Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, March 13, 2019

Trip Surabaya Che’Nor 2019 bersama Travel Agent Trip Javanesia

Catatan perjalanan kami, Stokis2 dan Ejen2 yang telah capai target sales yang ditetapkan HQ Che Nor Food untuk hadiah melancong ke Surabaya bagi 8-10 Mac 2019. Semoga ianya dapat dijadikan sedikit panduan bagi mereka yang ingin bercuti ke sana. InshaaAllah. 

Day 1
Seawal jam 6 pagi kami ditunggu oleh team HQ Che’Nor, Khairul Egi Ira dan Intan di KLIA2, yang membantu proses check in. Jam 8.30 pagi kami boarding dan berlepas pada jam 9.00 pagi. Kami tiba di Airport Juanda lebih kurang jam 10.30 pagi waktu tempatan. Sebaik saja selesai melalui imigresen kami disambut oleh Team Trip Javanesia - Fajar, Shila & Agnes. Seterusnya kami ke Restoran Tempo Doloe menikmati makan tengahari pertama disini. 

Perjalanan diteruskan ke Taman Safari Prigen. Ikut jadual, kami ke Muzium Mobil tapi semua setuju untuk tukar. Bagus jugak. Rasanya rata2 dah biasa tengok kereta 😂😂. Masing-masing teruja tengok haiwan2 dari dalam bas. Mak2 pun teruja juga. Di tempat yang sama, ada show ala2 wild wild world gitu. Setakat yang kami sekeluarga pernah tengok, mereka menggunakan Bahasa Inggeris. Disini, bahasa Indonesia. Kelas gitu!

Hari pun dah petang. Kami terus bergerak ke Favehotel di Kota Malang. Rangkaian hotel yang sama kami duduk semasa di Jogjakarta tahun lepas. Hotel ini nampak seperti baru. Bau cat pun ada lagi 😁. 

Sebelum masuk bilik, kami dinner dulu. Kami rehatkan badan kerana seawal jam 1 pagi kami perlu bangun untuk ke Bromo. 

Day 2
Kami bergerak ke Bromo dalam jam 2 pagi. Perjalanan mengambil masa 1/2 jam. Bas berhenti dan kami di bahagikan dalam kumpulan berlima dan berenam untuk naik jip mendaki Bukit Cinta, Bromo.  Perjalanan mengambil masa 1-2 jam kerana jalan yang tidak smooth. Tapi disebabkan mengantuk, dapat je lelap mata hahah!! Jip terpaksa berhenti beberapa kali kerana ada jip rombongan kami mengalami kepanasan injin. Lupa bagi tahu. Kami dibekalkan breakfast box. Jadi,  sambil berhenti tu, ada yang makan-makan dalam jip. Cuaca agak sejuk. Pakaian perlu tebal. Tapi takdelah sampai pakai winter jacket. Sweater dah cukup. Tapi bagi yang tak tahan sejuk mungkin kena pakai tebal sikit. 

Disebabkan terlalu banyak jip terlebih dahulu sampai, kami tidak sampai ke puncak. Sepatutnya solat subuh di musolla di puncak. Tapi masing-masing solat di dalam jip sahaja. Kami turun untuk bergambar melihat matahari naik. Cantik sungguh!! Subhanallah!! 

Selepas itu kami bergerak ke kawah gunung berapi. Ada yang naik kuda. Kos IDR150K untuk naik kuda. Pastikan bayaran dibuat selepas anda dihantar semula ke tempat mula-mula naik. Kalau bayar awal2, jawabnya ada yang kena tinggal je di kawah gunung tu. 

Selepas itu kami ke Pasir Berbisik. Ianya dipanggil macam tu kerana sewaktu angin bertiup, pasir berterbangan dan keluar bunyi “sssssss”. Cam tu la lebih kurang. 

Kemudian kami ke Bukit Teletubbies. Kenapa Teletubbies? Sebab kat situ ada beberapa ‘orang’ teletubbies sedia menunggu untuk bergambar. Saya tak pergi sampai kesitu sebab angin kuat sampai masuk mata. Saya dan beberapa orang lain bergambar dengan bunga2 🌼🌼🌼 je berdekatan jip huhuu.. 

Badan dah letih, perut pun lapar. Terus pergi lunch di restoran tak ingat nama. Solat jamak disitu juga. 

Trip diteruskan ke Toko Beli Belah yang sederhana besarnya. Semua ada disitu dan harga boleh tahan sebab tempat tu macam exclusive juga kalau nak dibandingkan dengan kedai2 tepi jalan lain. Ramai yang memborong disitu. Kami, beli ala kadar sahaja sebab tujuan utama kami untuk melancong. 

Selepas itu kami terus bergerak balik ke hotel. Masing-masing dah penat sangat. Sampai hotel, dinner dulu. Lepas tu terus naik berehat. Ada yang keluar jalan-jalan. Saya dan beberapa kawan ambik kesempatan untuk massage. First time cari masseur guna apps Go-Jek. IDR95K untuk 1 jam. 

Day 3
Hari terakhir kami di Surabaya. Breakfast di hotel sebelum check out. Load semua bag kedalam bas, kami bergerak ke ladang Epal (Apel bahasa indonya). Petik epal adalah aktiviti yang ramai tunggu-tunggu. Posing2 ambik gambar tu dikira acara wajib. Epal disini hijau tapi manis. Epal yang ke merah-merahan pula yang Sweet sour gitu. Lama juga kami disini. Oleh kerana takut tidak sempat untuk kejar flight, lawatan ke Pusat Kulit dan Waterfall terpaksa dibatalkan. 

Kami singgah di Masjid Cheng Ho. Kebetulan dah masuk waktu Zohor, kami solat jamak terus disitu. Kebetulan ada gerai2 jualan disitu. Ada diantara kami ambil kesempatan membeli belah. Tak boleh lama pun sebab dah lambat. Beli-beli buah je pun. 

Masa dah suntuk. Kami singgah lunch di Restoran Tempoe Dulu. Lunch kedua disini. Ramai betul orang. Mungkin sebab weekend. Travel agent dah siap2 booking. Jadi, kami terus naik ke tingkat atas dan makan. 

Trip berakhir dengan drama air mata di AirPort 🤣🤣🤣. Siapa lagi kalau bukan anakanda bongsu Adik Meyyah kita. Sedih benor nak berpisah dengan kak Agnes & Kak Shilanya. Beriya2 mintak nombor telefon kakak berdua tu suruh Ummi simpan. Alahai anak Ummi...

Disebabkan bimbang ada yang over excess, kami buat group check in. Sharing load. Alhamdulillah semuanya ok. Terima kasih kepada ketua rombongan kami, Yusnita yang tolong organize banyak perkara dipihak kami. 

Dah masuk gate, ada yang sempat lagi membeli belah di kiosk2 kecil didalam. Alasan - nak habiskan duit rupiah hahaha!! Tapi alasan sebenar, banyak benda yang terlupa dan tak sempat beli. Jadi, di airportlah tempat paling sesuai. Harga airport, tau-tau je lah kan. 

Kami boarding agak lewat sedikit. Flight tiba lewat disebabkan hujan. Flight depart lebih kurang jam 4.45pm waktu tempatan. Perjalanan tidak smooth pada mulanya kerana awan tebal. Alhamdulillah ok selepas beberapa minit. Kami tiba di KLIA2 lebih kurang jam 7.45pm waktu tempatan. 

Amacam? Seronok ke seronok sangat? Nak melancong Free macam ni? Jom lah menyambal bersama kami!! 

#TripSurabaya2019
#CheNorFood
#TripJavanesia
#MelancongPercuma

Saturday, February 17, 2018

Makan kenduri

Semalam, Aishah & Yaya ikut kami balik rumah. Mak bagi tahu Ibu Non ada jemput kenduri. Ummi tak pasti kenduri apa. Since Ummi pun memang nak hantar Aishah & Yaya, Ummi pun setuju untuk pergi. Lagi pun Ummi nak pass stock Sambal Garing Che Nor pada Ucu sikit. Senang kalau ada order dari ejen Banting. اِ نْ شَآ ءَ اللّه 

Tadi, kami ke rumah Ibu Non di Banting. Ummi memang suka kalau pergi kenduri rumah Ibu Non ni. Masakan dia sedap. Sama macam masakan Uwan. Sedap sangat. Sebab tu lah bila balik rumah Uwan, Ummi hampir tak pernah masak rasanya. Ummi nak makan masakan Uwan. Melampau betul menantu Mak ni kan. Semoga Allah beri kesihatan yang baik dan umur panjang untuk ibu mertua ku. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Lama juga kami di rumah Ibu Non. Ramai sedara mara Abah ada. Ramai bertanya abang adik mana? Mereka panggil Abah sebagai adik. Jadi, yang muda dari Abah tu, panggil Abang Adik la. Adik la sangat kan Bah. Manja sangat bunyi tu Hahahhaa!!!

Dekat dekat nak balik tu, kami dijamu dengan Ice Cream Cornetto. "Rezeki orang balik lambat" kata Sophea. Ya betul tu. Sophea awal awal dah ajak balik. Ummi rasa tak proper lah pulak. Dah la tak menolong. Nak balik awal pulak. Ish ish ish...

Masa kat kenduri, Abah call guna video Messenger. Memang Ummi mintak Abah call supaya dapat cakap dengan Uwan. Alhamdulillah. Dapat cakap. Elok pulak line. Dapatlah Uwan tengok muka anak manja dia tu hehee.. Ummi tahu perasaan seorang ibu. Mesti nak dengar khabar berita anaknya. Uwan takde internet. Camana lah Abah nak call. Baru sampai kat sana.  Belum dapat communicate guna phone line lagi. Syukur ada teknologi internet ni. 

Dalam jam 5.30pm, kami tinggalkan rumah Ibu. 3 kotak sambal garing bertukar kereta. Semoga laris cepat hendaknya. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Kami tiba dirumah dalam jam 6.30pm. Nak kena fikir dinner. Nak masak apa lah agaknya ya... 🤔🤔🤔

Friday, February 16, 2018

Sepi itu indah... kadang-kadang...



Sedih tak? Tanya adikku. Dia dah tau kot jawapannya. Tipu lah kalau Ummi kata yang Ummi tak sedih. Ramai beranggapan Ummi dah biasa kena tinggal. Ya betul lah tu. Memang biasa. Tapi kali ni mungkin agak lama jaraknya. Banyak benda Ummi kena uruskan sendiri. Kalau tidak, weekend je Abah balik dan Ummi boleh sub sikit tugas pada Abah. Kali ni mungkin agak lama baru kami dapat berkumpul semula. اِ نْ شَآ ءَ اللّه . Nampaknya banyak benda Ummi kena buat sendiri. Semoga Allah permudahkan.

17 Jun 2007, pertama kali Abah pergi ke Tanah Anbia itu. Shahmey genap sebulan umurnya. Dengan keadaan masih dalam pantang, mood pun belum berapa stabil, Abah tinggalkan Ummi bersama Kakak, Coan, Shahmey dan seorang bibik. Bibik yang nampak sangat membantu tetapi pada hakikatnya banyak 'membantu' menghabiskan duit dan barang2 dalam rumah. Adoiii!! Pengalaman betul. 

Hari ini, 16 Februari 2018, sekali lagi Abah ke Tanah Anbia itu. Pastinya bukan senang untuk membuat keputusan itu. Sedikit pengorbanan diperlukan buat masa ini. Ummi redha اِ نْ شَآ ءَ اللّه  Keadaan juga sedikit berbeza. Anak anak Ummi dah besar. Anak-anak dah boleh membantu kerja-kerja rumah. Alhamdulillah...

Rindu terap rindu. Semoga rindu ini akan memberi kebaikan dan bukan sebaliknya. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Best lah Abah... nanti dapat makan Tomyam Pattaya 😂😂😂

Oh ya. Gambar kat atas tu? Ummi snap gambar tempat parking kereta tadi. Ummi takut sesat jalan 🤣🤣🤣 

Monday, May 11, 2015

Mother's Day

Hari Ahad minggu kedua setiap May dinobatkan sebagai Mother's Day ataupun Hari Ibu. Hari untuk meraikan semua ibu didunia. Tanpa ibu siapa lah kita kan.

Banyak pendapat tentang Hari Ibu ni. Ada yang kata boleh sambut. Ada yang kata tak boleh. Bagi saya senang je. Hari Ibu ialah hari saya menjadi ibu kepada 4 anak2 saya. Juga, hari ibu saya menjadi ibu kepada saya.

Cuma, sebagai manusia kita suka bila diberi layanan istimewa pada sesuatu ketika atau hari. Kalau hari2 ada layanan istimewa, ianya takkan rasa istimewa lagi. Dah rasa biasa je lah. Jadi, bila anak tadika bawak balik kad ucapan hari ibu, rasa excited sikit la. Maklumlah effort yang dia ambik tu, perlu diberi pujian. Tadika kot...

Pada saya, ada atau tidak Hari Ibu tak menjadi isu pun. Sebab macam mana pun, saya tetap ibu kepada anak2 saya. Alhamdulillah.. Cumanya rasa happy lah jugak bila dapat hadiah hahaaa!!!



Friday, May 8, 2015

Blogging again??

I've seen many new posts by Blogger friends of mine. Macam best je. Macam nak buat jugak je. Hahahaha!!! I'm a chipsmore blogger. Kejap ada kejap takde. Banyak masa habis untuk FB, whatsapp and telegram. Kurang lah masa untuk blogging. Tapi blogging is more fun actually. You can write anything you like panjang2... Syok sendiri pun takpe. Of course, you can't expect people to read the whole thing. Kalau FB boleh lah Sebab FB usually 1 or 2 sentences je pun.

Teringat balik how I started blogging. A good friend in KPTM name Suhaniz (Aniz sorry.. Dah lupa camana nak tag hahaa!!), introduced blogging to me. I was about to resign to accompany my beloved half to Saudi. Kind of having no idea with my time in Saudi at the moment. So, Aniz taught me how to create a blog. Thanks to Allah. Also thanks to Aniz. I've made many good friends from far and near. I managed to create a recipe blog too!! Check out my magicpotspans.blogspot.com friends 😊😊.

I think that's about it for now. Susah betul menulis guna handphone cinonet ni...

Bye for now. Nak sambung lipat kain sikit 😂😂

Thursday, December 11, 2014

Musafir dan Taufan Hagupit

Nampaknya lama betul takde post yang betul betul punya post dalam blog ni. Malam ni, tuan tanah rasa macam nak menulis. Sebenarnya takde idea nak tulis apa pun. Banyak benda boleh ditulis tapi since tuan tanah asyik sibuk dengan FB, maka blog ini terbiar. Kesiaaannnn....

Sekarang ni tuan tanah berada agak jauh dari negara kelahiran. Anak-anak nak berada dekat dengan abah tersayang. Maka, disini lah kami sementara cuti Sekolah ni. Bukan lama pun. Tak sampai 3 minggu. Lagipun sebelum ni kami dah ke Perth. Seminggu di Perth, banyak pengalaman baru yang kami dapat. Kangaroo, koala dan penguin jadi santapan mata kami disana. Alhamdulillah...

Baru-baru ni ada kejadian taufan di Filipina ni. Khabarnya taufan ini lebih teruk daripada taufan yang pernah berlaku sebelum ini. Itu ramalan. Allah adalah segala perancang. Alhamdulillah Allah lindungi kami di Manila ni. Walau bagaimana pun, kerajaan Filipina telah bersedia untuk menghadapi Taufan Hagupit tersebut. Rakyat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Banner banner besar Di bill board di gulung dengan baik dan macam macam persiapan lagi yang saya sendiri pun tak ambik tahu. Sabor je laaaaa...

Semasa hari yang diberitakan Taufan Hagupit akan melanda Manila, saya sangat takut (macam ayat Sumeyyah lah pulak 😝). Doa tak pernah putus kepada Allah agar Allah lindungi kami dan selamat kan kami daripada bencana. Malam tu angin kuat betul. Bunyi angin memukul tingkap cermin memang agak mengerikan. Esoknya dari pagi lagi hujan. Sehinggalah ke petang. Anak anak tak dapat turun mandi di swimming pool. Yeay!!!! Ummi suka sebenarnya sebab Ummi sangatlah malas nak turun untuk teman anak anak mandi. 2 hari berturut-turut hujan. Hari ke3 baru lah nampak Sinar mentari. Alhamdulillah. Mungkin taufan dah pergi ke kutub Utara agaknya. Memandai aje hakuuuu...

Dan pagi tadi, bersambung episod mandi di swimming pool untuk anak-anak. Adoiiiii... Tak jemu jemu mandi swimming pool. Alasan nak datang sini pun adalah sebab nak mandi swimming pool. Macam lah kat Malaysia takde swimming pool. Takpelah anak anak. Kita mohon doa dengan Allah agar Allah bagi kita rumah yang lengkap dengan swimming pool nanti ya.  آمِّينَ. 

Mata pun dah agak mengantuk. Sebelum tidur, nak melawat FB kejap. Manalah tahu ada info berguna kan... Okay. Babai... Tata... Titi... Tutu...


Wednesday, November 5, 2014

Homestay Sumeyyah Al Jubail di Indera Mahkota Kuantan

Kami mempunyai sebuah homestay di Indera Mahkota 15 yang sangat sesuai untuk dijadikan penginapan ketika bercuti, majlis kahwin ataupun perkumpulan keluarga. Sila lihat details dibawah ya...
  • Rumah Semi D single storey corner lot sesuai untuk 6-18 ahli keluarga bercuti
  • Berdekatan dengan:
    • Tunas Manja - 1 minit
    • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) - 1 minit
    • Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - 5 minit
    • Kolej Universiti Shahputra - 5 minit
    • Kolej Komuniti - 5 minit
    • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah - 10 minit
    • Bukit Gambang Waterpark Resort - 15-20 minit
    • Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 15-20 minit
    • Kolej Poly Tech MARA - 10 minit
    • Kolej Islam Pahang - 10 minit 
    • Kolej IKIP - 15 minit
    • Pejabat Kerajaan - 2-3 minit
    • Bandar Kuantan - 5 minit
  • Terdapat banyak kedai makan segera dan restoran di sekitar
  • Berhadapan dengan susur keluar ke Lebuh Raya Pantai Timur (Kuantan Exit)
  • Terdapat 3 bilik tidur: 2 berhawa dingin, 1 berkipas dan 2 bilik air
  • Pemanas air elektrik ada di dalam bilik air utama
  • Bilik tidur dilengkapi dengan 2 katil queen size, almari pakaian yang luas, 1 baby cot, rak tuala, sejadah, tilam lantai (toto) dan seterika.
  • Ruang tamu disediakan dengan 2 set sofa yang selesa
  • Meja makan set 6 kerusi dan set 4 kerusi juga disediakan
  • Disediakan sebuah mesin basuh automatic yang besar beserta sabun
  • Ruang dapur disediakan dapur untuk memasak, peti ais, microwave, toaster oven, rice cooker, cerek elektrik dan pinggan mangkuk
  • Halaman yang luas untuk parking kereta, motor, kanak-kanak bermain ataupun aktiviti BBQ 

Sewaan sehari - RM200
Sewaan 2 hari - RM380
Sewaan 3 hari ke atas - RM180 sehari
Sewaan seminggu ke atas - RM170 sehari
Sewaan sebulan ke atas - atas rundingan

Kami memerlukan deposit sebagai jaminan untuk mengesahkan tarikh. Jumlah deposit minimum ialah RM100. Ia juga bergantung kepada jumlah hari penginapan mengikut budi bicara kami.

Untuk booking dan pertanyaan, sila email ke neeza_ramli@yahoo.com atau telefon / whatsapp / telegram 013 3490433 atau lawati FB fanpage kami di Indera Mahkota Kuantan Homestay Sumeyyah Al Jubail



Ruang Tamu dan ruang makan



Ruang Dapur






Bilik Tidur Utama



Bilik Tidur Kedua dan Ketiga



Luar



Dapur yang lengkap



Bilik Tidur Utama beserta bilik air dengan water heater



Bilik Tidur Kedua 



Bilik Tidur Kedua



Halaman yang luas


Saturday, October 26, 2013

Pulut Durian Kuwait

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Sepi setelah beberapa bulan blog ni kan. Hari ni rasa gatal tangan nak menulis. Tapi tak banyak yang nak ditulis sebab pada masa yang sama, Neeza perlu attend kepada kain yang sedang dibasuh dan Sumeyyah yang dah bangun mintak macam-macam. Itu lah kehidupan... Alhamdulillah...

Topic hari ini ialah pulut durian. Sebenarnya dah berbulan topik ni (baca: tajuk sahaja) dalam senarai draf. Jadi, rasanya tak adil untuk topik tu dibiarkan duduk diam. Jadi, terpaksa lah Neeza menggodek fail-fail gambar yang cacamerba untuk cari gambar pulut durian yang kami makan dulu.

Pulut Durian Kuwait boleh didapati di Restoran siam di sana. Nama tak ingat, jalan tak ingat, coordinate lagi lah tak tahu. Tapi! haaaaaa... mungkin ada insan mulia yang ada rekodkan nama restoran tersebut. Google lah ya kawan-kawan ku yang rajin dan bijak bestari *senyum*

Tadaaaaaa!!!! Ini lah dia Pulut Durian Kuwait itu... Harga semangkuk ialah KD1 bersamaan dengan RM13 (tukaran wang masa tu). Erkkk!!! Mahal ye? Memang lah weiii.... Kat tanah mana lah ada tanam durian di Kuwait tu. Mereka kena import. Sebab tu lah mahal. Agaknya, sebab tu lah keluar pepatah hujan emas negeri orang kot ye? Segala yang kita dapati murah di negara sendiri, mahal disana. Satu terkecuali.... PETROL dan DIESEL!! Huhuuuuu... :P





Okay, sekian dulu buat masa ini. Tunggu dilain masa disaat tangan ini gatal lagi. babaiiiiiii!!!



Friday, February 15, 2013

February muncul kembali...

Rasa macam tajuk lagu. Ye ke? Entahlah. Kalau bukan pun biar je lah. Takde sape nak marah. Sebenarnya nak update blog tapi tak tahu nak tulis pasal apa. Bukan sebab takde idea tapi sebab banyak sangat idea. Sebulan lebih blog ni ditinggalkan, macam macam cerita ada.

Entry yang lepas berkenaan our vacation plan. Ya.... Kami pergi universal studio tu. Anak anak lah yang paling enjoy. Diorang suka rides. Kakak and Coan yang paling enjoy sebab almost every ride diorang get to try. Shahmey dan Sumeyyah banyak menunggu sebab mereka tak cukup heights. Ummi pulak walaupun cukup height, penakut. Naik rides yang laju sikit pun dah gayat. Jangan kan roller coaster yang tunggang terbalik tu. Rasa macam nak tercabut urat perut. Penakut betul.

Kami spent 2 hari di USS. Walaupun ianya tak sebesar universal studio hollywood, letih lah jugak berjalan. Memang puas.... Puas berjalan kaki hehehee... Sumeyyah pulak asyik nak berdukung aje. Bergilir gilir lah antara Ummi dan Abah. Tempat macam ni memang kena bawak duit banyak. Macam macam yang bebudak ni nak beli. Botol air macam macam shape tu jadi kegemaran diorang. Bukannya murah. 1 Botol more than 15 SD!!! Semuanya nak. Itu pun tak cukup lagi. Macam-macam souvenir lain yang diorang mintak. Tapi we had to put a stop on them. Kalau tidak, every kind of souvenir diorang nak beli. Sangat-sangat membazir.

Makan kat dalam USS okay lah. Reasonable price. Of course lah mahal sikit dari luar. Nama pun theme park. So,in conclusion, kena spare duit lebih sikit kalau nak betul-betul enjoy dalam tu. Ramai orang bergambar dengan cartoon characters kat dalam tu. Kami pilih pilih aje. Cari yang tak ramai orang beratur. My kids tak kisah sangat sebab takde favorite character diorang pun. Kalau ada, harus diorang nak tunggu agaknya...

Oh ya, one more thing.. cable car. Quite interesting to view Sentosa and Faber Island from the sky. Six of us costs us SD100 over. Kami nampak ada satu rumah lama dalam hutan. It's a white bungalow, Tingkap semua terbuka. Nampak ada asap keluar dari situ macam orang masak. No access road. Ada tangga je kat luar untuk masuk situ. We called it rumah hantu... sebab macam takde orang duduk situ. hahahaa!!! suka hati mak nenek kami je panggil rumah hantu.


We are family!!

pumpkin, angel, jewel and pearl (suka hati ummi jeee....)


Okay lah that's about it pasal USS. Kalau ada soalan, boleh call 012 344 4299. Tolong jangan call nombor tu sebab tak tahu lah nombor sape tu... :P


Breakdance show..





Pizza gergasi... memang tak habis. Membazir!

Friday, December 21, 2012

Universal Studio Singapore?

Apa yang menariknya di sana kan? Yang Neeza dengar diorang cerita pasal rides.

Teringat lagi berbelas tahun yang lepas, Neeza pergi Universal Studio Hollywood di California. Masa tu tak tahu sangat pun pasal Universal Studio ni. Pergi pun ikut-ikut kawan. Masa tu remaja lagi. Masih belajar pun. Jalan pun sangat laju. Maklumlah, takde handbag extra nak kena bawak ;). From a place to another, kami berlari sebab nak kejar masa. Show ikut time. Kalau boleh nak masuk semua. 

Memang sangat happening kat situ. Neeza tak ingat yang kami ada naik rides. Ke.. masa tu rides takde pun. Banyak show. Masuk Jurassic park. Tengok camana diorang buat film dengan dinasour2 tu. Takdelah besar mana pun dinosour tu. Dalam tv nampak besar gila. Kami tengok cara diorang buat fire. Macam real!! The rest tak ingat sangat. Memory depleted huhuuu..



The question - is it gonna be the same? Of course lah tak kan sebab Hollywood tu besar...  Tapi kalau sama bagus lah ;)

Saturday, December 15, 2012

Khasiat, Kebaikan dan Kelebihan Habbatussauda @ Black Seed




Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan dikawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat mengenai kelebihan dan khasiat habbatus sauda ini.


Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan dan mempunyai banyak kelebihan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.




CIRI-CIRI UTAMA HABBATUSSAUDA

1. Nilai pemakanan dari Habbatus Sauda


Habbatus Sauda kaya dengan:


  • monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • polysaccharide
  • fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). 
  • EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.


2. Sistem imunisasi daripada Habbatus Sauda
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.


3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.


Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.


5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.


6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).


7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.




Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:

”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatussauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan.

Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:

1. Antiinflamasi, mengubati perih radang tenggorokan.
2. Antiarthritis, mengubati reumatik.
3. Analgesik, mengubati sakit gigi dan
4. Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
5. Antiseptik, mengubati bau mulut.
6. Antivirus, mengubati demam dan flu.
7. Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
8. Urinary tract , mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
9. Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
10. Gastrointestinal tract , mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
11. Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
12. Nematocidal, mengubati cacing pita.
13. Respiratory tract , mengubati sesak nafas (asma).

Sumber: http://djdanchef.blogspot.com


Sekiranya anda berminat untuk membeli minyak habbatussauda asli daripada Arab Saudi, sila email neeza_ramli@yahoo.com. Hanya pembeli yang serius akan dilayan.

Kebaikan dan kelebihan Saffron @ Za'faran




APAKAH ITU ZA’FARAN?

ZA’FARAN iaitu Saffron atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai ‘King of Spices’.

Stigma bunga Za’faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain.Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.

Za’faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagaiherbaajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

KHASIAT ZA’FARAN (Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)

” Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
” Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
” Sakit kepala atau migrane dan asma” Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
” Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
” Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
” Bengkak hati atau hipatitis A dan B
” Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
” Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
” Menambahkan tenaga zahir dan batin
” Masalah mati pucuk, sembelit
” Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
” Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
” Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
” Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
” Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
” Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
” Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya’ Allah

Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai ” King Of Spices “. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A’li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

Maksudnya:
“Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

KEISTIMEWAAN ZA’FARAN

ZA’FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.
ZA’FARAN banyak digunakan sebagai bahan perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi bermutu tinggi (Flavoured Tobacco), untuk industri pemakanan, pewarna dan lain-lain kegunaannya.

KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT ZA’FARAN

1. DARI SEGI PERUBATAN
Dios Cerides – seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA’FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.

Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA’FARANkayadengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA”FARAN dapat mengelakkan system pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994)
Di Eropah ZA’FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan. Kini ZA’FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan di mana warnya yang keemasan itu di manfaatkan.

Di Mesir, ZA’FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

” Membantu pencernaan makanan” Menghindarkan batuk dan radang paru-paru” Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam” Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi” Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut” Air anti spashodic
ZA’FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh ‘therapist’ dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:

” Melancarkan haid yang tidak menentu” Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin” Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala” Membantu menenangkan jiwa yang tertekan Di negara-negara Asia larutan ZA”FARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawatjerawatatau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar.

ZA’FARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat ‘filamen’ daripad ZA’FARAN tersebut ke dalam susu dan diminum.

2. UNTUK MASAKAN
ZA’FARAN telah menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa. Di India ZA’FARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam nasi, minuman dan pencuci mlut. Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZA’FARAN dan sejenis rempah (cardamurui) serta dihidangkan bersama ZA’FARAN.

Sirap yang menyegarkan juga di sediakan dengan ZA’FARAN. Di Sepanyol sejenis masakan yang menggunakan ZAA”FARAN ‘Spanish Cuisine’ sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah ‘Spanish cuisine’ tersebut.
Penggunaan meluas ZA’FARAN di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad)
Di Itali “Rissoho A La Milanese” adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan ‘Cake Za’faran’. Di Jepun penggunaan ZA”FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZA”FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut.

3. UNTUK MINYAK WANGI
Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil ‘ZA”FARAN ATTAR’ ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.

4. INDUSTRI TENUSU
ZA’FARAN telah memberikan warna yang cantik dan menyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan Za’faran juga digunakan dalam membuat ais krim.

5. TEMBAKAU BERPERISA
Kebanyakan di India di mana mereka menggunakan tembakau berperisa Za’faran yang dipanggil “Za’farn Zarda”. Ianya menjadi sungguh enak.

6. INDUSTRI MAKANAN
Telah digunakan secara meluas termasuk makanan yang telah diproses.

7. BAHAN PEWARNA
Catatan sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZA’FARAN yang keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain serta pakaian. Sehingga sekarang sami-sami buddha masih menggunakan ZA’FARAN sebagai bahan pewarna bagi kain selempang yang mereka gunakan serta di dalam lukisan-lukisan mereka.

8. POKOK ZA’FARAN
Za’faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm.sativa Khasiat ZafaranBunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian saintis membuktikan bahawa Za’faran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Za’faran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah, Za’faran adalah jawapannya. Bagi ibu-ibu mengandung Za’faran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za’faran mempunyai nilai perubatan. Za’faran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

9. KESESUAIAN FARMASIUTIKAL
Seperti lain-lain rempah, Za’faran juga terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari zaman dahulu dan daripada penyelidikan sains moden, dari segi kegunaannya di dalam ubatan tradisional dan herba. Kini, Za’faran juga digunakan dalam menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia. Kajian membuktikan bahawa Za’faran adalah bahan terpenting untuk ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi di dalam industri farmasiutikal.

Sumber: http://www.informasikini.com/khasiat-zafaran/


Sekiranya ada berminat untuk membeli saffron asli dari Iran, sila email neeza_ramli@yahoo.com. Hanya pembeli yang serius akan di layan.

Hanya Pada Mu...

Senyap sunyi pagi ni. Maklum lah weekend. Lepas Subuh, ramai yang opt untuk tidur semula dengan alasan, cuti... ni lah masanya nak tidur lama. Tapi mengikut satu study, kalau kita buat macam tu, kita akan merosakkan timing tidur pada hari-hari biasa. Nanti nak bangun pagi jadi malas walaupun pada hari bekerja. Our biological clock tak faham weekend. Yang dia faham, kalau semalam tidur lama, hari ni pun nak tidur lama jugak :).

Okay, itu bukan main topic Neeza hari ni. Sejak kebelakangan ni, Neeza rasakan something is not right somewhere. Ada sesuatu yang membuatkan Neeza tak berapa gembira. Ada insan yang buat sesuatu yang sedikit melukakan hati. Reason, Neeza tak tahu. Nak dengki? Takde apa yang perlu dengki pun. Sakit hati? Kenapa pulak sakit hati? Saja-saja? Mungkin lah. Itu lah jawapan terbaik. Tapi, pernah kah orang itu terfikir akibat dari perbuatan dia? Kalau dia terfikir, pastinya dia tak buat macam tu. Sedih jugak sebenarnya... Kalau difikirkan sangat jadi serabut. Walaupun begitu, ada juga cerita gembira yang lain dari cerita sedih tu. Cuma, sebagai manusia biasa, bila cerita duka ada, kita lebih memikirkan cerita duka tadi. Cerita gembira tu akan dilupakan sekejap.

Bila terjadi macam ni, baru lah ingatan kepada Allah tu lebih dari biasa. Neeza buat conclusion, semua ini datang dari Allah. Betul... tiada yang kebetulan. Tiada apa yang terjadi didunia ini tanpa izin dari Nya. Allah yang aturkan semuanya. Jadi, rasanya, tak perlulah Neeza terlalu emosi dalam memikirkan masalah yang sangat ringan tu. Teruskan berdoa dan berdoa. Allah sentiasa mendengar wahai Neeza. Semua masalah ini adalah ujian DariNya. Dia nak tengok Neeza kuat ataupun cepat melatah. Allah uji sebab Allah sayang. Kalau Allah tak sayang, pasti Allah biarkan Neeza hanyut dan lupakan Dia...

Anyway, berita gembira itu merupakan rezeki yang Allah bagi. Balance lah agaknya. Bila ada berita duka, berita gembira pun ada. Alhamdulillah... 



Indahnya ciptaan Tuhan.. Subhanallah!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin