Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, November 3, 2009

Ya Allah, lindungilah dan kasihilah dia selalu...


Hari ni umur Ma genap 58 tahun. Tapi itu tak lah penting sangat. Apa lah ada pada umur. Yang penting ialah macam mana kita menggunakan umur tersebut. Tapi bagi kami semua, hari ni ialah hari istimewa sebab tanpa Ma, tiadalah kami semua. Memang 3 November menjadi tarikh yang selalu kami ingati. Walaupun anak sulung Ma ni berada jauh dimata, di hati Ja Ma selalu bertahta.

Doa Ja untuk Ma, semoga Allah berkati hidup Ma selalu. Semoga Ma sentiasa bahagia dan semoga Allah jauhkan duka walaupun sedikit untuk Ma. Ya Allah, panjanglah umur Ma supaya Ma dapat menyiapkan diri dengan lebih sempurna untuk hidup yang lebih bahagia disana. Ameen....

Kami semua sayang Ma....



Ja letak gambar Ma pegang Ja masa kecil sebab Ja nak Ma selalu rasa muda sebab Ma memang sentiasa muda dihati Ja. Dan Ja pun nak selalu rasa macam your little baby girl yang selalu dimanja ;).



11 comments:

cheryna zamrinor said...

teringat gambo sha ngan ibu bila tgk gambo ma kak neeza.

happy buffday ma (sorry...sha panggil dia ma jugak!)

semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.

Terima kasih kerana melahirkan insan sebaik kak neeza di kalangan kami:)

maza said...

huhuhu

entry ini menyentap sentap maza woo. huhuhu

mak maza tahun ini dah 60 thn..

zura aini said...

moga mak neeza dilindungiNya sentiasa sebagaimana DIA melindungi ibu saya. Semoga mak2 kita dirahmati selalu.

l i e y n said...

selamat hari lahir kepada ma kak neeza....semoga sentiasa dirahmati Allah

silversarina said...

Kejap je masa berlalu, baru je rasa birthday mak neeza yang ke 57, dah setahun berlalu .

Happy birthday !!

Bila lapang nanti akak memang nak ziarah dia InsyaAllah.

Zahraa George said...

Happy Birthday to "Ma kak Ja"
Moga diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi kasih sayang dari anak-anak..

Birthday mak akak dekat2 jer ngan besday akak kan..

Tepi Sungai Batu said...

Semoga Mak Neeza sihat dan berbahagia selalu.

Anonymous said...

sweetnyerrr..

tulipurple said...

semoga Ma sis sentiasa dirahmatiNya....pandai sis posing ek,sooo cute..ihiks'

nurie said...

bergenang air mata saya bila baca n3 ni...happy birthday untuk ma kak neeza dan semoga usianya terus diberkati & dilimpahi rahmat & nikmati...apalagi bila punya anak seperti kak neeza ni...

Abang Long said...

To the little baby girl yang selalu dimanja ;).

AMIN. AMIN. AMIN

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin