Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, October 10, 2012

Jerry, you stink!

Since a few days I smell something that I never wanna smell. I told Abang about my suspicion. He asked me to check myself. Oh well! I don't think so. I would vomit for the whole day if I am to find something that I have expected. A dead jerry!
 
This morning, Abang told me he smell a dead jerry. Again, I asked him to check. Still he asked me to do it. Then, I went out to buy breakfast and send Coan to school. When I arrived home, I saw Abang came out from the room downstairs. Abang did it!! Wahooooo!!! Alhamdulillah..
 
True enough, he found a dead jerry / mickey / mouse / rat or whatever you wanna call it, in one of the boxes. Abang has thrown the box away and cleaned the floor. Selamat.. tak payah Ummi buat ;)
 
 


I sprayed the room with Calvin Klein CK One. Takpe.. habis sebotol CK One pun Neeza sanggup.. daripada bau yang eeeuuwwwww tu...

Monday, October 8, 2012

Habbatussauda dan Saffron

Ini iklan tak berbayar. Blog saya, produk saya jual. Jadi, iklan ini free :D.
 
Siapa pernah dengar habbatussauda? In English, mereka panggil black seed. Melayu panggil jintan hitam. Arab yang panggil habbatussauda. Maksud habbatussauda tu sendiri bijian hitam. Ramai yang tahu kebaikan habbatussauda ni. Hari ni Neeza nak kongsi sedikit tentang kebaikan habbatussauda ni:



Quote:

 Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya:
 
“Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).”
 
(Riwayat at-Tirmizi).
 
 
Antara kebaikan yang dikenal pasti ialah:
 
  • - Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • - Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • - Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • - Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • - Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • - Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • - Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • - Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • - Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • - Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan hempedu.
  • - Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • - Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • - Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
 
Sebotol minyak habbatussauda hanya RM40. Ia boleh tahan selama sebulan setengah jika diambil 1/2 sudu kecil setiap hari InsyaAllah. Sila email neeza_ramli@yahoo.com sekiranya berminat. Pembelian secara borong (minimum 12 botol) akan diberi harga istimewa. Pengedar juga di alu-alukan :)
 
 
Satu lagi produk yang Neeza jual ialah Saffron. Ramai yang tahu saffron digunakan dalam masakan seperti nasi beryani untuk mencantikkan warna nasi dan menyedapkannya lagi. Tak ramai yang tahu saffron juga digunakan secara tradisional dalam perubatan. Saffron atau ada yang panggil za'faran ialah sejenis bunga yang ditanam untuk stigmanya. Stigma tu yang jadi ubat. Harganya mahal, dah macam harga emas. Antara kebaikan saffron yang dikenal pasti ialah:
 
 
  • kaya dengan vitamin B1
  • kaya dengan vitamin B2
  • mampu merawat jerawat dan penyakit kulit
  • kandungan antioksidanya yang tinggi.
  • melembutkan kulit.
  • mencegah jeragat.
  • membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan (dengan meletakkan 2 atau 3 urat filamen safron ke dalam susu-kepercayaan rakyat India.)
  • merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia.
  • menurunkan tekanan darah.
  • mencegah asma.
  • merawat bengkak hati atau hepatitis A dan B.
  • menambah tenaga.
  • meningkatkan daya imunisasi badan.
  • mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur.
 
Sebotol Saffron 3gm yang kami jual hanya RM60. Harga pasaran RM90 ke atas. Sekiranya berminat, sila private message atau email neeza_ramli@yahoo.com. Harga istimewa untuk pembelian borong (12 botol ke atas).
 

 

Friday, October 5, 2012

Apam beras kegemaran Abang

Lagi cerita makanan. Siapa yang bosan, silakan pergi jauh-jauh shooh.. shooh.. hehehe.. halau manje gitewwww.. :D. Sebelum kita tengok gambar makanan tu, kita cerita sikit dulu. 
 
Antara tugas seorang isteri ialah menjaga makan pakai suaminya kan. Sebab tu lah setiap pagi, sebelum keluar beli breakfast dan hantar anak sekolah, Neeza akan tanya suami terchenta dengan manjanya, 'Abang nak makan apa pagi ni?' without fail. Tapi pagi ni terlupa lah pulak. Jadi, bila cik Abang ku nampak Neeza dah keluar, dia pun pergi jengah kat pintu. Coan kata 'Ummi, Abah ada kat pintu tu'. Baru lah Ummi Coan teringat yang Ummi lupa tanya Abah nak makan apa pagi ni. Kebetulan pulak, anak-anak lupa nak salam serta peluk cium Abah sebelum pergi sekolah. Ummi pun apa lagi, 'Cepat pergi salam abah. Tanya sekali abah nak apa ya' hehehe.. boleh pesan-pesan pulak kaaan...
 
Bila anak-anak masuk kereta, Coan cakap 'kalau Ummi pergi kedai makcik, Abah nak pau. Kalau ummi pergi kedai abang tu, Abah nak apam'. Senang kerja Ummi. Untuk Apam 2 ketul tu, tak payah lah Ummi susah-susah nak mengukus sampai berjam-jam. Lagipun yang makan cuma Abang je. Anak-anak makan lah jugak tapi sikit bebenor. Jadi, tak payah buat. Beli aje senang. Rasa dia pun consistent. Kalau Ummi buat, kejap manis, kejap tawar dan kadang mungkin masin sebab tersilap letak garam kehkehkehhh... Kan Neeza sayang Abang... hehee..
 
Sekarang, kita tengok gambar apam kegemaran cik abang ku sayang... taraaaa!!!
 
 


Gambar ni orang punya. Neeza pinjam degan google. Abang tak suka kelapa tu. Jadi, Neeza takdelah ambik kelapa untuk Abang... :)
 

Thursday, October 4, 2012

Gerai adik depan Shell Section 19 Shah Alam

Setiap pagi, Neeza akan bawa anak-anak untuk beli kuih atau apa saja yang mereka nak bawa ke sekolah. Walaupun sekolah mereka dah sediakan breakfast, lunch and tea, still... budak-budak mak budak pun sama je kan. Mereka suka untuk makan makanan luar dengan kawan-kawan. Alhamdulillah... Setakat ni kami mampu untuk melayan kehendak mereka tu.
 
Dalam banyak-banyak (macam beratus je bunyinya) gerai yang Neeza pergi, ada satu gerai yang Neeza rasa tak pernah kering orang. Sentiasa penuh. Yang menjaga gerai ni, seorang lelaki berumur lingkungan 20an. Cekap betul dia membungkus. MasyaAllah! Terfikir jugak, berapa lama lah agaknya mak dia ajar. Budaknya pun tak banyak cakap. Diam je. Tanya orang nak beli apa pun guna sign language je hehee.. Makanan kat gerai dia pun murah. Kuih 3 untuk RM1. Gerai lain semua jual 40 sen seketul. Rasa pun sedap, sama je dengan gerai lain. Nasi lemak ayam pun murah. Meehun, mee, kuey teow semuanya RM1 sebungkus. Orang lain jual RM1.20.
 
Mungkin sebab tu orang ramai beli kat kedai dia. Cuma yang kesiannya kadang-kadang dia nampak penat. Kejap-kejap berhenti lap peluh. Towel good morning selalu ada je kat leher dia. Kadang tu nak je Neeza offer diri, biar akak tolong bungkuskan.. tapi akak punya je la hehee.. Tapi karang pelik lah pulak. Nanti dia rasa bersalah pulak. Mungkin dia terfikir, kena bagi discount ke kat akak ni sebab bungkus sendiri... hahhahaha!!
 
Selalu lupa nak ambik gambar dia. Tapi nak ke dia masuk blog? heheee..

Wednesday, October 3, 2012

Blogging syok sendiri

Biarlah orang nak kata apa. Neeza tak ada terlalu banyak masa untuk blogwalk ke blog orang. Neeza cuma akan blogwalk bila ada terlebih sikit je masa. Itu pun tak dapat lah semua. Mana yang rasa berkenan sahaja. Of course owner blog yang tinggal comment tu, Neeza akan visit lah. InsyaAllah..
 
 
 
Mungkin Neeza akan rugi dari segi kurang traffic. Kurang traffic = kurang income iklan. Takpelah. Dapat sikit-sikit pun jadi lah. Untuk mengisi masa lapang sahaja blogging ni, disamping berkongsi cerita.
 
Tadi check nuffnang. Ada RM0.00 lagi lepas Neeza cash out last week about RM60 lebih. Alhamdulillah. Seingat Neeza, cuma 2 tahun je Neeza active blogging. Lepas tu beku, sawang, hutan blog Neeza. Ini baru lah nak active balik. Active menulis saja lah. Bukan active visit blog orang ;)

Monday, October 1, 2012

RnR Awan Besar

Hari Sabtu lepas, ada orang nak have a 'driving pleasure' disamping mencari tempat makan. Kami bercadang nak makan jauh sikit dari rumah. Tak tahu nak pergi mana. Kami ni memang tak berapa adventurous bab makan-makan ni. Main belasah je selalunya. Kalau sedap, kami repeat. Kalau tak, that's it! No more.. :)
 
Kalau dari rumah, kami kena U-turn untuk ke RnR Awan Besar tu. Sekali lepas je toll, jalan sikit dah terlepas. Signage RnR Awan Besar tu dia buat lepas pada jalan masuk tu. Mana lah orang nak perasan. Unless lah orang yang dah selalu sangat ke situ.
 
Bila dah terlepas, mood pun dah tawar nak pusing balik. Tak kuasa nak tawaf toll tu. Kalau free takpe jugak. Membazir duit je. Anyway, bukan lah Neeza mengandung mengidam pun. Takde lah teringin sangat.
 
Hari ni, since ada orang tu puasa, dia terasa nak makan kat luar. Teringat pulak trip yang tak jadi tu. Maka, ke Awan Besar lah kami. Ayam, daging, hati dan arnab serba sedikit. Tak sampai 30 cucuk pun. Tapi jenuh nak menghabiskan. Sape lagi kalau bukan Ummi yang kena settlekan. Sayang pulak kalau tak habis. Alhamdulillah. Lepas hajat yang tak kesampaian hari Sabtu lepas.
 
 
 

Ujian menambah iman InsyaAllah..

Semalam masa tengah lunch, Neeza dapat call dari someone. Dia tanya homestay kami tu masih available tak untuk 8-14 October ni? Sebelum menjawab soalan dia, Neeza terfikir.. alahai, ruginya lah. Kalau lah booking yang 12 October tu takde, mesti dengan senang hati Neeza boleh terima booking seminggu tu.
 
Tapi lepas tu, satu suara lain pulak berkata-kata, 'Neeza, janji mesti ditepati. Mungkir janji itu dosa besar. Ini mungkin ujian dari Allah untuk tengok goyah tak iman Neeza bila diuji macam tu. Alhamdulillah. Allah sayangkan Neeza. Dia ingatkan Neeza supaya tak tamak sampai lupa semua perjanjian yang dah dibuat.
 
Rezeki ada di mana-mana. Lagipun Allah yang bagi rezeki tu. Tapi iman tak mungkin dapat di jual beli... 

Sunday, September 30, 2012

Nak pergi Madame Tussauds lagi

Kami pernah ke sini a few years back. Semalam Coan bagi tahu, Ummi.. Masa Oan 11 years old, boleh tak kita pergi London? Ummi kata, kita kan dah pergi. Dia kata Oan nak pergi Madame Tussauds. Oan nak masuk tempat yang scary tu.
 
Masa kami ke sana, Coan belum cukup umur untuk masuk tempat scary tu. Coan ni penakut jugak orangnya tapi dia still nak masuk tempat scary tu.
 

Ummi bagi tahu, banyak lagi kat lain ada tempat scary macam tu. Mungkin lepas ni kita boleh pergi Madame Tussauds Hong Kong pulak? *wink* Doa banyak-banyak agar rezeki kita murah dan Allah izinkan kita pergi...

Saturday, September 29, 2012

like minded people in WAYN

Almost everyday Neeza dapat notification di email pasal orang tu nak berkenalan, orang ni mungkin Neeza kenal. Kata WAYN ni. Yang Neeza tak pasti dan tak sure, bila pulak Neeza subscribe to WAYN ni ya?
 
Yang tak bestnya bila selalu dapat notification, si polan si polan would like to meet you. Semuanya lelaki pulak tu. Siap gambar lagi. Kalau lah anak-anak ternampak, apa lah yang diorang fikir. Dah lah email Neeza memang selalu on je kat computer ni. Haishhhh...
 
Oooo.. baru perasan ada button unsubscribe kat bawah sekali tapi sangat blur sekali. Dah unsubscribe. Puas hatiku!

Homestay di Indera Mahkota 15 Kuantan








Iklan free oleh tuan tanah hehee...

  • Lokasi: Astana View, Indera Mahkota 15 Kuantan
  • Berdekatan: Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Universiti Shahputra, UIA, Kolej Polytech MARA, Kolej Islam Pahang, Politeknik, UMP dan pejabat kerajaan
  • Semi D, Corner lot - ruang bermain yang luas
  • Menghadap laluan exit Kuantan Lebuhraya Pantai Timur
  • Kelengkapan: 3 bilik dengan pendingin hawa (aircond), washing machine, dapur untuk memasak, peti ais, pinggan mangkuk, microware, tv.
  • Ruang tamu yang luas.
  • Bilik tidur lengkap dengan katil yang selesa
  • Harga RM220. Diskaun untuk penginapan 3 hari ke atas. Deposit RM150

Sesiapa yang berminat, boleh email ke neeza_ramli@yahoo.com


Wednesday, September 26, 2012

Walls Fruit Salad

Sebelum ni, Neeza baca je orang cerita pasal ice cream walls fruit salad. Semalam, masa shopping grocery, nampaklah ice cream Walls ni. Sophea mintak Walls cookies cream. Sekali, Neeza terpandang jenis fruit salad. Kami grab dua-dua.
 
Hari ni baru rasa. Emmm.. rasa dia, boleh lah! hehee..
 
 
gambar pinjam google
 

Tuesday, September 25, 2012

Beryani mahal

Semalam kami makan nasi beryani di J* Beryani House di Te3co. Abang kata senang. One stop centre. Lepas makan, terus shopping grocery.
 
Masuk je dalam tu, kami tengok satu persatu kedai makan. Perut lapar kan. Then Neeza nampak beryani! Abang pun rupanya nak makan situ jugak. Anak-anak at first opt for KFsee. Abah kata, okaylah beli KFsee then makan kat situ. Neeza takut diorang tak bagi sebenarnya. Neeza pujuk anak-anak, tak payah lah. Makan nasi je lah. Then kami duduk.
 
Masa order tu dah nampak price. Boleh tahan! Tanya waitress tu serving untuk berapa orang. Dia kata seorang. Okay... looks expensive. Tapi takpelah. Kami order. 2 beryani dengan lauk, 1 mee rebus, 5 drinks.

Order datang, kami makan. Biasa je rasa dia. Takde lah sedap sesangat. Rasa macam nasi beryani yang biasa tu je. Kambing kuzi dia pun biasa je. Neeza order air roselle. Rasa pelik tapi agaknya memang macam tu rasa dia hehee... Sophea order air bandung. Dia kata rasa pelik. Entahlah kenapa. Dia tak habis at first tapi habis jugak at last sebab air tu tumpah hahahaa!!
 
Selesai makan, dapat bill. RM60 something. Memang mahal!!!


gambar pinjam gugel

Monday, September 24, 2012

Pucuk betik Petai rebus

Dah lama Neeza tak makan sedap. Untuk Neeza, makan sedap bukanlah makan di hotel 5 bintang dan bukan juga makan western yang rasanya selalu tak consistent sebab ianya bergantung pada orang yang masak.
 
Makan sedap ialah makan nasi dengan ulam-ulaman dicicah pula dengan sambal belacan. MasyaAllah... semalam kami balik rumah mertua Neeza di BL. I really have to admit, Neeza sangat admire dengan masakan mertua Neeza. Tapi semalam bukan mertua yang masak tapi adik ipar Neeza yang masak. Adik ipar masak ikan kembung masak tumis pekat yang sangat sedap, MasyaAllah! Sayurnya pucuk meranti masak bening. Dan.... pucuk betik rebus dan petai rebus bersama sambal belacan!!
 
Kami tiba di kampung dekat jam 2.30 petang. Mereka baru siap masak dan menunggu untuk makan. Memang langkah kanan betul. Alhamdulillah. Punyalah banyak Neeza makan. Sedap betul rasanya. Kekenyangan sampai tak selera nak makan bubur kacang durian ;).
 
Pada malamnya ada sambal belacan baru yang ditumbuk (siangnya sambal belacan di blender). Sebenarnya Neeza tak lah lapar sangat. Tapi bila tengok ada lagi ulam pucuk betik rebus dan sambal belacan tumbuk, waaahhh!! Terus lapar jadinya perut ni ;).
 


Itulah perut Neeza. Suka ulam-ulam macam tu. Mungkin sebab Neeza dah diajar makan ulam-ulam macam tu sejak kecil oleh arwah Mok (my granny). Pucuk ketereh, daun silum, daun pegaga, ulam raja, petai, jering and the list goes on and on.... yummmsss!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin