Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, August 3, 2009

Seram sejuk...



Pagi ni badan rasa seram sejuk. Kepala pun rasa berat sikit. Semalam keluar rumah. The weather tak ngam dengan badan nih. Adehhh!! nampak sangat dah tua.. :). Neeza tak pergi hospital pun. Sebenarnya takut nak pergi hospital. Bukan takut doctor dan bukan takut ubat tapi takut pada orang-orang yang sama-sama pergi jumpa doctor tu. Time macam ni hospital biasanya penuh. Nak menunggu tu satu hal. Virus lain yang terawang-awangan tu hal lain pulak. Kalau boleh dielak, Neeza cuba elak lah daripada hospital buat masa ni.

Pagi-pagi lagi Sophea dah mintak "Ummi masak soup ABC ya...". Hehehee.. bukan lah soup Air Batu Campur tau. Dia mintak buatkan alphabet soup. Rasanya ibu-ibu dan bapak-bapak yang pernah masak tau kot apa maksud dia. Dia suka soup tu sebab rasanya ala ala chicken soup p1zza hut tu.

Sebelumnya, Neeza tanya the big boss, "nak masak apa yek hari ni?". Diam kejap. Then dia sambung, "patutlah orang f1lipino tu makan orang kan.. sebab dia dah jemu makan ikan, ayam dan daging. Nak makan bab1 takde pulak kat sini". Heheheh... kisah orang makan orang pun nak tulis gak tu. Tak nak elaborate lah. Memang ada pun kat sini walaupun itu kes terpencil. Orang yang buat kerja tu ada yang dah dipancung pun. Hukum hudud. Full stop. Kalau Neeza sambung cerita, takut Neeza menambah perisa pulak. Biarlah wartawan je yang bercerita :).

Okaylah, nak layan little one pulak. Take care everyone :).

Sunday, August 2, 2009

Uhuk! Uhuk!



Sekali sekala terdengar orang batuk sana sini dalam rumah ni. Sebelum ni takde pulak. Balik dari Malaysia baru ni, Alhamdulillah, semua sihat. Kalau tak, harus yang kena stranded di immigration ;).

Hari Rabu lepas, sand storm melanda Jubail. Tak teruk at first. The next day tu, cloudy habis. Visibility almost 30% kot (pepandai bagi percentage je nih). Lepas pada tu Neeza mula sakit tekak. Perit betul rasanya. Bila dah sakit tekak, batuk pun start. Flu sikit-sikit sampai hari ni. Yang paling sedih is the little one, Sumeyyah. Flu dia agak severe. Dah lah dia tak reti nak blow her nose, bila Neeza lap hidung dia guna tissue, dia jerit bagai nak rak. Kesian tapi kalau tak buat macam tu lagi kesian.

This morning, Coan pulak batuk. Hopefully setakat itu sajalah. Baru teringat, kami yang sakit ni mempunyai jenis darah yang sama. Ada kaitan ke? Entahlah.. Yupp.. I've been drinking lots of water. Pagi dah minum air madu campur sikit lemon. Shahmey pun minum sama. Lepas ni nak kena minum lagi lah. Semoga kami bertiga segera sembuh. Doakan kami ya. Thank you :).


Saturday, August 1, 2009

Belajar lagi



Setelah hampir 2 bulan Neeza bercuti dari belajar, Neeza dah pun lepas kelas pertama (orang lain dah lama dah belajar), Ahad lepas. Alhamdulillah. Tapi belajar kali ni bukan di tempat yang sama (Da'wah Centre). Da'wah Centre cuma akan dibuka selepas Eid. Mereka ni bulan puasa kena duduk rumah, masak banyak-banyak penuh meja untuk iftar. Jadi tak boleh lah ada aktiviti lain. Ops! Jangan percaya.. Mungkin tak semualah kot, tapi ramai saudi yang macam tu. Kalau tak mereka sendiri, maid mereka yang duduk di dapur seawal 11 pagi sampailah waktu berbuka.

Bulan puasa bagi masyarakat mereka ialah bulan berehat dan makan banyak masa berbuka (bukan sepatutnya bulan ibadah ke?). Neeza menulis ni berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang selalu dijemput berbuka rumah mereka dan juga pengalaman housemaid yang Neeza kenal. Memang itulah kerja mereka. Masak, masak dan masak lagi! Kadang-kadang tak cukup tidur sebab lepas tarawih, mereka ada aktiviti makan sampai 2 3 pagi. Lepas sahur mereka tidur tapi housemaid tak boleh lah tidur kan ;).

Ni nak cerita pasal orang saudi ke, pasal Neeza sambung belajar yek? Back to the topic. Guru baru Neeza ialah seorang warga Indonesia, isteri kepada Ustaz di Da'wah Centre lelaki. Setakat ni, jadualnya ialah seminggu sekali sahaja dan 3 jam sekali belajar (ye ke? almost lah kot). Memula hafazan (yuhuuu!! takleh lari tauuuuu. Alamak! Neeza belum hafaz suroh tu la). Lepas tu, belajar bahasa arab. Kami guna buku yang ditulis oleh seorang professor dari Islamic University of Madinah. Lain dari buku yang kami guna di Da'wah Centre An-nisa. Wordings nya ada yang sama, ada yang tak. Biasalah kan, belajar bahasa yang sama. Selain itu, ustazah juga bagi tazkirah. Last Sunday, Tauheed. Neeza dah belajar topic tu tapi in English. Ustazah ajar dalam bahasa Indonesia. Best sikit rasanya hehee..

Salah seorang ustazah Neeza pernah cakap, menuntut ilmu biarlah berterusan. Lebih banyak cikgu lebih baik. Dia pernah belajar dengan 7 orang guru (sheikh) tentang subjek yang sama (Fiqh). Wow!!! respectlah dia kan. Semoga Neeza juga diberi kesempatan begitu olehNya. InsyaAllah...

Malam ni, kelas kedua untuk Neeza. Lokasi belajar ialah dirumah pelajar sendiri. Ikut turn ke? Kena tanya class rep ni ;). Lepas maghrib, zauji masing-masing kenalah hantar zaujati terchenta huhuu.. Semoga che' abang yang menghantar zaujati masing-masing tu dikurniakan pahala yang besar oleh Allah. Amin.

Friday, July 31, 2009

Ramblings


Kadang-kadang tangan menulis (menaip) apa yang terlintas dalam minda tapi hati kata jangannnnn!!!! Tangan ni memang tak dengar kata sebab dia memang selalu tak geng dengan hati. Ada benda yang tak sepatutnya diluahkan tapi dah pun terluah. Kalau setakat tulis kat personal diary takpe lagi. Kalau tulis kat blog, ramaaaaiiii yang baca. Nak delete tak best lah pulak. Jadi, entry itu terpaksa di save as draft. Full stop. Tak nak cerita lagi.

Hari ni hari Jumaat dan juga 2nd day of our weekend. Tapi, ada orang kena kerja. Pagi-pagi buta lagi colleague kawan tu yang sepatutnya on stand by mintak tolong orang tu ganti dia. To cut it short, orang tu sekarang ada kat tempat kerja. Kesian pulak dia takleh tidur berlama-lamaan on weekend hehehe..

Cuti sekolah tinggal lagi 22 hari lagi. On the 22nd August, anak-anak dah masuk sekolah semula. InsyaAllah, 22nd August tu jugak ialah the 1st day of Ramadhan. Harap-harap anak-anak Neeza dapatlah bertahan berpuasa. Banyak dugaan untuk diorang sebab kawan-kawan diorang ni ramai yang tak puasa (bukan agama Islam).

Pindah rumah? Hmmm.. gelap gambo lagi (belum nampak bayang rumah pun lagi). Semoga kami dapat lah rumah yang sesuai dan memuaskan hati semua ahli keluarga kami dalam masa terdekat ni. Ameen....

Wednesday, July 29, 2009

Break for award ceremony ;)


Cerita cuti di Malaysia ada lagi sikit lagi rasanya tapi kita break lah kejap sebab Neeza nak buat acara penerimaan award dari Madam Purpleheart kejap. Lama dah dia bagi tapi masa acara tu dibuat, Neeza sedang coti coti Mesia!

Dengan ini, Neeza terima lah 2 award comel dari Madam Purpleheart ya. Time kasih daun keladi. Kalau ada lagi, bagi lah lagi :)







Blog Neeza biasa-biasa aje lah Madam Purpleheart. Tak layak terima award ni pun sebenarnya. Tapi, since orang dah bagi, kita kena ambik kan. Kalau tidak orang kata tak sudi. Neeza.... memang sudi.. hehehe.. Terima kasih once again :).

Brrrrrr....



Something is not right with the AC in the room. I feel really cold. Kalau pergi bilik budak-budak ni, tak lah sejuk sangat. Hang on. Kalau masuk TV room sejuk jugak. Tapi, orang lain rasa gitu jugak ke? The big boss takde pulak complain cam tu. Sophea did. Dia pun heran, bilik Ummi ni sejuk la. Punyalah panas kering kat luar tu, pagi tadi I could put a sweater on. Sabar aje lah... Kalau off AC, panas tahap gaban lah pulokkkk!

Rasanya I just put low cool at the minimal level. Kenapa sejuk sangat ya? Something wrong with me??? Tapi kan, siang-siang aje macam ni. Malam tak lah pulak. Agaknya siang-siang ada hantu sejuk tak? Hahahaha!!!!

Tuesday, July 28, 2009

Kota Tinggi Waterfall Resort


Kalau bab mandi-manda di luar, Neeza pilih waterfall atau sungai. Neeza tak suka pantai sebab airnya masin, melekit bila kering. Lepas tu, bila naik dari laut tu, kaki pijak pasir, penuh lah kaki berpasir. Kalau ada air nak cuci senang. Kalau takde, haru jugak.

Baru-baru ni, semasa Neeza ke Kota Tinggi, kami berpicnic di Kota Tinggi Waterfall Resort. First time datang situ. sebelum masuk ke area waterfall, kami menikmati suasana kehijauan pokok-pokok getah dan kelapa sawit. Ada jugak pokok-pokok buah rambutan. Mak oii!!! banyaknya buah. Kalau pokok sendiri, dah lama dah Neeza panjat. Since itu pokok orang, tengok aje lah..

Memula, acara makan. Ma masak mee goreng sebagai bekal. Then Lin, adik ipar Neeza ada bawak roti krim. Kalau kat rumah tak laku pun. Tapi bila picnic, semuanya laku. Ada jugak lemang and rendang yang kami bawa dari Kemaman, hari sebelumnya. Kami makan kenyang sebelum berendam. Cantik waterfall ni. Ada jugak di touch up sikit untuk kemudahan pengunjung. Nak masuk kena bayar. Kalau tak kena bayar, sure sarat waterfall tu rasanya. Ada juga chalet bagi yang nak menginap. Overall, memang puas hati lahh kami. Sapaikan Sumeyyah yang kecik tu pun mandi sama. Tak nangis langsung walaupun air tu sejuk jugak rasaya.

Kami bergegas untuk balik sebab ada orang tunggu di rumah adik Neeza. Malangnya, bila kami dah siap nak balik, orang yang tunggu kat rumah dah pun pergi. Nak sambung mandi dah takde feel sebab float semua dah return. Baju pun dah tukar. Malas lah nak tukar semula. Anyway, we enjoyed the time there. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, kami akan kesana lagi.






















Monday, July 27, 2009

Jumpa kawan-kawan


Salah satu aktiviti yang memang Neeza nak buat tapi tak berkesempatan untuk buat semua ialah jumpa kawan-kawan. Bila sebut kawan-kawan sekarang ni, ada 2 makna - kawan dunia realiti dan alam maya. Tapi, kawan di alam maya ni bila dah jumpa, makanya akan berubah title menjadi kawan dunia realiti lah pulak :).

Ramai yang Neeza nak jumpa tapi tak dapat uhuks. InsyaAllah, di lain hari dan kesempatan, kita berjumpa ya.




















Sengaja Neeza tak tulis dari siapa hadiah-hadiah berkenaan demi untuk menjaga hati pelbagai pihak :). Ada lagi hadiah tapi tak sempat nak snap gambar-gambarnya.. Anyway, perlu juga diingatkan, Neeza bukan berjumpa kawan-kawan untuk mendapatkan hadiah. Tidak sama sekali. Sesungguhnya persahabatan itu bukanlah dinilai daripada hadiah-hadiah tapi dari ketulusan hati dan jiwa kita. Semua setuju kan :).

Saturday, July 25, 2009

Mereka yang istimewa


Seperti yang ada Neeza cerita dalam entry yang lepas, salah satu acara makan ialah meraikan anak-anak OKU. Ma memang selalu buat makan-makan untuk mereka ni. Cuma Neeza yang tak berkesempatan nak join sebab Neeza takde di kampung. Hari tu memang Neeza teruja sangat tengok kawan-kawan adik Neeza di sekolah istimewa tu. Macam-macam telatah mereka. Yang kesiannya, ada yang tak boleh berjalan. Ada yang tak boleh bercakap. Yang down syndrome paling ramai dan perangai mereka sama lah macam adik Neeza. Cuma satu saja, mereka jujur dan hati mereka ikhlas. Bahagianya mereka dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat kan...

Mereka penuh dengan kasih sayang. Keesokan harinya, adik Neeza dan kawan-kawan mereka ada jamuan harijadi dekat swimming pool Bukit Mentok (Kak Rina mesti tahu tempat ni heheh..). Neeza dan Ma pergi ke sana untuk jemput adik Neeza balik. Ada 2 orang antara mereka yang dah agak berumur (dalam linkungan 30an) bagi belon pada anak-anak Neeza walaupun anak-anak Neeza tak mintak pun. Langsung tak tahu erti kedekut mereka ni.

Bila tengok mereka yang berhati tulus ni, Neeza rasa sedih sebab ramai antara kita yang berakal dan boleh berfikir dengan waras tapi mempunyai hati yang tak baik dan busuk macam bangkai. Bagus juga kan kalau kita boleh jadi macam mereka. Sentiasa bahagia sebab takde masalah yang perlu difikirkan...








Thursday, July 23, 2009

Great feast to remember


*Phew*

It took me quite a while to update on my vacation back home. Many things crowded my mind. Not to mention the housechores synically waits for me. Okay lah kain baju sebakul.. kejap lagi lah saya lipat awak.. nak rehat kejap nih.. hehehh..

It had been 3 vacations back home so far and my kind of entries were abut the same for the first 2. I think I wanna do something different for this one. I'm not gonna write them in chronological order. Instead, I'm gonna highlight things that I found interesting. Oh well, I like to be different, sometimes and in inexpensive ways :).

Tipu lah if I would say, I don't miss food back home. Though, I could eat the same kind of food, they are not the same. Eating a 4 kilo for RM10 mangoesteen is not the same as eating 4 pieces (biji) for SR10 right! Malaysian tomyam is so very different from thai ala-ala saudi kind of tomyam. Ikan masak 3 rasa?? Wow!!! I miss home.. uhuksss...

Indeed, I enjoyed eating so much, especially the local fruits that are seasonal - Durian, rambutan, pulasan, mangoesteen and the list goes on. I didn't care about people's reminder - "jangan banyak makan durian... panas nanti menyusu anak..". Hehee.. being a quite a hard head person, do I care? Nope!! Alhamdulillah, my 2 breastfeeding babies didn't show any problem about that. In fact, Shahmey has started eating durian!! hehee.. like mother like son kan.. :)

Panjang sangat cerita pun bosan jugak. Jom layan gambar-gambar yang menggiurkan huhuuu...


Majlis aqiqah ini diadakan di rumah Mak mertua Neeza di Tg. Sepat. Lauk utama sudah tentunya kambing masak errr.. kari lah kalau tak silap hehe.. Ada ikan tenggiri masak berlada dan sate kambing goreng. Dessert pulak ialah roti jala bersama serawa durian. Yummy!!


Durian besar gedabak bersama-sama durian-durian sederhana yang sedap dan lazat. Semua isi durian kuning. Durian-durian ini datangnya dari Kuala Kubu Bharu.


Lazat, garing dan berempah ayamnya. Ada pulak sambal belacan. Fooh!!! Memang sedap. Siap ada labu sayung disetiap meja. Trademark gerai ni agaknya. Kalau tak nak order air, boleh minum je air masak dalam labu sayung tu heheh...


Jamuan makan meraikan anak-anak kelainan upaya (dari umur 5 tahun hingga 38 tahun). Menarik tengok telatah diorang. Adik Neeza yang bongsu juga salah seorang dari mereka. Mereka memang istimewa. Neeza tanya jejaka OKU yang berumur 38 tahun tentang ketupat yang dia makan - "Sedap tak?" Dia kata, "Tak sedap! tawor!" Hahaha!!! Jangan ingat mereka takde taste tau.. Makanan yang terhidang di meja ialah Nasi Dagang (tempah), Mee Goreng (Ma yang goreng), Ketupat pulut (tempah), Cheesecake (buat sendiri), Karipap dan Temosa (tempah), nasi impit dan kuah kacang (buat sendiri) dan ada beberapa kuih lagi.


Kami ke Kota Tinggi untuk ziarah adik dan adik ipar Neeza yang baru ditugaskan di sana. Bandar Kota Tinggi tak lah besar sangat. Jadi kedai makan pun boleh bilang dengan jari je.. eh! ye ke? Jangan marah ya orang Kota Tinggi.. hehehh.. Restorang ni ialah the only seafood restaurant di Kota Tinggi. Neeza tak pasti nama dia macam tu ke bukan. Lupa nak tengok nama kedai tapi restorang ni dimiliki oleh cina mualaf. Semua ahli keluarganya bernama Ong.


Lepas bershopping di Sogok, kami singgah makan di sini. Tapi tak semua ahli keluarga ada. Cuma orang-orang yang bershopping saja makan. Orang-orang yang tak bershopping dah makan di tempat penginapan selepas sakan berendam ;).



Last sekali, kami beramai-ramai makan disini!! Kedai makan ni dah berpuluh tahun bertapak di Kg Baru ni. Owner asal ialah kakak kepada Ayah Neeza. Masa zaman bujangnya, Ayah Neeza pun pernah membantu di sini. Tapi sekarang, Makcik Neeza dah tiada lagi. Anaknya yang meneruskan perniagaan di sini. Neeza suka food disini sebab memang kena dengan selera tekak Neeza... Kalu nok tera pelabagi ulae cicoh budu, ggi lah makae ssitu huhuuu...

Sekian laporan kali ini. Salam....

Tuesday, July 21, 2009

Boleh kurus ni

Hari ni dah masuk hari ke 4 kami berada di Saudi. Rutin Neeza dah berubah semenjak balik ni. Bibik takde lagi. Ada 3 option - ambik bibik lama, ambik bibik baru, tak yan bibik. Last option tu macam best sebab dapat jimat duit. First option entahlah, not so keen. 2nd option memang tak difikirkan pun. Saja je berangan sebab banyak benda yang Neeza realize tentang 1st option yang buatkan Neeza rasa takde bibik lagi baik. Pening? Takpelah. Blog Neeza, jadi Neeza je lah yang lebih faham. Hahaha!!! eksen lah pulak kan..

Dengan 4 anak yang sedang membesar, rasa macam nak fengsan aje. Dari pagi non-stop buat kerja. Ini dapat duduk tulis entry pun sebab Neeza buat kerja yang memang kena duduk.

Anak-anak tak school term lagi jadi mereka sentiasa lapar. Jadi, kena selalu sediakan food. Tak kisahlah food yang kena masak ataupun instant. Janji ada makan. 2 anak breastfeed. Gilir-gilir ambik turn. Sabar je lah. Rasa-rasanya, kalau sebulan macam ni, boleh kurus kot ya Neeza ni.. hehehehh...

Sunday, July 19, 2009

The longest journey ever


We're back to our nest. We reached home at 3am on 18 July. It is good to be home but it was also good to get chances eating various kinds of local fruits. Arrghh!!! I missed them. I missed durian, rambutan, pulasan and mangoesteen. Not to forget cempedak. Dapat makan 2 ulas je hari tu. Tak puas.. *sigh*

The journey home was quite a horrible one though. Alhamdulillah, we arrived home safe and sound. Let me put it as - things happen for reasons or at least a reason (back to the fitrah).

I can't do much of blogging as the house or rather the kids need me more than everything else. I may bloghop when the time allows like when I'm doing something that require me to sit down (read: breastfeeding for example heheh..)

Thank you to all friends who have left comments on my previous entries. I'm not able to reply those comments yet. I'm so really sorry. I'm sorry too for not being able to meet those friends whom I planned to meet. Kind of frustrated indeed. But, having too little time with too many things to be done, usually will give that kind of expected outcome :). I hope my dear friends would understand. InsyaAllah, next time ya...


Nine / sembilan / Tis'ah



18 Julai 2000 dia lahir
18 Julai 2009 - sembilan tahun umurnya

Semoga Kakak membesar sebagai seorang anak yang solehah
Ummi dan Abah doakan kebahagian da kejayaan dunia dan akhirat bakal menjadi milik Kakak, Ameen...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin