Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, April 29, 2009

Mendidik vs Mengerdik


Parents A

90+80+55 = berapa?

215.

Okay. Hmm.. kurang tepat tu. Sikit lagi nak betul. Cuba kira sekali lagi. Tulis balik, 90 plus 80 plus 55. Kira perlahan-lahan. Tak perlu kelam kabut. Kalau kelam kabut, senang untuk kita buat careless mistake.


***********************************

Parents B

90+80+55 = berapa?

215.

Hah?? 215??!!! Mengira pun tak pandai ke? Soalan senang macam ni pun tak reti ke? Jangan main hentam aje. Asyik buat careless mistake aje. Bukan tu jawapan dia. Kalau benda senang macam ni pun salah, macam mana nak buat soalan lain yang lebih susah? Macam mana belajar macam ni? Tak reti reti lagi ke??


***********************************

Mendidik atau mengherdik? Kalau kita belajar, kita suka cara Parents A ataupun Parents B? Bagi Neeza, bohong lah kalau kata, Neeza suka cara Parents B. Kalau Neeza lah yang jadi anak tu. Dengan cara Neeza yang cepat merajuk tak suka kena herdik macam tu, tak mungkin Neeza akan belajar dengan tenang kalau di ajar oleh Parents B.

Ada yang kata, dulu-dulu, mak ayah saya ajar saya dengan cara macam tu lah. Dulu-dulu? Banyak kita dengar, zaman dulu, mak ayah sangat lah bengkengnya (garang). Tapi, applicable ke cara didikan zaman dulu dengan zaman sekarang? Dulu takde computer, takde video games, takde handphone, takde internet. Anak-anak susah nak berjumpa dan bercerita "mak aku pukul aku sebab tak dapat jawab soalan Math". Kalau berjumpa pun hanyalah untuk main masak-masak, tembak burung, lastik cicak atau terjun sungai. Lepas tu, bila dah balik rumah, no more friends. Cuma parents dan adik-adik.

Zaman sekarang, boleh dikatakan anak-anak bebas bersama kawan-kawan selama 24 jam. Mungkin bukan secara fizikal. Mereka boleh sms, hantar email, chatting atau paling kuno pun, snail mail tu lah. Banyak benda mereka berkongsi dan bercerita. Mereka terdedah dengan pelbagai informasi dari luar rumah - mengenai penduduk setempat mahupun luar negara.

Mereka nampak ada parents yang mendidik anak dengan penuh hemah dan ada parents yang tidak. Macam yang Neeza kata, Neeza suka cara parents A. Terasa kasih sayang disitu. Kalau parents B, rasa seperti singa nak telan orang.

Besides bla bla bla kat atas tu, Neeza akui, Neeza selalu terlepas pandang benda ni. Bila bercakap pasal anak-anak kita, kita tak sedar pun yang kita pun ada 'berperangai' macam parents B. Neeza tak cakap pasal orang lain sebab Neeza tak nampak dan tak tahu. I am talking about myself. Tanpa malu, Neeza akui, sometimes, or many times, I reacted like the Parents B. Rasanya, sebab Neeza tahu my kids is under my control. Macam dictator yang bebas mencengkam orang-orang dibawahnya. Kita berkuasa (padahal Allah lah yang berkuasa sebenarnya..). Yes, I should and have to change. I should be more patient in dealing with my kids. Let us all change ourselves for the benefit of our kids. Our own flesh and blood. Insyaallah. Ameen...

Tuesday, April 28, 2009

Ketagih dahhh!!

gambar pinjam pakcik g00gle

Oooppsss!!! bukan ketagih macam gambor kat atas tu ya. Ni lain punya ketagih. Mungkin lagi teruk kot ;).

Lepas Kakak ni cerita pasal "Little Nyonya" , Neeza menjadi sangatlah ketagih. Baru sehari saja tapi rasanya muka macam dah kena gam pada monitor laptop tu. Adehhh!! Sangat bahaya. Dah lah masa tak banyak mana sampaikan nak visit blog kawan-kawan pun tak complete banyak kerja tertangguh (wonder pulak, kerja apa lah tu yek.. hmmm..).

Dulu, Neeza memang sangat suka dengan telenovela cina, korean, hong kong, venezuela, mexico dan yang sewaktu dengannya. Kalau balik kerja, pukul 6.00 petang, orang lain tak leh pegang remote tv. Lepas ada astro, lagi lah pulak. Jam 9.00 malam, jam 11 malam.. eh banyak la. Kalau tak kerja, memang menghadap tv je lah kerja.. hehee.. ehemm.. sesambil masak, susukan anak, membasuh la ye. Bukan lah tak buat semua tu (nak kena cerita jugak ke hahahha!!!).

Hari ni nak cari lagi sambungan cerita semalam. Semalam start dengan episod 26 sampai 29.

Monday, April 27, 2009

Hari ini dia 27 tahun :)


Hari ni umurnya genap 27 tahun. Dia anak ke 4, En. Ramli dan Puan Normah. Dia adik ke 3, Puan Neeza. Ada orang pernah tengok gambar Neeza masa kecil (masa tu Neeza pakai gaun). Orang tu boleh kata "eh! kenapa Fairuz pakai gaun?" hahahah!!! Ya, wajah kami agak mirip tapi jantina berbeza :P.

Dia telah hampir setahun bergelar suami kepada Cikgu Lin (Kota Tinggi). Sesuailah tu kan.. polis + cikgu = pocik!! hehehe.. Kalau ada rezeki, dia akan menjadi bapa pula tak lama lagi, Insyaallah...

Semoga panjang umur adikku dan dilimpahi rahmat olehNya. Semoga berbahagia selalu. Walaupun kakok pernoh secara tidak sengaja menjatuhkan abang dalam longkang masa kita duduk Gombak dulu, abang tetap adik kakok yang kakok sayang. Berhati-hati didalam kerjaya tu ya. Ikhlaskan diri kerana Allah. Carilah rezeki yang halal. Ingatlah adikku, rezeki datang dari Allah bukan dari manusia.







Sunday, April 26, 2009

My 'eyes' broken.. ouch! :(

Yesterday, a very sad incident happened. As soon as I stepped into the room, everyone looked at me in the eyes. I looked at everyone back. Why? What happened? He showed me something. My 'eyes' was on the printer and it was broken! Uwwaaaa!!! Who did it? Patah! Shahmey said. He was the one, indeed. The son of Encik Shahril and Puan Neeza did it. Shahmey!!!! Geramnya Ummi dengan Shahmey!!. I've no more 'eyes'. I didn't wear my contact lense often as it could easily dry off especially with this kind of weather. Now my 'eyes' broken. Will I be 'eyesless'?? heheee..

We went to the optometrist. A huge place with so little items were on display cabinet. What a waste of space.. huh! Look around for the frame. Then, did my eyes inspection. I suspected the power changed. I was right. My left eyes, increase another 25 and has got astigmatisme. (According to Thinkexist.com, Astigmatism is vvvvvvvvvvcc5defect of the eye or of a lens, in consequence of which the rays derived from one point are not brought to a single focal point, thus causing imperfect images or indistinctness of vision).

My broken 'eyes' was more than 3 years of age. I guess its about time to change for a new one. The screw loosed for many many times. If it wasn't broken, I may still use the handicapped (since the power is lesser than it should be) glasses. A blessing in disguise - with 2 valid reasons (to comfort the heart of the person who had made the 'sacrifice', yesterday *wink*. Thanks dear.).

Since my new 'eyes' will only be available in 4 days, I need to use this fake sticky eyes. Now, I feel sleepy already. Told you. Easily dry, less oxygen for my eyes and I will be sleepy all the time. Time to sleep. Bye! *shut down computer*




MY BROKEN 'EYES' UWWAAAA!!!!! :P





HE DID IT!!!

Saturday, April 25, 2009

SAHM ;)




Setelah sekian lama dinding toilet tak disental, hari ni ianya disental. Baru lah segar sikit mata memandang. Kalau Neeza yang cuci, Neeza biasa guna scrubber hijau yang orang guna untuk cuci periuk tu. Memang benda tu nipis. Tapi sangat berkesan untuk Neeza. Letak saja tile washer. Biarkan sekejap and mulalah menyental.

Eheeemmm!!! Itu masa Neeza rajin lah ya puan puan tuan tuan.. ;). Kalau malas, agak lambat sikit lah sesi menyental tu. Mood rajin tu bukan selalu datang. Bila Vitamin R tu banyak, Neeza akan bertapa lama dalam toilet. Buat masa sekarang ni, tak boleh lah lama sangat di toilet. Nanti baby uweekkk!! (tu bunyi nangis, bukan muntah tauuu), kelam kabut nak keluar toilet.

Hari ni bukan Neeza yang menyental. Orang lain buat. Terima kasih ya orang itu. Jangan lah pulak awak lari macam orang yang memula dulu bila saya suruh sental dinding sampai bersih. Hahaha!!! demanding nya lah saya ni ya.. ;).

Hari ni Neeza tak sekolah. Cuti untuk seminggu. Bila sekolah government cuti, kami pun cuti jugak lah. Best jugak cuti sekali sekala. Tak payah lah kena tunggu bas dan akhirnya habis tudung dan abayat bau asap bas bila sampai rumah (ni kes, bas bas yang ambik students suka hidupkan engine awal-awal. Sebelum kami nak naik bas, asap exhaust tu merata-rata perginya. Hilang habis bau CK1 segar bugar di pagi hari tu.).

Alamak! Bau apa pulak yang tak best ni? Ish.. baju bau sambal lah pulak hehehe.. Saja je nak cerita yang Neeza buat sambal ikan bilis tadi. Menu for today ialah nasi lemak takde daun pisang huhuhuuu!!! Takpelah, takde daun pisang, daun pandan jadi lah kan. (uish!! habis semua nak cerita kat orang buat apa hari-hari, makan apa hari-hari.. biarlah.. this is my life.. kalau tak suka, jangan baca. Tulis aje kat blog sendiri yang tak pernah ada visitors tu hahaha!!! Nyebok je baca blog orang. Dah tu, pergi jauh jauh... shooh! shooh!)

SAHM - Stay at Home Mom ---> sangatlah best!!! heheee..


Friday, April 24, 2009

Games anak-anak dolu dolu.. ;)


Mak saya pergi pasar,
Dia beli baju baru,
Awak suka warna aaaaape?

Biru!

B.I.R.U
Biru!

************************

Con Con codak
Semayam jambu jambu
Dimana pergi budak
mengambil air selabu
Rak! rak! Rummmmmmm!!!!

***********************

Tepuk amai amai belalang kupu kupu
Tepuk biar ramai emak upah susu
susu lemak manis santan kelapa muda
Adik jangan nanis emak nak buat kerja

***********************

Dimalam sepi pi! pi!
Pak Mat jual topi pi! pi!
Topinya koyak yak! yak!
Pak Mat jual tempoyak! yak!
Tempoyaknya basi si! si!
Pak Mat jual nasi si! si!
Nasinya enak nak! nak!
Pak Mat jual anak nak! nak!

(apa lah Pak Mat.. tak senonoh betul.. dah jual nasi yang enak, dia pergi jual anak pulak ish ish.. nak kena Pak Mat nih.... kehkehhh..)

*******************************************************

Teringat lah pulak game zaman Neeza kecik-kecik ni (psssttt.. sekarang pun main lagi tau!). Lagu atau benda apa sajalah benda diatas tu dipanggil memang sampai sekarang ada lagi kedengaran di sana sini. Neeza tak kisah orang kata kolot. Biar saja lah. At least, budak budak tak payah keluar rumah untuk main macam tu. Tak payah masuk parit cari berudu (cam familiar je nih..), tak payah loncat-loncat dan tak payah panjat pokok sampai kena gigit kerengga.

Yang first tu, rasanya ramai yang tahu. Letak tangan kat bawah dan kira. Bila kiraan terkena pada dia, tutup satu jari sampailah habis jari tertutup. Yang 2nd tu, sesuai untuk anak-anak kecil sebab anak-anak tu kena duduk di betis (nak explain pun tak reti.. ish..) dan yang menyanyi tu baring. Kaki kita perlu di naik turunkan. Bagus jugak untuk exercise lutut dan kaki sebenarnya hehee.. Yang 3rd tu, dah popular sangat. Nak latih anak-anak tepuk tangan hehee.. Yang 4th tu, biasalah kan. Tepuk tepuk tangan jugak tapi berdua. In a way, game yang ni menggalakkan anak-anak belajar rhyming words. Mungkin satu hari, boleh tukar kepada English ataupun Bahasa Cina kan.

Tanpa kita sedar, ada kebaikan yang boleh didapati daripada games tu. Cumanya, bila games tu bertambah hangat (contohnya, bila anak tu suruh kita main con con codak berkali kali), mungkin akan rasa nak pengsan lah orang yang terpaksa menaik turunkan kaki tu. Letih woooo... Tapi anak-anak suka lah sangat sebab macam main jongkang jongket gitu.

Dibawah ni video lama sangat. Masa Shahmey kecil and tak sampai setahun lagi pun. Dia baru pandai berdiri. Untuk biarkan dia berdiri lama, Ummi pun cari lah idea supaya dia excited untuk berdiri. Enjoy!

Thursday, April 23, 2009

Make up ke, make down? ;)



Dulu, masa muda-muda (sudah tua kah diriku ini??), Neeza selalu apply make up di muka. Paling tidak pun lipstick. Nampak cantik bila bibir merah bak delima gitu (mind you, ada delima color pucat tauuuu). Tujuannya adalah untuk nampak cantik lah! Nak berseri la kununnnn.. Bila dah pandai sikit, tambah lagi bedak. Lepas tu, tambah eye shadow and eye liner. Dah pandai sikit, blusher. Terer lagi, tambah mascara. Foundation jarang sangat pakai sebab rasa melekit heheh.. (sebenarnya tak cukup sabar nak menenyeh benda tu kat kulit). Itu dulu la.. masa tengah rajin membeli dan excited bermake up.

Sampai satu masa, lepas satu, satu kurang. Last-last lipstick aje. Bila tak pakai lipstick, muka nampak pucat sangat. Macam hantu jerangkung pun ada kadang-kadang. Bila sampai di Saudi, slowly Neeza reducekan. Reason? Partly it was due to some people kat sini yang kalau pandang pompuan macam nak terjojol bijik mata. Lama-lama langsung tak pakai lagi. Bila lama tak pakai lipstick, nampak color bibir Neeza back to normal (tapi tak lah macam baru lahir tuuuu.. melampau lah sangat heheh..). No more jerangkung lah at least.

Semalam, nampak sorang kawan ni. Biasanya dia tak pakai make up. Tapi, for yesterday (ada something went on kat sekolah kami) dia put on make up. A few of us commented, dia nampak older than her age. Bila Neeza tengok, haah.. betul lah. Bila penuh make up, dia nampak tua. Without make up, dia sangat lah baby face. Comel aje. Tapi, no doubt, ada yang nampak sangat cantik bila apply make up. Nampak berseri. Cuma, tak leh lebih sangat la kot. Nanti orang ingat clown tersalah circus pulak hehee..




psstttt... what happened to all my lipsticks? Tanyalah anak dara number 2. Habis dah pun dia tenyeh kat mulut dia..

Wednesday, April 22, 2009

Dimanakah hati mereka?



Pagi ni, Neeza baca satu email dari seorang kawan. Ada diforwardkan cerita tentang seorang ibu yang mendukung anak (lingkungan umur 1-2 tahun) yang sedang tidur dipangkuannya, berdiri di dalam commuter. Tiada seorang pun offer tempat duduk untuknya. Bayangkan dia mendukung anak yang sedang tidur dan kena berdiri pulak tu. Dekat-dekat dia, selamba aje orang lain duduk buat tak nampak. Bangsa mereka yang duduk tu sama lah dengan bangsa Neeza sendiri. Bila kita kata bangsa M tu selfish, ada orang marah kan. Tapi memang tak semua pun. Segelintir sajalah.

Gambar itu di snap oleh seseorang yang sama-sama berdiri dalam commuter tu. Tak lama lepas orang tu snap gambar, baru lah seorang perempuan bangun bagi duduk pada perempuan tu. Mungkin dia perasan ada orang ambil gambar kot. Tapi, kenapa bila orang dah ambil gambar baru nak offer seat kan. Punyalah lama perempuan yang dukung anak tu berdiri.

Kalau kita yang berada di tempat perempuan tu, macam mana lah keadaannya kan. Neeza pernah dukung anak dan memang sakit pinggang. Itu sekejap. Kalau kena dukung sambil menahan diri daripada tak jatuh (dalam commuter kan), lagi lah susah.

Dimanakah pergi nilai-nilai murni orang M ni ya? Neeza tak nak cakap malaysia sebab rata-rata yang Neeza tengok bangsa sendiri yang berperangai macam tu. Biarlah. Orang nak marah, marah lah. Betul, tak semua yang berperangai macam tu. Tapi, kebanyakan yang berperangai macam tu ialah bangsa M tu lah. Mungkin hati-hati mereka yang duduk tu dah kebal agakya. Dah tak kisah dengan orang susah. Takpelah kan. Tak jadi kat diri sendiri lagi. Esok-esok kalau kena kat diri sendiri, ingatlah balik kot, dulu dia sendiri pun tak pernah kisahkan orang yang susah tu.

Neeza letak gambar kat sini. Kalau sesiapa yang baca blog ni and happen to be dialah yang duduk kat situ, anda fikirlah sendiri. Wajar kah tindakan anda tu. Mungkin anda kata anda pun bayar tiket komuter. Betul tu. Tapi, dimanakah rasa belas kasihan anda diletakkan? Mungkin dalam tong sampah lah kot. Sebab tu anda dengan selamba tak kisah pun tengok perempuan mendukung anda berdiri dalam komuter kan. Remember, what we give, we will get back, be it good or bad. Wallahu'alam...

Tuesday, April 21, 2009

Muka kita berubah 7 kali?


Masa Neeza lahirkan Sumeyyah, ada orang kata, muka Sumeyyah ikut muka Sophea. Ada yang kata ikut muka Coan. Ada yang kata ikut Shahmey. Tapi, as days went by, muka dia berubah. Hari ni lain, esok lain. Lusa lagi lain. Rasanya, kalau Neeza tak tengok anak Neeza untuk tempoh sebulan, mungkin boleh tertukar anak.. hehehe.. anyways, mother instinct still akan buatkan a mother can recognize her daugther. Rasanya.. sebab so far tak pernah lah lagi tak jumpa anak untuk tempoh lama gitu.

Bila Neeza tengok gambar-gambar Shahmey, memang nampak kelainannya. Shahmey lahir kulit merah putih. Lama-lama jadi gelap hehee.. Lepas tu, macam sekarang lah dia. Sumeyyah tak tahu lagi sebab still kecil. baru 3 bulan lebih. Tapi nampak lah beza muka dia tu.

Ada orang kata, muka kita berubah 7 kali dalam hidup. Mungkin masa kecik lah kot. Masa besar dah tak berubah. Kalau berubah masa besar, ada yang tak perasan orang itu ialah wife/husband dia. Tak ke haru tuuu.. hehehe..

Betul ke muka kita berubah ye? Jom tengok muka Sumeyyah.. gambar atas ialah recent picture of hers. Bawah sekali is a picture on the day she was born.










Monday, April 20, 2009

Kacang Soya


Hari ini hari yang tak berapa best. Mood tak best. Kepala tak best. Tekak pun tak best. Bila banyak benda tak best, tuan blog selalunya meng00gle maklumat berguna. Nak tidur pun tak larat jugak. Nanti jadi dugong lemah badan kalau asyik tidur aje.

Since semenjak dua menjak ni, Neeza selalu makan makanan berasaskan soya, nak lah jugak tahu kebaikan soya yang Neeza mungkin tahu tapi tak berapa betul kot. Maklumat dibawah di pinjam dari sini. Terima kasih diatas maklumat tersebut. Sama ada maklumat dibawah ini sahih satu tak, Neeza pun tak pasti. Mungkin ada yang betul kan. Walau bagaimanapun, sesuatu makanan itu tak seharusnya diambil dalam kuantiti yang melampau-lampau walaupun ianya baik.

Neeza suka minum air kacang soya yang proses sendiri (bukan yang commercialize di pasaraya tu). Neeza juga suka makan tempe (95% kacang soya kan). Hari ni Neeza masak sambal tempe + ikan bilis + kentang + kacang. Gambar takde. Malas nak pergi dapur snap gambar (sebab semuanya tak best hari ni kan...).

Kalau nak baca info kat bawah, baca lah. Kalau tak nak pun takpe. Takde paksaan dalam apa-apa pun... Adios!

********************************************************


Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-


  1. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

  2. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

  3. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

  4. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

  5. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Walaupun kacang soya ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran


Tambahan: Khasiat kacang soya untuk wanita

Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

Sunday, April 19, 2009

Nurse sambilan


"AR, Saya tak datang hari ni ya"

"Ibu sakit??"

"Taklah. ***** saya sakit"

Semalam Neeza cuti sekolah. Bila cuti, kena lah call driver bas tu. Pandainya driver tu cakap melayu ya. Memang lah pandai. Dah dia tu orang seberang Malaysia. Hari ni pun Neeza cuti lagi. Dah call dah driver tu. Kalau tak call, kesian nanti, dia berenti depan rumah dan tunggu tapi orangnya tak tiba sampai sudah.

Neeza ambik contract jadi nurse buat sementara waktu. Jaga Shahmey ke? Tak lah.. Shahmey dah sihat dah. Takde plaster lagi kat kepala dia. Dah berlari merata-rata (macam lah dia reti berjalan slow pun). Memanjat lagi dan lagi. Cuma kami lebih pay attention lah kan sebab tak nak pisang berbuah banyak kali..

Ada patient baru di rumah Neeza ni. Tak lain tak bukan ialah... jeng! jeng! jeng! the other half of me! Sakitnya agak teruk jugak. Salah satu deria penting mengalami kecederaan sementara.

Semalam, Neeza bawak dia pergi hospital. Errr.. Neeza duduk jadi 'mata' dia. Dia lah yang drive kan. Kesian dia. Tapi takpelah bang. Dugaan dari Allah tu. Sabar ya...

Balik dari hospital, bermulalah tugas nurse. Letak ubat setiap 6 jam atau lebih. Malamnya patient Neeza ni found out yang ada a few friends yang minum sesama pada malam sebelumnya pun mendapat sakit yang sama. Haaaa!!! mesti 'keras' tempat diorang minum tu kan.. hahahaha!!! Memang lah keras. Dinding batu.. kerusi meja kayu.. nak makan pun tak lut!

Sekarang ni cuaca tak bagus sangat. Virus senang merebak. Doctor pesan pada patient Neeza (doctor yang betul-betul doctor lah). Dia kata, jangan keluar sangat sebab tak nak virus berjangkit pada orang lain. Abih tu... kami yang kat rumah ni??? Bukan orang ke?? Uwwaaaa!!!! Insyaallah, segala penyakit datang dari Allah. Kita berdoa saja. Kalau Allah kata, nak kena, kena lah. Kalau tidak, tidak lah... kannnnnn...

Untuk Abang, semoga cepat sembuh. MC dah dapat 2 hari tu. Cukuplah kan.. Kiranya pecah rekod lah ye sebab semenjak kerja kat sini, baru kali ni ambik MC. Esok, tunggu lah Fayez tanya apa ye hehehe...

Saturday, April 18, 2009

An evening in Al Ferdos Sector



We were here yesterday evening. We came here last week. We never knew about this place until 'someone' secretly came (re secretly: came without his family ;) but his friends :0) and discovered the horse race here. I'm not sure the horse race has got to do with $$$$ or just a race for fun. I hope it's the latter.

The kids went for horse riding last week. They loved it. Then, we noticed there were ATV (all terrain vehicle) too. They didn't go for it. Yesterday, they went for ATV. They loved it even more. We purposely asked them to ride on the same ATV because Coan was scared to ride the thing by herself. But after looking at kakak did it, we asked them to swap. Then Coan had a little bit of confidence. Next week, they wanted to ride individually. No more sharing. They don't lile horse riding anymore (ye la.. bukan diorang yang ride pun.. kena tarik dengan orang yang jaga tu.. mana lah diorang reti tunggang kuda pun :P. Macam horse sitting lah sebenarnya sebab duduk aje atas horse tu hehee..).



Shahmey didn't care for those. Perhaps he realized that he is way way too small for those (nasib baik dia tak melalak nak naik jugak.. kalau tidak Abah lah kena ambik ATV besar bawak dia hehee..). Instead of riding the bigger kids stuff, he had fun with the below stuff (tak tahu lah apa ke nama benda tu..). At first he was alone. Then, a friendly saudi girl came to join him.



Hey! Another kid! (I have 4 kids mind you.. hehehh). Sumeyyah, was with the bibik at first. She cried for milk later. That fulfilled her satisfaction I guess huhuuu...

Overall, it was fun for the kids but not fo Ummi... uuwwwaaa!!!! Nak lah naik ATV jugak.. Kena pergi desert kot baru best and syok. Kat tempat ni, takde pompuan pun naik. Pompuan kecik ada lah (budak2 laaa). Dah lah spectator lelaki arab tak bertauliah ramai. Diorang ni bukan boleh tengok pompuan.. eeeee...

Friday, April 17, 2009

Kisah semalam


Belum sampai setahun pun kejadian ni berlaku, sekali lagi benda yang sama berlaku semalam. Kali ni belah kiri pulak. Rasa geram kat diri sendiri pun ada jugak. Memang lah budak sorang ni memang agak suka memanjat. Dia terjatuh masa nak turun dari kerusi. Entah macam mana, kepala landing dulu. Terkena pada handle side table. Besi yang kecik tapi sangat kuat (handle kan..). Dia menjerit dan meraung. Bila Neeza angkat dia, darah meleleh kat muka. Ya ALLAH!!! luka atas kening dia!! Sebijik macam dulu cuma kali ni disebelah kiri dan kecil sikit dari yang dulu. Kesian anak Ummi...






Kami tak kemana-mana pun semalam. Tak tau lah kenapa. Last week tak kemana-mana sangat pun. This week pun gitu. Hari ni tak tahu lah pulak. Agaknya seminggu dua ni minggu-minggu lembab kot. Asyik terperap dirumah. Oh ya! Last week, ada jugak bawak budak-budak ni naik kuda di Ferdos Sector. 1 Round = SR5. Okaylah tu nak lepas gian. Sebenarnya Ummi pun teringin nak naik tapi macam segan lah pulak sebab pakai abaya. Kat dalam tu pakai kain. Kalau duduk atas kuda, sah-sah lah terselak kain tu. Lagipun ramainya pak arab kat situ. Takde sorang pompuan dewasa pun. Biarlah, simpan aje keteringinan tu sampai kat tempat yang bukan saudi arabia :).





Since tak kemana-mana, Neeza pun datang lah idea biasa bagi blogger tegar seorang ibu. Ambik camera, paksa panggil Coan dan Shahmey untuk join Kakak dan Sumeyyah. Apa lagi, snap! snap! lah... hahaha!!! Nama pun takde kerja kan.. cariklah kerja... dan itulah kerjanya.. :P.







Thursday, April 16, 2009

Bisinglah awak ni!!



Dalam bilik. Jam 6.45am

Bang, bangun lah. Subuh lagi 15 minit nak habis nih..

Ahhhh!! kacau je lah orang nak tido..

Bang!! tak nak solat ke? Nanti habis Subuh. Bangun lah bang. Penat dah saya kejut dari tadi. Nak masuk api neraka ke tak solat?

Hey awak nih! Suka hati saya lah nak bangun pukul berapa. Sibuk aje lah! Tahu lah saya. Nak berceramah pulak dia!

---------------------------------------------------

Meja makan. Jam 9.00 am

Sikit je makan bang. Tak sedap ke saya masak?

Entah! Takde rasa langsung. Awak masak apa nih?


---------------------------------------------------

Azan Zohor. Jam 1.30 pm

Hai abang. Leka tengok tv nampak. Abang tak pergi solat di masjid ke?

Pergi

Nape tak siap lagi? Nanti terlepas pulak. Dah azan kan tu. Nanti mulalah buat alasan tak sempat nak berjemaah. Yang abang tu, dari tadi dok leka aje kat situ.

Sudahlah tu!!! Nak jadi ustazah lah pulak! Awak tak payah lah nak nasihat saya. Tengok diri sendiri sebelum nasihat orang.

Aik! Tak boleh ke saya cakap macam tu? Kalau saya cakap, semuanya salah. Kalau abang tu, semuanya betul.

Dah lah! Tak payahlah awak nak membebel lagi!!


-----------------------------------------------------

Ruang tamu. Jam 4.30 pm

Abang boleh tak letak elok-elok towel ni. Penat lah saya nak kutip dan sidai. Apa lah salahnya abang terus sidai di towel rack ni. Bukannya jauh sangat pun. Buat macam ni, nanti bertaik lalat lah towel tu.

Alahhh!! Awak kan ada. Awak lah buat. Apa guna ada isteri??

Ye lah! Tapi saya pun letih jugak kalau asyik nak mengutip tuala basah.

Buat ajelah. Bising aje lah awak nih!

----------------------------------------------------

Pasar malam. Jam 8.00 pm

Hey!! Cepat lah sikit jalan tu. Lembab betul lah awak ni. Macam siput!

Sabar lah bang. Kaki saya sakit ni. Tadi terseliuh.

Ada-ada saja lah awak ni. Ni muka ni! Kenapa pucat aje. Bintik-bintik hitam ni kenapa? Buruk nya lah saya tengok..

Tak sempat nak letak bedak tadi. Abang suruh cepat kan tadi.

----------------------------------------------------

Di rumah. Jam 10.00 pm

Bang, tangan saya sakit lah. Abang tolong picit boleh.

Nanti lah! Saya sibuk ni.

Abang tolong bawak saya pergi hospital boleh? Saya nak jumpa doctor. Risau pulak saya. Dah banyak hari tangan saya sakit. Nak kata lenguh, tak jugak.

Awak ni, sakit sikit nak jumpa doctor. Sikit sikit jumpa doctor. Doctor tu bukan boleh baik kan sakit awak pun. Dah lah tu. Esok dia baik lah tu!!

------------------------------------------------------

3 hari selepas itu. Jam 7.20 am

Hoii!!! Nak tidur pun bukak lah dulu kain semayang tu! Tak senonoh langsung tidur atas sejadah! (sambil menendang kaki si isteri)

(Diam)

(Tendang lagi)

(Diam dan sejuk. Kaku untuk selama-lamanya)

******************************************************

Bersyukurlah, anda masih boleh mendengar
walaupun terpaksa menahan bebelan si isteri

Bersyukurlah, anda masih boleh melihat
walaupun terpaksa memandang wajah isteri yang kian luntur kecantikannya dari hari kehari

Bersyukurlah, anda masih boleh berjalan di muka bumi Allah ini
walaupun terpaksa menunggu isteri anda yang jalan terkedek-kedek

Bersyukurlah, anda masih mempunyai deria rasa
walaupun terpaksa menelan masakan isteri yang sudah tidak sedap ditekak anda

Bersyukurlah, anda masih ada isteri
walaupun isteri anda tidak secantik julia robert dan penelope cruz

Bersyukurlah, anda masih bernyawa di muka bumi ini
walaupun anda tidak pernah bersyukur sebenarnya. Anda asyik marah dan marah kepada orang-orang yang anda rasa berada dibawah cengkaman anda. Agak-agaknya, kalau orang lain lah yang membebel kepada anda (contohnya: seorang wanita cantik yang bekerja satu department dengan anda). Adakah respons anda juga sedemikian rupa?

Fikir-fikirkanlah... Walaupun dia kerap membebel, walaupun dia kerap jadi penceramah tak bertauliah, walaupun masakannya tak sesedap masakan ibu anda tapi dia lah wanita iaitu ibu kenapa anak-anak anda, dia lah yang mengandungkan anak-anak anda selama 9 bulan setiap satu. Dialah yang anda puja dan puji sebelum dia sah menjadi isteri anda beberapa atau beberapa belas atau beberapa puluh tahun yang lalu. Setiap hari, pada setiap solatnya, tak pernah dia lupa untuk mendoakan anda. Kiranya dia tiada, hilanglah segalanya...

Hargailah mereka sebelum mereka pergi buat selama-lamanya...

Zauji


Cikgu Jane mintak Neeza cerita pasal my dear lovely bubbly (amboiii.. lelebih nampak..).


Here it goes:

Rules : Here’s a chance to see how well you really know your husband / boyfriend / lover. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband / boyfriend / lover to see how right you really are.


1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
He rarely watches tv nowadays. If he does, then it must be Huda TV. Kalau dah bosan sangat, action movie :).


2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Oh dear! He could go nuts without thousand island.. (sekali lagi lelebih..)


3. What’s one food he doesn’t like?
Nehi nehi for bubur lambuk ;).


4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Teh tarik satu!!!!


5. Where did he go to high school?
SMK Telok Datok, Banting.


6. What size shoes does he wear?
Size 8


7. If he was to collect anything, what would it be?
Coins and notes - just like me :)


8. What is his favorite type of sandwich?
Tuna, of course :)


9. What would this person eat every day if he could?
He won't eat the same thing everyday even his mom's cooking.. duhhh!!!!


10. What is his favorite cereal?
Coco crunch!!!


11. What would he never wear?
Pyjama - tak boleh bernafas nanti hahahaha!!!
Abaya duhhh!!!


12. What is his favorite sports team?
He's not into sports that much but he usually support Selangor soccer team - tahu la orang Selangor.. uuweekkk!!!


13. Who did he vote for?
Bulan bintang dan matahari ;)


14. Who is his best friend?
ME!!!


15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Shopping :)


16. What is his heritage?
Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor


17. What is his favourite colour?
Blue and blue and blue again :)


18. What is his habit?
nothing specific..


19. What is he proud of?
His mom ;) and his late father. Now, another one - his little Shahmey - who else kan kalau tak hero sendirik ;).


20. Lastly, do you think he will read this?
Ye la.. dia dah screen the answers poonnnn. Mana boleh tulis something pasal suami without permission. Tak baik taoooooo heheh..



Now I’m tagging : sape-sape je lah yang nak buat.

Monday, April 13, 2009

Hujan batu di negeri orang...


Aik?? Sudah tukar kaaa?? Bukan hujan emas di negeri orang ke? Ish.. kalau betul lah hujan emas, memang kaya raya lah kami sebab lately, selalu pulak hujan kat sini..

Semalam, masa kami sedang bersantai-santai dalam bilik dengan anak-anak kecik, dengar bunyi kletang! kletung! kletang! kletung! pada tingkap bilik. Nak kata hujan, pelik sangat bunyinya. Tapi, sesekali, bunyi macam hujan betul. Abang buka tingkap, memang hujan pun.

"Hujan batu lah! besar-besar batu dia.."

Dengan minda yang sangat curiousnya, minah tu menjengah,

"mana? mana?"

Bukak aje tingkap, berpuluh-puluh biji ais masuk rumah. Nasib la tak besar. Kalau besar, mahu benjol kepala. Dah lah masa tu Shahmey pun interested sama nak tengok. Sibuk suruh Abah dia buka tingkap,

"Lebat... lebat..."

Ingatkan apa lah yang dia nak. Bila orang kata hujan lebat, dia pun lebat jugak. Since tingkap terbuka sedikit, hujan batu tu masuk lah dalam bilik. Kalau tidak, mungkin air aje jadi tak lah ketara sangat. Ini berketul-ketul ais. Ada orang tu suruh buat milo ais lagi (buat lawak la tuuuu...). Mentang-mentang lah dia baru minum milo ais masa dinner before that.

Neeza kata kat Abang, rupanya tak pelik lah fenomena hujan batu ni. Semuanya terjadi kat awan tu. Mungkin dari panas terik pada siangnya dah hujan pada petangnya, itu yang jadi macam tu. Neeza tak lah reti nak explain scientific findings ni. Biar orang lain aje lah buat entry pasal tu hehehh..

Abang kata, masa dia belajar dulu (kat mana lah tu yek?), lagi lah besar ketulan batu tu. Kletung kletang kena muka. Sakit betul... kata dia lah. Mana lah Neeza tahu betul ke tak. Tempat dia belajar dulu dekat dengan tasik tapi tasik air masin. Mungkin betul lah apa dia cakap tu..

Since benda ni first time Neeza tengok dalam hidup ni, Neeza pun terus lah mencapai camera (maklumlah.. sejak jadi blogger ni, setiap saat itu penting untuk dirakamkan hahahaha!!!). Snap! Snap! dapatlah tengok ais batu yang bertaburan di tingkap dan lantai bilik kami. Nasib baik Shahmey tak kutip masuk mulut. Kotor tu. Banyak chemical. Kat sini kan industrial city yang rata-ratanya chemical industry..





Sunday, April 12, 2009

Open Day sekolah ku..


Orang pergi sekolah, dia nak pergi sekolah jugak. Orang ada open dah, dia pun nak jugak. Tapi Open Day dia lain sikit dari orang punya. Satunya, open day dia macam open bathroom aje sebab orang tak ramai langsung. Lagi satu, tak boleh nak snap gambar orang ramai-ramai tu. Walaupun ada yang snap picture semalam, tapi setakat gambar backdrop, gambar gift atas meja dan gambar kerusi hehee.. Tiada gambar orang langsung! Kalau tahu boleh snap walaupun setakat gambar lantai, nak jugak bawak camera. Takpelah, lain kali ambik gambar.

Alkisahnya, semalam memang kami satu kelas dah dibagi tahu akan Open Day tu. Memang ianya itu kami sekelas saja sebab hanya kelas kami saja yang muridnya boleh speak English. Ada talk masa open day tu and it was in English. Menarik tajuknya - 'the miraculous Al Quran'. Tapi since tak ramai yang datang, suasana macam hambar aje.

Organizer sediakan banyak hadiah. Ada 3 games - musical chair (guna nasyid), menulis nama dengan pen yang letak kat mulut dan makan apple. Dengar macam menarik kan. Tapi, semua participants tu dipanggil ke depan untuk buat. Musical chair hanya 5 orang participants, makan apple 2 orang dan tulis nama 3 orang hahaha!!! Lawak sungguh laaa.. Tapi still, pemenang setiap acara seorang saja.

Since jumlah hadiah lebih banyak daripada orang yang datang, makanya lucky draw yang dah sahih semuanya lucky dibuat. Ambik number dalam bakul dan dia bagi hadiah yang sama number dengan number kita ambik tu. Pada yang dah menang games tadi, tak dapat dah la. Baik lah tak payah ada games kan kalau ikutkan heheee.. Tapi takpelah, kami ikutkan saja. Gift Neeza untuk lucky draw yang semuanya lucky tu ialah toiletries set - botol-botol kaca untuk isi shampoo and berus gigi and towel kecik. Biasa-biasa aje kalau ikutkan tapi memang best dapat hadiah. Tak kira lah kecik pun.. :).

Gambar memang takde dan malas pulak carik gambar kat internet. Biar ajelah takde gambar.. :)

Saturday, April 11, 2009

Tukar milik kereta terpakai




Baca online newspaper pagi ni, nampak berita ni. Alhamdulillah. Something has been done (sebab PM baru ke? hehehh..). Teringat dulu, kami trade in kereta lama ke used car dealer. Kami beli kereta baru dari tempat lain. Since kami tak nak tertipu macam seorang kawan yang jual kereta tapi akhirnya terpaksa turun naik court (ke JPJ? tak ingat lah pulak) sampai bertahun-tahun di sebabkan kes tak tukar nama tu (tapi car dealer kata tukar nama), kami mintak assurance dari car dealer tempat kami nak beli kereta tu recommend used car dealer yang reliable. Then, dia recommend satu tempat yang mana katanya, memang dia kenal sangat dan dah lama mereka berurusan.

Sebelum kereta tu betul-betul jadi hakmilik orang lain, every month kami pantau car loan statement. Alhamdulillah, memang car dealer tu bayar loan kereta tu every month. Bab-bab lain, setakat ni takdelah lagi problem. Tapi tak tahu lah kot-kot lepas ni datang saman ekor ke, saman kepala ke, saman kepak ke.. Nauzubillah.. tak nak lah mintak kan. Kalau ada jugak, memang lah kami mengamuk sebab kereta tu dah terjual tahun 2006 lagi. Eh! betul ke 2006 yek? ke 2007? Hahaha!! memory depleted.. tulunnnnn!!!

Dibawah ni berita pasal apa yang Neeza dok bebel kat atas tu. Bacalah kalau nak baca. Anyways, benda ni dah ada kat paper pun. Mungkin ramai yang dah baca... :).



Wajib tukar milik kereta terpakai
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my



Peraturan bagi lindungi pemilik asal kenderaan

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai menukar sementara hak milik kenderaan yang dibeli bagi melindungi kepentingan pemilik asal kenderaan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata syarikat terbabit boleh didenda sehingga RM2,000 bagi setiap kereta yang dibeli jika gagal berbuat demikian dalam tempoh seminggu selepas kenderaan itu dibeli.

Beliau berkata, ketika ini syarikat kereta terpakai tidak menukar nama pemilik asal pada geran kenderaan yang dibeli sehingga mendapat pembeli baru kerana tidak mahu menanggung bayaran pertukaran hak milik berjumlah RM100 dan menjalani pemeriksaan Puspakom.

"Ini menimbulkan pelbagai masalah pada pemilik asal apabila kenderaan yang dipandu uji disaman atas kesalahan seperti meletak kenderaan, melebihi had laju, jenayah dan kemalangan," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Bersama Pengedar dan Penjual Kenderaan dan Syarikat Kewangan dan Insurans Zon Timur di sini, semalam.

Solah berkata, JPJ menerima lima aduan setiap bulan membabitkan kes saman atas nama pemilik asal, sedangkan kenderaan itu sudah dijual.

Berdasarkan rekod, 1.3 juta kenderaan ditukar nama setiap tahun, tetapi jumlah yang dipegang pengusaha kereta terpakai tanpa menukar hak milik dianggar melebihi angka itu.

Sehubungan itu, Solah berkata, JPJ akan memperkenalkan inisiatif baru dikenali e-Tukar Milik Sementara akhir tahun ini bagi mengurangkan beban syarikat kereta terbabit dan pada masa sama dapat melindungi kepentingan pemilik asal kenderaan itu.

"Melalui sistem itu, bayaran yang dikenakan lebih rendah dan pertukaran milik sementara juga akan dilaksanakan secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ dan Puspakom," katanya.

Solah berkata, pengenalan sistem itu mendapat sokongan Persekutuan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kereta Terpakai Malaysia yang juga turut mengemukakan cadangan kepada JPJ dan kementerian supaya sistem berkenaan dibangunkan.

Beliau juga berkata, JPJ berusaha meningkatkan sistem penyampaian tahun ini bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, termasuk usaha meningkatkan pendaftaran secara elektronik atau e-daftar.

"Dijangkakan menjelang 1 Julai depan, semua urusan pendaftaran kereta di Semenanjung akan dilaksanakan secara elektronik atau e-daftar dan bukan lagi secara manual. Ini akan diperluas ke Sabah dan Sarawak menjelang tahun depan.

"Selain itu, kita ke arah membangunkan sistem pendaftaran tanpa sempadan, contohnya kenderaan plat Pahang boleh didaftarkan di Kuala Lumpur. Ketika ini JPJ sedang menanti keputusan tender penggantian komputer baru yang lebih canggih menelan kos RM400 juta," katanya.

Beliau berkata, JPJ juga menyediakan beberapa kemudahan termasuk pengeluaran perakuan pendaftaran kenderaan, bayaran balik Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pindaan data enjin kenderaan dengan hanya mengisi satu borang.

"Kita juga menyediakan kemudahan pembaharuan cukai jalan secara online melalui MyEG, namun sejak dilancarkan pada April tahun lalu, hanya enam peratus menggunakannya, mungkin kerana orang ramai tidak tahu," katanya.

Friday, April 10, 2009

Abang tak bayar bil api ke?



Gelap tiba-tiba. Anak dara 2 orang berlari ke dapur.

"Ummi!! Takut..."

Ngada-ngada betul. Bukannya gelap sangat pun padahal. Baru pukul 4.45 pm masa tu. Belum masuk Maghrib pun. Memang ada cahaya masuk jugak lah kalau ikutkan. Tapi, rumah kami memang kena selalu on lights walaupun siang sebab gelap sikit.

"Api kena potong! Tadi Abang nampak orang SCECO (Saudi Electric) kat bawah"

Bila sebut macam tu, terus aje Neeza fikir, haaa.. tak bayar bil lah tu. Betul lah kan. Kalau sebut api kena potong maknanya sebab tak bayar api lah tu.

"Abang tak bayar bil api ke?"

"Bayar. Outstanding 0!"


Walaupun pada Neeza saudi ni agak outdated sikit dia punya telecommunication, dari segi billing ni agak mudah. Kalau nak bayar bill, semua online. Setakat ni kami tak pernah nampak hardcopy bil api air. Ada yang kata, mereka ada terima. Mungkin depends pada area dan rumah kot. Tapi kebanyakannya memang tak terima. Bayar saja online dengan tolak daripada account (savings/current). Pada bank account kita, terus boleh nampak berapa outstanding bil - api, air, telefon/internet dan lain-lain. Lain-lain tu tak tahu apa sebenarnya :P.

Then, Abang keluar. Ingatkan nak pergi office SCECO. Rupanya dia turun tanya mat-mat SCECO yang buat kerja kat bawah tu. Abang naik rumah and bagi tahu, diorang nak repair breaker yang dah rosak. So, kena off kan electric kat rumah-rumah di area kami tinggal. Benda apa entah breaker tu, Neeza tak faham sangat walaupun Abang dah terangkan. Okay... I admit, I'm not that knowledgeable in that field. Puas hati???

"Apalah diorang ni buat kerja. Takde bagi notice pun nak putuskan electic"

"Ada keluar kat saudi channel, kat paper yang rumah sekian-sekian, api akan di offkan sekejap. Neeza je yang tak tahu.."

Terdiam sekejap sambil berfikir.

"Ek eleh!!! mengada-ngada la tuuuu..."

Nasib baik lah sekejap aje takde api. Dalam 20 minit je kot. Kalau lama, rimas lah jugak. Sekarang ni cuaca dah semakin panas. Mahu berpeluh sakan duduk dalam rumah kalau tak on aircond.

Sebenarnya, kami plan nak keluar petang semalam. Neeza dengar guruh. Hujan macam nak turun. Sekali dengar bunyi hujan. Tengok luar, memang hujan pun. Tapi taklah lebat mana pun. Sekadar membasahi jalanraya saja. Tapi still, langit nampak gelap. Jadi, cancel keluar. Malam pun tak keluar sebab angin kuat. There gone my thursday! Tapi okay gak duduk rumah sekali-sekala. Boleh gak bertidur-tiduran.. hehehe..

Thursday, April 9, 2009

Nasi dagang gulai ikan aye


Check makna kat wikineezasophea: Ikan aye = ikan saya! kikikikiiii...

Alhamdulillah! Semalam kami makan nasi dagang gulai ikan aye a.k.a ikan tongkol / tuna / kayu / papan atau apa-apa ajelah. Susah sungguh ikan banyak nama ni. Baru ni ada orang tu panggil ikan tu dengan nama CANAKA! Saudi sini panggil gitu katanya.

Kak Ani!!! Nasi dagang 6 pinggan!!

Aik?? Sumeyyah pun makan nasi dah ke?

Tak.. 2 pinggan tu untuk Neeza! heheheh...

Amboi dia ni.. asal hari Khamis je cerita pasal food... Khamis aje food... Food aje Khamis... Maklumlah kan, Rabu malam ada gathering kecil-kecilan (kelas agama) dirumah presiden. Macam dah jadi kewajipan lah pulak ada makan. Dulunya (sebelum kelas ni start), kami kata... "ala.. kita bawak kuih sikit-sikit dah la. Minum-minum lepas kelas" ala ala moreh (sebut morey) macam lepas solat tarawih tu la. Tapi nampaknya sekarang, bukan moreh lagi ni. Ini dah jadi kenduri cukur jambul lah pulak walaupun takde jambul yang kena cukur pun sebenaunyeee.. pssttt.. hopefully, takdelah pulak yang berniat, nak pergi kelas sebab nak makan semata-mata - pesanan ini adalah untuk penulis blog semata sebab dia dah kena tegur dengan kawan sebantal sebilik dia yang dia ni makan banyak!

Tapi kan.. sorrriiiiii laaaa.. gambar Nasi dagang tu tak ambik lah pulak. Pinjam gambar dari g00gle aje. Alasan tak ambik gambar ialah : camera tak bawak! Yang lain tentang gambar ni, nasi dagang semalam nasinya takde brownish tu. Putih aje tapi sedappppp...




Balik dari gathering semalam, Neeza tanyalah ahli mesyuarat tingkap keluarga Neeza, "makan apa tadi?"

"Nasi dagang... sedap la.. siap menambah-nambah"

"Ummi.. nasi dagang tu ada tak?"

Heheee.. ada! ada! Ummi bawak balik. Menapau aje kerjanya. Setahu Neeza, ada lah orang tu kan.. dia tu tak suka sangat nasi dagang sebab macam berpulut sikit, katanyalah. Tapi, boleh menambah tuuu.. ish ish ish... siap puji lagi tu.. kalau bini dia masak, tak pulak dia puji gitu.. Tahu lah bini dia tak reti masak.. uuwwwaaaaa!!!!!!

Jadinya, boleh lah kan, lepas ni sebulan sekali menu nasi dagang hehee.. pepandai aje suruh orang. Kak Ani baik kan... kan! kan! Oooo... nak bodek ye... eh! takdelah.. lalalalaaaaa..

Menu lain semalam ialah roti jala, popia basah, puding jagung, kek letak cheese (bukan cheese cake tau), agar-agar gula merah, karipap, bubur kacang, mini pizza and roti ban kecik (kalau ada yang tak listed kat sini, maaf ya. Tak boleh nak recall semua sebab takde gambar ;). Semuanya hampir licin lincau. Alhamdulillah!!!

Wednesday, April 8, 2009

Dimanakah saya?



Semalam, lepas makan Neeza rasa sangatlah kenyang. Bila kenyang, kita selalu lupa waktu kita lapar. Kita lupa pada orang-orang yang kelaparan. Ustazah pernah cerita, dugaan dari Allah ada 2 bentuk - kesenangan dan kesusahan. Bagi yang mendapat kesusahan, dugaan tu jelas. Sekiranya dia miskin, memang nampak apa yang menimpa dirinya. Hidupnya daif, makan pun kurang, rumah pun buruk, pakaian juga lusuh. Sekiranya dia bersyukur dan masih meneruskan keimanan terhadap Allah s.w.t, bermakna dia lulus ujian/dugaan Allah tu. Alhamdulillah...

Sebaliknya bagi orang yang memperolehi kesenangan, jarang sekali yang sedar bahawa itu juga merupakan satu dugaan. Dengan makanan melimpah ruah, rumah besar, pakaian berjenama, dengan mudah saja, makanan dibuang dan dibazirkan sebab senang nak dapat. Terlalu sedikit yang sedar itu lah dugaan buat mereka dan mereka gagal dalam ujian/dugaan tersebut.

Kalau ikutkan memang kita tak rasa ianya sebagai dugaan sebab minda manusia biasanya menafsirkan dugaan = susah. Senang pula = anugerah dari Allah. Betul, memang benar kesenangan adalah anugerah dari Allah tapi ia juga dugaan besar buat kita. Bila dah senang, berapa ramai yang mengingati penciptaNya? Berapa kerat yang memanjatkan kesyukuran kepadaNya? Tapi, bila susah, cepat saja ingat "Ya Allah, berikanlah kesenangan kepada kami. Jauhkanlah kami dari kesusahan ini..". Bila dah senang, ada tak kita ucapkan "Aku bersyukur padaMu Ya Allah diatas kesenangan yang Engkau kurniakan ini.."?

Maaf sekiranya entry ini nampak 'berlagak alim'. Sekelumit pun takde niat untuk bagi ceramah pada sesiapa. Tidak sesekali. Siapalah diri ini, insan kerdil yang hina diatas muka bumi Allah yang Maha luas ini. Nasihat diatas khusus untuk empunya blog dan sesiapa yang sudi berkongsi. Sama-samalah kita berusaha untuk lulus semuga ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. Insyaallah...




Tuesday, April 7, 2009

Not in the mood

as usual, picture from g00gle


It's just a short note

I'm not in the mood today

errrr.. starting from this afternoon

Never ask why

Everyone deserves to be not in the mood right?

So am I..

But, if you still wonder

something to ponder upon..

some words are hard to be swallowed

some actions are difficult to be understood

some people are just ignorant..

Chiao!

I'll be back tomorrow though

Hopefully the mood is back by then

Pray for me please..

thank you :)

My breakfast

picture from g00gle



This morning, I had a healthy, delicious and heavy drink for breakfast:

3 tablespoon instant oatmeal
2 tablespoon nestum
1 tablespoon milo
1 tablespoon sugar
3/4 glass hot water
1/4 glass fresh milk

Yummy and burppp!!!

Minum milo... anda jadi sihat dan kuat!!!! (remember this ad??)


What was yours???

Monday, April 6, 2009

haaa.. komplen la lagi..



Sorry ya kepada sesapa yang tak suka cerita mengumpat. Bukan niat nak mengumpat sangat tapi nak ingatkan diri sendiri supaya tak jadi seperti orang yang dikata ni. Walau bagaimanapun watak dalam cerita ni terpaksa dicensorkan. Nanti berdosyeee..

Kisah ini tentang seorang dan dua tiga orang hamba Allah yang naik bas. Ada antara mereka ni selalu complain pada driver bus, kenapa mereka selalu lambat diambil waktu nak pergi sekolah. Mereka demand suruh ambik cepat. Kata mereka, kalau lambat diambil, lambatlah sampai kelas. Memang logik. Lambat naik bas, lambat sampai kelas.

Tapi!!! adakah mereka nampak dan perasan yang dalam bas tu ada jugak orang lain lagi. Orang lain yang hanya diam sahaja walaupun mereka yang paling awal diambil dan paling lambat sampai rumah time balik tapi sampai sekolah pada waktu yang sama dengan orang-orang yang banyak bising tu. Orang yang complain tu diambil lambat tapi dihantar awal kerumah selepas balik sekolah. Untungkan. Mereka tak payah duduk lama dalam bas. Orang yang diambil awal ni, lama kena duduk dalam bas. Dah lah pagi-pagi kena siap awal. Tak dapat nak tidur-tidur atau santai-santai sebab bas ambik dia dulu. Dia kena stop banyak tempat sebab bas kena ambil orang lain. Tapi, orang-orang awal ini tak bising pun.

Jadi, hari ini, driver bus dah tukar route. Sesiapa yang diambil dulu, dihantar dulu. Sesiapa yang diambil kemudian, dihantar balik kemudian. Fair kan! Bila mereka nampak driver bus tukar route, laju aje bertanya "nak kemana?". Then, ada lah suara-suara bagi tahu, hantar orang lain dulu. Terus aje dia cerita masalah dia - anak balik sekolah awal. Dia perlu sampai rumah awal. Nak aje mulut ni keluar "kalau cam tu, ambik taxi lah balik". Tapi tak keluarlah statement tu sebab yang selalu sangat complain tu bukan dia tapi kawan dia yang duduk dekat dengan rumah dia. Jadi, dia terkena sekali lah.



Moral of the story - sebelum mulut kita bising banyak sebab tak puas hati terhadap sesuatu, nilai dulu orang lain yang mungkin lebih patut bising tapi tak bising pun...

Sunday, April 5, 2009

Awan larat..



Kelas Mathematic. Subjek yang menarik kalau kena pada topic. Cikgu menerangkan formula tangen. Mula-mula faham. Lepas tu macam confuse. Cikgu bagi contoh. Penuh perhatian. Contoh kedua pulak. Dah naik bosan sebab rasa macam dah faham. Tapi ada kawan dibelakang tak faham. Fikiran pula jauh melayang. Terbang jauh ke Universal Studio, Hollywood. Tangan pun ikut sama terbang. Buku nota jadi mangsa. Incredible hulk angkat kereta. Jaws makan orang lidi. Flinstones naik kereta tayar kotak. Penuh diruang kosong tepi-tepi nota tu. Siap ada matahari, awan, hujan dan bulan. Camanalah matahari boleh keluar sekali dengan bulan pun tak tahu...

Pernah tak terjadi macam tu kat sesapa? Neeza pernah! Cumanya, lokasi Neeza lebih kampung sikit - sawah padi, matahari naik celah bukit dan burung terbang huhuuu... Bila dah besar sikit, suka buat tikar kat corner buku tu. Ala.. garis-garis lukis macam tikar mengkuang tu laaa.. tak tahu? tak tahu sudah heheh..

Kalau cikgu nampak mesti kena marah kan. Tapi tak semua cikgu akan marah. Ada cikgu akan mengusik "cantiknya sawah... senang lah awak ya. Tak payah beli beras lagi...". Tebal lah muka seposen kalau kena tegur cam tu. Nampak sangat kuat berangan dalam kelas.

Ada kajian (sorry la.. tak quote sources sebab banyak sangat kajian tu sebenarnya) yang mengatakan, jangan disekat bila anak-anak menconteng-conteng macam tu (dengan syarat dia tak conteng harta awam la kan...). Sebenarnya anak-anak itu sedang bercreative. Mindanya menerawang jauh. Biarkan. Mana tahu satu hari dia akan jadi arkitek. Mungkin juga saintis untuk cipta sesuatu berguna macam mesin lipat baju ;). Lebih baik gitu daripada dia duduk senyap tak buat apa yang mana fikirannya kosong.

Kadang-kadang, apa yang dilukis itu ada makna dalam diri dia. Dia cuba ekspresi apa yang dia rasa tapi orang lain tak nampak secara fizikal. Mungkin dia sedang happy dan dia lukiskan something yang gembira macam merry go round. Mungkin juga dia stress sebab selalu kena marah dan lukis api dan dinasour. Tapi parents tak tahu yang dia stress. Dia lakarkan pada kertas something yang ganas. Sangat perlu untuk parents observe tingkah laku anak-anak untuk lebih memahami anak-anak tersayang.

Jadi, kepada ibu-bu, bapak-bapak, kalau anak rajin menconteng kertas dan melukis-lukis tu, cubalah tanya apa yang dia tulis atau lukis. Boleh lah sama-sama memahami. Anak-anak pun suka kalau hasil karya mereka dihargai (setakat tengok pun anak dah rasa proud). Mereka rasa penting dan disayangi. Biarkanlah... walaupun dia cuma lukis abah dia seperti orang lidi rambut dawai hahahah!!!

Saturday, April 4, 2009

Popcorn




"Ummi nak popcorn!"

"Hai.. takkan lah bangun tidur terus mintak pop corn. Tunggu lah tengah hari sikit. Nanti bibik buat."

"Laaa.. Oan nak... pleaseeee.."

"Mandi dulu!"

Semalam masa buat grocery, bibik ambik setin jagung dalam tin. Dia kata nak buat popcorn untuk anak-anak. Entah macam mana dia tahu budak-budak ni suka popcorn entah... (mungkin dia nampak popcorn bersepah dalam kereta agaknya hehe..). Budak-budak pun suka lah bila tahu ada orang nak buat pop corn kat rumah. Memang As pernah cerita camana nak buat popcorn ni tapi tak pernah try pun sebab tak berani. Kak CT pun pernah cerita kat blog dia tapi biasalah kan. Tak pulak nak cuba. Beli je senang. Tapi kalau beli, bukan boleh makan bila bila mahu. Kenalah tunggu keluar and tempat tu pulak memang ada jual.

Pagi tadi, lepas suruh Coan mandi, Neeza masuk bilik untuk bersiap nak pergi sekolah. Tak lama lepas tu terbau something yang agak sedap gitu huhuuu.. Neeza kedapur and tengok atas meja ada sebesen popcorn yang dah siap. Wah!! cepat sungguh. Tanya bibik, dia pun cakap camana nak buat. Tak sampai 5 minit, minyak, garam, 1/2 penutup botol susu Shahmey (dia nak tunjuk anggaran) bla bla bla.. Tak ambik pot sangat pun.. Biarlah dia aje yang buat. Dia nak berenti esok, baru belajar hehehh..


"pandai yek bibik tu masak. Dari mana dia belajar yek?"

"Dia belajar dari rumah arab yang dia kerja dulu la.. Lepas tu dia tengok resipi kat internet. Dia surf lah resipi sambil-sambil dia blogging tu..."

Caitt!!! perli nampakkkkk... tak nak kawan!!

Friday, April 3, 2009

Makan je semua...



Hari ni kami lunch dengan burger. Favorite Sophea is Chicken Burger. Coan pula Cheese Burger. Bukan nak cerita pasal burger tapi benda lain. Since Sophea tak habis burger dia, Neeza pun ambiklah. Tinggal half yang tak habis tu. Tak baik membazir kan. Bila Neeza gigit, rasa something is not there. Lettuce! Rupanya habis dia keluarkan lettuce tu letak tepi. Memang minah tu tak suka sayur pun. Kalau Coan, gagah jugak dia makan kadang-kadang.

"laaa.. kenapa kakak tak makan sayur?"

"kakak tak suka la.. kakak suka chicken burger aje"

"chicken burger tu termasuk everything lah.."

"ye laa.. tapi kakak tak suka sayur."

"Kakak, if you like something, you have to like everything about the thing. You can't choose one part and let go the others"


Lepas Neeza cakap tu, ada orang 'terasa' yang Neeza cakap pasal dia. Aik!! camana boleh dia pulak makan cili entah heheheh.. then dia menyampuk. Malas nak tulis apa yang dia cakap tu sebab memang not in favor dengan apa yang Neeza nak dengar pun. Lagipun, kalau tulis, dia kata Neeza quote pulak apa yang dia cakap. So, conclusionnya, tak yah lah tulis. Puas hati kan.. :D.

Then sambung,

"Suka tak kalau I just like one thing about you. The rest tu, I don't like"

"At least there is something you like.."

Tapi, bagi Neeza, it is not enough. Tak boleh pilih 1 saja. Contohnya a guy tak boleh kata, dia kawin dengan a girl sebab the girl pandai masak. Dah lepas kawin, dia discover the girl bukan saja pandai masak tapi juga pandai bersolek, pandai bergaya dan pandai menghias rumah. Banyak duit habis sebab nak bersolek, bergaya dan kemas rumah. Bisinglah pulak dia. Mulalah gaduh jadinya. Dulu, awak jugak yang pilih. Awak jugak yang suka. Kalau awak dah nampak, muka dia selalu lawa, pakaiannya branded belaka, awak kena fahamlah. Terima sajalah. Pandai-pandailah awak membetulkannya (dengan hikmah okay..). Janganlah buang kat tepi macam mana Sophea buang lettuce tu kat tepi.. dan lettuce tu jadi makanan Ummi dia pulak huhuuu...

Macam kisah di atas tu, apa yang dia tak suka, mungkin disukai oleh orang lain. Jadi, awak suka ke kalau nanti orang lain ambik apa yang awak tak suka tu dan jadi kebanggaan dia?? heheh.. sendiri mahu ingat lah yaaa...


Buat baik berpada-pada..



Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Ini dipanggil peribahasa ataupun simpulan bahasa ya? Lupa lah pulak. Dulu, masa mula-mula belajar ayat tu, takde makna sangat pun pada Neeza. Mungkin sebab tak faham maksud sebenar. Lagipun pelik kan. Kenapa mesti berpada-pada nak buat baik. Buat ajelah baik selalu. Sangat digalakkan untuk berbuat baik. Rasanya semua agama didunia menggalakkan kita berbuat baik.

Bila dah tua dewasa ni barulah Neeza faham maksudnya. Itupun lepas merasa makan garam walaupun tak sebanyak orang lain yang lebih tua berpengalaman.

Orang kata, kalau kita baik dengan seseorang, kena put a distance sikit. Tak boleh lah telan segalanya. Tak elok juga seperti isi dengan kuku (langsung tak berenggang melainkan dapat cagu hahahaha!!!). Sebab, kalau kita baik dan rapat sangat, dibimbangkan nanti bila terjadi sesuatu persengketaan, akan jadi seperti kacang lupakan kulit hehehe.. (sorry yek kak Lah, takde niat nak ambik alih tugas akak sebagai cikgu BM. Percubaan untuk jadi karam singh walia pun bukan hehee..). Bila kacang dah terpisah dari kulit, takkan bertemu lagi. Mungkin jumpa dalam tanah lah kot.

Tak pasti pulak ayat tu wujud tak dalam bangsa lain seperti india, cina, pakistan, arab, rom dah lain-lain. Yang pastinya dalam bangsa melayu memang ada. Kenapa agaknya wujud didalam bangsa melayu? Sebab.... orang melayu ni ruih!! Tak semua ya tapi ada lah yang macam tu. Kalau tak banyak pun sikit.

"pssttt.. minah! awak tahu tak, kawan baik awak tu, si sepiah tu.. dia kata anak awak tu panjang tangan. Kalau datang rumah dia, mesti akan bawak balik apa-apa dari rumah dia. Tu, dia lah yag bagi tahu saya.. tapi jangan pulak awak tanya dia sebab dia kata kat saya, jangan bagi tahu awak. Awak kan baik dengan dia..."

Familiar tak? Kalau seorang yang bijak (bijak tak semestinya kena ada PhD okay... orang tak sekolah pun boleh jadi bijak kalau berfikir..), tentu dia akan periksa dulu. Selidik dulu maklumat tu betul atau tidak. Since orang tu cerita pasal anak dia, check lah dulu anak tu. Betul ke ada barang orang dia bawak balik. Lagi satu, periksa jugak latar belakang orang yang menyampaikan. Ada niat terselindung ke. Dan macam-macam lagi lah.

Selalu juga terjadi, disebabkan anak-anak, mak mak bermasam muka. Sepatutnya kita kena ajar anak kita, bukan ajar anak orang. Kalau kita nak anak kita bercampur dengan anak orang, pastikan anak kita well behave. Kalau depan mata kita dia buat perangai, terus tegur dan marah! hehehe.. bab marah tu Neeza aje. Bukan suruh orang lain buat tau. Kita tahu anak kita lebih dari orang lain. Jadi, sebelum anak kita menyusahkan anak orang, lebih baik kita buat sesuatu. Itu kalau pasal anak lah.

Orang melayu (ya.. saya orang melayu juga) ni, walau dimana saja berada, sifat ambil tahu tu agak lebih sikit sampai kadang-kadang menyusahkan diri. Contohnya, ada lah jamuan makan di rumah si polan dan dia tak dijemput. Kebetulan dia dapat tahu dari kawan dia yang dijemput kesitu. Naik angin lah dia. Lain kali, aku buat makan, aku tak nak jemput dia!! hehehee.. amboi... nak balas nampak :). Kita tak tahu kenapa orang tu tak jemput dia. Mungkin sebab rumah dia kecik. Nanti kalau jemput ramai, jadi tin sardin lah pulak. Mungkin juga sebab jamuan tu memang dibuat untuk orang tertentu. Lagi satu, suka hati dia lah dia nak jemput sape. Yang awak dok sibuk persoalkan kenapa tak jemput awak tu apahal? Awak tu penting sangat ke sampai semua orang kena jemput awak??

Kalau pasal benda lain macam binatang ternakan. Kalau kita bela ayam, itik, kambing, lembu, unta atau keldai, sila lah pastikan mereka ada makan minum yang cukup, tempat tinggal banglo 3 tingkat yang selesa. Kalau tidak, rumah orang jadi tempat tidur dan tempat cari makan. Neeza pernah dengar cerita (lama dah la), lembu orang tu breakfast dengan anak pokok getah orang yang baru berpucuk. Kesian orang tu. Dia tak marah pun tapi benda tu jadi isu. Semua orang bercakap. Kan ke tak sedap jadinya..



Nota: walaupun penulis cerita diatas adalah penulis blog ini, bukan bermakna penulis blog ini bersih dan suci daripada apa yang disebut tauuu... Dia juga manusia. Dia pernah buat silap dan mungkin akan buat silap lagi. Peringatan itu untuk diri dia jugaklah... (nanti ada pulak yang kata, elehhh.. macam lah dia baik sangat!). Kita sama-sama belajar ya... peaceeeeee!!

Thursday, April 2, 2009

Buta IT




Buta IT, celik IT. Anda dalam kategori yang mana? Neeza tengah-tengah tapi tak lah betul-betul tengah. Kalau pakai spek, mungkin kena pakai yang power 500 kot. Siapa yang pakai cermin mata, tahu lah level power 500 tu. Sekarang ni cermin mata Neeza (yang betul lekat kat mata) ni power 300. Sama dua-dua belah.

Bila sebut power 500, maknanya memang banyak benda yang Neeza agak buta @ kabur. Kalau orang bercerita pasal IT, Neeza mungkin lebih senang diam daripada cakap tapi tak tahu biji butir yang Neeza cakap. Tapi Neeza sangat curious. Selalu bertanya orang tentang itu dan ini walaupun Neeza pun tak faham apa yang Neeza tanya. Boleh gitu??

Bila cerita pasal IT ni, teringat pulak kat kawan tempat kerja lama, seorang IT programmer. Dia jadi mangsa tempat Neeza bertanya itu dan ini. Walaupun kena pakai spek power 500, masih gagah tu nak usaha supaya tak payah pakai spek. Nak jugak buat sendiri tanpa bantuan. Jadi, bila Neeza keluarkan soalan, banyak lah soalan-soalan bodoh yang tak bijak keluar. Sebijik macam budak tadika belajar. Kawan Neeza tu explain jugak. Tapi, bila setiap kali mintak dia ajar dan setiap kali itu jugaklah Neeza akan tanya soalan yang sama, last-last kawan Neeza tu senyum aje. Malas nak layan lah tu (Sam, kalau you baca ni, gelaklah puas-puas ya. I know I budak baru belajar..).

Lately, internet connection kat rumah ni slow macam.. siput dah takleh guna sebab walaupun slow, bergerak jugak si siput tu. Mungkin Neeza gunakan benda lain sebagai contoh. Slow macam harga barang nak turun yang mana tak turun-turun pun.. sekali-sekala turun tapi banyak kali kala naik.. hahahaa!!

Ada kawan suggest tukar guna apa entah. Ingat nak check balik apa yang dia tulis kat shoutbox Neeza baru-baru ni tapi tengok!!! tak boleh nak bukak page tu. Geramnya laaa.. Neeza tak ingat apa yang dia suggestkan sebab Neeza tak faham sebenarnya apa yang dia maksudkan. Macam mana rupa benda yang dia cakap tu. Lantaklah. Orang nak mengata biarlah. I admit that I'm an IT moron!! (err.. syarill yang sedang happy di malaysia bersama shida dan anak-anak tercinta, nanti tolong explain ya bila balik sini semula.. ;)).

Yang hairannya, kami ni sebenarnya baru je increase speed limit (speed limit menda pun tak tahu lah..). Dari 256MB (ye ke??) ke 516MB (rasanya la..). Bila increase tu, ongkos yang keluar pun lebih lah sikit. Patutnya better service lah kan. Ini tidak. Senak aje.. Nak nangis laaa...uuwwwaaaa!!!!

Terfikir pulak, adakah Neeza perlu enrol computer class macam 1 group of students di tempat Neeza belajar sekarang? Ataupun mungkinkah Neeza kena ada session dengan orang-orang STC (Saudi Telecommunication Company) dan bagi kaunseling kat diorang suruh buat kerja betul-betul? Jangan asyik duduk dan tak buat apa. Bila call diorang, kalau tak kena tunggu 10 minit keatas dan kadang-kadang selama-lamanya, jangan haraplah dapat cakap dengan customer service. Aduuhhh.. letih la cam ni.

Haaa... baru dapat tengok apa yang syarill tulis. Guna Al Jawal broadband. Camana tu? Kena beli sim card lain ke? Gelak lah.. gelak golek-golek kat lantai tu.. tak kisah pun... :P.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin