Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, December 27, 2009

Knowledge is to be shared :)


Dah dekat hujung tahun rupanya. Semenjak jadi SAHM ni, Neeza dah tak berapa nak ingat haribulan. Kalau nak tahu jugak, kena belek calendar. Itu pun kena check date-date lain yang berkaitan. Dalam kelas pun, ustazah takde sibuk nak tulis kat whiteboard date for the day. Tak penting kot.

Bila dah masuk tahun baru, Neeza mesti teringat experience masa sekolah-sekolah dulu. Selalu aje tersasul bila tulis haribulan di buku, tahunnya mesti tulis tahun yang dah berlalu. Maklumlah, tak biasa. Bila tulis tahun yang baru, rasa excited semacam. Itu dulu lah. Sekarang ni dah tak seexcited mana sebab umur pun dah banyak. Bertambahnya tahun bermakna bertambah lah umur. Maknanya makin kurang lah masa Neeza di sini....

Neeza nak recap tentang entry yang lepas. Ada yang kata isu sensitif. Betul lah kan. Bila bab agama, ramai orang rasa ianya sensitif. Tapi biar aje lah. Apa yang kita tahu kita perlu share bagi orang lain tahu sama. Daripada apa yang Neeza belajar, jika seseorang ulamak mengeluarkan sesuatu fatwa kerana Allah (bukan atas kepentingan peribadi), mereka tergolong didalam 2 golongan. Sekiranya fatwa itu betul, mereka akan dapat 2 pahala. Sekiranya tidak, mereka cuma dapat 1. Maknanya, mereka tidak berdosa. Walau bagaimanapun, syaratnya, mereka perlu lah bersandarkan hadith dan Al Quran. Kalau buat fatwa ikut suka hati berdasar keadaan semasa semata, tak diterima lah tu. Wallahu'alam...

Selesai cerita tu. Kita sambung cerita lain. Hari ini ialah 10 Muharram iaitu Hari Asyura. Ada benda yang Neeza nak kongsi. Anyways, Neeza dapat ni pun daripada seorang sahabat yang sudi berkongsi. Terima kasih Madina :)



THE MOST VIRTUOUS DAY OF THIS MONTH

The most virtuous day of this month is the day of Ashoorah - the tenth of Muharram. It is reported in Saheeh al-Bukharee, when Allah's Messenger (sallallahu alaihi wa-sallam) came to Madeenah, he saw the Jews fasting on the day of Ashoorah. He said: 'What is this?' They said: 'This is the day when Allah saved Moosa from drowning, so we fast on this day.' Then he said: “We have more right to Moosa than you.” So he (sallallahu alaihi wa-sallam) fasted on this day and advised the Muslims to do the same.

Also, Ibn Abbas (radhi allahu anhu) narrated: “When Allah's Messenger (sallallahu alaihi wa-sallam) observed the fast of the day of Ashoorah and ordered (the Sahabah) to fast, they said: “O Messenger of Allah! It is a day revered by Jews and Christians.” Allah's Messenger (sallallahu alaihi wa-sallam) said: “The coming year, if Allah wills, we will fast on the ninth (also).” [Saheeh Muslim, vol: 1, p: 359]

Ibn Abbas (radhi allahu anhu) also reported: “I never saw the Prophet more keen to fast on any day other than the day of Ashoorah and any month than the month of Ramadan.” [Saheeh al-Bukharee]

The phrase 'more keen' of Ibn Abbas (radhi allahu anhu) indicates that the Prophet (sallallahu alaihi wa-sallam) looked forward to fast on the day of Ashoorah in order to earn the reward for doing so, he Prophet (sallallahu alaihi wa-sallam): “Fasting the day of Ashoorah, I hope will be an expiation of sins for the year before.” [Saheeh Muslim v: 1, p: 368]

Thus, the day of Ashoorah is mercy from Allah and an opportunity for one to get his sins forgiven. It is recommended for the Muslim Ummah to fast both the tenth and the ninth of Muharram since Allah's Messenger (sallallahu alaihi wa-sallam) fasted the tenth and intended to fast the ninth.



Sama-samalah kita mendapatkan keberkatan daripada hari yang mulia ini. InsyaAllah....

Friday, December 18, 2009

Jauhilah bidaah..

Sebelum Neeza meneruskan wordings seterusnya, perlu Neeza ingatkan bahawa isu ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Kalau nak baca, baca. Kalau tak nak baca, takpe. Tujuan Neeza menulis adalah untuk melaksanakan tanggungjawab seorang muslim terhadap saudara muslimnya yang lain. Takut juga diakhirat esok, Neeza dipersoalkan diatas perkara yang Neeza tahu tapi tidak disampaikan pada orang lain. Semoga Allah memelihara setiap perkataan yang Neeza akan tuliskan nanti. InsyaAllah...

Ramai yang tahu dan sedar bahawa hari ni dah masuk 2 Muharram. Semalam ialah 1 Muharram. Betul, semua orang tahu 1 Muharram menandakan masuknya bulan hijrah yang baru. Bila sebut hijrah, ramai yang tahu penghijrahan Nabi s.a.w dari kota mekah ke kota madinah dan ketika itulah tahun hijrah bermula.

Persoalannya, adakah disyariatkan untuk kita menyambutnya? Nabi pernah sambut tahun baru hijrah ke? Kalau Nabi pernah, pasti ada hadith atau sirah yang menceritakan tentang sambutan itu. Sekarang (mungkin agak lama dah kot) ada pulak doa awal tahun, doa akhir tahun. Siapa yang memulakan doa ni? Nabi s.a.w ke? Kalau nak berdoa, kenapa kena awal dan akhir tahun sahaja? Kita mintak ampun 2 kali dalam setahun sajakah?

Sebagai muslim, asas ibadah kita berpandukan Al Quran dan Sunnah. Sekiranya sesuatu amalan yang kita buat tiada didalam Al Quran dan Sunnah, ianya dianggap ciptaan baru didalam agama/ibadah. Ciptaan baru ini juga disebut sebagai bidaah. Setiap amalan bidaah yang kita lakukan tanpa mengetahui ianya bukan dari Al Quran dan Sunnah, adalah tertolak. Kalau kita tahu ianya bukan dari Al Quran dan Sunnah tapi kita masih menganggapnya sebagai ibadah, maka kita dianggap berdosa dan setiap dosa bersamaan dengan api neraka. Nauzubillah.

Agama kita dah complete. Kalau tak ada didalam Al Quran dan sunnah, maka ianya bukanlah ibadah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Pada hari ini telah kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah ku ridhoi islam sebagai agamamu.”
( Al-Maidah: 3)

Dibawah ini, Neeza sertakan beberapa lagi hadith dan ayat Al Quran tentang bahayanya bidaah. Semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t daripada api neraka. Ameen...

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”
[H.R. Muslim]


Dari Aisyah ra. berkata: Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak.”
[H.R. Bukhari]


“Dan barangsiapa yang menyalahi Rasul itu sesudah jelas dan nyata baginya petunjuk dan mengikut orang-orang yang bukan jalan orang-orang yang beriman, nescaya Kami akan palingkan dia ke mana dia berpaling dan akan kami panggang dia di neraka Jahanam, padahal neraka itu sejelek-jelek tempat kembali.”
[An-Nisa’:115]


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian mendahului Allah dan Rasul-Nya dan takutlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Mendengar lagi Mengetahui.”
[Al-Hujurat:1]

Friday, December 11, 2009

No 'magic'... sorry!


I can't sleep. I slept quite late last night and woke up almost every hour. I guess it was the maxwell house. Usually, I was okay after drinking even a few cups of coffee but not this time. The age may be. What I could take in the past is no longer could. The food too. I have to be more careful in choosing what to eat, which I think I've been neglecting them still ;). That's not what I want to write about. At least, not in this entry.

What is magic? To me, magic is miracle. It would also mean something weird or unlikely to happen in a normal circumstances. Benda pelik-pelik yang tak biasa berlaku is magic.

In the past... dulu... and I think now is still the same kot.. heheh... I loooovvveeee to hear / listen / read about magic stories of people yang baru balik dari Mekah, haji lah especially. Cerita macam, 'tengah duduk kat depan kaabah, tetiba ada sorang pakcik tua tegur.. lepas tu dia hilang..' seronok sangat Neeza dengar. Memang ditunggu-tunggu cerita macam tu.. :).

Same thing bila Neeza balik dari Mekah baru ni. Ada yang tertunggu-tunggu cerita magic tu. Neeza pun puas fikir. Ada ke takde. Macam takde. Jadi, sorry lah to anyone yang expect cerita-cerita ajaib tu sebab I've got no story. Mungkin other friends ada.

Kalau kita takde cerita magic, apa maknanya? Entahlah! Neeza pun tak tahu apa maknanya... Anyway, perlu ke ada cerita magic setiap kali orang balik dari Mekah? Kalau ada cerita best memang lah seronok. Macam ada sorang kawan Neeza dulu. Dia cerita husband dia kesejukan. Selepas solat, ada somebody bagi sejadah kat dia and sejadah tu betul2 macam shawl. Lebih kuranglah kot cerita tu. Neeza pun dah lupa banyak. Tu kalau magic yang best lah. Yang tak bestnya macam-macam jugak. Contohnya, sampai saja di Mekah, orang tu tak dapat tunaikan ibadah sebab dapat sakit mengejut yang tak disangka-sangka.

People like to 'give' interpretation pada magic stories ni. Pada yang sakit tu, mereka kata, "banyak sangat dosa lah tu.. sebab tu sakit dan tak dapat buat ibadah". Ada pula yang berkata, "nampak sangat ibadah tak diterima..". Bagi yang ada cerita menarik pulak, orang akan kata, "bertuah dia kan... Allah sayang dia tu..". Yang last tu Neeza suka dan memang sepatutnya kita cakap macam tu. Bagi statement 1st and 2nd tu, kalau boleh elakkanlah. Ini nasihat untuk diri sendiri tau. Jangan lah pulak ada yang terasa sebab ianya tak ditujukan kepada sesiapapun kecuali diri ini sendiri.

Anything happen to us, hanya Allah yang tahu sebab dan akibatnya. No one except him. Bagi yang mengata ni, mereka tak menambahkan dosa ataupun pahala sikitpun pada yang di kata. Errr.. mungkin mereka menambahkan pahala lah kot sebab setiap kali kita mengata orang, pahala kita akan dibagi pada orang yang dikata. Seronoknya kan :).

Perjalanan haji yang smooth dan tiada masalah besar tidak juga bermakna haji seseorang itu mabrur. Mabrur atau tidak, Allah yang tentukan. Kita hanya mampu berdoa kepada Allah agar haji kita mabrur. The final say is still on Him.

Kenapa Neeza tulis semua ni? Sebab Neeza teringat masa dulu, Neeza takut untuk menunaikan rukun Islam kelima ni sebab takut akan dapat 'balasan cash' dari Allah di tanah suci. Ada orang kata, 'biarlah buat dosa puas-puas dulu... dah tua esok baru bertaubat. Baru pergi haji'. Memang ada. Tapi, berapa ramai yang kita tengok mati pada usia muda? Kalau kita baca news, rasanya lebih ramai yang meninggal di usia muda daripada di usia tua.

Kalau niat kita ikhlas, mohonlah doa kepada Allah, agar dipermudahkan perjalanan kita. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Yang tu setiap orang kena yakin.

Teringat pulak cerita yang Neeza baca semalam di satu laman web. Ada sorang celebrity tu menangis sebab ada orang doakan dia jadi anjing depan kaabah (kisahnya, celebrity ni pergi menunaikan umrah). 'Bagusnya' orang yang mintak macam tu kan. At least celebrity tu dah pun jejakkan kaki di Baitullah. Kita yang dok mengata tu, ada ke peluang untuk kesana?

Sama-samalah kita ingat mengingati sesama Islam... InsyaAllah...

Wednesday, December 9, 2009

Hari yang suram itu tiba jua...

Many times Neeza rasa guilty bila baca comment dari kawan-kawan blogger sebab dah lama Neeza tak menjenguk blog-blog kawan-kawan. Neeza lebih suka kalau pembaca jadi silent reader je. At least Neeza rasa takde orang baca blog Neeza. Masa memang tak banyak untuk Neeza lately. Mungkin sebab masa tu di spend ke tempat lain. Lagipun, masa untuk Neeza surfing internet sangat limited. Bila Sophea balik sekolah, dia pulak akan guna computer. Selalu ada homework dia kena surf internet. Kalau tak surf pun, kena buat power point dan yang sewaktu dengannya.

Entry kali ni agak suram sebab tuan punya blog dalam keadaan yang bermuram durja. Alhamdulillah! Itu lah yang patutnya Neeza ucapkan. Tak baik mengeluh. Neeza patut think positive. Setiap kali Allah memberi sakit kepada kita, maka gugurlah dosa-dosa kita, kalau kita redha dengan sakit yang Allah bagi tu. Semoga Neeza redha. Semua tu Allah yang baca. Tak guna Neeza tulis panjang lebar untuk bagi tahu kat semua orang. Pointless sebenarnya. Apa yang ada dalam hati kita, hanya Allah yang judge sebab dia lah yang menentukan dosa pahala kita.

Neeza bersyukur sebab balik dari Mekah baru ni, Neeza sihat. Alhamdulillah. Bila start sekolah, Neeza attend classes, sampaikan ada kawan heran, kuat betul Neeza. Sesungguhnya, Neeza cumalah hamba Allah yang lemah. Sakit itu tiba jua, tak cepat, lambatlah.. heheh.. well, Neeza boleh lah kata, cuaca di Jubail ni sejuk sekarang. Sebab tu lah Neeza tak tahan. Hellooooo!!! no reasoning okay... kalau Allah nak bagi sakit, sakit juga. Kenapa orang lain takde masalah pun dengan cuaca. At least, tak semua. Ada orang okay je. Neeza tengok, ada kawan-kawan sekelas sangat sihat bila tiba winter ni. Subhanallah!! itulah kuasa Allah kan..

Kenapa yek? Bila badan sakit (muscle pain), nose blocking, kepala pening, barulah kita (me actually!) nak ingat Allah. Masa sihat, amat jarang kita ingat Allah. Masa sihat, kita tak perasan yang kita banyak dosa. Sebab tu lah kita tak sedar yang Allah juga menguji kita masa tu. Tak kiralah, masa sihat ke, masa sakit ke, semua tu ujian dari Allah sebenarnya. Semoga Neeza dan kawan-kawan Neeza tabah dalam menghadapi ujian Allah.

Anyway, Neeza bersyukur pada Allah sebab dikala Neeza sakit, anak-anak Neeza okay, Alhamdulillah. At least, hati Neeza happy bila tengok anak-anak Neeza riang gembira. Senyuman mereka boleh mengubat kesakitan yang Neeza rasa. Alhamdulillah...

Sunday, December 6, 2009

Perjalanan itu..

It has been 4 days that I came back from Tanah Suci. Alhamdulillah. Selesai sudah rukun Islam yang kelima. Ada hadith mengatakan, setiap jemaah haji yang diterima hajinya oleh Allah s.w.t akan pulang seolah-olah kembalinya seorang bayi yang baru lahir. Subhanallah! Seronoknya kalau Neeza berada dalam golongan itu. Of course, I'm praying for that and I think everyone is, too.

A few friends are expecting my entry on this Hajj Trip. I've been thinking and wondering of what to write about it. Salah tulis takut timbul rasa riak pulak. Salah besar tu sebab riak adalah syirik kecil. Nauzubillah... Salah tulis jugak nanti akan membuka pekung didada pulak. Tak baik jugak tu ceritakan keaiban sendiri atau orang lain kepada orang lain.

I've decided I'm just gonna write about the trip - perjalanan haji itu sendiri. At least, pada yang belum pergi, dapat lah membayangkan apa yang perlu dibuat, sebelum mereka secara fizikal berada di sana. InsyaAllah.


6 Zulhijjah (23 November 2009)

Kami bertolak ke Jeddah pada jam 10.30 malam. Ya, awal sikit dari orang lain. The reason - neeza pun tak tahu. Tak nak berebut dengan jemaah lain dari middle east kot. Tiba di Jeddah dah tengah malam (or, is it awal pagi? Dalam jam 12.30 malam kot). Lepas ambik baggage masing-masing, kami keluar dari airport. Bas dah berderet-deret tunggu. Kami dah di assign untuk naik mengikut number yang tertera di pas masing-masing. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah agak smooth. Alhamdulillah. Mungkin sebab kami tiba awal dari orang lain jadi jalan tak sepadat yang dijangka. Ikut plan, memang dari Jeddah kami akan ke Masjidil Haram untuk Tawaf Qudum. Since kami tiba dah almost Fajar (Subuh), leader mohon kami solat subuh dulu. Selesai solat baru kami tawaf. Orang tersangatlah ramai di Masjidil Haram masa tu. Tapi sempat jugak ambik gambar tu.. Sabar je lah kan.. hehe..






7 Zulhijjah (24 November 2009)

Leader bas kami dah bagi tahu untuk kembali ke bas masing-masing at 9.00 pagi. Ok lah kot sebab kami tiba di Masjidil Haram pada jam 4.30 pagi. Alhamdulillah, ramai yang mengikut jadual. Ada juga yang tak. Mungkin sebab mereka bawa anak dan orang tua. Kesian jugak mereka ni. Bila bas dah penuh, kami bergerak ke Mina - destinasi yang ditunggu-tunggu. Masing-masing tak sabar nak berehat. Al-Hamra package kali ni hanya ada 1 tempat penginapan - Mina. Almost tengahari kami tiba di khemah kami. Perut masing-masing pun dah menyanyi. Tak sabar nak makan. Sekali tengok buffet, almost empty! Bila tanya orang jaga buffet, rupanya lunch belum serve pun. Food yang nak habis tu breakfast rupanya. Alhamdulillah...

Kami berehat di sofa bed masing-masing. Ada yang mandi, ada yang tidur. Basically on the 7th Zulhijjah, memang takde aktiviti specific. Apa yang kami perlu buat ialah qasar kan solat 4 waktu. Selebihnya terpulang to individual. Nak ngaji ke, nak berzikir ke, nak borak-borak pun boleh - nobody cared. But, He is watching :).


8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah)

Ramai jemaah haji lain tiba di khemah kami. Mungkin yang datang dari Mekah. Package kami ni inclusive 1 Saudi Arabia. They come from all parts of Saudi. Kalau dari Mekah and kawasan sekitar, mereka takdelah datang naik flight kan ehemm... Khemah hampir penuh. Melayu dalam khemah kami cuma 5 orang. Yang lain tu bermacam-macam bangsa. Seronok jugak sebab dapat tambah kawan. Neighbor sofa bed Neeza - belah kanan, Nor (Malaysia) dan belah kanan Hadeyah (Saudi). Hadeyah ni student JUC. Seronok dengar dia susah payah nak speak English. Dia pun fun agaknya tengok Neeza susah payah nak speak broken arabic ;).

Kami masih qasar solat 4 waktu. Kadang-kadang berjemaah, kadang tak. Tempat perempuan, takde dedicated surau. Jadi, some of us cuma lipat sofa bed or cari empty spaces kalau nak solat jemaah.


9 Zulhijjah (Hari Arafah)

Dah masuk 9 Zulhijjah, dekat-dekat tengah malam, kami bergerak ke Arafah. Sebenarnya ramai antara kami agak suspense sebab daripada pengalaman orang-orang yang pernah join package ni, kata mereka bersiap sedialah duduk dalam 2 @ 3 jam dalam bas disebabkan kesesakan lalu lintas. Memang some of us dah prepare for the worst pun. Tapi, kami tiba awal sikit. Banyak faktor rasanya. Khemah kami antara yang terdepan. Jadi, kami tak perlu tunggu lama. Since kami tiba sangat pagi, ramai yang tidur dulu sebelum masuk Subuh. Everyone was given a sleeping bag. Kami beramai-ramai tidur dibawah satu khemah. Ooopss! Lelaki khemah lain la. Mana boleh campur :).

Di Padang Arafah, kami solat jamak dan qasar. Aktiviti lain ialah berdoa, mengaji dan berzikir - again, it was realy up to individual. No one cares except Him.

Sebaik saja masuk waktu maghrib, kami bergerak ke Muzdalifah untuk mabit (bermalam). Kami tak solat di Arafah sebab memang ikut sunnah, solat tu dibuat di Muzdalifah.






10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha)

Kami tiba di Muzdalifah dan organizer mencari tempat untuk bas kami yang banyak tu untuk park. Bas mengepung tempat kami bermalam. Takde khemah disini. Kami tidur dibawah awan, bulan dan bintang. Cuma ada carpet dibentang dan ada kepungan bagi wanita. Yang lelaki ada yang ada carpet, ada yang takde. Mereka sangat menjaga wanita. Alhamdulillah. Kami melelapkan mata dalam 2 jam. Kalau ikut sunnah, para wanita dan anak-anak kecil, boleh meninggalkan Muzdalifah sebelum masuk Subuh. Lelaki perlu tunggu sampai terbit Fajar. Tapi, since kami ni sharing bus, kena lah bergerak sekaligus. Jam 12 malam kami bergerak ke Mina. Jalan agak jam tapi tak menjadi masalah sangat sebab Neeza tidur. Kalau dah tidur, tak perasan sangat masa berjalan kan :). Kami tiba di Mina pada jam 2 pagi. Awal lagi sebab Subuh masuk jam 5.20 pagi. Jadi, ada yang sambung tidur, ada yang beribadah.

Siangnya, selepas subuh kami bersiap-sedia untuk melontar Jamratul Aqabah. Ada yang dah pergi sebaik tiba dari Muzdalifah. Tapi, kami tak nak rush sangat. Ramai orang melontar tapi keadaan under control sebab sekarang dah ada 5 tingkat untuk melontar. Jemaah yang datang dari arah berlainan, automatically akan pergi ke tingkat yang dah didedicated untuk laluan tu. Ramai askar menjaga kat tempat melontar jamrah.

Balik dari melontar jamratul Aqabah, kami potong rambut. Alhamdulillah. Tahalul Awal lah kami. Tinggal tawaf ifadhah saja belum buat. Ada yang terus pergi ke Mekah. Bas tak bawak kami lagi untuk tawaf ifadhah. Kalau ikut jadual, organizer mintak combine tawaf ifadhah dengan tawaf wada'. Tapi, ramai antara kami yang mohon untuk ada special trip pada keesokan harinya (Hari Tasyrik pertama). Organizer setuju.






11 Zulhijjah (Hari Tasyrik Pertama)

Ramai antara kami yang ikut trip beberapa buah bas untuk ke Masjidil Haram bagi Tawaf Ifadhah. Kami bergerak pagi. Tiba di Al Haram jam 9 pagi, kami terus tawaf ifadhah di tingkat 1 sebab orang sesak di ground floor. Selesai tawaf, sedang elok nak masuk waktu zohor. Kami solat dulu. Selepas itu, kami terus naik bas yang dah tunggu dibawah (dekat terowong). Kami tak plan untuk melontar jamrah selepas tawaf ifadhah at first. Tapi, since bas lalu ikut jamrah, kami pun turun. Lagipun, masing-masing dah bawak batu untuk melontar. Kami melontar ketiga-tiga jamrah ditingkat atas sekali. Orang ramai tapi tak bersesak sangat.

Selesai melontar, kami turun escalator dan jalan kaki balik ke khemah semula. Bas takdelah tunggu sebab ada orang dalam bas yang tak turun pun untuk melontar. Lagipun jarak antara jamrah dengan khemah kami cuma dalam 1.5km.

Habis tawaf ifadhah bermakna kami bukan dalam ihram lagi, completely. Alhamdulillah.






12 Zulhijjah (Hari Tasyrik Kedua)

Aktiviti utama ialah melontar ketiga-tiga jamrah. Kami pergi melontar selepas Asar. Askar masih ramai meronda. Orang pun ramai sebab ada yang nak nafar awal - mereka akan tinggalkan mina pada hari tasyrik kedua. Helicopter pun banyak di ruang angkasa.

Di khemah kami pun ada yang leave early. Mereka balik keluar dari Mina jadi mereka tak akan melontar pada hari tasyrik ketiga.


13 Zulhijjah (Hari Tasyrik Ketiga)

Hari ini adalah hari terakhir kami di Mina. Ini juga bermakna inilah hari terakhir kami melontar. That would also mean, it's time for us to go home. Terasa sayu juga. At the same time we're happy because we're getting closer to our beloved ones at home, our kids.

Melontar di hari ketiga sangat berbeza sebab keadaan jalan raya sangat lengang. Lengang dengan orang tapi banyak lah pulak kenderaan lalu lalang. Kami melontar ditingkat bawah sekali. Saje je sebenarnya. Nak rasa melontar di different level.

Our bags semua dah masuk bas. Awal betul diorang ni suruh simpan bag. Tak nak kelam kabut agaknya. Bagus jugak. Proactive :).

Selepas Isyak, kami bergerak ke Masjidil Haram untuk Tawaf Wada'. Kami diberi masa sampai jam 2 pagi di Masjidil Haram. Orang masih ramai rupanya. Mereka pun nak tawaf wada' sama macam kami agaknya. Meriah malam tak terasa macam dah tengah malam. Kami bertolah dari Mekah ke Jeddah pada jam 2 pagi. Flight kami sebenarnya jam 8.30 pagi keesokan harinya tapi perjalanan dibuat awal sebab tak nak trap dalam jam.



Dah check in bag, sedang elok masuk subuh. Jadi, kami ke surau untuk solat subuh. Selepas itu, aktiviti bebas - melepak di atas kerusi sambil tunggu masa naik flight.

Kami tiba di Dammam pada jam 11 pagi. Tak lama lepas itu, bas Al Jabar Compound datang menjemput kami. Kami tiba di Jubail lebih kurang jam 1 tengahari. Alhamdulillah. Seronok dapat jumpa anak-anak tersayang...

Perasaan Neeza? Bersyukur sebab dah selesai ibadah wajib ini. Neeza tak nafikan, ada orang suka untuk menilai sama ada haji seseorang itu mabrur ataupun tidak. Neeza pun macam tu dulu. Sebenarnya, mabrur atau tidak, Allah yang menentukan. Lagipun bukan kita yang bagi pahala atau dosa. Allah yang Maha Berkuasa diatas segala-galanya.


Friday, December 4, 2009

5 tahun penuh makna


Danish Qawiem Bin Azman dilahirkan pada 4 Disember 2004. Qawiem ialah cucu sulung lelaki Ayah dan Ma. Hari ini umur Qawiem genap 5 tahun mengikut calendar Masehi. Qawiem panggil Neeza, Ummi - sama macam anak-anak Neeza panggil Neeza.

My dear Qawiem, doa Ummi agar hidup Qawiem sentiasa berada dibawah keberkatan Allah s.w.t. Ummi doakan juga Qawiem menjadi anak soleh yang sentiasa menggembirakan Ibu dan Daddy, juga Ummi dan Abah, Atok dan Opah. Semoga cerah masa depan Qawiem dan semoga Qawiem selalu bahagia didunia dan akhirat...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin