Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, August 31, 2009

Pantasnya masa berlalu


Hari ni dah pun 10 Ramadhan. Sekejap aje rasa. Sebelum masuk bulan puasa hari tu, ada jugak terdetik hati 'jahat' ni, alamak! puasa dah nak dekat.. Macam mana lah nanti. Neeza ni breastfeed 2 anak. Tahan ke nanti? Pasti melepek lah jawabnya. Kalau tak terjaga sahur lagilah parah. Takutnya la... Bisikan syaitan memang lah kuat.

Alhamdulillah, apa yang hati 'jahat' tu fikir, belum lagi kesampaian. Memang lah letih sikit tapi under control. Cuma semalam, sebab leka tengok tv, terlupa nak habiskan air masak. Biasanya Neeza minum banyak air masak waktu sahur (biar segah badan). Pagi-pagi semalam dah terasa, aduh!! hausnya.. larat ke nak teruskan puasa ni. Nafsu nakal kata, batal puasa je lah.. sian kat anak-anak tu. Nafsu baik kata, puasa je lah. Sayang puasa tu. Awak tu bukannya budak kecil lagi. Alhamdulillah, bertahan jugak sampai berbuka.. hahaha!! macam budak kecik pulak bunyinya..

Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan lah bulan yang paling tenang, especially di Jubail ni. Kalau keluar pagi-pagi, jalan raya sangat tenang. Ramai yang tidur lepas Subuh. Ramai juga yang ambik cuti sebulan atas alasan nak beribadah walaupun pada hakikatnya ibadah yang dibuat hanyalah bersantai di atas katil ;).

Kalau di bulan Ramadhan, apa saja yang kita nak buat mesti teringat, eh! aku puasa ni. Tak boleh cakap benda tak elok. Tak boleh marah-marah. Tak boleh bazir masa dengan benda-benda tak berfaedah. Kalau bulan tak puasa, tak lah pulak terfikir macam tu walaupun sepatutnya kita kena berbuat baik setiap saat tak kira bulan kan. Jadi, itulah hikmahnya bulan Ramadhan. Eh! macam bagi tazkirah lah pulak. Tak kisahlah tu..

Okaylah, hari ni tiada lagi gambar food. Malam ni, tuan besar berbuka di luar. Tapi Assistant Tuan besar ada. Anak tuan besar pun ada yang puasa. Nak masak apa lah hari ni ya?

20 comments:

v said...

Memang bulan Ramadhan sentiasa dinanti2kan. 1 Syawal pun gitu gak. Hiks

nj said...

neeza...
bestnyer bos dapat berbuka kat luar...maam tak leh ikut kerr?? Semoga dapat terus ibadah puasa dengan jayanya...next time...minum air bebanyak tau...

maklang said...

woo..berat tu ye...menyusu sekali 2 anak...memang letih. Tapi syukurlah Neeza kuat :)

cheryna zamrinor said...

sha mmg tgh beringat nieh kak neeza...bulan pose takleh gedik...hihihi...waa...iron lady la kak neeza nieh...leh ctrl lagi walaupon breastfeeding...cayaklah...

nurie said...

Sabo byk2 ye kak...minum byk air & jangan makan yg masin2 takut tekak kering esoknya. Semoga akak tabah hadapi ujian bulan Ramadhan kali ni.

nurie said...
This comment has been removed by the author.
:: Leeza Joe :: said...

oo ye ke...kat ner la tu erk...hheheeh...sabor yerr..besar pahala tu..menyusukan 2 org anak dlm keadaan berpuasa...;)

zino said...

macam dugaan datang di bulan puasa ni.. bulan ujian..

chekgu Bani Hassim said...

sane cuaca camne kak??
erm...
tahun lepas mcm galak sket kan buat gath skali ngan iftar kan kak??
tahun ni camne??

Nurul Nadiah said...

nadia tak reti komen pasal breastfeeding tu. sebab nadia takde pon. eh. bukan xde. adoii. xpela. xreti nak komen, hehe

cuma nak pesan kat akak lenkali jangan ralit, minom ayaq sampai abes naa. huhu.

betol cakap akak, dalam bulan ramadhan ni apa kita nak buat semua macam berjaga2. Mcm nadia ni. Talipon pon puasa jugak. huhu Alangkah indahnya kalau bukan bulan biasa pon dapat buat mcm ni kan (tengah ingatkan diri sendiri ni) huhu.

akak jaga diri
jaga kesihatan
pelok cium utk all da kids yg comel tu..

love u sis!

wassalam =)

Neeza Shahril said...

Lili,

1 syawal kat sini tak dinantikan sangat sebab ramai yang tak balik kampung...

***********************************

Norma,

takleh.. untuk staff aje.. tu lah, bila minum banyak, kerap pulak nak ke toilet hehe..

***********************************

Maklang,

Alhamdulillah, masih boleh bertahan.. cuma kesian kat sikecik macam tak cukup susu je..

***********************************

Sha,

nak tinggal puasa sayang Sha.. lagipun kena jadi contoh pada anak2 kan.. ;)

***********************************

Nurie,

InsyaAllah, akak bertahan dik.. semoga Allah sentiasa mengasihani akak.. Ameen..

***********************************

Leez,

mana lagi kalau bukan beach camp tu hehee..

***********************************

Zino,

ujian dalam pelbagai bentuk kan..

***********************************

Chekgu,

tahun lepas ada ke gathering iftar? tak ingat pulak akak.. yang akak ingat, menu meja buruk akak tu je hehee..

***********************************

Nadia,

bulan puasa macam bulan peringatan kan.. bagus kan kalau macam ni selalu..
tapi karang ada yang tak sanggup pulak hehee.. tak lah dia jadi special pulak kan.. sebab tu ianya datang sebulan setahun kan..

Kak Elle said...

neeza mmg cepat masa berlalu kan?diam tak diam dah masuk minggu kedua berpuasa.

Tepi Sungai Batu said...

Ooooooo...bestnya cuti sebulan dalam bulan puasa. Di Malaysia ni tak pernah dengar pulak.
Selamat berpuasa.

Ummi365 said...

wow syahmi masih menyusu badan ke? tabik spring lah kat neeza.

Anonymous said...

dah ok dah internet neeza ya...
bestnya boleh breastfeed 2 org..
camna nak bykkan susu yek...
:)

Mulan said...

at times, kalau takde big boss makan kat rumah, terasa sunyi tapi ada kala terasa senang sebab boleh masak cincai.. he he..

Tabib Haji Norjae said...

Salam persaudaraan. Singgah sebentar. Apakhabar Tuan rumah ?

Anonymous said...

salam ramadhan akak neeza itteww

maza said...

salam ramadan neeza..

huhuhu

skrg ni kena banyak bersabar kanzzz?

kuIna said...

bulan ramadhan jgk memerlukn kita byk2 bersabar...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin