Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, January 13, 2009

Insomnia



Dalam bahasa senangnya, Insomnia bermaksud sleeping disorder - masalah tidur lah lebih kurang.


Akhir-akhir ni Neeza dah mula dijangkiti insomnia. Ianya bukanlah masalah serious pun dan bukan juga tak masalah. Mana boleh tak cukup tidur. Nanti mata bengkak dan siang hari asyik ngantuk aje. Masalah ni mungkin berkait rapat dengan keadaan fizikal Neeza yang banyak berubah ni.


Walaupun cuaca amatlah sejuk sekarang, malam-malam Neeza rasa tersangatlah panasnya, especially time nak tidur. Yang kesian ialah orang kat sebelah Neeza tu. Bila dia pasang heater, Neeza sibuk mengeluh panas sedangkan Abang sejuk. Orang lain pun sejuk. Kalau tutup heater, kesianlah pulak dia tidur dalam kesejukan. Dah lah lately dia terpaksa melayan kerenah mood yang tak tentu arah Neeza ni.


Lately memang asyik nak marah aje kat dia. Kesian Abang. Sorry ya Bang. Nak mintak maaf depan-depan, rasa cam malu pulak sebab nanti sure Neeza buat lagi hehee.. Mintak maaf dalam blog okay kot yek.. ;). Abang tahan je lah ye.. boleh ke gitu? Hehee..


Mungkin juga Neeza susah nak tidur disebabkan berdebar menanti hari yang ditunggu-tunggu. Ikut planning, nak pergi serah diri kat doctor pada 15 Jan ni. Tapi, sebagai manusia, Neeza hanya mampu merancang. Segala-galanya Allah yang tentukan. Semoga Allah kurniakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Ameen....



22 comments:

:: Leeza Joe :: said...

oo x blh tdo...yg liza ni kene penyakit kuat tido plk dah...heheh...kjp jer tu..lps deliver nnt back 2 normal...eh x leh gak...nnt bb nangis nak babab tgh mlm2 bute..hehhe..

chekgu Bani Hassim said...

lor..
tak elok utk both of u kan kak??
better carik remedy laa...
rase ade petua kan??
antaranya carik buku busan, bace..
ataupun minum secawan koko atau milo panas...
milo takleh, kene boikot skg nih...hehe...

carikla ubat kak, tak elok nih...
atau maybe symptom for another "thing" kut...
kalau berlarutan kene la kut carik pakar...ok??

maklang said...

biasalah neeza..dah dekat2 ni memang rasa panas...nanti lepas dah bersalin nanti elok lah tu...sabar ajelah..sikit lagi ajekan...

Neeza Shahril said...

Liza,

tu yang tak sanggup tuuuu...
boleh tak bagi susu botol?? hehehe..

***********************************

Chekgu,

tido boleh.. tapi senang jaga.. mulalah mata berkelip-kelip..
pas tu badan rasa panas..
patutnya bangun je la kan solat ke.. ni tidak hehee..

***********************************

Maklang,

harap-harapnya cam tu lah maklang..
lepas bersalin nanti sure sejuk pulak.. :)

tulipurple said...

sy 1st pregnncy kuat tido yg amat,2nd pregnncy memang insomnia..aduisshh paragh..hehe.
takperlah sis,org kata masa mengandung nie ler ley wat manja ,or wat perangai...haha.rasa cik abg sis paham tu.

aNIe said...

Neeza sdg macam tu memanglah terasa panas selalu...cik abang mungkin lebih faham...

Neeza dok komplen je takpe jugak...ada orang tu...siap halau2 laki dia...dia kata laki dia busuklah...macam2...

Ummi365 said...

memanglah neeza, dah hujung2 ni semua serba takkena. bila kat kiri nak aleh kekanan.. tapi nak alehkan badan tu pun seksakan.. rasa senak kat anak tekak..

lepas tu orang sejuk kita sibuk kata panas.. ermm cuba berlenggeng cam coan tu? ok tak rasanya hehehe.. nanti kena ba bab ngan babah ummi tak tau ek.

ateh... said...

aduh...tak dapat tido ke..kat cni lain la pulak..asyik nak membute je..asla kan letak je bantal terus je nak tido..tp kadang2 penah gak kene mcm tu..tak dapat tido..tak tau la kene penyakit tu ke ape??

Nini Marini said...

kak neeza,
maaf ye lama tak tinggal komen kat sini.tyme constraint,huhu.tapi tetiap hari nini singgah sini tgk akak tau.

moge2 akak dipermudahkan tyme bersalin nnti.insyaAllah.=)

zino said...

semuga mood tu berubah selepas serah diri nanti hehe

Adry said...

huhu.... hope everything fine with you sis...

l i e y n said...

lately pun lieyn ada prob tido...ntahle!anak2 pun skrg asyik tido lambat...
mmg kalau dah nak sampai hari ni kita akan rasa panas semacam kan?
cik abang paham tu...
kak neeza nak kena Caeser 15hb ni ke? take care ekkk...
lieyn doakan sumenya selamat, both mom n baby...

Tie said...

Neeza tertekan tu...kena tenangkan diri.... buatlah terapi seperti membaca atau sesuatu yang neeza suka...Sabor je laaa....

Kak Elle said...

ala cian nya sampai insomnia ye?relax neeza eh everything will be fine insya'allah.

maza said...

neeza - kenalah sabar dan belajar mengawal diri...

dalam peringkat ini fungsi ibu untuk mendapatkan anak soleh amatlah kritikal..

maza pasti, neeza sendiri tidak mahu memperoleh anak yg panas baran, bukan?!

Jadi, kita kena kawal agar dlm proses seumpama ini si anak dapat didikan awal dari si ibu...

sayangilah diri, anak dan suami... lantaran itu, neeza tidak cepat melatah dan marah..

selamat beramal, dan maza doakan agar neeza semuanya selamat, dan memperoleh anak yg soleh!

aminnn

http://mazaaida.blog.friendster.com

hidayah said...

saya dulu pun masa nak bersalin mcmtu kak neeza... emosi mmg tak stabil, hubby tahan je la.. hehe.. tapi insomnia tu kena cari cara nak atasi .. hopefully kejap ke simtomnya tu...

pB said...

insyaallah everything will be ok ...


stay strong , kay
my dear sis

Neeza Shahril said...

Tulip,

kesian kan kat che' abang kita.. kena tahan peel isteri mengandung ni hehehe..

***********************************

Kak Anie,

kalau neeza buat perangai halau husband, nanti neeza kena tido sorang ;)

***********************************

Kak Ummi,

betul la.. rasa lekat kat tekak. macam tak boleh bernafas..
kalau neeza berlenggeng cam tu, sure dia kata 'buang tebiat ke apa' hehe..

***********************************

Ateh,

tu penyakit sayang bantal namanya hehe..
kadang2 stress pun boleh buat takleh tidur..

***********************************

Nini,

no problem tu.. akak faham dik..
thanks ya.. doakan akak tau.. :)

***********************************

Zino,

harapnya gitu lah.. :)

***********************************

Adry,

thanks Adry..

Neeza Shahril said...

Lieyn,

ikut schedule cam tu lah Lieyn.. berdebar gak ni.
Doakan akak ya.. :)

***********************************

Kak Tie,

mungkin mix feelings rasanya.
tak tahu dah nak terapi apa ni :)

***********************************

Kak Elle,

neeza really hope so kak elle..
first time kat saudi jadi tak tahu nak expect apa..

***********************************

Maza,

memang selalu tahan dan sabar tapi sometimes tu mood tu tetiba aje naik angin.. tapi lepas tu rasa guilty lah pulak..

thanks for the doa ya..

***********************************

Hida,

nasib la hubby faham kan.. kalau tak faham tak tahu la nak kata..

***********************************

Kak pb,

Insyaallah kak pb..

thanks ya..

silversarina said...

Akak pernah kena jugak tak boleh tido sampai seminggu, sudahnya kakak telan pil, tapi neeza tak boleh buat camtu sebab pregnant, memang taktau puncanya apa tapi lama-lama ia hilang sendiri.

Bab marah tu memang alahan nak bersalin dah tu agaknya, apapun semoga selamat bersalin, take care !

NiaMubs said...

tak selesa tido kan..? from my experience..Mcm2 perasaan ada..panas..susah nak bernafas lah..kuat merajuk lah..hihi..

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

neeza takut telan pil. Selalu tu boleh je tido sebab memang neeza ni kuat tido hehee..

***********************************

Niamubs,

kuat merajuk? hehee.. bahaya tu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin