Kesian Neeza pada kakak-kakak kat sini dan di alam maya yang memasing nampak sungguh risau dengan keadaan Neeza yang nampak macam tak kisah langsung pasal pantang larang ni. Eh! Bukan kakak-kakak aje. Adik-adik pun ada gak. Maklumlah Neeza ni dah tua.. ramai adik-adik pun dah beranak pinak juga. Neeza berterima kasih sesangat kepada semua yang membebel tu sebab itu tandanya mereka sayangkan Neeza. Kalau diorang tak kisah, sure diorang diam saja kan. Ma dan Mak jauh, jadi tak dapat lah diorang nak pantau Neeza. Jadi, kakak-kakak dan adik-adik ni lah yang jadi pengganti mereka. Terima kasih bebanyak.
Memang Neeza akui yang Neeza tak berpantang macam orang lain. Mungkin Neeza kena admit yang Neeza ni degil sebenarnya. Neeza suka buat apa yang Neeza nak buat dan bukan yang orang paksa buat. Tak faham? Takpe.. biarkan aje hehehehh...
(pastu melawan cakap orang...kita cakap sikit dia cakap banyak..) - sapelah tambah ayat ni yek? memang nak kena orang tuuuuu... grrrrrr...
Ramai yang tak tahu Neeza ni kuat makan ubat. Sampaikan Mak (MIL) pun ada terpuji (hehee.. ni Abang yang bagi tahu) yang Neeza ni kuat makan ubat. Satu benda yang sedikit seseorang tak suka mengenai Neeza ialah Neeza ni pantang kena sakit. Mesti nak jumpa doctor dan tanya apakah penyakit itu. Biarlah penyakit tu cuma sakit biasa. Tapi, mesti nak tanya doctor. Nak sembuh cepat-cepat sebab Neeza tak suka sakit. Tak suka sangat. Seboleh-bolehnya, Neeza elakkan diri dari sakit sebelum terkena. Itu dengan izin Allah lah kan. Kita berusaha saja. Allah yang tentukan.
Sekarang Neeza dah ada 4 orang anak dan semua pengalaman mengandung dan melahirkan agak berbeza. Berbeza dari segi pemakanan semasa mengandung dan selepas melahirkan.
Semasa mengandung:
Mengandung anak pertama, memang takde pengalaman langsung. Ada seorang kawan nama Linda Chew jual product susu berasaskan spirulina (color susu tu pun hijau). Dia kata elok untuk pregnant women. By the way, product tu halal dan dijual oleh 1 jenis direct selling (tak yah sebut nama lah). Neeza minum almost everyday. Kalau terlupa, mesti Linda akan ingatkan. Dia pun rajin kengkadang tolong bancuhkan sebab memang Neeza tinggal susu tu kat office pun. Tak tahu lah sebab itu atau sebab lain, masa lahirkan Sophea, sikit pun dia tak kena jaundice. Alhamdulillah. Masa lahir, mata putih Sophea biru. Neeza pun heran. Tapi lama-kelamaan takdelah biru tu hehehe..
Mengandungkan Sobhan pula, Neeza di Kuantan. Linda takde untuk supply spirulina milk. Tapi, Neeza ada seorang promoter lain pulak (ayah kepada penulis blog ni hehehe) yang jual Royal Jelly dari direct selling yang lain pula. Memang terkenal pada satu masa dulu tapi still, Neeza tak akan reveal kat sini. Hari-hari Neeza makan Royal Jelly ni. Kalau miss pun sebab lupa. Katanya, ianya baik untuk kulit. Semasa Sobhan lahir, memang kulit dia cantik tapi terlalu sensitif la pulak. Senang sangat kena kudis kalau kena nyamuk. Sampailah sekarang, kulit Coan memang sensitif. Mungkin Royal Jelly tu baik untuk Neeza je kot sebab lepas bersalinkan Coan, badan Neeza slim! heheheee...
Kisah pregnantkan Shahmey pulak, Neeza diperkenalkan dengan 1 product susu IGG. Banyak jenis kat Malaysia tapi Neeza minum yang di promote oleh Encik Ayah Tuan Blog A Slice of Bledho 2009 ni hehehee.. Susu ni sedap sesangat jadi memang lah selalu Neeza minum. Sophea dan Coan yang dah besar masa tu pun menumpang sama. Jadi, kena beli lebih lah stock. Tapi takpelah. Baik untuk mereka kan. Hasilnya??? Shahmey lah anak pertama yang kulit cerah dari orang lain.. Minum soya kulit anak putih ke?? Jangan percaya.. Itu kebetulan saja tauuuu... Kalau dah parents tu sorang cerah, sorang gelap, mesti lah ada possibility ikut mak atau ayahnya kan. Bukan pasal susu ke, pasal kopi ke.. Cuma yang tak best, Shahmey paling teruk jaundicenya. Neeza agak, ianya disebabkan di hospital sepanjang 4 hari, Shahmey minum formula milk saja. Sikit pun tak minum susu badan. Bila balik rumah baru bagi susu badan. Dalam pada tu, badan dia mungkin tak upaya nak proses susu formula tu. Lepas tu, Neeza biarkan dia banyak tidur.
Last sekali, pregnantkan Sumeyyah. Di Saudi, Neeza takde apa apa makanan special. Jauh pulak tu dari segala jenis direct selling di Malaysia. Jadi, Neeza makan apa yang boleh saja. Makan beryani dan segala makanan arab lah. Agaknya, sebab tu ke berat Sumeyyah paling ringan antara adik-beradik? Yang lain, 3.0kg, 3.03kg, 2.99kg. Sumeyyah cuma 2.54kg. Tapi Neeza rajin makan ubat yang berkoyan koyan doctor bagi tu. Neeza takde masalah nak telan pill. Jangan bagi ubat liquid. Neeza buang aje nanti.
Selepas bersalin:
Sophea yang membuka tirai membelah perut Neeza. Semua orang risau bila dengar Neeza 'kena belah'. Lepas saja bersalin, berkejar Abang dan Ayah pergi Chow Kit Road cari ikan haruan. Jumpa lah 2 ekor tapi mahal lah pulak. Mesti dia tahu nak buat ubat kan. Tapi kan.. isteri En. Shahril ni tak makan ikan sungai! Puas Ma tonyoh asam limau kat ikan tu tak nak bagi hanyir. Tapi, bila Neeza makan sup yang ma buat tu, masih terasa kelainan (bukan lah hanyir tapi rasa ikan sungai lah...). Makan sikit saja. Lepas tu Abang beli pati ikan haruan. Haaa.. yang tu boleh minum tapi masih bersyarat. Air kopi letak sebelah. Lepas telan sebotol pati ikan haruan dengan tutup hidung, cepat-cepat Neeza minum kopi. Hehehee.. Bila balik berpantang di kampung, Abang belikan Neeza macam-macam jenis jelly gamat. Air gamat pun ada. Pil pun ada. Semua Neeza makan. Liquid gamat takpe. Jangan liquid ubat hospital ;). Tak ingat Neeza ada makan jamu ke tak lepas bersalin Sophea. Lupa nak rekod (takde blog kan masa tu). Tapi Neeza ingat minum air kunyit yang Mak buat. Uweekkkk!!! keluar balik dari tekak. Memang nak minum tapi tak tahu kenapa tekak tak terima. Nehi! Nehi!
Lepas bersalinkan Coan, Neeza dah pandai sikit. Terus minta Abang beli jelly gamat dan pati ikan haruan. Bukan pati saja. Pil ikan haruan pun dah ada masa tu. Berbotol-botol juga Neeza makan pil tu. Nak cepat baik kan. Kena lah cari penawarnya. Berbengkung Neeza memang rajin sebab ada orang tolong sapukan kapur dan asam limau kat perut. Insyaallah, Neeza sihat cepat dan badan pun cepat slim. Kena mention ke tu? hahahah!!!
Selepas bersalinkan Shahmey, doctor tak ikat (ligation) uterus Neeza sebab katanya uterus Neeza masih tebal dan sihat. Boleh beranak lagi! Tapi takkan lah nak terus pregnant. Jadi, Neeza decide untuk makan jamu disamping Jelly Gamat. Kesiannya Shahmey. Dia kena jaundice lah pulak. Itu mungkin jadi faktor, kata puan puan nurse yang datang untuk pemeriksaan rutin. Neeza stop dulu jamu sampai lah lepas pantang. Barulah sambung jamu yang kena makan ikut hari tu.. ;).
Yang baru ni, Neeza dah siap beli 4 botol Jelly Gamat. Sekarang Neeza dah masuk botol kedua. Bukan tak nak minum air gamat yang busuk tu tapi takut tak minum langsung. Jelly Gamat ni sedap sebab rasa oren dan yang satu tu rasa markisa! hehehee..
Mungkin lepas 2 bulan, Neeza akan cari juga jamu untuk dimakan. Mana boleh tak makan. Badan kena jaga wehhh.. Neeza pernah makan biji manjakani dengan nasi - ma Neeza yang suruh. Neeza juga pernah minum air ragi lepas bersalinkan Shahmey - ma yang suruh jugak. Tapi disini takde lah pulak. Manjakani ada. Nanti Neeza rebus tapi lepas 2 bulan lah kot...