Hari ni exam arabic 1st part. Soalan 2 pages, ada matching, ada fill in the blanks dan ada jugak jawab soalan yang ditanya. Contohnya, Assalamualaikum, apa nak jawab tapi kena tulis arabic lah. Memang senang sesangat tapinya kalau spelling salah, salah lah huhuuuuu... Part 2 menyusul Monday ni. Esok exam tajweed. Yang ni Neeza tak belajar langsung sebab masa Neeza datang kelas, cikgu cuti lama. Bila Neeza cuti lama, cikgu datang. Jadi, tak berapa ada jodoh dengan cikgu tu. Saya jawab aje lah apa yang boleh esok ya cikgu! Kalau betul, cikgu tanda lah check. Kalau salah, cikgu pangkah je lah. Senang kan hehehh..
Pagi semalam, Sumeyyah selamat dibotakkan oleh Abah dia. Sepatutnya sunat cukur kepala hari ke 7 tapi kami sangatlah sibuk dengan agenda lain. Since semalam hari Jumaat, kami decide untuk cukur kepala Sumeyyah. Sampai botak! Dia kecil lagi takpe. Kalau dah besar malu jugak sebab dia perempuan kan.
Malam semalam, Neeza ada tamu yang datang bertandang. Seorang tu bawak dinner (soto ayam) yang amatlah banyak. Seorang lagi bawak makanan jugak (ikan bilis dan budu) serta bengkung untuk ibu yang dalam pantang tu.. ;). Rezeki datang tiba-tiba. Alhamdulillah. Thanks Liza for the yummylicious soto. Thanks As for semua-semua tu and termasuk gift comel-comel untuk baby Sumeyyah.. dapat barang free lagi akak ni... moga rezeki As dan Liza bertambah-tambah lagi.. Ameen....
20 comments:
bila dah botak nampaklah sumeyyah iras lebih kepada bapanya, shahmey tu lebih kepada neeza
comel nya sumayyah.. hehe
shahmey cium2 adik ala cute nya jgn dia cepuk aje bila kita tak nampak...haha
rezeki kan dapat makanan dari kekawan?
mula2 tgk sumeyyah macam coan.. tapi bila dah botak ni tgk cam ayah dia plak..hehehee
Kak Zany,
abah dia kata shahmey ikut muka abah.. maklumlah hero sorang kan kak.. hehehehhh...
***********************************
Zino,
dia botak la zino.. :))
***********************************
Kak Elle,
kadang2 dia cucuk jugak hidung adik dia and cakap 'noh' for nose..
best kan kawan datang bawak makan :)
***********************************
Noniey,
sekarang ramai kata macam abah dia.. kita tengok dia besar sikit.. ;)
Masa ambil STPM dulu, ada ujian lisan bahasa Arab untuk kertas B Arab. Penguji 3 orang,tanya pasal Universiti Islam dan Bank Islam. Mula-mula elok je cakap, lepas tu teragak-agak...akhirnya errr..."Ustaz, boleh cakap Melayu sikit tak? Sikkkkiiit je!!"
Berderai ketawa depa. Nasib baik lulus...hi..hi..
Rupanya cerita tu sampai ke telinga Maulana yang ajar B Arab kat sekolah...kena sedas...Maulana tu betul2 orang Madinah...
waaa....
dah togel la pale sumeyyah tu...
mcm sharifah amani lak mase dier botak dulu tuh...huhu
Assalamualaikum warahmatullah,
Thank you fir your kind words...
Sempat lagi beri komen, semasa dalam pantang...
Ambil peperiksaan?
Bagus! Menuntut ilmu tidak mengira batas usia...
Wasalam
nampak shahril betul sumeyyah...
good luck exam tajweed..
Xiiinam,
tu lah kan.. kalau kita bercakap dengan bangsa sendiri, mesti nak cakap bahasa sendiri.. kalau tidak, boleh aje kita belajar bahasa orang..
***********************************
Chekgu,
hahaha!! sharifah amani tu memang suka botak.. sumeyyah dipaksa ;)
***********************************
Kak Umi,
hehehee... bagi komen tu kira berehat lah kak Umi ;)
sayang sebenarnya.. bukan senang nak dapat peluang cari ilmu cam tu kan kak..
***********************************
Maklang,
hehehe... kena lah dia yang jaga sumeyyah malam malam kan hehehe..
cute betul tengok gambar shahmey kiss sumeyyah :)
'adik,adik..nos nos..'hehe..kelakar betul abang shahmey yerrr..
tapi kan,takut nak pegang sumeyyah,kecik sangat..hehe..
a'ah la kakak, da macam muka ayahnya. huhu. versi junior.
comelnya shahmey & coan
kakak pulak manis selalu
mamanya sweeet
huhu
=)
boleh bayangkan betape comeynye sumeyyah bile dah besar. mesti lebat rambut die pasnieh! tgk macam kakak die:D
i love to see the photo of shahmey kissing sumeiyyah.. so loving..
Kakak dan adik hampir serupa laa..hi hi..
Neeza...nanti datang ambik award, tau...
Salam Neeza,
Maaf lama tak menjengok ke sini. Dah berumah baru pulak.
Mungkin masih belum terlambat untuk ucap tahniah atas kelahiran cahaya mata yang comel itu. Alhamdulillah.
Semoga keluarga anda bertambah ceria dan dirahmati. InsyaAllah.
aik, dalam pantang pun pegi ambik exam ke?
As,
memang kecik.. akak suka pulak sebab ringan. boleh pegang sebelah tangan je hehehee...
***********************************
Nadia,
anak2 akak kena bahagi dua antara ummi dan abah.. kalau tidak ada yang jeles nanti hehehh..
***********************************
Sha,
kakak2 dia tu tunggu masa nak dipotong rambut tu tau.. hehehe..
***********************************
Kak Ummi,
harapnya sampai besar lah dia sayang adik dia kak Ummi kan..
***********************************
Kak Tie,
oraitt.. nanti neeza menyusul.. :)
***********************************
Pak Zabs,
terima kasih Pak Zabs..
Alhamdulillah..
***********************************
Elisa,
hehehee.. ibu moden ni ;)
salam sis...sorry..lama tak jengok sampai tak tahu sis dah bersalin.... Tahniah..sumeyyah sangat comel...
sis take care....hugs and kisses untuk baby baru...(baby lama pun leh gak)...
Fadzila,
thanks.. Alhamdulillah..
fadzila pun lama dah tak update blog kan..
Post a Comment