InsyaAllah, tinggal 2 hari lagi, kami akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami didalam menjalankan ibadah ini. Semoga Allah memelihara anak-anak kami yang ditinggalkan di Jubail bersama sahabat-sahabat kami yang berhati mulia. Terima kasih sahabat. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian setimpalnya.
Kepada rakan-rakan blog yang membaca blog Neeza (tak kiralah pembaca tegar atau tak tegar), Neeza mohon maaf atas segala kesalahan sekiranya ada. Tak kiralah kesalahan besar ataupun kecil. Neeza tahu, mungkin ada yang kecil hati sebab Neeza tak jenguk pun blog mereka. Masa Neeza sekarang sangat kurang. Neeza tak boleh duduk lama depan laptop untuk membaca entry-entry menarik tu. InsyaAllah, kalau keadaan mengizinkan, Neeza akan jenguk lama blog kawan-kawan nanti. Halalkanlah juga makan minum sekiranya ada.
Neeza bukan maksum. Neeza banyak berbuat kesalahan. Maafkanlah Neeza dengan hati yang tulus ya.
Neeza ada belajar, ada satu golongan yang akan 'bankcrupt' apabila tiba di akhirat esok. Mereka ialah golongan yang banyak amalannya kepada Allah tetapi tidak menjaga hubungannya sesama manusia. Mereka mungkin ada menyakitkan hati sesama manusia lain, mengata dan mengutuk atau mungkin juga berhutang dengan mereka. Jadi, pahala-pahala amalan mereka akan diberikan kepada manusia lain berkenaan. Neeza tak nak termasuk dalam golongan itu.
Perjalanan haji satu perjalanan yang berat. Kita tak tahu apa akan terjadi kepada kita. Sebelum Allah 'menjemput' Neeza secara rasmi, Neeza seboleh-bolehnya ingin menjernihkan semua kekeruhan sesama manusia sekirannya ada. Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan lah Neeza ya kawan-kawan.
Doakanlah perjalanan Neeza, suami neeza dan kawan-kawan Neeza yang lain dari sini dan juga semua jemaah haji dari mana juga tahun ni lancar dan selamat. Doakanlah kami beroleh haji mabrur. Ameen....
Labbaikallahummalabbaik!!!