinta, Ayu. Semoga Ad dikurniakan Allah umur yang panjang dengan kesihatan yang cemerlang. Kakak juga berdoa agar kejayaan bakal menjadi bilik Ad dalam apa jua bidang yang Ad ceburi. Ameen...




Nota: entry in telah dischedulekan. Tiada gambar sebab entry ini ditaip menggunakan computer orang ;)

Friday, August 14, 2009

9 tahun penuh syukur



Alhamdulillah, hari ni genap 9 tahun umur Ainaa. Ummi masih ingat lagi seorang bayi comel tiba di rumah Atok semasa Ummi masih dalam pantang selepas melahirkan Kakak Sophea. Ainaa yang bermata kecil dan berkulit merah menyala. Bila saja ada kesempatan, pasti Ummi snap gambar Ainaa dan Kakak Sophea.

Ainaa dah besar sekarang. Hari ini, Ummi berdoa agar Ainaa dikurniakan Allah kebahagian berpanjangan, kesihatan yang sentiasa baik, kejayaan yang berlipat ganda dalam apa jua bidang yang Ainaa ceburi. Ummi juga berdoa agar Ainaa membesar sebagai anak yang solehah buat ibu dan daddy. Happy Birthday Ainaa!




Nota: entry ini telah dischedule. Tiada gambar Ainaa sebab entry ini bukan ditaip dirumah sendiri... Takde gambar dalam lappy ;)

Sunday, July 19, 2009

Nine / sembilan / Tis'ah



18 Julai 2000 dia lahir
18 Julai 2009 - sembilan tahun umurnya

Semoga Kakak membesar sebagai seorang anak yang solehah
Ummi dan Abah doakan kebahagian da kejayaan dunia dan akhirat bakal menjadi milik Kakak, Ameen...

Sunday, May 17, 2009

Thursday 17 May 2007

He was born on Thursday, 17 May 2007. He's my 3rd precious gems. He's my first and the only son. He's the joy of everyone in the family. Today, he turns 2. Alhamdulillah. We pray for his success and happiness in this life and the hereafter. We want him to be a son who could help us 'there'. Insyaallah...

We love you with all our heart, our dear lovely Shahmey...






I have 2 other friends who were also born today in many many years back. They are NS (Nass) and AEA (As). Happy Birthday my friends. May your life fill with joy and happiness. Insyaallah...

Friday, May 1, 2009

Ayah 58 ke?

Ayah, hari ni semua orang cuti.

Ye lah. Hari ni kan birthday Ayah.

Tak lah. Orang cuti sebab labor day lah Ayah...

Tak kira lah tu.. dah birthday Ayah jatuh hari ni. Kira celebrate birthday Ayah la tu...

(dialog ini memang direka-reka oleh penulis blog. Dia frust sebab tak dapat makan cake birthday hari ni hehee..)


*********************************


Walaupun usia Ayah tinggal lagi 2 tahun untuk menjadi 60, Ayah tetap segak dan handsome di mata Ja dan adik-adik hehehh.. (jangan perasan lebih-lebih ya Ayah. Tu ayat bodek jeeee huhuuu..). Kami semua sentiasa berdoa agar Ayah sentiasa bahagia disamping Ma. Semoga hari-hari yang bakal Ayah lalui akan dipenuhi dengan rahmat dan hidayat dari Allah s.w.t. Kami juga doakan Ayah sentiasa dikurniakan rezeki yang halal dan berkat dariNya. Ja juga doakan semoga Ayah berjaya di dalam apa jua bidang yang Ayah ceburi.. Ameen...

Ehemmm.. Ayah! Pinjam '8977' bolehhh?? Boleh la yaaaa... hehehh..






Monday, April 27, 2009

Hari ini dia 27 tahun :)


Hari ni umurnya genap 27 tahun. Dia anak ke 4, En. Ramli dan Puan Normah. Dia adik ke 3, Puan Neeza. Ada orang pernah tengok gambar Neeza masa kecil (masa tu Neeza pakai gaun). Orang tu boleh kata "eh! kenapa Fairuz pakai gaun?" hahahah!!! Ya, wajah kami agak mirip tapi jantina berbeza :P.

Dia telah hampir setahun bergelar suami kepada Cikgu Lin (Kota Tinggi). Sesuailah tu kan.. polis + cikgu = pocik!! hehehe.. Kalau ada rezeki, dia akan menjadi bapa pula tak lama lagi, Insyaallah...

Semoga panjang umur adikku dan dilimpahi rahmat olehNya. Semoga berbahagia selalu. Walaupun kakok pernoh secara tidak sengaja menjatuhkan abang dalam longkang masa kita duduk Gombak dulu, abang tetap adik kakok yang kakok sayang. Berhati-hati didalam kerjaya tu ya. Ikhlaskan diri kerana Allah. Carilah rezeki yang halal. Ingatlah adikku, rezeki datang dari Allah bukan dari manusia.







Wednesday, March 18, 2009

Cerita 2 hari lepas


Dua hari lepas iaitu 16 March ialah birthday Coan. Kami tak buat party untuk kawan-kawan dia pun sebab rumah kami ni tak muat kalau nak panggil semua kanak-kanak Malaysian di Jubail. Since every Wednesday (hari ni lah) ada program bersama rakyat Jubail di rumah president, Ummi Coan janji untuk buat party kat situ aje. Bukanlah party pun sebenarnya. Setakat potong cake dan sikit goodies aje. Insyaallah, malam ni lah.


Tapi 2 hari lepas, Auntie As dan Uncle Roy datang bawak cake, pizza dan surprise gift untuk Coan. Suka sangatlah minah tu. Thanks ye Auntie As. Terima kasih daun keladi. Lain kali buat lagi ye hehehehh...


Since mereka kata nak datang, Ummi Coan buat kuah mee jawa tapi tawar lah pulak. Ada aje yang tak kena. Buhsan sungguh la. Takpelah. Elok gak tak jadi. Karang riak pulak hahaha!!! Thanks lagi sekali untuk Auntie As sebab buat mee tu. Sedap!! Boleh la Auntie As business mee kuning kan. Rasanya, hantar kat Cash & Carry sure laku hehee..


Sila lah tengok gambar makanan lagi ya. Kalau tak tahan godaan, tak yah tengok. Tak nak pulak nanti ada orang claim blog ni selalu ada unsur deraan :P.













Monday, March 16, 2009

Coan dah besar... errrr sikit la..



The heaviest among her siblings (tak lah berat mana pun actually) when she was born but the most 'manja', at the moment.


Baru semalam Coan menangis tak henti-henti lepas kena marah dengan Ummi. Walaupun takdelah teruk Ummi marah, tapi tangisan Coan berlanjutan sampai dekat 2 jam rasanya. Yang syoknya, dalam menangis tu, dia boleh dengar cakap Abah dia. Abah suruh makan, dia makan. Habis sepinggan nasi walaupun diselangi dengan uuwwwaaa!!! uwwaaaa!!! Sabor ajelah. Kalau Abah tegur macam tu takde pulak dia nangis. Ummi ni tak boleh langsung marah dia. Sedih dia tu mendalam sesangat... hai anak Ummi...


Today, Coan dah genap 7 tahun ikut calendar Masehi. Kalau ikut calendar Hijrah, lebih lagi lah sepatutnya. Ummi harap dengan bertambahnya umur, Coan akan lebih bijak dalam urusan emosi ni. Menangis bila perlu aje ya. Takkanlah Ummi marah tegur Coan hempas sudu dalam kuah pun nak nangis.. Ummi tak pukul pun. Cuma tinggi suara sikit aje.


Happy birthday my dear... semoga menjadi anak solehah buat Ummi dan Abah. Ameen...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin