Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, February 28, 2009

Back to school



*sigh*

it's not a good sign huh? Yes, it's not. I do like my arabic class but after quite a long break (3 weeks hehehh..), I felt like, arrghhh... class starts tomorrow?? Hmmm.. tak puas-puas berehat la tu.. amboiiii!!


Today, the bus didn't come to pick us up. Apparently, the instruction to pick up the students wasn't reached the driver. Yes, bureaucracy... as usual. The ladies dakwah centre didn't request the bus from the male dakwah centre. Though the driver was informed (by us - the students), that the class resume on 28 Feb 09, he can't simply use the bus to pick us up. A formal letter is required. Thanks to Mr A (Kak N's husband) who was generous enough to chauffeur us to the female dakwah centre. Otherwise, my friends and I may have to take a cab there. Luckily, the bus sent us home - upon knowing that the bus didn't come then only they (the staff in ladies dakwah centre) took action. Ishh... tak proactive langsung mereka ni lahhh...


What do I learn today? I learned Tho'am (Food) and Sharobu (drink). Nice topic huh. Of course! It makes my life easier especially when I need to talk to my helper about things related to food in the kitchen. All these while, I had to use English, broken arabic and sign language. Many times it was misunderstood by her. Orang suruh goreng aje ikan yang dah di letak garam kunyit, dia pergi masak sambal masala. Padahal, dah ada ikan asam pedas tu.. adoiii!!!


Q: Maza ta'kulu fil ghada'?
(Apa yang awak makan semasa lunch?)

A: Akulu Addajaj wallaham wassamaka walaruz walfakihah fil ghada'
(Saya makan ayam, daging, ikan, nasi dan buah-buahan semasa lunch)

*amboi!! banyaknya makan....*


Itu sahaja pelajaran untuk hari ini ya murid-murid. Kita jumpa tahun depan untuk pelajaran seterusnya hahahahh!!!

Friday, February 27, 2009

Cikgu, kau lah buah hati ku..


Semasa kecil, cikgu lah yang kita hormat. Segala-galanya cikgu. Kalau mak ayah cakap, susah kita nak dengar. Tapi bila cikgu cakap, semuanya kita ikut. Kadang-kadang benda tu sama aje tapi nasihat cikgu lebih berkesan dihati. Mungkin sebab cikgu mengajar kita secara formal. Bila tiba masa, ada exam. Lepas tu ada report card bagai. Benda tu nampak penting bagi kita. Mak ayah pula takde bagi exam, takde report card. Kalau buat salah pun tetap dapat makan sedap atau hadiah heheh..


Ada juga pelajar yang jatuh hati dengan cikgu. Kalau tak sampai jatuh hati pun, rasa impress dan jadikan cikgu tu sebagai idola. Bangga kalau cikgu tu bagi penghargaan pada kita. Neeza pun pernah juga gitu. Bila cikgu yang Neeza suka puji rasa macam waaa!!! cikgu suka Neeza. Cuba cikgu yang Neeza tak suka bagi pujian, takde rasa apa pun. Kadang-kadang je la. Ada masa tak jugak. Suka aje kalau cikgu puji hehehh..




Ada yang advance sikit, sampai bercinta dengan cikgu. Hantar surat cinta bunga-bunga. Kalau cikgu tak balas, frust lah dia. Mulalah buat perangai, tak nak pergi kelas, malas belajar dan buat hal supaya cikgu tu perasan. Kalau cikgu tunjuk reaksi suka, mulalah dia fikir bukan-bukan. Kononnya cikgu tu sukakan dia biar lah cikgu tu dah ada anak lima! Dia tak kisah langsung. "I takde hal. Biarlah I jadi wife nombor 3 pun. I rela you..." Caitt!!! senang aje dia. Ingat apa? Dia tak tahu, cikgu tu anggap dia tak lebih dari murid biasa. Kalaulah cikgu tu balas betul surat cinta dia, mahu meroyan dibuatnya. Habis dicanang 1 sekolah agaknya. Ish.. ish..


Bukan pelajar perempuan saja. Pelajar lelaki pun ada jugak yang macam tu. Jatuh cinta dengan cikgu perempuan yang mengajar dia. Tapi, biasanya benda ni terjadi di institusi pengajian tinggi atau sekurang-kurangnya sekolah menengah. Pelajar lelaki sekolah rendah belum matang lagi. Tak reti bab cintan cintun ni..


Rata-rata pelajar bercinta dengan cikgu sangat bijak didalam menyembunyikan percintaan mereka. Di sekolah / pusat pengajian, mereka hanyalah pelajar dan cikgu / pensyarah. Di luar, mereka saja yang tahu. Kadang-kadang hubungan itu berakhir dengan baik. Mereka berkahwin dan berbahagia bersama anak-anak penyeri rumahtangga. Alhamdulillah.


Kadang-kadang hubungan itu tidak menjadi. Sama ada pelajar yang spoil atau cikgunya yang spoil. Biasalah kan. Bukan semua hubungan berakhir di jinjang pelamin. Kalau belum habis belajar, ada lah yang merana. Pelajar ataupun cikgu tu. Masalah besar sebab kalau pelajar, ia akan affect pelajarannya. Ini bagi kes pelajar yang tak boleh membezakan realiti dan fantasi lah. Bagi yang boleh handle, takde masalah. Kalau cikgunya pula, susah juga sebab bagi cikgu yang juga tak reti realiti dan fantasi, mereka mungkin akan buat sesuatu yang mungkin menyusahkan pelajar tersebut seperti diskriminasi ataupun sexual harassment (ni kalau kes extreme lah).


Pendek kata, percintaan antara cikgu dan pelajar bukanlah sesuatu yang pelik dan tak boleh terjadi. Kalau dah ditakdirkan Allah, itulah jodoh mereka. Cuma disebabkan status mereka, mungkin membuatkan beberapa orang tak berapa senang. Tapi memang dah menjadi adat manusia, ramai yang suka mengata daripada membantu untuk membetulkan.


Agak-agaknya, Cikgu Jawe, Chekgu Banihassim, CkLah, Cikgu Jane dan kengkawan di KPTM tu ada tak experience cam ni hehehh... ;)


Thursday, February 26, 2009

Little froggy warms her night



A few days ago, Abang came back with a parcel. I knew it. Whenever there were unopen parcels, surely they were for me hehehh.. I looked at it. Yes, clearly I could see my name printed on the envelope. Actually, that was the first time someone print my name on. Usually, they just put Abang's name since the parcel is addressed to Abang's office.


To cut the story short, let me show you the content of the parcel. Tadaaaa!!!




Thanks Hida who sent this all the way from the States. It was really a surprising and wonderful gift for my little Sumeyyah. Comel froggy blanket tu :). Sayang pulak nak guna hehehhh...


Hari ni hari Rabu?


Sekejap je rasa dah hari Rabu. Esok dan lusa dah weekend. Yeay!! hehee.. padahal sama saja bagi Neeza sebab bukan Neeza kerja pun. Tapi, seronok sebab semua family members ada dirumah, didepan mata.


Hari ni hari yang agak penat sebab Neeza masak. Bukanlah banyak pun masak tapi bila masak aje, memang letih sikit. Blog tak berupdate pun tak perasan. Tapi nak jugak update. Jom kita tengok apa yang Neeza masak pagi tadi untuk lunch.





Mee Jawa yang Neeza suka tapi baru reti nak buat. Resepi cilok sana-sini di internet. Neeza tak letak resipi kat sini. Kalau nak tengok, anda tahu dimana hendak dicari heheheh...


Semalam, sebelum tidur, masak cheesecake untuk dibawa ke ceramah malam ni. Cheesecake ni kena buat sehari awal so that boleh simpan lama sikit dalam fridge untuk texture yang cantik dan gebu (ini petua dari Kak Ummi365 - thanks kak Ummi).


Petang tadi juga, Neeza blend soya bean untuk buat kicap manis air soya homemade. Soya bean tu direndam pagi tadi jadi tak berapa kembang. Patutnya semalam lagi rendam. Anyway, takpelah kan daripada takde.


Hmmm.. gambar cheesecake dan air soya bean tak ambik lagi sebab nak update blog cepat punya pasal. Kalau rajin, nanti letak semula lah. Ni nak berkejar pergi ceramah agama di rumah president KRMJ pulak. Okay, gotta go. Bye for now. Salam...


Tuesday, February 24, 2009

Bila orang kenal kita


Bila kita nobody, tiada siapa nak dengar cakap kita
Bila kita tak glamour, tiada siapa nak kisahkan kita
Bila kita tak dikenali, tiada siapa quote apa yang kita sebut

Tapi,

Bila kita somebody, semua orang pasang telinga apa yang kita cakap
Bila kita glamour, semua orang nak ambik autograph kita
Bila kita dikenali ramai, setiap patah perkataan kita akan diquote





Inilah contohnya. Bila pelajar ini mendapat 16 1A didalam peperiksaan SPM, apa yang disebutnya menjadi satu azimat dan dipaparkan di akhbar terkemuka. Bayangkan dia hanyalah seorang pelajar sederhana yang cuma mendapat 2 2A, 6 3B, adakah sesiapa akan peduli apa yang dikatakannya? I really doubt it. Siapa nak quote words seseorang yang dianggap biasa? Nobody!


Kalau kita dengar "tahu tak, Neeza tu kata, bila siang panas, malam nanti sejuk", tentu ada orang kata "apa dia? pandai-pandai je. Neeza tu sape? lawyer? majistret? tak logic langsung". Ye la kan.. Neeza tu sape? Takde orang kenal pun uhuksss...


Teringat pasa seorang sahabat di tempat kerja lama Neeza, KPTM Kuantan. Namanya Pak Zul. Pak Zul adalah insan seni yang sangat bijak mencipta sajak. Bukan itu saja, beliau pandai mendeklamasi sajak yang diciptanya dengan suara yang terang, jelas dan berkesan dihati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tetapi, Pak Zul hanyalah seorang pekerja am di situ. Sajaknya tidak kemana-mana. Bayangkan, jika Pak Zul ialah seorang pemegang PhD yang memegang jawatan tinggi di pusat pengajian tempatan terkemuka. Tentunya sajak yang dicipta Pak Zul mampu meraih wang beribu ringgit. Tak mustahil ianya berlaku satu hari nanti bilamana seseorang yang berpengaruh datang kepada Pak Zul dan mula commercial kan sajak-sajaknya.


Kesimpulannya, jika kita tiada nama, kita menjadi tidak penting dimata masyarakat. Tapi takpe, biarlah kita tidak penting dimata manusia, asalkan kita penting di mata Allah...


Vaccination Saudi vs Malaysia


Menjawab soalan Andak Ali mengenai vaccination (Andak ada anak kecil kan.. eh ye ke? hehehh.. sorry ye kalau silap), disini , Neeza attachkan gambar vaccination schedule untuk anak-anak di Saudi ni. Memang ramai yang ada anak kecil disini termasuk lah... saya!! heheee..


Sebenarnya tadi dah type schedule untuk Saudi ni tapi tak reti lah pulak camana nak tepek table tu. Pendek kata, kalau dah reti tu sila lah bertanya kan. Tapi takde pulak orang yang tahu kat sini (dalam rumah ni :P). Atau memang tak boleh nak attac document format. Mungkin kena guna format lain kot. Biar ajelah persoalan tu. Since camera ada, snap aje. Cepat dan senang. Yang penting info tu sampai kan kan kan ;).

yang ni Saudi punya



yang ni Malaysia punya lah..


Kalau diteliti, ada banyak persamaan sebenarnya. Cuma mungkin nama aje lain. Tapi, Neeza tak reti jadi, bawak aje buku vaccination dari Malaysia (bagi yang dah sedia ada) dan tunjuk pada doctor. Nanti dia bagi tahu apa perlu dibuat.


Itu saja untuk hari ni. Kepala pening sejak semalam sebenarnya. Mungkin banyak sangat minum gahwa kot hehehehh.. Rupa-rupanya ada caffeine jugak gahwah arab ni. Ingatkan takde. Lepas ni tahu dah, jadi tak boleh minum banyak sangat. Tapi orang tu selamat lah sebab dia tak suka gahwa arab heheh..

Monday, February 23, 2009

Prosedur mendaftar baby baru :)


Entry ini special untuk As dan kawan-kawan di Jubail yang akan menimang cahayamata tak lama lagi. Setakat ni ada 3 orang yang akan dapat baby di Jubail pada tahun ni, Insyaallah. Mungkin number ni bertambah kiranya ramai lagi yang akan tiba. Cepat-cepat datang.. nanti kita boleh buat nursery for babies.. hehee.. sapelah yang nak jaga tu agaknya..


Untuk registration baby, ada 3 benda yang kita perlu buat iaitu surat beranak Saudi, surat beranak Malaysia, pasport dan renew iqama.





A. Surat Beranak Saudi


  1. Sebelum discharge, hospital akan bagi 1 surat untuk register kelahiran. Pada surat tu, terdapat segala maklumat kelahiran termasuklah cop tapak kaki baby kanan dan kiri (kesian kat baby tu, hitam legam kaki kena sental dengan dakwat hitam sebab nakkan cop tapak kakinya). Memang lawak sikit tapi itulah hakikatnya. Nak buat apa pun tak tahu sebenarnya. Agaknya mereka nak pastikan memang itulah baby yang lahir dan bukan anak orang lain. So, simpan surat tu untuk dibawa ke Ehwal Office nanti.

  2. Translate pasport mommy and daddy ke bahasa arab di Al Bayyan Office (kalau di Jubail lah). Biasanya ambik masa 1 hari.

  3. Dapatkan borang kelahiran bayi (Newborn registration form) dari Ehwal Office untuk diisi oleh translator office (Borang tu ditulis dalam bahasa arab berdasarkan maklumat daripada hospital).

  4. Submit semua dokumen ke Ehwal Office (kalau di Jubail, ianya terletak belakang International Market - dekat As Shaiqi building rasanya). Baby tak payah bawak ke office.

  5. Dalam masa 2 hari, datang semula untuk collect surat beranak temporary tu. Surat beranak original akan diserah selepas setahun dengan syarat semua vaccination complete.

B. Surat Beranak Malaysia dan Pasport Malaysia

Yang ni boleh buat sekali harung sebab kedua-duanya perlu dibuat di Embassy Malaysia di Riyadh. Kita cuma perlu isi borang dan bayar duit. Apa yang perlu disediakan sebelum pergi ke Riyadh ialah:



  1. Pasport mommy and daddy (5 copies)

  2. Malaysian IC of mommy and daddy (5 copies)

  3. Surat beranak temporary baby yang perlu ditranslate ke English (5 copies)

  4. Gambar baby bersize pasport - background biru (5 keping)

  5. Sijil nikah original (tapi rasanya masa pergi tu, dia tak tengok pun) - bawak je lah kan

  6. Buat appointment dulu dengan En. Khairul Nizam ext 105 (ni untuk Saudi Arabia saja tau)

  7. Kami bawa baby sebab kami isi borang di embassy - cop jari baby yang kecik comel tu perlu dalam borang.

  8. Tiba di embassy, isi borang untuk pasport (2 salinan) dan borang untuk surat beranak (1 salinan).

  9. Bayar duit SR215 (masa dalam telefon dia kata SR300-400). Tak tahulah kenapa dah kurang. mungkin dia tahu kami kena bayar lebih untuk sewa hotel tu hahahah!!! Ada discount kot yek?

  10. Khalas...



C. Renew Iqama

Kami tak buat lagi tapi dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Pasport ibu

  2. Gambar terbaru ibu bersama anak-anak tersayang (jangan le lupa baby baru tu ye.. hehee..)

  3. Iqama si bapa (iqama lama la maknanya)


Bila selesai tulis procedure ni, teringat pulak zaman-zaman buat document ISO dulu-dulu. Siap dengan chartnya, siap dengan tablenya, siap dengan kotak empat segi, bujur, tegak berdiri, condong menyenget.. hehee.. macam-macam.. bestnya dah tak payah buat semua tu hehee..


Lupa pulak nak bagi credit. Terima kasih kepada Encik Shahril sebab sudi berkongsi information ni. Neeza manalah tahu sangat sebab semuanya encik ini yang buat. Kata it's a man's world kan kat sini. Mana ada pompuan kehulu kehilir register baby? ish ish.. ;).



Sunday, February 22, 2009

Misi selesai


Bila sebut misi, teringat pulak, masa dulu-dulu, orang panggil nurse tu misi. Kenapa yek? Sekarang pun ada lagi orang tua-tua panggil Misi. Apa maksud Misi sebenarnya? Ada sesapa tau?


Misi kami telah selesai - errr.. bukan nurse, walaupun memang ada kakak nurse di Jubail ni dan kakak nurse di Singapore tu :). Kami ke Riyadh hari Jumaat yang lepas untuk menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia. Hahahhaa!!! macam besar aje bunyinya tugas tu. Tapi kan, kalau tak buat tugas tu, baby Sumeyyah tak boleh jadi warganegara lah... huhuuu.. kesian dia... arab saudi memang tak boleh dah walaupun lahir disini. Memang itulah syaratnya.. tak macam di Malaysia kan, senang aje orang luar boleh jadi warganegara hehehh...







Tiba di Riyadh lebih kurang jam 5 petang dan cari tempat sesuai untuk tidur. Dah dapat tu, berehat sekejap dan keluar lagi untuk isi perut. Dekat aje tempat makan tu (bak kata staff hotel tu - boleh jalan kaki aje..). Tapi kami tak lah jalan kaki sebab dengan anak 4 orang tu... adoiii... dah la cuaca tak berapa bagus - saki baki sand storm ada sikit-sikit lagi. Kenyang perut, suka hati. Balik semula ke hotel dan tidur! Budak-budak tak lah tidur cepat. Biasalah diorang mesti bersuka ria dulu. 2 anak dara siap sound "tak selera lah nak tidur" heheee.. tidur pun kena ada selera ke??.







Esoknya, lepas breakfast, kami tinggalkan 3 anak dengan pengasuh mereka di hotel. Kami berdua bawak puteri yang nak register kelahiran dan buat pasport tu ke Embassy Malaysia. Since Abang dah g00gle dulu tempatnya senang sikit nak cari. Errr.. kami takde gps, jadi takleh nak berangan nak guna gps hehehh..


Tiba di Embassy, kami register nama. Pak guard tu tak mintak ID pun. Dia cuma tanya nationality kami. Bila kami kata Malaysia, dia cuma suruh tulis kat buku masuk pelawat dan bagi masuk. Dalam hati Neeza berkata-kata jugak, kalau kami sebenarnya ada niat tak elok dan kami kata aje Malaysian citizen, tak ke naya. Tapi mungkin dia tengok kami bawa baby jadi pukul rata, kami bukanlah pengganas hehehehh...







Tunggu encik yang sepatutnya kami jumpa tu lama jugak. Mungkin silap kami juga. Abang cakap kat encik tu nak jumpa before 2pm. Agaknya dia memang expect kami tiba lebih kurang masa tu lah kot. Dia keluar atas urusan errrr.. tak boleh cakap sini tak pasal-pasal aje kalau dia baca blog ni atau sedara-mara dia yang baca sebab itu hal kerja dia lah kan ;). Anyway, kami tak lah kena tunggu sehari semalam pun di office embassy tu. Jadi kira okaylah tu. Lepas isi borang, borak-borak sikit, bayar then khalas. Selesai kerja kami. Dia kata kena tunggu dalam 1-3 bulan. Surat beranak siap cepat tapi pasport lambat sikit sebab kena hantar ke Malaysia. Dan dokumen yang dihantar ke Malaysia cuma sebulan sekali.


Selesai misi tu, kami pulang ke hotel. Beli food sebab anak-anak dah mengadu lapar. Breakfast di hotel tak kenyang bagi diorang. Lagipun budak-budak kalau terperap dalam bilik memanglah selalu lapar kan. Kalau kat rumah, boleh je geledah dapur tu.






Bila dah settle payment di hotel counter, kami bertolak balik, lebih kurang jam 2.30 petang. Non-stop except untuk isi minyak. Pecut betul tapi tak terasa langsung sebab orang-orang belah kiri bawak lagi laju - dalam 160-200 agaknya laaa.. Kami tukar haluan - lalu ikut Dammam airport, rasa lebih dekat (driver lah cakap dekat..). Tiba di Jubail jam 6.30 pm. Singgah restoran siam dan makan tomyam. Budak-budak (orang tua pun sama) dah mengadu pening kepala, nak muntah jadi kena lah cari food yang masam-masam sikit.


Tiba di rumah jam 7.30 pm - seronoknya sampai rumah.. home sweet home. Biarlah rumah kami tak selesa macam istana menanti bilik hotel yang mencekik darah tu, tapi tetap best bila sampai rumah.


Jadi, Sumeyyah kena tunggu lah paling lama 3 bulan untuk dapatkan pasport. Kalau tidak, ada orang yang kena extend ticket balik kampung nanti hehee..

Saturday, February 21, 2009

Tahukah anda?


Taukah anda apa itu Iqama?

Iqama ialah nama lain bagi kad pengenalan diri bagi insan-insan yang tinggal di Saudi Arabia. Negara-negara arab lain Neeza tak pasti. Sama jugak kot (tak duduk tempat lain jadi tak boleh tulis lah). Di Saudi, iqama berbentuk buku kecil (lebih kurang besar buku 3 5 (555) bagi sape yang lahir tahun 70an kebawah tahu lah kot rupa buku ni).


Nak buat iqama mengambil masa sebab kena dapatkan surat dari company. Lepas tu, nak tunggu siap satu hal lain pulak. Bagi yang bernasib baik, 2 minggu boleh lah siap. Bagi sesetengah kes, ada yang dekat 2 bulan pun tak dapat balik. Biasalah tu disini. Mereka bekerja macam *&&#C#@^$ (interpret sendiri lah ya bulan bintang dan semua sign tu..). Susah kalau takde iqama. Tak boleh nak buka bank account, tak boleh nak ambik lesen dan macam-macam lagi lah yang tak boleh (Neeza sendiri pun tak pasti apa yang macam-macam lagi tu sebenarnya hahaaa!!).


Iqama ada beberapa mukasurat. Mukasurat pertama (selepas kulit), dilekatkan gambar suami. Mukasurat seterusnya ada tulisan arab yang Neeza pun tak ingat apa dia. Lepas tu mukasurat untuk gambar isteri dan anak-anak.


Ada kawan tanya, kalau anak ramai, penuhlah buku tu kan. Neeza kata, tidak penuh pun sebabnya gambar isteri dan anak-anak terdapat pada satu gambar sahaja. Mereka bergambar sekali semuanya. Jadi, kalau ada anak yang belum boleh berdiri, isteri akan pangku. Anak-anak yang lain berdiri lah disebelah mak mereka tu. Macam family picture tapi tanpa husband (gambar husband di depan kan...).


Bagaimana kalau husband tu ada lebih dari 1 isteri? Erkkk!!! Makanya, mungkin ada lebih dari 1 gambar isteri dan anak-anak lah. Mungkin isteri yang lain tu bergambar dengan anak masing-masing. Atau mungkinlah semua isteri dan anak-anak bergambar didalam 1 gambar? Tak tahu lah pulak. Nanti lah tanya sesapa yang berkenaan. Setakat ni tak jumpa lagi orang yang macam tu. Nak tanya orang Saudi, sah sah diorang tak tunjuk gambar family pada orang lain sebab gambar wife tu nampak muka kan.


Cakap pasal lebih dari 1 isteri ni, Neeza baru perasan hari tu yang insurance company disini cover beberapa isteri yang sah dari segi undang-undang. Maknanya, kalau suami ada 3 isteri dan 15 anak, kesemuanya dicover insurance. Tapi, Neeza tak pasti kisahnya dengan para pedagang luar (bukan Saudi) sebab mereka ni dah sign agreement kan. Mungkin pasa agreement tu ada limitation. Kalau di Malaysia, biasanya insurance cuma cover isteri pertama yang sah sahaja. Tidak disini. Mereka cover kesemua isteri yang sah. Patutlah naik lemak lelaki2 arab ni kan.


Itu sahaja sudut pengetahuan am hari ini. Gambar tak dapat disertakan sebab malas nak ambik gambar iqama tu. Lagipun tuan blog dah mengantuk setelah berpenat lelah mengshedulekan entry ini jugeeeee :).


Belalang Kunyit yang sedap!!


Statement tu, kalau masa Neeza kecik, valid lah kot. Kalau sekarang ni, rasanya errr.. mungkin tak berapa hehehe.. Memang belalang kunyit boleh makan. Baru-baru ni kami belajar Feqah pun, ustazah kata, boleh makan belalang kunyit tu. Ianya halal.


Masa kami tinggal di Jengka, Ayah Neeza ada tanam pokok mempelam / mangga. Buah mangga ni kalau masak, kulitnya bewarna hijau muda. Buahnya akan luruh bila masak. Memang manis buahnya. Tapi Neeza bukanlah nak cerita pasal buah mangga ni. Neeza nak cerita pasal belalang kunyit sebenarnya.


Tak tahu lah kenapa, belalang kunyit memang banyak di pohon mempelam tu. Besar-besar belalang tu. Arwah nenek Neeza selalu tangkap belalang ni, goreng dan bagi Neeza makan.. yummyy!!! masa tu lah. Kalau sekarang ni, suruh Neeza makan, mungkin Neeza fikir 38 kali dulu kot hehehee..



Rasa belalang kunyit Neeza dah lupa. Yang Neeza ingat, ianya rangup sebab arwah nenek goreng garing. Yang bestnya, dia mesti simpan untuk Neeza (cucuk feveret lah katakan..) kalau ada belalang kunyit tu. Tak ingat pulak adik-adik Neeza ada yang makan ke tak. Hehhehh..


Mesti ada yang kata, ish ish Neeza.. makan benda pelik-pelik. Takpe.. Neeza akui, memang pelik pun hehee..


Friday, February 20, 2009

Anak kembung nak buat apa?





Anak kembung... goreng pun sodappp!!! errr.. paham ke tak ni? anak kembung... anak ikan kembung lah!


Tapi.. kalau anak sendiri yang kembung, goreng apa pun tak sedap.. huhuuuu... nanges nanti kalau digoreng anak sendiri. Tapi, tak goreng pun nangis jugak sebab bila anak kembung, mak pun naik kembung sebab lenguh tangan dan kaki nak mendodoi anak tu.


Doctor pernah cakap (hehee.. mesti guna doctor sebagai alasan), budak-budak memang senang masuk angin dalam perut. Angin masuk dalam perut baby ialah melalui beberapa cara:

  1. Masa menyusu - nipple tak masuk sepenuhnya dalam mulut baby, jadi angin masuk semasa penyusuan

  2. Masa tidur - mulut baby terbuka dan angin masuk dengan banyaknya

  3. Lepas menyusu - baby tak disendawakan / burp (yang ni tak pasti camana pulak teorinya.. tunggulah tanya doctor semula hehee..)


Neeza tanya doctor, ada tak possibility makanan yang si ibu makan membuatkan baby kembung. Doctor tu kata, tidak ada kena mengena. Cewah! point besar tu untuk makan apa saja yang Neeza nak selamatlah Neeza konon-kononnya.. Tapi untuk kesihatan diri, Neeza masih kena jaga juga sebenarnya.


Cumanya kan.. kan.. Neeza nak cakap eh! nak tulis ni.. kenapa lah baby Sumeyyah suka sangat nangis kalau diletak sekarang ni. Bila pegang, diam pulak dia huhuuuu... Malam-malam, masa nak tidur selalu dia buat macam tu. Penatnya la. Tapi, once dia dah tidur, Alhamdulillah, tak pulak dia bangun menangis. Saja nak dera bagi Abah dan Ummi pegang dia kot kan.. :).


*entry ini schedule post sebenarnya. Begitu juga entry sebelum dan 2 entry selepas ini :). Tuan rumah takde dirumah - menjalankan tanggungjawab kepada negara hehee.. (buat pasport untuk sikecik laaa...)

Sedondon


Familiar dengan tajuk ini? Dah tentulah kan especially bila raya menjelma. Tak kira lah raya apa sekali pun, kalau ayahnya berbaju color biru, maknya, anaknya pun mesti nak color biru. Nak ada persamaan. Nanti senang, pergi raya rumah orang (kalau berkonvoi), bila orang tanya,

"yang mana satu anak kamu?"

"tu... yang pakai baju color sama dengan saya ni"

Hehehehh.. kadang-kadang orang tak payah tanya pun sebab tengok corak baju sama aje, orang tahu dah. Senang gitu. Tak letih nak bersoal jawab. Lagipun, kita pergi raya sebab nak melantak dan membedal semua makanan atas meja bermaaf-maafkan kan. Nanti tergendala lah pulak program hehehh..


Neeza?? Sama aje lah. Walaupun sebelah badan Neeza ni tak lah berapa suka sangat (sebab tak nak membazir - asal raya kena tempah baju melayu baru, padahal baju melayu tu biasanya pakai raya pertama saja), Neeza tetap nak jugak. Tapi Neeza takdelah nak bertegas untuk tempah di butik yang mahal tu. Asalkan siap baju melayu dan baju kurung untuk 1 family, okaylah tu. Bukan apa, seronok tengok bila ambik gambar, 1 color aje semua orang :). Setakat ni upah baju kurung Neeza tak lebih dari RM40 sepasang. Rasa rugi sebenarnya upah mahal sebab baju Neeza pun bukanlah dari jenis kain yang mahal. Nanti, harga upah lagi mahal dari harga baju. Sayanglah kan..


Jadi, setiap tahun, setiap kali nak raya, dalam kepala mesti dah siap kena fikir, tahun ni tema baju color apa pulak ya. Tahun ni kemungkinan kami tak balik raya di kampung huhuuuu... sedihnya... mungkinkah ada baju sedondon juga? Kita tunggu....




Thursday, February 19, 2009

Kita sama sahaja



Dua hari lepas, Neeza serta dua anak dara pergi ke kedai kasut sebab nak beli kasut Coan yang dah tercabut tapak (berjalan = berlari dan melompat bagi Coan). Dalam kami dok tengok-tengok kasut yang sesuai dan berkenaan di hati Coan, shopkeeper tu datang dan mintak untuk Sophea try 1 kasut. Terkejut sekejap sebab kami bukannya nak beli kasut yang shopkeeper tu bawak. Lagipun, kami nak beli kasut untuk Coan bukan Sophea. Then, dia explain yang kasut tu ada customer lain nak beli untuk anak dia. Tak lama lepas tu customer tu datang dekat dan bagi tahu Sophea,

"Your sister is in India now. She can't be here to try the shoes"

Barulah Neeza faham tapi Sophea still heran bila shopkeeper tu sarung kasut tu kat kaki dia (Neeza pulak kena explain satu-satu). Excited betul customer tu masa Sophea try kasut yang nak dibeli untuk anak dia tu. Neeza tanya dia betul ke anak dia sama besar dengan Sophea. Dia kata ya. Ye lah kan, takut pulak sebab kaki budak-budak ni tak sama besar.


Bila tengok customer tu (berdasarkan uniform yang dia pakai), Neeza boleh bayangkan jenis pekerjaan dia. Rasanya orang macam tu hanya dapat balik negara dalam 2 3 tahun sekali (mengikut apa yang diorang selalu cerita lah). Tapi, mungkin juga dia nak kirim kasut tu pada kawan dia. Mungkin dia baru sampai ke Saudi dan baru dapat gaji. Tentu sekali excited nak beli buah tangan untuk anak-anak.


Sayu Neeza tengok dia tapi of courselah Neeza tak lah tunjuk reaksi emotional kat situ. Nanti tak pasal ada orang nak tolong pujuk hahahah!!!


Walaupun dia jauh dari keluarga, hati dia tetap bersama insan-insan tersayang. Macam kami juga lah. Walaupun jauh dari tanah air tempat tumpah darah, kami selalu merindui ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara di kampung halaman.


Keadaan Neeza mungkin bertuah sikit sebab suami dan anak-anak ada bersama. Ada rakan-rakan yang isteri dan anak-anak jauh di Malaysia. Tapi, Neeza yakin bahawa hati mereka sentiasa merindui isteri dan anak-anak. Macam suami Neeza jugalah satu masa dulu. Errrr.. betul tak bang?? hehehh..

Doakan mereka



kalau dapat anak comel macam ni bestnya kan.
tapi.. kalau dah awak tu melayu, takkan lah dapat anak mat saleh kot ish ish neeza.. neeza..




Baru-baru ini ada kawan-kawan datang rumah. Salah seorang daripada mereka ialah Encik A. Encik A ialah suami kepada Pn. Y (ikut nama panggilan dan anda tahu siapa anda hehehh..). Encik A ni datang Jubail sebab dihantar oleh company nya bernama P untuk kursus 3 bulan. Alhamdulillah, baru 3 bulan disini dah 2 kali Encik A dapat menunaikan umrah (diri ini baru sekali aje.. malunya..).


Alkisahnya, sebelum balik Encik A mintak nak tengok baby Sumeyyah. Kebetulan Neeza pegang baby masa tu. Masa Encik A kiss the baby (ye ke? ke pegang je? lupa pulak heheh..), Neeza cakap pada Encik A,

"ambik berkat.. mudah-mudahan cepat dapat baby lepas ni.."

Encik A dan Pn. Y memang inginkan cahayamata. Mereka dah lama kahwin tapi masih belum ada rezeki untuk mendapat cahayamata.


Sebenarnya bukan mereka saja. Ramai lagi yang belum dikurniakan rezeki. Ada 3 orang lagi kawan Neeza yang berada dalam keadaan yang sama. Pn. S, Pn. L dan Pn. A (semua tu nama panggilan) memang menunggu cahayamata penyeri rumahtangga. Neeza faham perasaan mereka walaupun Neeza bukan in their shoes. Bukan baru usia perkahwinan mereka. Jadi, dah tentulah mereka amat rindukan tangisan anak kecil di tengah malam (kalau sekali mungkin best lah kot.. kalau dah selalu nangis tengah malam adoii laaaa... Ummi nak tido laaa.. hehehee..)


Kepada sesiapa yang baca blog Neeza ni, Neeza mohon kawan-kawan tolong doakan mereka ya. Kepada Pn Y, Pn S, Pn L dan Pn N, Allah tahu apa yang terbaik. Sabar lah dan teruskan berdoa. Sorry lah tak dapat siarkan nama penuh sebab isu macam ni agak sensitif. Tapi, Neeza pasti tuan empunya diri tahu siapa yang Neeza maksudkan. Neeza juga doakan kawan-kawan Neeza ni dikurniakan zuriat segera. Insyaallah...

Wednesday, February 18, 2009

Kecut perut




Satu bunyi yang Neeza sangat takut bila berada di Saudi ni ialah bunyi kereta skidding - pecut lepas tu brake tiba-tiba (sorry kalau salah denition tapi tak reti nak describe camana lagi). Duduk dalam bilik Neeza ni, memang boleh dikatakan selalu sangat dengar bunyi tu (rumah kami dekat dengan jalan besar).


Tak hairan bagi pak pak arab dan yang nak jadi pak arab sebab skidding ni perkara biasa di sini. Mereka enjoy sangat skidding tengah jalan. Kalau di Malaysia, bila kita dengar bunyi kenderaan skid, mesti lepas tu kita akan dengar "doomm!!!" atau yang seangkatan dengannya. Maknanya ada accident lah lepas tu. Tapi disini tak selalu macam tu. Bukan lah maknanya takde langsung. Ada jugak tapi jarang.


Bagi Neeza, tak kiralah dimana, bunyi kenderaan skidding membuatkan Neeza kecut perut. Takut sangat. Dalam kepala ni macam-macam yang Neeza fikir. Kalau semua family member ada dirumah, Neeza tak risau sangat. Tapi, kalau ada family member yang takde di rumah, hati Neeza tak keruan. Tangan laju aje akan dial number yang berkenaan untuk pastikan orang-orang berkenaan selamat.


Memang tak boleh elak perasaan tu datang. Bila dengar aje, tiba-tiba aje berdebar dan rasa nervous. Kalau takde bunyi dentuman, lega sikit. Kalau ada dan lepas tu ada bunyi siren polis atau ambulance, lagi lah kecut perut Neeza. Bila dial number berkenaan dan tak angkat, lagi lah rasa nak nangis. Dalam hati sentiasa berdoa supaya tiada benda buruk terjadi...

Mana pergi baunya?

Kami makan laham mandhi 2 hari lepas - biasa lah tu, bila chef malas masak, order aje.. Mat'am (restoran) bersepah. Abang beli Laham Mandhi di Al-Widad. Ramai warga Jubail dah tahu restoran ni rasanya. Yang lain sikit pasal Laham Mandhi Al Widad ialah ianya bersekali dengan sup. Kiranya berkuah la sikit bila makan tu.


Kenapalah kami errr.. bukan kami sebenarnya tapi sorang tu aje tapi since dia suka, orang lain pun kena suka lah jugak sekali sekala hehehe.. haaa.. kenapa suka makan kambing? Kalau di Malaysia, jarang sebenarnya makan kambing. Kalau makan pun mungkin lamb chop black pepper ataupun mutton curry. Itupun sebab rasa hamis tu dah tak terasa sangat. Kalau tidak, tak boleh telan.


Ada a few friends here yang memang tak makan kambing langsung sebab baunya. Tapi, bila mereka try makan sekali, eh! boleh lah pulak makan. Takde bau! No smell of hamis yang selalu ada pada kambing tu.


Question: Kenapa kambing arab tak berbau?
Answer: Sebab ia mandi pagi? hehehe..


Ada orang kata, disini, kambing disembelih semasa umurnya muda (dah cukup umur tapi muda lagi). Kalau di Malaysia, kambing tu dah tua sikit baru disembelih (betul ke?). Disebabkan umur muda, kambing ni tak hamis lagi. Tak tahu lah betul ke tidak. Tapi unta yang dijual di market pun muda jugak. Diorang panggil apa lah namanya - hanshi ke? rasa macam tak betul aje. Takpelah, nanti ada lah orang tolong bagi tahu tu hehehh.. Daging unta muda ni rasa macam daging lembu lebih kurang (Neeza tak pernah makan tapi terbaca somewhere).


Mungkin juga cara masak kambing yang membuatkan bau hamis tu hilang. Tak tahulah apa diorang letak sebab tak pernah pulak pergi tanya tukang masak tu. Pendek kata, memang lah boleh makan. Cuma.. cuma.. berhati-hati lah bagi yang selalu sangat makan kambing sebab walaupun bau takde, hamis takde, kolestrolnya tetap ada. Tak lari kemana. Itu lah pasal bila banyak makan kambing, kepala pun pening. Tapi kan, arab yang selalu makan kambing tu kenapa tak pening pulak? Ke pening jugak?




Kedua-dua gambar di ambil di sini. Seronok tengok mereka bela kambing :)

Mungkinkah?



Ada orang kata, dia baru beli nangka muda. Plan nak masak nangka muda dengan tulang. Tapi tak pastilah masak apa. Tak pernah pulak Neeza makan nangka muda dengan tulang. Cuba bayangkan - waaahhhh bestnyaa!!! hehehe...


Tapi tak tahu lah lagi jadi ke tak. Mungkin nangka tu dah jadi arwah kot hehe.. Kepada yang mengidam, sabar ya. Kalau tak dapat makan, nanti kita cari lain ya. Kepada yang dalam pantang tu, nangka tak boleh makan la... jangan nak mengada-ngada :P


Tuesday, February 17, 2009

Suka mencari gaduh



Di suatu petang yang hening di satu tempat yang sibuk.

"Eh, nampak kelam kabut aje. Nak ke mana ni Linda?"

"ada hal sikit lah. Sorry ya, tak dapat layan Aishah berborak lah"

"Takpe. Hal apa tu? Boleh Aishah tahu?"

"Alamak! dah pukul 3.45 petang lah. Linda pergi dulu ya"

"Okaylah, eh! Linda, buku awak tertinggal ni!!"

"Takpelah. Esok aje lah ambik. Bye!"

Tiba di tempat yang dituju.

"Assalamualaikum..."

Diam..

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam.. Siapa tu? Ohh.. Linda. Ada apa Linda?"

"Takde makcik. Ni, Linda datang ni ada hal.."

"Hal apa tu Linda? Penting ke? Macam tergesa-gesa aje.."

"Makcik, Linda ni mencari Gaduh. Gaduh ada makcik?"

"Gaduh takde. Dia keluar dengan Gadih tadi. Kenapa Linda cari dia?"

"Saja.. sukeeeeee... Linda memang suke mencari Gaduh"

Hahahahhaah!!!!

Jangan marah ye. Ini lah akibatnya bila tak tahu nak tulis apa tapi tangan ni gatal nak menulis. hehehee..


Semalam, ada orang tu, hampir-hampir mencari gaduh (gaduh betul, bukan orang nama gaduh) - kes telefon tak angkat *wink*. Nasib baik lah yang seorang lagi tu tak berapa suka cari gaduh. Jadi, tak lah jumpa gaduh tu. Positive lawan negative, jadinya neutral!


Moral of the story: Cari lah kerja yang berfaedah seperti sapu sampah ke, kemas rumah ke.. hehee.. (peringatan untuk diri sendiri hehehh..)


Monday, February 16, 2009

Congkak



Baru-baru ni Neeza tengok cerita congkak. Alahai.. dah basi la cerita tu mek weiii.. Tahu la dah basi tapi dah Neeza belum tengok. Jadi, Neeza tengok lah. Memang menyeramkan. Tapi since kami tengok guna screen laptop (movie tu di upload oleh kawan Saudi Abang - camana dia boleh suka tengok cerita melayu pun Neeza tak faham.. musykil sungguh..), seram tu tak lah teruk sangat.


Tapi bukan pasal movie yang Neeza nak cerita. Ini pasal permainan congkak tu sendiri. Masa kecik-kecik (tak habis la cerita masa kecik dia.. eh! suka hati kita lah.. blog kita tau.. hehehe..), Neeza suka main congkak. Tapi masa tu mana ada papan kayu tu lagi. Tak tahu lah dah wujud ke tak tapi yang Neeza tahu, Neeza main congkak dengan korek lubang dalam tanah. Betul tu. Korek lubang dalam tanah. Sepupu-sepupu Neeza lah yang buat lubang-lubang congkak tu. Neeza main saja hehee.. ngelatnya dieeee... ;).




Buah congkak tu, kami guna biji getah. Di kampung masa tu memang banyak pokok getah. Dah ada pokok getah, mestilah ada biji getah kan. Kami akan kutip biji-biji getah yang comel-comel (kecil sizenya) untuk buat buah congkak. Kami kutip lebih biasanya sebab biji getah ni boleh juga guna untuk lawan biji getah sape paling kuat! Caranya ialah, kapitkan dua biji getah (macam sandwich) lepas tu ketuk dengan tapak tangan. Biji getah yang pecah kalah lah dan kira tak kuat lah tu :).


Seronoknya masa kecik. Main congkak dalam tanah takde sape pun marah. Meredah kebuh getah tiada siapa nak kacau. Tapi kalau lah anak-anak Neeza buat semua tu.. haiiit!!!!! masuk rumah cepat!! nak kena rotan keee???


Tak aci betul.. hehee..

Sahabat sejati



zwani.com myspace graphic comments



Sahabat sejati (bukan best friend ya..) ialah seseorang yang:

  1. Ikhlas didalam bersahabat - tiada niat terselindung
    contoh: saya nak buat baik dengan dia sebab saya nak mintak tolong dia untuk mintak tolong kepada bapak sedara dia untuk luluskan pinjaman bank untuk beli Hummer (besarnya nafsu hehee..).

  2. Sanggup menolong dikala susah dan ceria tatkala sahabatnya bergembira
    - tak semestinya kena bagi duit atau jadi superman untuk selesaikan masalah dia - jadi pendengar setia dah cukup. Bila sahabat bergembira, kongsi kegembiraan itu dan bukannya merasa meluat sebab dia gembira sedangkan anda tidak (eleh! suka sangatlah tu dapat save duit gaji dia. Macam lah aku tak boleh. Aku ada juta juta tau dalam bank) - tu dengki namanya weiii..

  3. Tidak ada perasaan syak wasangka terhadap sahabatnya
    - Bila mana sahabat berbicara atau buat sesuatu, ada terdetik didalam hati, kenapalah dia bagi kuih pulut panggang ni ya. Mesti dia nak ngorat laki aku (apa apa perasaan syak yang sewaktu dengannya)

  4. Tiasa perasaan cemburu terhadap apa yang dimiliki oleh sahabatnya
    contoh - oooo.. dia beli tv besar ya. Aku mesti beli yang 20 kali ganda besar dari tu... (20 kali ganda?? itu tv ke gergasi??? hehehe..)

  5. Mengambil tahu mengenai sahabatnya walaupun tidak selalu berhubung terus melalui telefon, email, surat atau telegram hehee..
    - sahabat sejati akan risau jika sesuatu tidak elok berlaku kepada sahabatnya. Jadi, kalau dia tahu sahabatnya sihat walafiat, dia senang hati. Memang sukat untuk tiap2 saat bertanya khabar kan.

  6. Kunjung mengunjung jika ada kesempatan dan kelapangan
    - kadang-kadang, suara tidak menggambarkan keadaan sebenar. Sahabat kita mungkin sakit tapi tiada siapa yang tahu. Bila kita dapat melihat sendiri wajahnya, kita tahu keadaan sebenar.

  7. Tidak menyalahtafsir apa yang diperkatakan sahabatnya
    - lain yang disebut, lain pula yang kita tafsir. Kalau tak faham, elok lah bertanya (kita cakap nak pergi pasar nak beli ikan, dia kata kita cakap kat pasar tu ikan mahal, janganlah beli). Lebih mulia jika kita malu sebab bertanya daripada malu sebab menyalahtafsir apa yang sahabat kita maksudkan.

  8. Tidak menyampaikan perkara yang tidak betul mengenai sahabat kita
    contoh: sahabat kita pergi ke Thailand sebab urusan kerja. Kita cerita pada orang, sahabat kita pergi ke Thailand sebab nak berseronok di Phuket. Betul ke gitu? Kita pulak pandai-pandai jadi pengurus peribadi tak bertauliah sahabat kita...

  9. Sentiasa nasihat-menasihati demi kebaikan bersama
    - manusia tak sempurna. Kita perlukan seseorang untuk mengingatkan kita.

  10. Berkata benar walau ianya pahit - Pujian tak membantu
    - sahabat kita masak tapi tak sedap. Kita cakap, hmmm.. sedapnya hingga menjilat jari. Kalau jual di restoran ni, mesti laku - 2 saat je habis terus. Lebih baik kita diam saja daripada cakap mengarut tak tentu pasal.

  11. Peka dengan perubahan sahabat itu
    - Mungkin ada perkara yang akan membuatkan sahabat kita terasa. Kita perlu peka sebab sangatlah tidak elok membuatkan sahabat kita bersedih. Jadi, kalau boleh cepat-cepatlah mohon maaf dan perbetulkan kesilapan. Tentunya sahabat kita lebih menghargai kesungguhan kita itu. Jangan pula kita berharap, nanti dia fahamlah tu.. no way..!

  12. Elakkan berbincang perkara yang tidak digemari sahabat
    - Ada benda yang memang sahabat tidak suka. Contohnya, dia pro kepada parti harimau. Kita suka sangat bercerita mengenai parti gajah. Siap kutuk lagi tu parti harimau tu garang, hari hari mau.. hehehe.. Tak elok lah macam tu. Lebih baik cari topic lain seperti memancing ikan ke, mencedok berudu di kolam ke ataupun topic main batu seremban.. ;).

  13. Menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh sahabat kita
    - Kita duduk dalam kumpulan dan ada seorang sahabat berbangsa Jepun. Kita bantai guna bahasa melayu dengan banyak sekali sehinggakan sahabat kita rasa kita mengata dia sebab masa kita bercakap tu, kita siap gelak-gelak dan memandang kepadanya. Macam mana kalau kita diperlakukan begitu? Best tak?

  14. Cuba memahami budaya setempat sahabat kita
    - Berasal dari 2 negara yang berbeza tidak menghalang kita daripada menjadi sahabat sejati. Jikalau sahabat kita makan menggunakan sudu garpu, janganlah kita paksa dia makan guna tangan. Nanti bersepah, kita jugak yang geram tengok. Jadi, bagi lah dia sudu garpu. Kalau takde sangat, beli lah. Kita mesti dah plan untuk sahabat kita datang rumah kan.. :)

  15. Fikirkan, kalau kita tak suka orang buat kita macam tu, janganlah kita buat sahabat kita begitu

Itu lah saja rasanya. Neeza tulis ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan di mana-mana sahaja. Bukan senang untuk jadi sahabat sejati. Neeza pun tak terbuat kesemua kriteria tu. Susah tau sebab Neeza juga manusia biasa. Tak lepas daripada kesilapan. Neeza sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari hari ke hari. Kita perlu lah menjadi lebih baik dari semalam. Esok, lebih baik dari hari ini, hendaknya. Insyaallah...



Sunday, February 15, 2009

She was born today, last month


My little Sumeyyah is 1 month old today. Alhamdulillah. Though she was so small when she was born - only 2.54kg, she grows quite well. Nothing much to write (I won't repeat what I've already written in her blog). I just wanna put a few pictures of hers here.









Semoga anak Ummi buat perangai yang baik-baik lepas ni ya :)

Budu klatae :)



Yummy yumm!! sedapnya.. cepat dimasak! sedap dimakan! Sape tak suka angkat tangan... angkat lah tinggi-tinggi pun. Neeza tak kisah.. Neeza suka dan suka sangat kalau makan dengan nasi panas, ikan kembung masak singgang.. ish ish.. napelah hari ni tak masak nasi kan. Kalau tidak, boleh gak makan budu. errr.. sini takde jual budu tapi Neeza bawak dari Malaysia lah. Baru ni pun As bagi sebotol. Thank you As :).


Selain budu, Neeza juga suka cencalok dan tempoyak. Cencalok tak bawak tapi tempoyak ada. Tak meletup ke dalam kapal terbang? Tak lah pulak. Isi dalam bekas bertutup yang pusing-pusing tu. Oh ya, sebelum simpan dalam bekas tu, isi cencalok dalam plastik. Ikat getah. Then baru masukkan dalam bekas tu. Lepas tu Isi bekas tu dalam plastik lain. Insyaallah tak meletup. Tapi tak tahulah kalau ada yang gatal pergi bukak beg tu dah sengaja kasi letup bekas tu.. memang meletup la.. hehehe...


Oh ya.. gambar diatas tu pinjam dari sini.

I wanna know myself better - duhhhh!!!



I've read this in Lieyn's blog. She didn't tag me coz' I think she knew it well that I don't like to be tagged. But for this one, I feel like doing it. I wanna know myself better.. huhh??? Didn't I know myself well enough? Hahahaha!!! Whateva lah Neeza... :P


*******************************************

Here are the rules -
post this list on your blog replacing my answers with yours. Tag 5 people to do the same thing delete that sentence coz' I'm not gonna tag anyone but whoever wants to do it, go ahead - my pleasure.


  1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
    Nor - my mom's Normah, Ra - my Ayah Ramli, the rest is my only name huhuuu.. ;)

  2. 2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
    2 days ago - something really stressful made my tears dropped

  3. 3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
    No! I hate it.. I hate it.. why can't I be like my daughter Coan - she used cursive handwriting :) - dia belajar kat school dia ;)

  4. 4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
    Beef tapi kalau ada pelanduk ke, kancil ke, sure sedap kan hehee..

  5. 5. DO YOU HAVE KID/S?
    4 - 3 girls and 1 boy. Gee.... that many huh??

  6. 6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
    definitely! I have to like myself before anyone else..

  7. 7. DO YOU USE SARCASM?
    sometimes when honesty didn't work

  8. 8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
    I got confused actually between tonsils and tonsillitis. I g00gle for it just now and discover they are 2 different words hehee.. Yes, I do have my tonsils and many times it get affected. So, I always got tonsillitis too :(.

  9. 9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
    errrrr.. frankly speaking, I'd like to try but errrr.. I don't think so!

  10. 10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
    I love 'em all :). Did I mention I love fresh milk too?

  11. 11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
    Do I need to when I don't have any lace on my shoe? hehee..

  12. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
    I eat almost all yang sedap :)

  13. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
    Face of course. How to recognize a human without looking at her/his face?

  14. RED OR PINK?
    RED!

  15. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
    I get angry too easy. How to overcome this?

  16. WHO DO YOU MISS THE MOST?
    My sleeping partner - I hope he's always be here with me so that he could take care of our little Sumeyyah too hehehe..

  17. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
    Nope.. I don't tag anyone remember..

  18. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
    No pants - I'm wearing kain batik. Purple shoes - my bedroom slipper

  19. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
    the cranky portable heater - bising betul laaa..

  20. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
    colorless - so that nobody would see me :D

  21. FAVOURITE SMELLS?
    everything that reminds me of my beloved late grandma - I still have her kain batik but no more of her smells :(.

  22. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
    Abu Sumeyyah - I called him to make sure he arrived at his workplace safely :)

  23. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
    She didn't send this to me but I took it from her. Of course I like her - she's straight, frank, happy go lucky and kind hearted. She helped me a lot in those previous years - offering herself for many occasions of college promotion hehee..

  24. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
    I'm not into sports actually but badminton seems ok to me.

  25. HAIR COLOUR?
    black and grey at a few (1 or 2 pieces) spots hahaha!!!.

  26. EYE COLOUR?
    Dark Brown

  27. DO YOU WEAR CONTACTS?
    Sometimes

  28. FAVOURITE FOOD?
    Nasi Kerabu, all kinds of sayur daun kayu (sayur kampung)

  29. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
    Happy Endings

  30. LAST MOVIE YOU WATCHED?
    Congkak - downloaded by a Saudi sadiqi of my husband

  31. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
    Red - told ya.. red is my color. iye ke??

  32. SUMMER OR WINTER?
    Summer in Saudi, Winter in Bloomington ;)

  33. HUGS OR KISSES?
    Hugs - tells me the honesty..

  34. FAVOURITE DESSERT?
    all.. yes, all!! I like to eat hahahaha!!

  35. MOST LIKELY TO RESPOND?
    Things relates to my family :)

  36. LEAST LIKELY TO RESPOND?
    someone I don't know knock on my door - scary.. I'd tell my kids.. shhhh.. keep quiet..

  37. WHAT BOOK ARE YOU READING?
    At the moment, I don't read anyting but I'd love to read malay novels.. yes, malay novels :)

  38. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
    got no mouse pad now :). Anyone nak bagi? tak payahlah rasanya. Nanti jadi mainan Shahmey aje.. hehehe..

  39. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
    Last night? I didn't watch tv.

  40. FAVOURITE SOUND(S)?
    bunyi pintu rumah dibuka after 3.30pm sebab that means abang dah balik. Yeay!!!! abang boleh basuh berak Summeyah!! hehee..

  41. ROLLING STONES OR BEATLES?
    Rolling Stones - cartoons make me happy :)

  42. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
    States - IUB

  43. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
    I can read mind hahahaha!!! tolonglah jangan percaya..

  44. WHERE WERE YOU BORN?
    Hospital Kuantan

  45. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
    My friends yang nak buat benda ni. Nanti bagi tahu ya so that I could read them :)

Panjang tapi I enjoy doing it sebab I get to know myself better :).

Award gila ???




Orang suka dapat award. Neeza suka jugak. Tapi award ni pelik sikit sebab nama dia yang agak pelik. Lain dari yang lain. Memula tengok nama award ni macam errr.. betul ke tak ni award ni. Tapi, biasalah kan, nama tak melambangkan apa-apa. Ingatan tu yang penting.


Mari kita tengok award yang Mrs Johan bagi pada Neeza. Thanks ya Liza di atas anugerah award blog paling gila ni hehee.. Award akak gila ke? Atau mungkin penulisnya agak gila-gila. Gila-gila takpe jangan gila.. kan Liza kan.. :)


Kalau ikutkan rules, award ni perlu diberi kepada 4 orang lain. Neeza tak tahu nak bagi pada sape. Apa kata Neeza bagi pada warga Jubail dan bakal warga Jubail.. jeng jeng jeng.. Kita lihat siapa yang kena.. taraaaa!!!!

  1. As Roy - zachary-as.blogspot.com

  2. Norma Haswadi - purpleheart-nj.blogspot.com

  3. Mohd Syarill - mysyarill.blogspot.com

  4. Andak Ali - data697.blogspot.com


Tiada paksaan untuk terima award ini. Kalau suka, letak lah kat blog. Kalau tak suka, biar aje ya. No heart feeling nya. No worry.. smile :))

Saturday, February 14, 2009

Mahalnya solution

Adoi! mahalnya solution contact lense. Rasanya, kalau di Malaysia, brand yang sama tetapi bersize 2 kali ganda lebih besar, tak sampai RM20 kot. Di sini.. terkejut badak.. Badak pun terkejut dengar harga solution tu.




Neeza memang tahu harga contact lense di sini mahal (hampir 3 kali ganda atau lebih) jadi Neeza beli siap-siap di Malaysia masa balik bercuti baru-baru ni. Tapi tak sangkalah pulak solutionnya pun mahal jugak. Solution dah habis jadi nak tak nak kena beli jugak. Ada ke patut untuk 120ml harganya SR25! Kalau di Malaysia rasanya tak sampai RM10 kot.


Tak kira, balik Malaysia nanti, nak beli 3 botol solution besar. Hopefully tahan untuk setahun hehehh..


Pasal apa la..

Pasal apa ya
bila kita lemah, orang menindas kita
bila kita tak berdaya, orang burukkan kita
bila kita tak bersuara, orang gunakan kita
dan tak segan silu gunakan kita
serta mengambil kesempatan


Hari ini ialah hari yang agak stress
banyak pilihan
beberapa persoalan
antara dia dan dia


Kita perlu hormati dia
dimasa yang sama, kita perlu akur pada kehendaknya
bukan Nya tau..


penat lah..
bila lah nak habis benda macam ni
mungkin habis bila nyawa ini tiada lagi agaknya...
tapi mungkin juga ia masih berlarutan
tapi sekurang-kurangnya
otak ini tak perlu lagi untuk berfikir
dan menimbang tara
antara dia dan dia..


bantulah hambamu ini Ya Allah..
berilah ketenangan kepadaku
dan orang-orang yang aku sayangi..
Ameen ya rabbal Alamin..


Note: entry ini takde kena mengena dengan sesiapa yang membaca entry ini. hanya saya, dia dan dia sahaja yang faham. don't ask further ya..

Friday, February 13, 2009

Kisah buah kemunting dan akar lalang







Inilah rupa buah kemunting. Neeza mula mengenali buah kemunting semasa Ayah bawa kami sekeluarga pindah ke Kemaman pada tahun 1984. Kawan-kawan sekolah yang kenalkan. Ingatkan tak boleh makan. Bila diorang kata boleh, apa lagi, Neeza pun puaslah mencari. Pantang ada pokok kemunting, mesti Neeza belek pokoknya untuk cari buah yang dah masak.


Buah kemunting kecil aje. Kalau nak puas makan, kenalah simpan banyak-banyak. Lepas tu, duduk dan makan (macam makan kuaci.. kupas dulu banyak-banyak baru makan).


Pada satu petang, Ayah Neeza bawa kami adik beradik mandi manda di Pantai Chendor (masa tu Neeza sekolah rendah lagi). Kami memang suka sesangat bila dapat mandi pantai (tak jemu lagi masa tu sebab baru duduk pantai timur kan...). Lagipun bila sebut Chendor, memang banyak pokok kemunting di pantai tu. Dalam kepala dah terbayang, wah wah!!! boleh lah kutip buah kemunting.


Petang tu, kami mandi manda dengan express. Lepas tu, kami masuk semak pokok kemunting dan mulakan operasi. Sekali, adik Neeza number 4, Fairuz merajuk sebab dia nak makan terus buah kemunting tapi Neeza tak bagi. Dia lari dengan laju menuju ke jalan besar. Alamak haiii.. teruklah Neeza kalau dia betul ke jalan besar. Mesti Ma dan Ayah marah Neeza sebab tak jaga dia. Neeza pun berlari laju jugak tapi dia lagi laju. Dalam hati dah kecut. Dalam pada tu, Neeza jerit dan pujuk dia. Nasib baik dia makan pujuk. Slow dah dia jalan. Terus Neeza tangkap tangan dia dan bawak balik ke tempat kami duduk tu. Tu je lah ceritanya. Tak tahu lah adik Neeza di KKB tu ingat ke tak cerita ni. Rasanya dia lupa sebab bukan dia yang kejar Fairuz tu.. Lagipun dia sakan dok mengutip buah kemunting hehehh..



Ini pulak pokok lalang. Memang pokok ni menyemakkan rumah tapi akarnya sangatlah sedap rasanya - manis macam tebu. Neeza tak tahu dari mana Neeza dapat idea yang akar lalang ni manis. Tapi, masa kecil dulu (sebelum darjah 2), kalau jumpa pokok lalang, Neeza akan cabut akarnya, bersihkan dan gigit macam gigit tebu. Manis rasanya. Tadi Neeza g00gle, rupanya akar lalang ni banyak khasiat tapi Neeza tak lah pulak baca hehee.. Sape nak tahu, silalah g00gle ya :).


Pelikkan Neeza ni.. semuanya Neeza bedal. Sampaikan akar lalang pun Neeza gigit dan telan airnya. Eh! bukan Neeza aje tau. Adik-adik Neeza pun sama. Jadi, tak heranlah kalau kecil-kecil kami suka sangat main berudu (anak katak!) hehehee.. Kalau sekarang, iyyeeeee... gelinyeeeee.... ;)


Best friend


Ada orang dengan bangganya memberitahu,

"si polan si polan ialah best friend saya".

Bagi diri Neeza pula, dengan bangganya memberitahu,

"Neeza tak ada best friend.."

Bukanlah bermakna Neeza ni antisosial tapi Neeza ada sebab tersendiri yang menyebabkan Neeza merasakan best friend tak perlu. Tetapi, Neeza ada ramai kawan-kawan baik (ada ke kawan tak baik ya?). Boleh dikatakan semua kawan Neeza Neeza anggap kawan baik. Ada juga kawan rapat, tempat Neeza share sebarang pendapat, masalah dan mohon pandangan. Cuma mereka belumlah sampai ke tahap best friend. Tapi Neeza hargai mereka dan hormati mereka.


Masa Neeza sekolah menengah, Neeza telah melukakan hati (tak sengaja) seorang kawan yang menganggap Neeza ni best friend dia. Neeza rasa terkilan dan sedih sangat sebab langsung Neeza tak sangka yang dia sebenarnya cemburu. Bila Neeza keluar dengan rakan lain, dia kata Neeza sudah tak pedulikan dia lagi. Padahal, bagi Neeza masa tu berkawan tiada batasnya. Neeza suka untuk keluar dengan siapa sahaja yang Neeza suka. Walau bagaimanapun, bila incident tu jadi, Neeza sedih sebab kawan Neeza tu dah jauhkan diri dari Neeza. Bila kami jumpa selepas pada tu, kami dah tak semesra dulu. Tapi Neeza rasa, mungkin dia pun dah lupakan kisah tu sekarang. Cumanya, Neeza tak tahu dimana dia. Dengar khabar dia dah bertugas sebagai guru di pantai timur dan mendapat jodoh orang Kelantan. Semoga Neeza ditemukan dengan dia satu hari.


Sebab tu lah Neeza tak nak terikat dengan sesiapa. Bila kita declare seseorang as our best friend, Neeza rasa macam ada satu commitment yang perlu diberi. Rasanya, commitment Neeza terhadap benda lain dah cukup banyak. Masa belajar dulu, Neeza perlu tumpukan perhatian pada pelajaran. Macam sekarang, Neeza ada suami dan anak-anak untuk diberi perhatian.


Rasanya, cukuplah Abang sebagai bestfriend Neeza. Pada dia lah tempat mengadu hal dan mintak duit suka dan duka.





Thursday, February 12, 2009

Bila tiba saat itu



Semalam, Neeza pening kepala. Neeza mintak Abang tolong picit. Semasa abang picit tu, Neeza teringat satu cerita yang berlaku lebih kurang 13 tahun yang lepas di tempat Neeza belajar.


Ada sorang kakak ni datang ke US bersama-sama husband dan anak bongsu dia. Kalau tak silap dia tu pensyarah UM dan datang ke US untuk buat sabbatical. Dia selalu mengadu pada husband yang dia sakit kepala. Pada malam kejadian, dia mintak husband dia picit kepala. Lepas tu, dia meninggal dunia di atas riba suami. Tetapi, suami arwah kakak tu seolah-olah tak boleh terima kematian dia. Jadi, dia biar aje wife dia sampai lah pagi. Pagi tu, baru lah dia call hospital bagi tahu wife dia tak sedarkan diri. Bila bawa hospital, memang doctor sahkan wife dia dah lama pun meninggal dunia. Wife dia mengidap Brain Haemorrhage (pendarahan dalam otak) rupanya.


Sedih kan. Bila ingat cerita tu, Neeza terfikir.. kalau lah Neeza di tempat arwah kakak tu, agak-agaknya dapat tak Abang terima kenyataan tu. Dan Neeza juga terfikir, kalau Neeza ditempat suami arwah kakak tu, boleh ke Neeza terima kenyataan tersebut.


Memang sebak dada bila memikirkan saat kehilangan seseorang yang kita sayang. Apa lagi orang tu ialah orang yang sangat rapat dengan kita dan selalu kita jumpa dia siang dan malam. Bila mana dia pergi dengan tiba-tiba, memang sukar untuk diterima. Tapi, kita perlu juga hadapinya. Neeza tak pasti sekuat mana untuk Neeza terima kenyataan macam tu. Dah banyak kali Neeza tengok rakan-rakan tempat kerja kehilangan orang tersayang. Paling hebat pun, Neeza boleh cakap, sabarlah. Memanglah, semua orang boleh bersabar. Nak buat macam mana kan. Keluar air mata darah sekalipun, yang mati takkan hidup kembali melainkan dengan kuasa Allah.


Untuk tidak rasa sedih, Neeza selalu mintak, kalaulah perlu, biarlah Neeza dulu yang pergi meninggalkan orang-orang tersayang dan bukan sebaliknya. Tak sanggup rasanya lihat orang tersayang pergi. Tapi, sanggup ke orang tersayang lihat kita pergi? Entahlah kan.. bila tiba saat itu, barulah kita tahu..


Wednesday, February 11, 2009

what makes me a happy mommy?



Every morning, there are always things need to be settled. As soon as I wake up, my mind will list down everything that need to be accomplished before noon comes. Let see the list in my computer brain:


  1. Husband need to have his coffee done (either myself or himself - alamak! kantoi..)

  2. My kids require their lunch box ready and need breakfast before going to school (should I mention who will prepare the lunch box - naaahhhh!! nanti kantoi lagi hehee..)

  3. The girls (my kids of course) are ready to go to the school - hair nicely comb and tight, school bag ready and salam both Abah and Ummi

  4. My little hero - Shahmey is taken care of - mandi, makan and tidur balik (morning nap)

  5. My baby - Sumeyyah needs to be changed her diaper, mandi ala kadar (still small kan), letak minyak yuyi to prevent kembung perut, breastfeed and let her sleep again.

  6. Myself - mandi (of course.. walaupun lambat sikit hehee..), breakfast (otherwise no energy to breastfeed and blogging jaga baby)

  7. menu for lunch and dinner (masak for the whole day senang) - yang ni penat sekali nak fikir. Selalu kena call di sana tu tanya, "nak masak apa ye hari ni". Kadang-kadang dia cakap, beli aje lah.. hoorayy!!!! tapiiii... the kids will be back dengan perut lapar.. still kena masak.. penat nya nak fikir kan..

That's it. The computer brain will shut down. From noon till night, nanti lah turn on semula... :)


Air masak




Air masak pun boleh jadi entry? Ish ish ish... macam dah takde modal je che' mek Ja ni yek. Sebenarnya Neeza nak tulis yang Neeza suka minum air masak - air yang disejukkan pada suhu bilik (27 Celcius) setelah dimasak melebihi suhu 100 Celcius - menggelegak lah tu.


Di rumah kami, memang selalu beli drinking water dalam botol besar and tuang guna dispenser (air paip di rumah kami ni rasa tak sedap). Walaupun dah ada drinking water, Neeza purposely masak air untuk dijadikan air masak atau air suam. Air tu Neeza letak dalam botol kosong. Bila nak minum, tuang aje dalam cawan. Bagi Neeza, lain rasa air yang belum dimasak dengan air yang dah dimasak (atau mungkin psychology saja?)


Doctor kata, kita perlu minum 8 gelas air sehari - berapa liter yek? Dulu, susah betul Neeza nak minum 8 gelas sehari. Rasa kembung aje bila nak minum air. Tapi sekarang senang sungguh dapat minum air banyak. Dengan senang 2 - 3 liter sehari Neeza boleh minum. Kenapa? Sebab, Neeza breastfeed dengan kerap. Badan Neeza jadi kering kontang. Perlulah Neeza gantikan semula air tu...


Minumlah air banyak ya kawan-kawan hehehe...

Tuesday, February 10, 2009

Kuih Dangai





"Abang tahu tak Kuih Dangai?"

"Tahu!"

"Macam mana rupa dia?"

"Tahu tak Danga Bay?"

"Tahu.. abis tu kuih Dangai tu macam mana?"

"Macam bentuk bay tu la" (sambil tunjuk bentuk - dalam hati Neeza, hmmm.. macam serupa yang dalam gambar tu)

(Senyap dan berfikir sekejap) "Dia dibuat daripada apa bang?"

"Dari tepung gomak!"

"tahu ke tak tahu ni?"

"Hehehee..."

"Cait!!"


Bila dia sebut tepung gomak aje, memang sah lah tak tahu sebab tengok kat resepi, Kuih Dangai guna tepung pulut dan kelapa.


Kisahnya, semalam Neeza baca di blog CkLah yang dia beli kuih Dangai di pasar. First time dengar sebenarnya. Lepas tu baca di blog Abang Long, ada jugak dia sebut kuih Dangai. Ish.. tak boleh jadi, kata Neeza dalam hati. Terus g00gle gambar kuih Dangai. Rasanya memang tak pernah tengok tapi bila tengok resepi, macam pernah makan.


Masa kecik-kecik dulu, makcik Neeza ada buka kedai kopi di Ketereh. Pagi-pagi dia buat banyak kuih-muih. Salah satunya ialah kuih yang ada kelapa dan dibakar dalam acuan atas bara api. Sebijik macam kuih Dangai. Cuma acuan makcik neeza tu macam acuan kuih akok atau baulu kemboja. Neeza suka kuih makcik buat tapi masa tu lupa pulak nak tanya nama. Makcik Neeza orang Kelantan. Kuih Dangai tu katanya asal dari Utara. Betul ke sama? Ke lain?


Bila tengok resepi semalam, rasa macam nak buat tapi malas. Lepas tu mulalah dok teringat. Adoiii.. betul la.. 'curiosity kills a cat' tapi bagi neeza.. curiosity kills my sleep! tak boleh nak tidur bila teringat kuih tu. Nak buat tapi malas.. hehee.. banyaknya malas. Lagi pun kat sini takde kelapa fresh. Kot nanti tak sedap pulak kalau guna shredded coconut frozen yang jual kat grocery store tu.


Lagu mano nih adek weii??

Monday, February 9, 2009

King @ Queen


When I packed my stuff to be cargoed to Saudi more than a year ago, I made sure I didn't forget things like dishes, house apparels macam curtain, bed spreads and sebagainya. Lesung batu pun tak tinggal.. Lucky me sebab lesung batu kat sini sangatlah tak user friendly. Ada tu yang kecik sesangat. Ada tu besar tapi tak convenient pun. Material dia tak sama dengan yang jual kat Malaysia.


Mr Hubby kept telling me, tak payah bawak banyak-banyak barang but the stubborn me, keep on putting segala macam dalam kotak tu. Bukan apa, sayang duit sebenarnya nak beli lain. Dah ada kan, sumbat aje lah. Tapi Abang didn't think the way I think (not 100%). Abang tak suka banyak-banyak barang sebab nanti at the end, tak guna pun. Buat penat bawak aje. Tapi, Neeza fikir, nanti mesti nak guna. So, bawak aje lah. Biasalah kan, perempuan ni fikir for 10-20 years ahead hehehe..


Abang told me that he bought a king size bed (2nd hand aje pun). Neeza pun purposely pergi lah beli king size bed spread kat kedai anak lelaki pakcik Park (Parkson hehehe). Happy lah konon dapat guna bedspread baru :).


Bila sampai sini, I was so upset that semua (2 je sebenarnya hehee) bedspread tak muat. Tapi dimuatkan jugak sampai koyak jahitan tepi dia (macam sarung nangka jadinya) kesian betul hehe.. Rupanya king size banyak jenis king. Kena tengok measurement. Tak lah pulak Neeza tahu all these while. Adik Neeza bagi bedspread masa nak datang hari tu pun tak buka pun lagi. Dia bagi Queen - lagi lah tak muatnya..


When we bought a queen size bed untuk anak-anak dara, barulah boleh guna king size bedspread yang beli di Malaysia tu. Tapi still bedspread Bada bagi, tak boleh pakai jugak la dik.. mungkin kena tunggu balik Malaysia lah kot hehehehh..


Moral of the story - listen to your husband to save your neck hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin