Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, January 30, 2009

Yang sebenarnya berlaku...


Kesian Neeza pada kakak-kakak kat sini dan di alam maya yang memasing nampak sungguh risau dengan keadaan Neeza yang nampak macam tak kisah langsung pasal pantang larang ni. Eh! Bukan kakak-kakak aje. Adik-adik pun ada gak. Maklumlah Neeza ni dah tua.. ramai adik-adik pun dah beranak pinak juga. Neeza berterima kasih sesangat kepada semua yang membebel tu sebab itu tandanya mereka sayangkan Neeza. Kalau diorang tak kisah, sure diorang diam saja kan. Ma dan Mak jauh, jadi tak dapat lah diorang nak pantau Neeza. Jadi, kakak-kakak dan adik-adik ni lah yang jadi pengganti mereka. Terima kasih bebanyak.


Memang Neeza akui yang Neeza tak berpantang macam orang lain. Mungkin Neeza kena admit yang Neeza ni degil sebenarnya. Neeza suka buat apa yang Neeza nak buat dan bukan yang orang paksa buat. Tak faham? Takpe.. biarkan aje hehehehh...
(pastu melawan cakap orang...kita cakap sikit dia cakap banyak..) - sapelah tambah ayat ni yek? memang nak kena orang tuuuuu... grrrrrr...


Ramai yang tak tahu Neeza ni kuat makan ubat. Sampaikan Mak (MIL) pun ada terpuji (hehee.. ni Abang yang bagi tahu) yang Neeza ni kuat makan ubat. Satu benda yang sedikit seseorang tak suka mengenai Neeza ialah Neeza ni pantang kena sakit. Mesti nak jumpa doctor dan tanya apakah penyakit itu. Biarlah penyakit tu cuma sakit biasa. Tapi, mesti nak tanya doctor. Nak sembuh cepat-cepat sebab Neeza tak suka sakit. Tak suka sangat. Seboleh-bolehnya, Neeza elakkan diri dari sakit sebelum terkena. Itu dengan izin Allah lah kan. Kita berusaha saja. Allah yang tentukan.


Sekarang Neeza dah ada 4 orang anak dan semua pengalaman mengandung dan melahirkan agak berbeza. Berbeza dari segi pemakanan semasa mengandung dan selepas melahirkan.


Semasa mengandung:

Mengandung anak pertama, memang takde pengalaman langsung. Ada seorang kawan nama Linda Chew jual product susu berasaskan spirulina (color susu tu pun hijau). Dia kata elok untuk pregnant women. By the way, product tu halal dan dijual oleh 1 jenis direct selling (tak yah sebut nama lah). Neeza minum almost everyday. Kalau terlupa, mesti Linda akan ingatkan. Dia pun rajin kengkadang tolong bancuhkan sebab memang Neeza tinggal susu tu kat office pun. Tak tahu lah sebab itu atau sebab lain, masa lahirkan Sophea, sikit pun dia tak kena jaundice. Alhamdulillah. Masa lahir, mata putih Sophea biru. Neeza pun heran. Tapi lama-kelamaan takdelah biru tu hehehe..



Mengandungkan Sobhan pula, Neeza di Kuantan. Linda takde untuk supply spirulina milk. Tapi, Neeza ada seorang promoter lain pulak (ayah kepada penulis blog ni hehehe) yang jual Royal Jelly dari direct selling yang lain pula. Memang terkenal pada satu masa dulu tapi still, Neeza tak akan reveal kat sini. Hari-hari Neeza makan Royal Jelly ni. Kalau miss pun sebab lupa. Katanya, ianya baik untuk kulit. Semasa Sobhan lahir, memang kulit dia cantik tapi terlalu sensitif la pulak. Senang sangat kena kudis kalau kena nyamuk. Sampailah sekarang, kulit Coan memang sensitif. Mungkin Royal Jelly tu baik untuk Neeza je kot sebab lepas bersalinkan Coan, badan Neeza slim! heheheee...


Kisah pregnantkan Shahmey pulak, Neeza diperkenalkan dengan 1 product susu IGG. Banyak jenis kat Malaysia tapi Neeza minum yang di promote oleh Encik Ayah Tuan Blog A Slice of Bledho 2009 ni hehehee.. Susu ni sedap sesangat jadi memang lah selalu Neeza minum. Sophea dan Coan yang dah besar masa tu pun menumpang sama. Jadi, kena beli lebih lah stock. Tapi takpelah. Baik untuk mereka kan. Hasilnya??? Shahmey lah anak pertama yang kulit cerah dari orang lain.. Minum soya kulit anak putih ke?? Jangan percaya.. Itu kebetulan saja tauuuu... Kalau dah parents tu sorang cerah, sorang gelap, mesti lah ada possibility ikut mak atau ayahnya kan. Bukan pasal susu ke, pasal kopi ke.. Cuma yang tak best, Shahmey paling teruk jaundicenya. Neeza agak, ianya disebabkan di hospital sepanjang 4 hari, Shahmey minum formula milk saja. Sikit pun tak minum susu badan. Bila balik rumah baru bagi susu badan. Dalam pada tu, badan dia mungkin tak upaya nak proses susu formula tu. Lepas tu, Neeza biarkan dia banyak tidur.


Last sekali, pregnantkan Sumeyyah. Di Saudi, Neeza takde apa apa makanan special. Jauh pulak tu dari segala jenis direct selling di Malaysia. Jadi, Neeza makan apa yang boleh saja. Makan beryani dan segala makanan arab lah. Agaknya, sebab tu ke berat Sumeyyah paling ringan antara adik-beradik? Yang lain, 3.0kg, 3.03kg, 2.99kg. Sumeyyah cuma 2.54kg. Tapi Neeza rajin makan ubat yang berkoyan koyan doctor bagi tu. Neeza takde masalah nak telan pill. Jangan bagi ubat liquid. Neeza buang aje nanti.


Selepas bersalin:

Sophea yang membuka tirai membelah perut Neeza. Semua orang risau bila dengar Neeza 'kena belah'. Lepas saja bersalin, berkejar Abang dan Ayah pergi Chow Kit Road cari ikan haruan. Jumpa lah 2 ekor tapi mahal lah pulak. Mesti dia tahu nak buat ubat kan. Tapi kan.. isteri En. Shahril ni tak makan ikan sungai! Puas Ma tonyoh asam limau kat ikan tu tak nak bagi hanyir. Tapi, bila Neeza makan sup yang ma buat tu, masih terasa kelainan (bukan lah hanyir tapi rasa ikan sungai lah...). Makan sikit saja. Lepas tu Abang beli pati ikan haruan. Haaa.. yang tu boleh minum tapi masih bersyarat. Air kopi letak sebelah. Lepas telan sebotol pati ikan haruan dengan tutup hidung, cepat-cepat Neeza minum kopi. Hehehee.. Bila balik berpantang di kampung, Abang belikan Neeza macam-macam jenis jelly gamat. Air gamat pun ada. Pil pun ada. Semua Neeza makan. Liquid gamat takpe. Jangan liquid ubat hospital ;). Tak ingat Neeza ada makan jamu ke tak lepas bersalin Sophea. Lupa nak rekod (takde blog kan masa tu). Tapi Neeza ingat minum air kunyit yang Mak buat. Uweekkkk!!! keluar balik dari tekak. Memang nak minum tapi tak tahu kenapa tekak tak terima. Nehi! Nehi!






Lepas bersalinkan Coan, Neeza dah pandai sikit. Terus minta Abang beli jelly gamat dan pati ikan haruan. Bukan pati saja. Pil ikan haruan pun dah ada masa tu. Berbotol-botol juga Neeza makan pil tu. Nak cepat baik kan. Kena lah cari penawarnya. Berbengkung Neeza memang rajin sebab ada orang tolong sapukan kapur dan asam limau kat perut. Insyaallah, Neeza sihat cepat dan badan pun cepat slim. Kena mention ke tu? hahahah!!!



Selepas bersalinkan Shahmey, doctor tak ikat (ligation) uterus Neeza sebab katanya uterus Neeza masih tebal dan sihat. Boleh beranak lagi! Tapi takkan lah nak terus pregnant. Jadi, Neeza decide untuk makan jamu disamping Jelly Gamat. Kesiannya Shahmey. Dia kena jaundice lah pulak. Itu mungkin jadi faktor, kata puan puan nurse yang datang untuk pemeriksaan rutin. Neeza stop dulu jamu sampai lah lepas pantang. Barulah sambung jamu yang kena makan ikut hari tu.. ;).


Yang baru ni, Neeza dah siap beli 4 botol Jelly Gamat. Sekarang Neeza dah masuk botol kedua. Bukan tak nak minum air gamat yang busuk tu tapi takut tak minum langsung. Jelly Gamat ni sedap sebab rasa oren dan yang satu tu rasa markisa! hehehee..



Mungkin lepas 2 bulan, Neeza akan cari juga jamu untuk dimakan. Mana boleh tak makan. Badan kena jaga wehhh.. Neeza pernah makan biji manjakani dengan nasi - ma Neeza yang suruh. Neeza juga pernah minum air ragi lepas bersalinkan Shahmey - ma yang suruh jugak. Tapi disini takde lah pulak. Manjakani ada. Nanti Neeza rebus tapi lepas 2 bulan lah kot...


15 comments:

chekgu Bani Hassim said...

Akak tak telan tongkat ali??
tongkat ali bulih kembalikan tenaga...
jgn main2...haha

Zahraa George said...

cam best jer baca experience akak..
boleh la amik sikit2 buat panduan..hehe

***pssssttt--sib baik as pantang kat sini kan..takder sapa nak larang pun.nak makan apa ker nak buat apa ker,hentam jer.pastu sakit seniri mau ingat ler..
takper,zaman moden,ubat banyakkkk..
kah kah kah (gelak jahat) hehe

Rasyidah Abd. Aziz said...

kita pun camtu gak, masa pantang dua2 org tu takleh amik jamu (yg beli punya tu), last2 buat air kunyit asam yg maid nenek belah ayah kita ajar buat dengan rebus akar periuk dari kuching (ada sorang bidan kat sana dia teror la pasal akar2 pokok buat ubat orang bersalin ni)...yg dua ni je ok, anak tak kena jaundice pon hehehe

Nurul Nadiah said...

kakak. tekun sungguh nadia baca entri kali ni. seronok baca ur experience. huhu.

harap2 smpatla nadia merasa all da experience.

nadia takde experience nak share. leh mintak akak take care selalu. tu je la. hehehe =p

kuIna said...

kongsi pengalaman sebagai wanita ... best... sy pun tak suka ubat liquid.hehehe...

l i e y n said...

dah 4 kali experience mmg nest kan?
actually lieyn ni kalau bab2 makan ni ikut le juga...lagipun mmg rasa badan lagi best bila control makan.tapi minum air mmg byk sbb BF baby. tp satu mende yg lieyn tak boleh pantang ialah buat keje umah!masa pantang anak kedua, lieyn pantang sendiri kat umah.mmg tak tahan tgk umah bersepah.menyapu je le kerja nya!plus sidai kain n lipat kain...part of my exercise routine!heheheheh

Sally said...

Salam,
tak terlambat lg ya Sally nak wish tahniah dgn kehadiran ahli baru..
berpantang???..lebih baik perpantang dgn penuh disiplin..why? Sally dah went through 2 pregnancies..anak sulong..main blasah je semua..maklumlah masa tu mak pun tgh sakit..so attention tertumpu kat mama lah,genap 31 hari berpantang she passed away..fuhh cobaan..abis pantang..dpt rasa ada kelainan..mkn silap sikit rasa bdn x selesa..tak fit la kata org..menyesal rasanye ambil mudah time dlm hari..beranak kan Sophie..Sally mmg pasang niat nak pantang 100%..so i did..seksa mmg seksa..BUT..rasa kelainan..bdn kembali ringan..sihat..mknn yg sblm ni x leh mkn..dah boleh mkn..syukur sangat..so..berpantanglah..kita bak guna badan ni lama lagi..(semoga panjang usia dan sihat2 la kan..)..yup..mkn lah jamu..

silversarina said...

Salam,

Mungkin sebab Neeza dah biasa bersalin belah dan dah tau apa yang boleh dimakan atau tidak, so taklah risau sangat . tapi akak memang terasa beza bersalin normal dengan belah, seriau nak bangun ke tandas , kalau yang normal 3 hari dah masuk dapur dah . Bab pantang akak memang tak pantangs ebab tak suka gamat ke haruan ke, kira ubat biasa jelah .

Apapun usah buat kerja berat tau.

ummu asiah said...

tu dia aaiihh...banyak betul jenis ubatan...dan pengalaman..

akak pun selalu dipromote and selalu terbeli and selalunya juga jadi perhiasan..

mmg sah neeza suka makan ubat:)

Kak Elle said...

Neeza bagus tu rajin makan ubat dan mengamalkan nya.

Saya kalau suruh makan ubatan traditional mmg tak bolih telan lansung...hehe

Raihah Rosli said...

Byk sgguh pglmn Kk Neeza...

Tekun sy baca....hehehe :)

Ttg soya bean mungkin kbtulan mungkin gak kbnrn... Sbb mak saya cter, masa ngandungkn sy ari-ari mnum air soya... sbb tu sy cerah ckit dr adik beradik yg len....

Neeza Shahril said...

Chekgu,

tongkat ali tu untuk kaum chekgu..
kalau akak telan lain jadiknye hehehhh...

***********************************

As,

yang baik je ikut tau as.. yang bab malas pantang tu jangan ikut hehehe..
betul as.. nak makan apa makan je tapi ubat kena lah makannnnn hehehe.. lagi 1, kita boleh rasa apa yang kita takleh makan. Kalau rasa tak sedap badan tu, takleh dah makan benda tu.. macam akak, kangkung buatkan angin..

***********************************

Syida,

bestnya makan ubat periuk.. akak suka tapi takde lah pulak kat sini.. ubat periuk pahit tapi tak teruk macam ubat doctor yang entah apa2 rasa hehehe..

***********************************

Nadia,

turn nadia tak lama dah kot.. 2@3 tahun lagi agaknya..
macam2 experience ada nadia.. kakak2 blogger yang lain lagi banyak experience. seronok dapat share.. kita tunggu diorang pulak buat entry kan.. :))

***********************************

Kuina,

ubat liquid doctor rasa entahlah.. tak leh telan.. hehee..

***********************************

Lieyn,

ada orang2 tua kata, tak boleh sidai kain dalam pantang.. especially lalu bawah penyidai.. akak tak tahu lah pulak nape..
tapi bagus lieyn.. banyak buat kerja, cepat sihat.. tapi jangan lah yang berat tau..

***********************************

Sally,

kalau nak berpantang, kena betul2. kalau tak nak pantang, jangan pantang langsung.. ada gak orang cakap gitu.. sebab kalau betul2 pantang, sekali tergelincir, boleh tumpah darah..
baguslah sally rajin pantang.. bada pun fit kan..

***********************************

Kak Rina,

tu la.. neeza tak pernah rasa bersalin normal. Ma Neeza kata, kalau bersalin normal, pantang dia kena lebih tapi badan cepat sihat sebab takde belah2 ni..
macam neeza, makan kena lebih utk cepat sembuh luka.. tapi betul kak.. memang still kena jaga sebab ia ada kaitan dengan rahim kan..

***********************************

Kak N...

neeza ni pantang kena promote sikit tapi mesti ada evidence lah.. neeza akan cuba. Provided yang diluluskan Kementerian lah.. yang makcik2 datang jual kat rumah neeza tak berani nak try...

**********************************

Kak Elle,

ubat tradisional neeza suka.. mungkin sebab neeza suka ulam2 tak kiralah yang pahit.. tapi tidak ubat liquid yang doctor bagi hehehhh..

***********************************

Raihah,

baru 4 dik.. hehehe.. baru tu.. orang lain ada 8,9,10 anak.. orang dulu-dulu la kan.. lagi banyak experience.. seronok kalau dengar..

Tie said...

Hmmm.....bagus pengalaman neeza tu.

Kak tie tak boleh makan air ibu kunyitlah...air susu jadi kuning, terus effect kat baby tu... Nasib baik tak lama....terpaksa kak tie bagi susu formula je sampai air susu tu kembali normal...

Ubat2 tu memang kak tie makan. Tapi masa dok kluang dulu, ada bidan bagi makjun..Memang bagus betul. Badan rasa ringan je... Susah nak cari makjun gitu sekarang ni... kat sini (ganu) ada tapi pembuatnya kena stroke pulak...terus terbantut perusahan makjunnya...sayang sungguh... ilmunya tak diturunkan kepada anak2nya... Eh...panjang pulak cerita ni, ekk...hi hi...

:: Leeza Joe :: said...

ini pesanan penaja..
"neeza...jgn larang pantang...badan kita ni nak pakai lama lagi...kalu kita sakit2 nanti siapa nak jaga anak2 yg masih kecil tu"...klu kak neeza igt sape yg slalu kuar ayat nih...hehhe..pk..pk..pk

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

tak tahu pulak neeza air kunyit boleh kuningkan susu.. tapi kalau susu kuning tu elok kan kak.. ke? hehee.. memandai aje neeza ni..

makjun neeza tak pernah telan sebab dia tu lembik2.. kalau biji2 neeza sukeeee.. hehehee...

***********************************

Liza,

hehehee.. ingat! ingat! Kak Nor kan.. dia selalu cakap cam tu... bestnya ada kakak2 dan adik2 yang prihatin ni :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin